Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Buat pembaca semua, berapa ramai dari anda yang akan melihat dahulu harga di label barangan susunan dan membezakannya dengan yang dibayar ketika di kaunter?
Jika terdapat perbezaan harga, adakah anda akan meminta semula hak anda?
Mungkin sesetengah pengguna tidak kisah dengan hal tersebut kerana perbezaan harganya tidak banyak.
Namun, apa yang sebenarnya terjadi adalah anda telah tertipu dengan harga jualan barangan pembelian tersebut.
Berikat adalah aduan seorang pengguna bernama Khairul Anwar Safian melalui Facebooknya.
“Petang tadi shopping kat Tesco Puchong(kat2 IOI mall). Bila dah bayar, tah cam na leh perasan yg harga kat resit lagi mahal dari harga kat label. Bila tnya alasan sistem xupdate lagi. Aku pun dah panas baran n diorang pun malas nak gaduh2 sbb customer lain tgh tgk je aku duk sound bos Tesco tu, diorang ganti balik duit aku.
Tah ada brapa bnyak lagi barang xupdate. So masalahnya dlm satu hari dah berapa ribu orang tertipu n brapa bnyak diorang leh wat duit. So nasihat aku klau shopping kat Tesco or kat mana2 sekali pun, lepas bayar pastikan harga dekat resit sama dengan harga kat label.” – Khairul Anwar Safian
Berikut pula adalah aduan daripada beberapa pengguna di laman Facebook yang membeli-belah di pasaraya Tesco pula.



Timbul persoalan di sini, adakah alasan ‘sistem tidak update’ dengan harga barangan yang ditawarkan dapat diterima sedangkan harga sudah ‘terpampang besar’ untuk panduan pelanggan?
Sememangnya tidak masuk akal dan jika ianya benar sekalipun, ia merupakan satu kelalaian yang patut dipandang serius agar tidak lagi berlaku kelak.
Ketahuilah hak anda sebagai pengguna.-MYNEWSHUB.CC
“Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat!”  Tagline ini sampai sekarang penulis masih teringat iklan Milo di televisyen yang pernah ditayangkan masa kecil dahulu.
Nostalagia sungguh.

Makin kuat nostalgianya apabila ibu penulis menyediakan secawan air Milo panas untuk sarapan, memang lazat.
Namun anda mungkin akan merasa sedikit jijik apabila melihat gambar yang baru sahaja kami terima daripada seorang pengirim.
Menurut pengirim, terdapat objek aneh yang panjang keluar dari air kotak Milo tersebut.
Dikatakan, pihak Milo Malaysia telah mengambil objek tersebut untuk dibuat uji kaji dan pemeriksaan lanjut.
Apa-apa pun, kami sarankan anda lebih berhati-hati dengan setiap jenis makanan dan minuman.
Lebih-lebih lagi kepada yang menggemari minuman air kotak, apa salahnya tuanglah ke dalam gelas dahulu.

SUMBER -MYNEWSHUB.CC

Tidak diketahui tarikh dan lokasi, gambar di atas menunjukkan seorang pemain bolaspek dipercayai pemain import Kelantan atau The Red Warriors (TRW) sedang menurunkan autograf kepada seorang wanita peminat pasukan itu.
Gambar berkenaan tersebar luas di laman Twitter dan mengundang pelbagai spekulasi dan ada antara mereka yang mengatakan itu adalah pemain import Kelantan.
Pada siapa pula agaknya diturunkan tandatangannya itu?
Ada juga cakap-cakap bahawa wanita itu adalah isterinya. Cuma penulis agak pelik kenapa perlu menandatangani autograf dalam keadaan begitu di depan orang ramai.
Apapun gambar ini sudah pun menjadi viral di internet dan bermacam-macam spekulasi telah timbul.
Jika betul pun, mungkin ada jawapan yang boleh diberikan atau penjelasan kepada para peminat Kelantan dan juga pengguna laman sosial di internet.
Kalau ada yang mengetahui berkenaan gambar di atas tu, boleh juga menulis berkenaannya di ruangan komen.
SUMBER - MYNEWSHUB.CC

SEBUAH kitab seks kurun ke-17 Inggeris yang dijumpai bakal dijual minggu ini dengan harga sekurang-kurangnya GPB65,000 (RM351,000).
Kitab yang berjudul Aristoteles Masterpiece terbitan tahun 1684 ini sekaligus menyaingi harga lagenda kitab seks kuno India, Kama Sutra.
Buku tanpa pengarang ini dikatakan mengandungi ilmu tentang “penggunaan dan tindakan kemaluan” sehinggalah “kelahiran gergasi dan punca-puncanya” lapor The Guardian.



Selain itu, kitab ini turut membicarakan tips dan cara untuk mendapatkan anak lelaki dan perempuan.
Sebenarnya, kitab ini bukanlah hasil karya Aristotle dan tidak ditakrifkan sebagai salah satu karya agung.
Penjualan kitab yang cuma tinggal tiga naskhah ini dikatakan bakal dipasarkan di California International Antiquarian Book Fair di Oakland. 

TENNESSEE – Seorang penari bogel yang sedang hamil didakwa atas tuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia dua bulan. Bayi malang itu ditemui meninggal dunia dalam keadaan kebuluran pada bulan April tahun lepas.
Brittany Marie Wiest, 21, ditangkap selepas hampir 10 bulan bayi malang itu, Anakin Leroy-Michael Wiest, meninggal dunia.
Dalam kejadian itu, kekasihnya ketika itu, Michael Withers, menghubungi 911 selepas mendapati bayi berkenaan tidak memberikan reaksi balas ketika dikejutkan.
Withers bagaimanapun bukan bapa kepada bayi berkenaan.
Ketika polis tiba di rumah tersebut, bayi itu sudah meninggal dunia. Beratnya ketika lahir hanya enam paun dan ketika ditemui, berat bayi berkenaan hanya sekitar lima paun.
Bedah siasat yang dijalankan sebulan selepas itu mendapati Anakin meninggal dunia akibat kebuluran dan dehidrasi. Justeru kematiannya dianggap sebagai mati dibunuh.
Wiest kini sedang mengandung 24 minggu dan ia merupakan anak ketiga.
Dalam pada itu, kekasihnya ketika ini, Steve Anderson, berkata, dia amat terkejut dengan apa yang berlaku kepada Anakin.
“Saya tidak tahu mengenainya, Saya tidak berada di situ ketika kejadian berkenaan berlaku. Keutamaan saya ketika ini ialah kebajikan anak dalam kandungannya dan saya mahu mendapatkan hak penjagaan terhadap anak saya kelak,’’ katanya.
Semua anak-anak Brittany mempunyai bapa yang berbeza. Anaknya yang sulung dan berusia dua tahun itu kini diletakkan di bawah pemeliharaan jabatan kebajikan.

Lancashire: Seorang lelaki berumur 37 tahun menyangka yang dia telah mengidap kanser setelah mendapati air kencingnya mengandungi darah.

Dia sangat tersebut setelah doktor memaklumkan yang dia sebenarnya mempunyai rahim dan darah berkenaan adalah darah haid.

Lelaki tersebut yang juga merupakan seorang ahli perniagaan menjalani MRI kerana doktor pada asalnya menganggap ia adalah penyakit batu karang.

Setelah pemeriksaan dibuat, lebih mengejutkan semua pihak kerana selain memiliki organ lelaki, dia juga mempunyai uterus, fallopian dan ovari. Malah dia juga mampu mengandung.

“Saya mengalami simptom yang aneh sejak remaja tetapi doktor selama ini tidak mengetahui puncanya.

“Saya juga sering mengalami sakit perut,’’ katanya.

Lelaki berkenaan kini bersiap sedia untuk menjalani pembedahan membuang rahim, namun doktor memberi amaran dia bakal berdepan proses menopause sebaik sahaja prosedur tersebut berakhir.

Sindrom ini dipercayai amat jarang ditemui dan ia biasanya dikesan ketika kanak-kanak atau ketika usia baliqh.

Selepas pembedahan itu, lelaki berkenaan juga akan menjalani imbasan genetik bagi mengetahui keseimbangan gender dalam badannya.

“Kemungkinan ujian itu akan menunjukkan sama ada saya lelaki atau wanita namun saya kini menjalani hidup sebagai lelaki sepenuhnya.

“Jika ujian itu menunjukkan saya wanita, saya masih akan meneruskan kehidupan sebagai lelaki,’’ katanya. 

Phnom Penh – Dua adik beradik warga Amerika ditangkap kerana merakam gambar bogel masing-masing di dalam kompleks kuil Angkor yang terkenal di negara ini, menurut seorang pegawai semalam.

Aksi bogel pelancong itu yang terbaru mencetuskan kemarahan penduduk di negara ini.

Anggota polis Keat Bunthan berkata, wanita terbabit kini disoal siasat.

Mereka melurutkan seluar sehingga paras lutut dan mengambil gambar punggung masing-masing. Buat masa ini kami belum mengetahui tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka,” katanya.

Menurut Apsara – agensi yang menguruskan kompleks berkenaan – dalam satu kenyataan, Lindsey Adams, 22, dan adiknya Leslie, 20, ditemui merakam gambar bogel di dalam kuil Preah Khan, Jumaat lalu.

“Kedua-duanya mengaku melakukan kesilapan apabila mengambil gambar bogel,” kata kenyataan itu.

Jurucakap Apsara, Chau Sun Kerya berkata, tindakan mereka menyinggung penduduk negara ini kerana Angkor dianggap tanah suci.

“Mungkin mereka tidak tahu Angkor ialah tapak suci. Tetapi tindakan mereka menjejaskan kesucian tempat ini,” katanya.

Ini kali kedua dalam hanya dua minggu membabitkan kes seumpama itu, selepas tiga pelancong Perancis ditangkap dalam keadaan bogel di lokasi berkenaan, baru-baru ini.

Mereka dijatuhi hukuman penjara enam bulan yang ditangguhkan pelaksanaannya, selain diharamkan daripada memasuki Kemboja selama empat tahun.

Tiga pelancong itu dihalau dari Kemboja hujung minggu lalu selepas mengaku salah mengambil gambar bogel di salah satu kuil di situ. – AFP

Rusia: Aexander Transer telah bercita-cita untuk menjadi seorang model semenjak umurnya 17 tahun lagi. Namun hasratnya itu tidak tercapai oleh sebab ketinggiannya tidak mencukupi.

Syarat yang ditetapkan untuk menjadi seorang model adalah mesti ketinggian mencecah 183cm yang mana dia hanya mempunyai ketinggian 165cm.

Namun, dia tetap tidak berputus dan terus berusaha mencapai cita-citanya itu. Dia telah menyimpan wang semata-mata untuk menjalani pembedahan pemanjangan tulang kakinya walaupun kini usianya adalah 30 tahun.

Dia berkata “Saya dimaklumkan oleh pengarah agensi modelling bahawa saya tidak cukup tinggi dan satu-satunya cara untuk menjadi tinggi adalah dengan memanjangkan kaki.

“Jadi saya lakukan apa yang perlu biarpun ibu bapa saya pada mulanya membantah,’’

Procesur yang dijalaninya ialah llizarov yang mana satu rawatan bagi memanjangkan tulang, ia adalah sama seperti yang dilakukan oleh juara lompat tinggit Soviet, Valery Brumel yang mana turut melakukan pembedahan tersebut pada 1968.

Transer telah menolak tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti dan mengambil keputusan untuk menjadi pembantu kepada bapanya yang bekerja sebagai seorang jurutera. Hasil pekerjaan itu dia berjaya mengumpul wang untuk pembedahan tersebut.

Rawatan itu melibatkan prosedur memasukkan besi pada kedua-dua belah kakinya dan dia perlu memusingkan skru di kakinya itu sebanyak empat kali sehari.

“Pembedahan itu berjaya dan dalam sembilan bulan, saya tinggi sebanyak 6cm lagi.


“Saya kini merancang untuk melakukan dua lagi pembedahan dalam tempoh beberapa tahun lagi dan menjelang 2018, ketinggian saya akan bertambah menjadi 6 kaki,’’ katanya.