Syarat yang ditetapkan untuk menjadi seorang model adalah mesti ketinggian mencecah 183cm yang mana dia hanya mempunyai ketinggian 165cm.
Namun, dia tetap tidak berputus dan terus berusaha mencapai cita-citanya itu. Dia telah menyimpan wang semata-mata untuk menjalani pembedahan pemanjangan tulang kakinya walaupun kini usianya adalah 30 tahun.
Dia berkata “Saya dimaklumkan oleh pengarah agensi modelling bahawa saya tidak cukup tinggi dan satu-satunya cara untuk menjadi tinggi adalah dengan memanjangkan kaki.
“Jadi saya lakukan apa yang perlu biarpun ibu bapa saya pada mulanya membantah,’’
Procesur yang dijalaninya ialah llizarov yang mana satu rawatan bagi memanjangkan tulang, ia adalah sama seperti yang dilakukan oleh juara lompat tinggit Soviet, Valery Brumel yang mana turut melakukan pembedahan tersebut pada 1968.
Transer telah menolak tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti dan mengambil keputusan untuk menjadi pembantu kepada bapanya yang bekerja sebagai seorang jurutera. Hasil pekerjaan itu dia berjaya mengumpul wang untuk pembedahan tersebut.
Rawatan itu melibatkan prosedur memasukkan besi pada kedua-dua belah kakinya dan dia perlu memusingkan skru di kakinya itu sebanyak empat kali sehari.
“Pembedahan itu berjaya dan dalam sembilan bulan, saya tinggi sebanyak 6cm lagi.
No comments
Post a Comment