Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Motif Utama Penguatkuasa JAIP Ditembak, DENDAM
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUANTAN  -  Polis tidak menolak kemungkinan motif dendam dan rasa tidak puas hati dengan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raffli Ab Malik, menjadi punca kejadian tembak yang mengorbankan beliau, petang kelmarin.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, buat masa ini polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh melibatkan bidang tugas termasuk kes berprofil tinggi di bawah dikendalian Allahyarham selain hal-hal berkaitan peribadi mangsa.

Menurutnya, beberapa maklumat sudah diperoleh dan siasatan lanjut sedang  giat dijalankan.

Bagaimanapun beliau turut menafikan dakwaan mengatakan suspek terlibat berjubah hitam dikaitkan dengan kumpulan tertentu sebaliknya penjenayah berpakaian biasa tetapi berkopiah.

“Kita tidak boleh membuat sebarang andaian atau menyiasat menjurus melalui pakaian sahaja, siasatan mendalam dan terperinci sangat diperlukan.

"Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta segera memaklumkan kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pengebumian Allahyarham Ahmad Raffli di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi, di sini, semalam.

Beliau menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes tersebut atau menuding jari kepada mana-mana pihak.

Menurutnya, selain menjalankan Ops Tutup yang bermula kelmarin, polis juga giat mengumpul maklumat mengenai tugas Allahyarham sebelum ini.

Sharifuddin berkata, polis juga akan memastikan kawalan keselamatan terhadap keluarga mangsa agar tidak diganggu-gugat oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

“Pihak keluarga diminta bertenang dan banyakkan bersabar dengan dugaan ini. Polis tidak sesekali memberi ruang kepada mereka terlibat dan kita akan buru suspek hingga ke lubang cacing,” katanya.

Sementara itu, Sharifuddin mengakui cabaran tugas sebagai anggota penguatkuasa pada masa kini tidak hanya terhad kepada tugas polis dan tentera sahaja, malah melibatkan agensi kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Mungkin perkara ini boleh dikaji iaitu menempatkan anggota penguatkuasa di kuarters khas bagi menjamin keselamatan mereka,” katanya.

Ahmad Raffli meninggalkan seorang isteri dan empat anak lelaki iaitu Mohd Asyraf, 22, Mohd Abrar, 19, Mohd Amin, 15 dan Mohd Akashah, 12.

Sinarharian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments