BOSNIA – Hasrat seorang budak yang berusia lapan tahun yang sedang
tenat akibat leukemia untuk bertemu dengan Zlatan Ibrahimovic tidak
kesampaian apabila bintang bola sepaknya tersebut terlalu
Hajrudin Kamenjas, yang diberikan tempoh selama sebulan oleh doktor,
telah berkunjung ke Paris dari rumahnya di Bosnia, semata-mata kerana
ingin bertemu Ibrahimovic selepas ibubapanya, Amela danMustafa mengatur
pertemuan tersebut melalui Paris Saint Germain.
Amela dan Mustafa membawa anak mereka untuk bertemu dengan
Ibrahimovic selepas mereka dimaklumkan bahawa bintang bola sepak itu
tidak dapat mengunjungi Hajrudin di rumahnya kerana komitmen bola sepak.
Namun apabila keluarga tersebut membawa Hajrudin bersama dengan
peralatan hospital ke Perancis, mereka sekali lagi dimaklumkan bahawa
pemain tersebut tidak dapat bertemu dengan budak tersebut, meskipun dia
sudah berada di dalam stadium.
Ibrahimovic ketika itu mengalami kecederaan lutut, ketika Hajrudin datang ke stadium pada 1 November lalu untuk bertemunya.
Keluarganya mendakwa bintang tersebut mempunyai masa lapang pada hari keesokannya, tetapi gagal menemui anak mereka.
Hajrudin dibawa ke Paris untuk bertemu dengan Ibrahimovic selepas
budak tersebut memberitahu bahawa harapan terakhirnya sebelum menutup
mata adalah untuk bertemu dengan pemain bola sepak kesayangannya itu.
Dengan bantuan rakan-rakan dan saudara maranya serta sebuah NGO dari Jerman, hasrat Hajrudin cuba dikabulkan.
“Kami tahu Ibrahimovic sibuk, namun kami telah meminta kebenaran sebelum itu dan telah ke Paris untuk bertemu dengannya.
“Malah kelab Paris Saint Germain juga memaklumkan bahawa kami boleh
bertemu dengan Ibrahimovic jika kami datang sendiri ke Paris.
“Meskipun kami berulang kami dimaklumkan mereka akan mengatur
pertemuan itu, namun ia tidak berlaku dan terpaksa menipu Hajrudin
bahawa Ibrahimovic sedang sakit serta masuk hospital,’’ katanya.
Bagaimanapun Ibrahimovic kemudiannya telah menghantar mesej melalui rakaman video kepada Hajrudin.
“ Hello Hajrudin. I am Zlatan. Selepas mendengar mengenai awak, saya teringatkat awak.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat datang, tetapi saya ada hadiah
untuk awak. Saya sudah menandatangani baju jersi saya dan saya ingin
awak tahun bahawa awak berada di fikiran saya.
“Saya juga ingin memberikan jersi ini yang saya pakai ketika menjaringkan dua gol semalam,’’ kata Ibrahimovic.
No comments
Post a Comment