Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Parti Hari Jadi Bertukar Menjadi Parti Liar
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


HOUSTON - Tembakan kemeriahan yang dilepaskan pada parti hari jadi seorang gadis berusia 18 tahun mencetuskan lebih banyak bedilan senjata api yang menyebabkan dua orang maut, dua lagi kritikal manakala 24 yang lain cedera.

Insiden itu turut mencetuskan kekalutan apabila orang ramai terjun dari beberapa buah tingkap di tingkat dua sebuah kediaman untuk menyelamatkan diri, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Syerif Daerah Harris, Adrian Garcia berkata, acara malam Sabtu lalu itu dihadiri lebih 100 orang dengan kebanyakan mereka berumur antara 17 hingga 19 tahun.
"Majlis tersebut bertukar menjadi parti liar," kata Garcia.

Menurutnya, ketika tetamu leka menari, seorang lelaki bersenjatakan sepucuk pistol melepaskan tembakan untuk meraikan majlis tersebut.
"Kekeliruan yang timbul menyebabkan seorang lagi yang bersenjata api mula menembak ke arah orang ramai," ujar Garcia.

Seorang pengunjung parti berkenaan, Shaniqua Brown memberitahu agensi berita Associated Press bahawa parti tersebut tidak 'hingar bingar' seperti yang didakwa.
Katanya, dia mula mendengar bunyi tembakan di dalam rumah tersebut dan merebak ke halaman ketika orang ramai bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Pihak berkuasa memberitahu kelmarin bahawa 20 orang cedera dengan 16 mangsa mengalami luka akibat ditembak manakala empat lagi cedera ketika melarikan diri.
"Dua orang yang terbunuh ialah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dan gadis berumur 16 tahun," jelas Garcia.

Susulan insiden tembakan tersebut, katanya, pihak berkuasa kini memburu dua lelaki bersenjata dengan masing-masing berumur 17 dan 22 tahun.

"Insiden ini tercetus kerana kurang kematangan, akses mudah kepada senjata api dan kegagalan untuk mengawal diri," tambah syerif berkenaan.
Seorang gadis, Mariah Boulden yang mengaku parti itu diadakan sempena hari lahirnya memberitahu, dua pengawal telah diupah untuk memeriksa badan tetamu bagi memastikan tiada senjata api dibawa masuk ke rumahnya.

Namun katanya, dua lelaki yang enggan membenarkan tubuh mereka diperiksa meninggalkan kediaman itu sebelum menyusup masuk melalui pintu pagar belakang.
"Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka tidak sepatutnya berada di sini," ujar Boulden. - AP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments