Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kesultanan Sulu Tetap Tuntut Sabah, Diteruskan Melalui Rundingan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Manila: Kesultanan Sulu berkata mereka menganggap isu Lahad Datu ditutup dan tuntutan ke atas Sabah akan diteruskan melalui rundingan.

Sultan Esmail Kiram II yang menggantikan abangnya yang meninggal dunia bulan lalu berkata, akan ada lebih banyak dialog diadakan bagi meneruskan tuntutan berkenaan.
“Hanya pihak yang terbabit saja menyertai dialog ini,” katanya kepada media semalam.
Kesultanan Sulu menghantar pasukan bersenjatanya menceroboh Ladah Datu sebelum ini dalam usaha mereka mendapatkan kedaulatan di wilayah berkenaan.

Bagaimanapun Malaysia bertindak balas dengan menghalau pasukan bersenjata itu dari Sabah.

Mengenai insiden Lahad Datu Esmail berkata dia tidak berhasrat bercakap lebih lanjut dalam isu berkenaan.

“Ia sudah berakhir, ditutup,” katanya.

Kata Esmail kali ini rundingan mengenai SAbah hanya akan disertai wakil Kesultanan Sulu dan kerajaan Malaysia.

“Sultan baru Sulu tidak mempunyai sebarang perubahan terhadap tuntutan ke atas Sabah,” katanya. - Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments