Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Nelayan Vietnam Tanam Ikan Paus Gergasi Di Daratan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Sejak dari berpuluh tahun dahulu, nelayan-nelayan di Vietnam telah mengamalkan upacara mengebumikan ikan paus yang dijumpai mati sama ada di lautan atau pun di daratan.

Kemudiannya, mereka akan bekerjasama untuk mengebumikan bangkai ikan paus yang besar itu untuk ditanam di daratan.

Menurut orang di sana, ikan paus bukanlah binatang yang diburu untuk dimakan dagingnya di negara bekas jajahan komunis itu.

Sebaliknya mereka sangat menjaga dan menghormati bangkai ikan paus yang sudah mati.

Sebagai contoh, pada 2010, bangkai seekor ikan paus telah dikesan di kawasan pesisiran pantai dan sebanyak 10 bot nelayan telah bekerjasama untuk memindahkan mamalia tersebut untuk ditanam di daratan.

Walaupun kedengaran pelik bangkai ikan paus ditanam di daratan, namun perkara itu telah menarik minat pengunjung dan pelancong untuk melawat kawasan tersebut.

Di bawah ini merupakan video dan gambar-gambar proses menanam bangkai ikan paus yang terpaksa menggunakan trailer untuk mengangkutnya.


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments