Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Selepas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka kepada umum 1 Mac lalu, sudah ada kegemparan berlaku iaitu cubaan kes bunuh diri.
Individu yang mencatat ‘rekod’ sebagai orang pertama terjun dari jambatan tersebut adalah pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara seorang timbalan menteri.
Mujurlah dia berjaya diselamatkan nelayan yang berada berhampiran jambatan.
Kini, sebuah lagi kisah sensasi melibatkan Jambatan Kedua Pulau Pinang kembali disebarkan iaitu kemunculan pocong yang berjaya dirakam imejnya.

Imej yang disebarkan berupaya bayangan sesuatu berwarna putih yang salah satunya kelihatan seperti berada dalam kedudukan sedang meloncat.

Bagaimanapun sejauh mana kebenaran cerita ini masih boleh dipertikaikan apatah lagi kisah hantu atas jambatan bukan modal baru dalam dunia mistik tanah air.


NEW DELHI: India menolak permintaan China untuk membenarkan empat kapal perangnya bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 dekat kawasan Kepulauan Andaman dan Nicobar.
Keputusan itu dibuat ketika India menghantar dua pesawat ke Malaysia untuk menyertai misi SAR antarabangsa yang kini memasuki kawasan selatan Lautan Hindi berdekatan Australia untuk mencari pesawat berkenaan. Pegawai India hari ini berkata, permintaan China untuk membenarkan empat kapal perang termasuk dua frigat dan kapal penyelamat untuk memasuki perairan India
“ditolak secara bersopan” biarpun kapal perang India dan pesawatnya sudah memulakan misi SAR di Teluk Bengal dan Laut Andaman yang dikelilingi 572 pulau.

Sehubungan itu, kapal perang China bebas belayar di perairan antarabangsa, tentera India jelas tidak berpuashati dengan kehadiran tentera republik berkenaan berdekatan lokasi strategik di Kepulauan Andaman dan Nicobar. – Times of India

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.
Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow berkata, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
“Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.
“Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan.”
Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.
“(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat.”
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.
Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
“Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.
“Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang.”
Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.
“Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit.”
Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.
“Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus.”
Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: “Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi.”
Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui. – Cheakak
………………………..
Teori di atas dikongsikan Juruterbang Kelas 1 Kanada, Goodfellow yang mempunyai 20 tahun pengalaman menerbangkan pelbagai pesawat multi-enjin menerusi laman Google+ Page miliknya pada 14 Mac lalu.
Ia mula menjadi viral selepas pos ini dikongsikan pembacanya di laman web reddit.com/.
Goodfellow mendakwa dia tampil dengan teori ini setelah membaca terlalu banyak spekulasi dilontarkan terhadap insiden kehilangan pesawat MH370 termasuk melibatkan pengganas, rampasan malah meteor.
Dia bagaimanapun mengaku tidak mempercayai kebanyakan analisis berhubung insiden ini terutama yang dilaporkan oleh agensi berita seperti CNN.
Justeru, Goodfellow tampil dengan teori yang ringkas, berdasarkan pengalamannya sebagai juruterbang.

VIETNAM – Kesungguhan lelaki ini untuk memastikan anak-anaknya ke sekolah memang mengagumkan. Bayangkan dia sanggup menyeberangi banjir untuk memastikan anaknya tidak ketinggalan pelajaran.
Dia mengangkat anak-anaknya itu di dalam beg plastik dan menyeberangi air dan arus deras yang melanda perkampungan Sam Lang di Hanoi.
Banjir tersebut menyebabkan anak-anaknya tidak dapat ke sekolah terutama selepas jambatan berhampiran tidak dapat digunakan.
Bagi mengelakkan anak-anaknya tercicir pelajaran, di bapa sanggup mengendong anaknya dalam beg plastik dan menyeberangi kawasan banjir.
Meskipun lelaki itu sendiri terpaksa bergelut dengan air yang setinggi lehernya, namun dia tetap memastikan air berkenaan tidak masuk ke dalam beg plastik itu, dan mengelakkan anaknya basah.
Kesungguhannya itu telah dirakamkan oleh seorang guru Tong Thi Minh.
Bagaimanapun Minh berkata, ia adalah perkara normal ketika musim banjir kerana jambatan yang ada tidak mampu menahan arus deras.
“Saya mula mengajar di sini sejak bulan September tahun lepas. Pada mulanya saya tidak tahu bagaimana mahu mengatasi keadaan banjir ini, namun lama kelamaan saya mengikut apa yang dilakukan penduduk,’’ katanya yang memberitahu penduduk kampung itu juga melakukan perbuatan sama untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Semalam, akhbar utama di Malaysia telah melaporkan tentang bagaimana penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan.
Mayat ahli perniagaan yang dibunuh dengan cara ditembak itu telah disimen ke dalam tong sebelum di tanam di sebuah lokasi di Bukit Pelandok, Lukut, Negeri Sembilan.
Difahamkan, dua daripada enam suspek telah mengaku bertanggung jawab membunuh ahli perniagaan tersebut yang dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras sejak tiga bulan lalu.


Sumber polis berkata, pemeriksaan forensik akhirnya menemui tong berisi simen di tepi jalan ke Bukit Pelandok.
Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsikan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia ketika usaha memecahkan simen bagi mengeluarkan mayat mangsa dijalankan.
Bagi yang tidak tahu, ini merupakan sebahagian daripada tugas bomba selain memadam kebakaran dan menangkap binatang yang mengancam keselamatan masyarakat.

Berhati-hati dengan perkongsian artikel agama dan kaitannya dengan kehilangan pesawat MH370. Baru-baru ini, kami menerima link perkongsian daripada pengguna facebook mengenai satu artikel yang boleh dikaitkan dengan kehilangan misteri pesawat MH370.


Artikel yang bertajuk "Nahas Misteri Helikopter di Bario : 2004 – Tuhan Menunjukkan Kekuasaan KerajaanNya" sebenarnya mempunyai isi tersirat yang tidak diketahui oleh ramai pengguna media sosial yang mula berkongsi artikel tersebut.


Paparan artikel di blog Heliconia

Jika anda perhatikan isi artikel itu, penulisnya mendakwa kehilangan misteri Helikopter di Bario pada tahun 2004 itu adalah angkara jin yang marahkan pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak. Hasil bantuan team yang dinamakan SkyLab, akhirnya Helikopter Hornbills Skyways yang terhempas dapat dijumpai.

Tragedi Helikopter terhempas di Bario (2004)

Namun setelah kami selidiki, artikel yang diterbitkan pada tahun 2006 itu sebenarnya berkaitan dengan ajaran sesat Al-Arqam. Kami menemui nama yang tidak asing suatu masa dahulu di dalam artikel tersebut:

Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada helikopter itu telahpun didapati oleh penaung Skylab (Ustaz Ashaari Muhammad) seelok sahaja helikopter itu hilang, secara alam kerohaniannya.
Melalui perenggan di atas telah menyebut nama penaung Skylab bernama Ustaz Ashaari Muhammad. Untuk pengetahuan, Asaari Muhammad atau Ashaari Muhamad (Lahir pada 30 Oktober 1937, meninggal pada 13 Mei 2010) merupakan pengasas pertubuhan Al-Arqam (Wikipedia). Ajaran Al-Arqam diwartakan sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.


Malah, pada url artikel tersebut turut menunjukkan perkataan "abuya-bantu-misteri-kehilangan-helikopter-di-bario/" seperti gambar dibawah:


Blog heliconia.wordpress.com itu juga telah menerbitkan banyak artikel yang memuji kebesaran Ashaari seperti satu artikel dibawah.


Pasti ramai yang terkejut akan pendedahan ini kerana artikel yang ditulis amat tersusun dan seolah-olah logik akal dapat mencernakan dengan gambar dan bukti yang ditunjukkan.

Semoga pendedahan ini dapat mengelakkan para pengguna media sosial terpengaruh dengan artikel-artikel memuja Abuya di dalam blog itu yang ditakuti kelak memesongkan akidah diri dan rakan-rakan yang lain.


SEPANG - Malaysia Airlines (MAS) bersedia membawa keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 ke Australia jika dua objek yang dikesan imej satelit di selatan Lautan Hindi disahkan sebagai milik pesawat yang hilang itu.
    
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, kepentingan keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu sentiasa menjadi keutamaan syarikat penerbangan nasional itu.
    
“Kami memang menjaga waris (para penumpang pesawat ini) dan seandainya  pesawat dikesan berada berdekatan Australia, sudah pasti kami akan menguruskan usaha membawa waris ke sana," kata beliau.
    
Beliau berkata demikian dalam taklimat media harian mengenai perkembangan  terkini berhubung operasi mencari dan menyelamat pesawat itu di sini, yang turut dihadiri Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata di Canberra pada Khamis bahawa imej satelit menunjukkan dua objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat Malaysia itu yang hilang pada 8 Mac.
    
Ahmad Jauhari berkata, MAS komited untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, sehingga dua hingga tiga kali sehari, kepada semua keluarga penumpang.
 
Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan bahawa semua keluarga adalah yang pertama akan dimaklumkan sekiranya ada pengesahan mengenai imej-imej satelit atau sebarang perkembangan terkini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu, yang masuk hari ke-13 hari ini.
    
"Saya rasa berita tergempar yang boleh dipercayai berhubung imej satelit itu hari ini pasti berlegar dalam pemikiran keluarga.
    
"Saya rasa itulah yang akan menjadi perkara pertama yang akan kami sampaikan kepada keluarga apabila maklumat itu diterima," katanya sambil mezahirkan rasa simpatinya yang mendalam kepada keluarga berkenaan.
    
Beliau menyatakan bukan mudah untuk mengendalikan keluarga-keluarga yang  dalam keadaan amat sedih, dan pihak berkuasa negara kini mempelajari cara menangani situasi itu daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Perancis (BEA).

"Ini sangat sukar (untuk berurusan dengan pihak keluarga). Saya telah berbincang dengan pasukan Perancis yang perlu berurusan dengan keluarga para penumpang Air France 447 selama dua tahun selepas nahas itu (pada 2009)," kata beliau.
    
Pasukan BEA tiba pada Isnin untuk membantu pasukan penyiasatan antarabangsa yang diketuai Malaysia mencari pesawat itu, dengan tumpuan carian di dasar laut.

Pada 2009, pasukan BEA terlibat dalam usaha mengesan Air France 447 yang terhempas dan mengorbankan kesemua 228 orang yang menaiki pesawat itu, dan kotak hitam pesawat itu hanya ditemui dua tahun selepas tragedi itu.
   
Hishammuddin berkata penyampaian maklumat yang tepat dan terkini kepada keluarga berkenaan juga menjadi keutamaan mereka, hingga mendorong kerajaan menghantar pasukan peringkat tinggi ke Beijing, China petang tadi.
    
"Wakil-wakil kerajaan Malaysia sudah pun menemui keluarga berkenaan yang diketuai utusan khas Perdana Menteri ke China (Tan Sri Ong Ka
Ting).
 
"Pegawai Kedutaan China juga membantu dengan mengetuai taklimat untuk keluarga-keluarga dari China yang berada di Kuala Lumpur," kata beliau.
    
Pesawat 777-200ER itu, yang menuju ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pesawat itu dicari di Laut China Selatan namun kawasan pencarian diperluaskan dengan merangkumi sebahagian besar kawasan barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila pesawat itu dipercayai melencong daripada laluan asal penerbangannya setelah seseorang secara sengaja mematikan sistem komunikasi pesawat, dan pesawat itu terbang untuk beberapa jam selepas itu.
    
Pencarian kini ditumpukan ke dua koridor - koridor utara yang merangkumi   Kazakhstan, Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan yang merangkumi Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi. - Bernama

The Hague: Seekor buaya betina daripada spesis terancam mati kelemasan di sebuah zoo di Belanda semalam ketika mengawan dengan seekor lagi buaya jantan “dominan.”
Menurut pengurusan zoo berkenaan, buaya betina itu tidak dapat menanggung tabiat mengawan ganas pasangannya yang dominan .
Kata jurucakap zoo itu, tubuh buaya air tawar berkenaan ditekan dengan kuat menggunakan mulut buaya jantan sebagai langkah menunjukkan penguasaannya.

“Buaya betina dilihat menerima saja perlakuan itu tetapi akhirnya dia tidak boleh benafas dan mati dengan kesan gigitan di seluruh badannya, terutama di bahagian leher,” katanya.
Dianggarkan, ketika ini hanya ada kira-kira 2,500 ekor spesis False Gavial yang masih hidup di seluruh dunia.

Habitat asal buaya berkenaan adalah di Malaysia, selatan Myanmar, Borneo, Jawa dan Sumatera. Zoo berkenaan sudah lama mempunyai buaya jantan dan betina dari spesis itu namun ia tidak pernah mengawan.

Justeru, kata jurucakap zoo berkenaan, mereka mengambil langkah memperkenalkan buaya jantan itu kepada seekor buaya betina untuk tujuan pembiakan.
“Kami tidak menyangka ia berakhir dengan tragedi,” katanya dalam satu kenyataan. Secara semula jadi, buaya false gavial jantan boleh mengawan dengan beberapa buaya betina dalam masa yang sama. Hanya 10 zoo di eropah mempunyai buaya dari spesis itu. - AFP

Durham: Seorang siswi Universiti Duke memang menjangkakan orang ramai akan membencinya sebagai pelakon filem lucah, tetapi dia tidak pernah bersedia menghadapi kebencian sehingga ada yang sanggup mengancam nyawanya.
Malah, kata Belle Knox, 19, sesetengah pihak juga memuat naik butiran keluarganya di Internet dan mengugut untuk merogol atau membunuhnya. “Ia sangat dahsyat. “Keselamatan saya sekeluarga benar-benar terancam,” katanya.
Sejak dua bulan lalu, kerjaya Knox dalam bidang pornografi menggemparkan sekolahnya di Durham, North Carolina hingga satu tahap dia tidak boleh menghadiri majlis terbuka.

Kata Belle, keadaannya sangat memalukannya.
Kadang-kadang, katanya, ada lelaki mabuk akan menjerit kepadanya: “Kau bintang porno!” manakala golongan wanita pula memandangnya dengan sinis. Walaupun tidak pernah mendedahkan nama sebenarnya, Belle berkata, provasinya seakan diceroboh apabila ada orang memuat naik identiti lengkapnya di Internet. “Ia sangat teruk dan menakutkan betapa taksubnya mereka. “Mereka memandang saya seolah-olah saya sangat jijik,” katanya ketika ditemui media. Kesulitan hidup Belle bermula di sebuah parti apabila seorang lelaki yang pernah melihat aksinya dalam filem lucah mendedahkan rahsianya. - Agensi

Dublin: Seorang remaja Chechnya berdepan dengan maut apabila diserang dan ditanam hidup-hidup oleh sekumpulan lelaki tempatan, lapor media semalam.
Adam Labazanov berkata, dia diculik kumpulan terbabit sebelum dibogelkan.
Mereka juga, kata remaja berusia 19 tahun itu, bertanya latar belakangnya.

“Selepas saya mengaku berasal dari Chechnya dan beragama Islam, mereka menikam kemaluan serta seluruh badan saya,” katanya. Pemeriksaan perubatan mendapati secara keseluruhan Adam mengalami 57 tikaman.
Menurut Adam, disebabkan tidak mampu melawan, dia terpaksa berpura-pura mati. Keadaan itu mendorong kumpulan lelaki terbabit menanamnya tanpa menyedari dia sebenarnya masih hidup. Kata Adam, dia dalam perjalanan ke tempat kerja bersama bapa tirinya, Alikhan Bakaev, kira-kira jam 5.15 pagi apabila laluan mereka dihalang sekumpulan lelaki kononnya pengawal keselamatan tempatan di Jalan Bohernabreena, Tallaght, Dublin Selatan Katanya, dia dan Alikhan menaiki kereta untuk ke tempat kerja mereka di sebuah ladang.

Tiba di Jalan Bohernabreena, sebuah kereta lain memotong dan mengarahkan mereka berhenti. “Lelaki dalam kereta berkenaan mengancam menahan bapa tiri saya tetapi kami mengesan pembohongan kumpulan terbabit dan cuba melarikan diri,” katanya. Walaupun Alikhan berjaya melarikan diri, Adam tidak bernasib baik dan ditangkap penjenayah terbabit. “Mereka asyik mengulang-ulang ugutan untuk membunuh saya dan membuang mayat saya ke sungai,” katanya. Kereta Alikhan juga dibakar. “Apabila saya diheret ke dalam kereta mereka, saya ditikam berkali-kali di kaki, bahu, belakang, muka dan perut,” katanya. Selepas kira-kira tiga kilometer, penjenayah itu berhenti dan menariknya keluar.

Ketika itu, kata Adam, dia sedar satu-satunya cara untuk menyelamatkan diri ialah dengan berpura-pura mati. “Mereka membogelkan saya dan menutup saya dengan daun dan pasir sebelum berlalu pergi.
“Saya tak pernah mengalami rasa takut sebegitu sebelum ini,” katanya ketika ditemui. Sementara itu polis berkata, mereka percaya serangan itu dilakukan secara rambang. - Agensi

Selepas lama hidup bersendirian kerana kegagalan rumah tangga yang dibina lima tahun lalu, kini pengacara dan penyampai radio MIX FM, Sarimah Ibrahim, 36, sudah bertemu pengganti yang berjaya mengetuk pintu hatinya yang tertutup rapi.
Kesan perceraian lalu, Sarimah tidak pernah berhasrat untuk membina istana cintanya semula sehinggalah dia bertentang mata dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, iaitu cucunda kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, pada satu majlis makan malam rakannya yang juga rakan kepada Nadzimuddin atau mesra dipanggil Jamie iaitu nama timangan yang diberi bondanya sejak kecil. 
“Tanpa saya ketahui kami berkawan dengan orang yang sama dan ketika makan malam itu saya asyik bertegur sapa serta berbual dengan rakan lain sehinggalah saya terpandang padanya yang duduk di hujung meja memerhatikan saya. Dalam hati saya, ia sesuatu yang menarik dan ia seperti memberi satu isyarat. Daripada saling berpandangan dan mengangkat tangan, dia menegur saya lalu kami berbual panjang.


“Kami berbual lama bertukar-tukar topik termasuk isu perceraian kerana Jamie juga duda, kehidupan dan macam-macam lagi. Kami berdua juga mempunyai banyak persamaan termasuk berkongsi minat dalam sukan.

“Hubungan kami baru saja berlangsung selama tiga bulan namun amat serasi. Kami sudah berjumpa keluarga kedua-dua pihak. Syukur, perhubungan kami berjalan lancar tetapi kalau nak tahu sejauh mana perancangan masa depan, tunggulah dulu. Kalau sampai jodoh kami nanti, saya akan beritahu kerana tiada apa yang saya nak sembunyikan,” katanya.

KUALA LUMPUR: Dua objek disyaki serpihan daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dikatakan ditemui di selatan Lautan Hindi dipercayai hanyut sejauh 300 hingga 400 kilometer (km) ke lokasi imej dirakam satelit Australia.
Pakar Oseanografi di University of Western Australia Profesor Charitha Pattiaratch berkata, ini berdasarkan arus kuat di kawasan mencari dan menyelamat berada dalam lingkungan Pentas Naturalist yang berukuran 250 km lebar dan 400 km panjang. 
Katanya, kawasan itu juga dikelilingi laut sedalam kira-kira 5,000 meter yang boleh menenggelamkan puncak Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4,095 meter. 


“Berdasarkan faktor arus, serpihan itu kemungkinan hanyut dari barat ke timur sebelum dikesan satelit kira-kira 2,500 km dari Perth. Perairannya tetap dalam walaupun di mana saja pasukan mencari berada,” katanya.

Sementara itu, mengikut maklumat pada laman Twitter Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA), pasukan penyelamat menghadapi cabaran cuaca dan persekitaran.
Kru pesawat Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berhadapan masalah mengesan objek berkenaan akibat cuaca buruk. Penglihatan kru pesawat RAAF P-3 Orion dibatasi awan dan hujan. Menteri Pertahanan Australia David Johnston juga mengakui kawasan itu adalah 'terpencil' di dunia. 


"Operasi mengenal pasti dan mengesahkan maklumat yang dikesan satelit ini merumitkan terutama dari segi logistik," katanya dalam temuramah televisyen di Australia. 

Dalam pada itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, walaupun petunjuk terbaru ini nampak meyakinkan, ia masih perlu disahkan terlebih dulu. 

Beliau menjelaskan beberapa pesawat milik Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat sedang dalam perjalanan ke lokasi objek berkenaan dan akan menghantar laporan apabila maklumat diperoleh lengkap. 

Menurutnya, pengesahan sama ada objek yang dikesan adalah pesawat MH370 akan diumumkan secepat mungkin. "Selain aset tentera, kapal dagang yang berada berhampiran turut memberi maklum balas terhadap permintaan bantuan oleh Australia," katanya dalam sidang media di Hotel Sama-sama, di sini, hari ini. 

Dua objek masing-masing sepanjang kira-kira 24 meter dan lima meter dikesan satelit Australia dan penemuan ini diumumkan Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada sidang Parlimen di Canberra hari ini. 

Beliau juga memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui panggilan telefon pada 10 pagi tadi. Empat pesawat tentera dikerah untuk mengenal pasti dua objek yang dikesan satelit Australia, kata Pengurus besar Bahagian Respons Kecemasan Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) John Young. 

Sebuah pesawat C-130 Hercules RAAF ditugaskan oleh Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia (RCC Australia) AMSA untuk menjatuhkan boya penanda datum yang akan digunakan bagi memberikan maklumat mengenai pergerakan air bagi membantu dalam pemodelan aliran, kata Young. Boya itu juga akan menyediakan satu titik rujukan berterusan jika tugas menempatkan semula objek berlanjutan. 

Tiga pesawat lain juga akan ke kawasan itu termasuk sebuah pesawat Orion Tentera Udara Diraja New Zealand dan pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat. "Pesawat Poseidon dijangka tiba 3 petang. Pesawat kedua Orion RAAF dijangka berlepas dari pangkalan Pearce RAAF pada 6 petang. 

Pesawat Orion New Zealand dijangka berlepas 8 malam," katanya. Kapal Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Success, juga dalam perjalanan ke kawasan itu tetapi akan mengambil masa beberapa hari sebelum tiba. 

Kapal itu dilengkapi dengan kemudahan untuk mendapatkan semula mana-mana objek di lokasi dan jika terbukti daripada MH370, katanya. Sementara itu, syarikat perkapalan Hoeeg Autoliners mengesahkan sebuah kapal pengangkut Norway tiba di kawasan berkenaan untuk turut serta dalam gerakan mencari. 

Bagaimanapun, gerakan mencari hari ini agak terbatas berikutan matahari terbenam pada jam 1300 GMT, kata jurucakap Hooeg Autoliners Christian Dahll. 

Kapal pengangkut yang didaftarkan di St Petersburg itu dalam perjalanan dari Port Louis, Mauritius ke Melbourne apabila ia diminta pihak berkuasa Australia untuk mengubah laluannya di Lautan Hindi bagi melalui kawasan yang dikenal pasti penemuan objek berkenaan. Operasi SAR ditangguhkan malam ini dan akan bersambung semula pada Jumaat. - Agensi