Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

 Buaya di Supermarket (Foto: WFTV)

Seekor buaya sepanjang 1.8 meter  membuat pelanggan sebuah pasar raya di Bandar Apopka, Amerika Syarikat (AS) panik.

Seperti diberitakan Telegraph, Rabu (23/10/2013), buaya itu dengan mudah keluar masuk melalui pintu automatik. Tidak ada yang tahu dari mana asal haiwan reptilia tersebut.

Akhirnya seorang pekerja mengunci pintu automatik dan menelefon polis. Selepas polis datang, mereka cuba untuk membawa buaya itu ke luar kawasan pasar raya.

Haiwan liar tersebut akhirnya dibuang ke hutan yang terletak di belakang supermarket.



Tanda-Tanda Gangguan JIN Dalam Rumah – Kadangkala kita tak sedar yang sebenarnya kita diganggu jin 



Berikut merupakan pentanda gangguan jin di rumah.
Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )


Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai

Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam

Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

Cara Mengusir Jin – ( Tahap Pertama )

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

“Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun.”

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas

Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam mengakui namanya sedikit tenggelam sejak kebelakangan ini namun terpaksa akur dengan proses jatuh bangun kehidupan seorang selebriti.
Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 31, berkata, walaupun pernah memenangi gelaran Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2012 pada April lalu, ini tidak bermakna namanya akan kekal popular sepanjang masa.
"Benda (populariti) ini kita tahu daripada dulu lagi bahawa setiap yang naik akan turun dan seseorang yang berada di puncak tidak akan kekal di atas selamanya.
"Tetapi saya terima perkara itu dengan hati yang terbuka. Semestinya ada jalan lain untuk mengekalkan populariti agar tidak terlalu jatuh," katanya.
Sehubungan itu tambah Sam, dia akan mengambil apa saja peluang dalam setiap tawaran lakonan yang diterima agar dapat mengekalkan momentum kerjayanya.
Dalam pada itu dia juga menjadikan idolanya iaitu Datuk Rosyam Nor sebagai contoh dan rujukan dalam mengekalkan nama dalam industri hiburan tempatan untuk tempoh masa yang lama.
"Kalau dahulu sebelum dikenali ramai, saya selalu tertanya-tanya kenapa bakat saya susah mendapat perhatian walaupun sudah 10 tahun dalam industri.
"Tetapi lama-kelamaan, saya faham apabila melihat industri sebagai sebuah perniagaan hiburan yang juga memerlukan strategi pemasaran. Itu yang akan cuba saya lakukan," ujarnya.
Sementara itu, Sam yang telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem SAM pada Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) Sabtu lalu itu akan muncul dengan sebuah filem terbaharu berjudul Manisnya Cinta Di Cappadoccia arahan Bernard Chauly.

Jakarta : Gambar bogel mirip polwan (polis wanita) merangkap setiausaha peribadi ( Sespri ) Kapolda (kepala kepolisian daerah) Lampung bernama RS beredar di jejaring sosial Facebook . Foto tersebut diduga diambil sendiri oleh RS .

Ada tiga foto yang memaparkan tubuh perempuan itu. Tidak ada seutas benang pun yang melekat di tubuhnya.


 Bila diamati , foto -foto tersebut tampak diambil dengan sengaja menggunakan telefon bimbit . Hal itu terlihat dengan pose yang dipaparkan.

Perempuan dalam foto itu tampak menggenggam handphone berbalut getah keselamatan yang dia rakamkan melalui cermin. Sementara dua foto lainnya terlihat dalam kedudukan berbaring di atas ranjang di dalam sebuah bilik .


Di salah satu foto yang diambil melalui cermin, di belakangnya terlihat seragam dinas kepolisian yang tergantung.

Tidak begitu jelas pangkat yang terlihat, antara Brigadier Satu atau Brigadier . Begitu pula dengan lambang satuan Polda (polis daerah) wilayah tidak kelihatan .

Khabar beredar menyebutkan bahawa perempuan dalam foto itu diduga adalah polwan  dari Polda Lampung berinisial RS . Dia berkhidmat sebagai Setiausaha peribadi (Sespri) Kapolda Lampung Brigjen Heru winarko .

Foto- foto tersebut mulanya tersebar di jejaring sosial. Namun saat ini , foto- foto itu sudah tidak kelihatan lagi di akaun Facebook itu .

Sumber: metrotvnews.com

JAYAPURA - Seorang penganggur lelaki berinisial AL ( 32 ) ditahan lantaran melakukan perbuatan tidak senonoh dengan mencabul ibu tirinya di Terminal Entrop , Daerah Jayapura Selatan ( Japsel ). Dari laporan yang diterima polis , pelaku meramas payudara ibu tirinya .

AL yang berusia 6 tahun lebih muda daripada mangsa , nekad melakukan perbuatan tersebut ketika ditanyakan lima ekor anjing yang dijualnya . Pelaku yang ditanya ibu tirinya , bukan memberikan jawapan tetapi telah melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa. Mangsa yang merasa sakit dan malu langsung melapor kepada polis.

Pihak polis mengesahkan adanya laporan kes percabulan yang dilakukan seorang lelaki penganggur berinisial AL terhadap ibu tirinya .

'' Perbuatan tidak senonoh itu dilakukan pelaku di Terminal Entrop , saat mangsa mendapati pelaku yang sedang menjual lima ekor anjing, '' ungkap polis.

Selain menyiasat kes pencabulan ini , pihak polis juga akan menyiasat lima ekor anjing yang didakwa dijual oleh pelaku .

'' Kami akan menyiasat sama ada lima ekor anjing yang dijual tersebut memang milik pelaku atau milik orang lain , '' tambahnya .

Sumber: goriau.com
 10. Athina Onassis - US $ 1 bilion

Ia adalah jutawan termuda di dunia saat ini. Mendiang datuknya iaitu Aristotle yang mewariskan kekayaan tersebut.

Harta tersebut diwarisi ketika berumur 3 tahun. Namun itu baru benar didapatkan saat beranjak dewasa. Salah satu legasi beliau adalah Pulau Skorpios yang berada di negara Greece.

 9. Lily Safra - US$ 1.2 bilion


Wanita warga Monaco yang mendapat kekayaan dari mendiang suaminya yang bernama Edmond Safra. Edmon meninggal ketika apartemennya kebakaran tahun 1999.

 8. Yvonne Bauer - US $ 2 bilion

Ia adalah pewaris Bauer Media Group. Tapi Ia juga ikut sebagai pekerja pada syarikat tersebut. Kedudukannya saat ini adalah Pengarah Eksekutif di pejabat tersebut.

Prestasi syarikat ternyata lebih banyak dari yang dibayangkan. Sehingga akan membuat kekayaannya bertambah semakin besar.

 7. Eduardo Hochschild - US $ 2.1 bilion

Orang ke-4 terkaya di Peru ini mendapat kekayaan dari bapa saudaranya yang merupakan pemilik saham dari syarikat perlombongan. Saat kecil, Eduardo sempat diculik, sayangnya Ayah Eduardo tertembak.

Sehingga Ia tinggal bersama bapa saudaranya dan mendapatkan warisan saham. Saat ini Ia berperanan aktif untuk membina syarikat.

 6. Scott Duncan - US $ 4.7 bilion

Walaupun umurnya masih 30 tahun, tapi Ia telah diwariskan kekayaan yang sangat melimpah. Baru-baru ini Ia mendapatkan syarikat minyak di Texas yang merupakan syarikat paling berjaya di sana.

Beberapa pihak meragukan nasib syarikat di tangan Duncan.

 5. Finn Rausing - US $ 5.1 bilion

Ia mendapat kekayaan dari syarikat Tetra Pak yang merupakan milik datuknya. Syarikat ini menghasilkan barang-barang selama berdekad. Ia adalah orang kelima terkaya di Sweden. Sementara yang keempat adalah kakaknya.

 4. Jorn Rausing - US $ 5.2 bilion

Jorn mendapat kekayaan dari ibunya yang telah meninggal. Walaupun Ia tidak pernah bekerja sebelum ini, Jorn menjadi salah satu direktor yang aktif pada syarikat tersebut. Syarikatnya adalah Tetra Pak.

 3. Elaine Marshall - US $ 8 bilion

Ia dapat warisan dari suaminya iaitu J. Pierce Marshall yang telah meninggal. Kekayaannya tersebut menjadikannya wanita terkaya keempat di Amerika Syarikat (AS).

Sebahagian dari kekayaannya berasal dari sahamnya di Koch Industries yang berjumlah 14.6%.

 2. David de Rothschild - US $ 10 bilion

Lelaki berumur 35 tahun, adalah pewaris dari keluarga Rothscild. Ia terkenal dengan sebagai  pencinta alam sekitar.

1. Jacqueline Mars - US $ 20.5 bilion

Ia adalah cucu dari Fank C Marikh yang merupakan pengasas syarikat gula-gula jenama Mars di Amerika Syarikat. Ia adalah wanita ketiga di AS.

Ia senang beramal dari kekayaan yang dimilikinya. Ia adalah mengutip dana di National Symphony orcestra.

Penulis tak tahu sejauh mana kesahihan cerita ini.
Namun, menerusi portal Ohbulan, nama pelakon kacak, Sharnaaz kembali dikaitkan menjadi perosak hubungan atau dalam kata lain, menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Qi Razali dan kekasihnya, Nelydia Senrose.
Rasanya, baru sahaja nama Sharnaaz dikaitkan dengan Uqasha Senrose sehingga membuatkan Pekin Ibrahim memberikan kenyataan media bahawa kekasihnya itu sedang berhubungan dengan aktor kelahiran Pulau Mutiara itu.
Hanya selepas mengetahui semua perkhabaran itu merupakan salah faham, barulah kes itu kembali reda.

Berbalik kepada kes Qi dan Nelydia, hubungan kedua-duanya dilihat mungkin mengalami sedikit masalah berikutan Qi kebelakangan ini selalu sahaja memuat naik status sedih di laman Twitternya.
Sementara itu, ketika ditanya seorang peminat di Twitter, Nelydia mengatakan itu adalah gosip semata-mata dan Sharnaaz tiada kena-mengena dengan hubungan mereka.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sah meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berkuatkuasa semalam iaitu 1 Disember.
Menurut kenyataan dari pejabat Dr Mahathir hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun dimaklumkan dengan keputusan itu melalui satu surat bertulis tangan pada 29 November lepas.
Dr Mahathir bagaimanapun akan kekal sebagai Penasihat Lembaga Pembangunan Pulau Langkawi dan Penasihat Lembaga Pembangunan Pulau Tioman serta Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Selain itu bekas Perdana Menteri keempat itu juga merupakan Penyelaras Pembangunan Sempadan Malaysia-Thailand dan juga Penasihat syarikat milik Kumpulan DRB-Hicom Proton Holdings.
Beliau dilantik sebagai Penasihat kepada Petronas selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003.
Keputusan negarawan tersebut berkemungkinan didorong oleh faktor kesihatan berikutan gangguan kesihatan yang dialaminya baru-baru ini.
Dr. Mahathir dirawat hampir 10 hari bermula 16 November lalu di Institut Jantung Negara setelah didapati terkena jangkitan paru-paru.
Dengan perletakan jawatan ini, Dr Mahathir akan mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk menumpukan kepada kesihatan. 

REMBAU – Seorang wanita di sini tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya selepas menemui suaminya mati dalam keadaan tergantung di sebatang pokok getah dekat sebuah kebun di Kampung Mampong, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, K Selvi, 41, menemui mayat suaminya, K Selvam, 42, tergantung menggunakan kain kelambu.
K Selvi, 41, berkata, dia keluar mencari suaminya ke kawasan kebun tidak jauh dari rumahnya selepas suaminya tidak pulang.
Menurutnya, malam sebelum kejadian, suaminya yang pulang dalam keadaan mabuk sekitar jam 9 malam ada bertengkar dengannya untuk meminta duit bagi membeli minuman keras.
“Saya kata tiada duit dan suami menyatakan akan membunuh diri sekiranya saya tidak memberinya duit. Pada mulanya dia mahu minum cuka getah tapi saya sempat halang sebelum suami keluar dari rumah menuju ke ladang getah.
“Kebiasaannya sekiranya suami keluar rumah dia akan pulang awal pagi, namun pada pagi ini dia tidak pulang,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tampin, semalam.
Selvi berkata, sepanjang 14 tahun dia berkahwin dengan suaminya itu, suaminya sememangnya seorang yang sangat baik sekiranya tidak mengambil minuman keras.
Mayat mendiang Selvam akan disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi KSNS Chembong.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Sinar Harian Online

Minggu ini nampaknya kisah cinta ‘kilat’ di antara aktor Johan As’ari dan Lana Nodin masih menjadi perhatian dan perbualan semua pihak.
Sejak pendedahan kisah cinta mereka, minggu lalu, bermacam spekulasi yang timbul berhubung perkara tersebut.
Sebelum ini kalau anda perasan, ibu Johan, Datin Firdaus Datuk Abdul Kader, ada memuat naik sekeping gambar di Instagramnya yang kedengaran seperti dirnya sedang bersedih di kala itu.
Lantas, peminat di luar sana mengandaikan ibu Johan bersedih di atas pilihan hati anaknya itu.
Mengulas mengenai perkara itu, pelakon berusia 27 tahun itu menjelaskan Lana bukanlah punca ibunya bersedih.
Sebaliknya, kesedihan emaknya itu adalah disebabkan kematian emak saudaranya, baru-baru ini.
“Sebenarnya, foto tersebut tidak ada kena-mengena dalam hal kami berdua. Ibu bukan bersedih pasal Lana. Ibu saya bersedih selepas mak saudara saya meninggal dunia di Melaka,” katanya memetik laporan portal Ohbulan.
Selain itu, Johan juga menyatakan bahawa ahli keluarganya tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan untuk tidak menerima kekasih hatinya itu.
Sebaliknya, keluarganya memberikan ruang kepada dirinya untuk lebih mengenali hati budi Lana.
Johan sebelum ini dilaporkan melamar Lana menjadi isterinya selepas tiga kali berturut-turut keluar dating pada bulan lalu.
Perkenalan kedua-duanya dikatakan bermula pada satu majlis anugerah hiburan yang diadakan pada 18 Oktober lalu.

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Kampung Baru, sebuah kawasan Melayu yang terus terpelihara di tengah-tengah kawasan “Segi Tiga Emas” Kuala Lumpur, akan mendapat “sentuhan” Johan Cruyff melalui pembinaan sebuah kompleks sukan dan rekreasi yang mengambil sempena nama lagenda bola sepak Belanda itu.
Lebih dikenali sebagai Cruyff Court, kemudahan ini adalah yang ketiga dibina di negara ini oleh Khazanah Nasional Berhad sebagai inisiatif utama tanggungjawab korporatnya dengan kerjasama Johan Cruyff Foundation.
Cruyff Court pertama di Malaysia dibina di Kampung Majidee, Johor Baharu, manakala yang kedua terletak di Brickfields, di sini.
Naharudin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, agensi yang mengemudi pembangunan semula kawasan itu secara besar-besaran, berkata pemilihan Kampung Baru sebagai lokasi terbaru Cruyff Court merupakan berita yang amat dialu-alukan kira-kira 18,000 penduduk kampung berkenaan, yang mengimpikan pembinaan kompleks tersebut sejak sekian lama.
“Bagi pihak mereka semua, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Khazanah Nasional. Cruyff Court ini akan menjadi pemangkin bagi usaha pembangunan semula Kampung Baru oleh perbadanan tersebut,” katanya kepada penulis.
Program Cruyff Court yang terkenal di dunia, antara lain, menyediakan padang permainan di kawasan bandar untuk kanak-kanak dan belia daripada golongan berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan, bukan sahaja sebagai tempat untuk melakukan aktiviti keceriaan, tetapi juga sebagai peluang untuk memajukan diri dalam bidang sukan dan kehidupan.
Di Asia, Malaysia adalah negara kedua selepas Jepun yang mempunyai Cruyff Court. Pada keseluruhannya, terdapat 177 Cruyff Court di seluruh dunia.
Johan Cruyff Foundation ditubuhkan pada 1997 bagi tujuan menambah baik kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia melalui sukan, dengan tumpuan khas diberi terhadap kanak-kanak yang memerlukan bantuan khusus serta golongan muda yang kurang bernasib baik.
Johan Cruyff adalah seorang daripada segelintir ahli sukan berpengaruh paling awal di Belanda yang mengabadikan nama mereka melalui penubuhan yayasan.
Naharudin berkata bagi Kampung Baru, kewujudan Cruyff Court merupakan suatu nilai tambah kerana ia bukan sahaja akan memberi kemudahan kepada generasi muda yang aktif, tetapi juga sebagai tempat untuk mencungkil dan melahirkan bakat terbilang dalam bidang sukan.
“Secara umumnya, kompleks ini merupakan suatu tempat khas di mana pelbagai kumpulan boleh melakukan kegiatan sosial. Lebih kurang 60 peratus penduduk Kampung Baru tergolong dalam kelompok yang amat aktif daripada kalangan mereka yang berusia 30-40 tahun. Mereka daripada kumpulan usia lebih tua pula boleh menggunakan kemudahan yang terdapat di situ untuk berjoging, berjalan dan melakukan kegiatan rekreasi lain,” katanya.
Kompleks ini juga akan dilengkapi kemudahan lain seperti bilik mesyuarat, tempat untuk mengadakan perjumpaan sosial dan kegiatan bersama keluarga, kecuali untuk mengadakan majlis kenduri.
“Kami mengambil inisiatif menjadikan kompleks ini sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan Kampung Baru sebuah bandar di dalam bandar raya melalui penyertaan penduduk. Di samping itu, penduduk di sekitar Kampung Baru seperti Keramat, Jalan Semarak, Universiti Teknologi Malaysia dan tempat lain juga boleh menggunakan kemudahan ini mengikut jadual.
“Pusat rekreasi ini akan melonjakkan lagi reputasi Kampung Baru sebagai syurga untuk menjamu selera yang menghidangkan beraneka jenis makanan lazat sepanjang masa dan sebagai kawasan yang tidak pernah tidur. Sesiapa yang ingin mencari sebuah kampung di tengah-tengah bandar raya, inilah tempatnya. Tempat ini juga merupakan satu lagi tarikan bagi pelancong,” kata Naharudin.
Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 11 rumah tradisional Melayu di Kampung Baru dipelihara sebagai harta warisan, manakala keseluruhan penampilan dan kebersihan kawasannya juga sedang melalui penambahbaikan secara besar-besaran.
Nota: Datuk Seri Azman Ujang adalah bekas Pengurus Besar dan bekas Ketua Pengarang Bernama

Hari ini, admin nak buat satu review tentang Dmillion Group dimana anda boleh menjana pendapatan secara PART TIME.

Bagaimana D' Million Group dapat membantu anda menambah pendapatan?

Anda boleh mulakan dengan part-time. Walaupun anda masih bekerja, anda masih boleh menyertai kami sebagai rakaniaga D'Million Group pada bila-bila masa melalui laman web DMillionGroup.com ini. Setiap pembelian secara automatik layak menjadi rakaniaga dan seterusnya boleh bekerja secara sambilan atau sepenuh masa di sini. Pada waktu lapang, anda boleh promosikan laman web dan mencari downline untuk perolehi komisen yang lebih hebat.

Anda diberi KOMISYEN jika memperkenalkan kawan-kawan dan kenalan menyertai program affiliate kami.



Bagaimana Anda Boleh Miliki Produk Hebat D' Million Group Ini?
Ikuti Langkah Ini Untuk Beli Produk.

 
1. Modal rendah iaitu permulaan. Sila Lihat Pakej Produk.
2. Isi Borang Pendaftaran.
3. Syarikat Akan Melantik Anda Sebagai Rakaniaga Pintar Secara Automatik.
4. Sebagai Rakaniaga Anda Boleh Mula Mempelawa 10 Orang Ahli Keluarga Atau Sahabat Handai Untuk Menjadi Rakaniaga DMillionGroup.com Juga. Anda boleh taja lebih dari itu.
5. Anda Akan Dibayar Komisyen Bagi Setiap Orang Yang Berjaya Anda Yakinkan.
6. Pihak Syarikat Akan Menguruskan Pembahagian Insentif Kepada Setiap Ahli.



Mengapa Anda Perlu Sertai Ahli D' Million Group
Tujuan utama anda MENYERTAI RAKANIAGA KAMI ini adalah untuk memperolehi pulangan munasabah, paling tidak pun menyamai gaji bulanan anda sekarang ini atau kalau dapat tambahan setengah bulan gaji anda setiap bulan, itu sudah berbaloi sebagai pendapatan sampingan?

Jika anda meneliti beberapa buku yang ditulis oleh penulis terkenal, “Jalan untuk menjadi KAYA terbentang luas untuk mereka yang Bijak Menggunakan Akal dan Merebut Peluang”. Kini peluang telah datang kepada anda, terpulang kepada anda untuk merebut peluang ini atau tidak. Adakah anda takut rugi hanya dengan yuran pendaftaran percuma ? Fikirkanlah keuntungan yang akan anda dapat nanti.

Kami sekarang ingin berkongsi pengalaman dan kejayaan kami bersama anda, sekarang tibalah waktunya untuk anda pula menikmati apa yang telah kami nikmati selama ini. Program rakaniaga ini kami perkenalkan untuk memberi perangsang dan pendapatan tambahan kepada anda.

Anda akan diberikan laman web percuma milik anda selama-lamanya tanpa memerlukan anda membuat bayaran hosting. Laman web anda diletakkan di server kami, lebih laju berbanding di hosting free. Laman web ini akan memberikan anda wang tanpa anda sedari. Edarkan laman web anda pada rakan-rakan, pelawa mereka menyertai rakaniaga usahawan ini dan anda mendapat insentif daripada penyertaan mereka.
 Program ini tidak seperti sistem MLM biasa kerana anda akan dapat ahli yang sangat ramai bukan berpuluh tapi beratus tanpa anda berjumpa seorangpun-secara online. Anda juga dibantu dengan sistem berkonsepkan autodownline dan spill-over. Ini dapat membantu anda menambah downline dan pulangan insentif yang hebat.

Idea kami memperkenalkan sistem ini kepada anda adalah datangnya daripada pembacaan dan idea yang di cetuskan oleh Robert Kiyosaki
“Jika Anda Mahu Sesuatu, Anda Berilah Sesuatu”.


Dengan gabungan konsep IT dan Multi Business Concept + Pos Delivery menyebabkan program rakaniaga ini sungguh hebat dan mendapat sambutan hangat dan telah berkembang dengan pantas sekali.


Jika anda sanggup bekerja pagi ke petang, petang ke malam, malam ke pagi, mengapa tidak anda merebut peluang keemasan ini. Cuma luangkan sedikit masa dan sedikit modal untuk membeli pakej.
Cuma 2 langkah anda:1. Daftar PERCUMA di sini
 
2. Promosikan laman web anda yang diberikan PERCUMA!

Kuala Lumpur – Seorang wanita mendakwa diugut bunuh oleh suaminya jika tidak melacurkan diri bagi melunaskan hutang lelaki itu kepada kumpulan ceti haram.
Difahamkan, lelaki terbabit yang juga dikatakan mengalami tekanan perasaan, bertindak demikian selepas sering diganggu ahli kumpulan berkenaan.

Dia mulanya membuat pinjaman untuk dijadikan modal memulakan perniagaan, tetapi tidak diteruskan berikutan kesihatan ibu dan bapanya yang kronik.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, berkata dia bukan saja buntu mencari jalan penyelesaian, malah turut tertekan kerana dipukul dan dimaki suaminya termasuk ketika di depan ahli keluarga.

Pernah dihunus parang

“Pernah dia menghunus parang panjang ke leher saya ketika sedang marah selepas didatangi ahli kumpulan ceti haram terbabit. Saya juga pernah dipijak serta dihentak ke lantai di depan ibu bapa serta seluruh ahli keluarga saya baru-baru ini.

“Malah, suami pernah mengugut dia tidak gentar untuk bunuh saya dengan alasan, dia hanya akan dimasukkan ke Hospital Bahagia kerana masalah mental dialaminya,” katanya kepada BH.

Lina berkata, jumlah asal pinjaman yang dibuat hanya RM4,000 dan bayaran balik sudah dilunaskan selama 12 bulan dengan yang terakhir, Ogos lalu.

“Untuk bayar pinjaman, wang pencen dalam akaun ayah saya dipotong RM620 sebulan dan sehingga pembayaran terakhir, jumlah yang sudah dipotong RM7,440. Kad ATM ayah juga dipegang kumpulan terbabit, sedangkan hanya itulah wang untuk kami sekeluarga lapan beranak berbelanja setiap bulan,” katanya. – Berita Harian

BATON ROUGE, Lousiana - Sekumpulan pemburu hantu yang sedang mengesan kewujudan kelibat makhluk halus di sini ditangkap kerana membakar sebuah bangunan bersejarah di negeri Louisiana baru-baru ini.

Seramai tujuh lelaki berusia antara 17 hingga 31 tahun telah menyelinap masuk ke dalam bangunan LeBeau Plantation, Jumaat lalu, kata polis.

Binaan bersejarah berusia lebih 100 tahun itu dianggap berhantu ekoran banyak kejadian pelik yang pernah berlaku di kawasan tersebut.

"Kami semua pernah mendengar banyak cerita seram tentang tempat itu sewaktu membesar di sini," kata ketua polis tempatan, Sherif Jimmy Pohlman.
"Namun, pada masa yang sama, bangunan itu menjadi sarang penagih," tambahnya.

Menurut jurucakap sherif berkenaan, John Doran, pada hari kejadian sekumpulan pencari hantu yang mabuk dan berada di bawah pengaruh dadah memasuki bangunan itu.
"Mereka cuba menyeru makhluk halus dan puaka tempat tersebut dengan memukul lantai tetapi gagal," katanya.

"Kerana marah, mereka kemudian mula menyalakan api dan membakar bangunan tersebut," tambah jurucakap berkenaan. - Agensi


EKORAN fitnah yang diterima bertubi-tubi tanpa henti, pelakon Sharnaaz Ahmad, 26, telah membuat keputusan nekad untuk bersara daripada dunia hiburan dan meneruskan kehidupan dengan pekerjaannya sebelum ini.

Tindakannya itu kata Sharnaaz dibuat demi membahagiakan individu lain yang enggan melihatnya berada di pentas seni, selain ingin menjaga hati keluarganya daripada terus dilukai.

Kesempatan bertemu pelakon itu sempena majlis pelancaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta gandingannya bersama pelakon jelita, Nelydia Senrose di Hotel Best Western Premier, Kuala Lumpur baru-baru ini, Kosmo! segera mendapatkan kepastian lanjut mengenai hal tersebut.

Sharnaaz turut mengulas perkembangan kisah bekas kekasihnya, Shila Amzah yang telah berpisah dengan Johan As’ari baru-baru ini. Ikuti sedutan temu bual tersebut.

Kosmo!: Keputusan Sharnaaz untuk bersara daripada dunia seni mengejutkan ramai. Adakah anda terkilan dengan tindakan itu memandangkan anda masih muda dan hijau dalam industri dan berbakat besar?

SHARNAAZ: Saya sangat terkilan sebab saya sangat sayangkan karier lakonan saya. Ada juga beberapa pengarah dan produser yang memujuk saya tapi saya sudah tidak mampu bertahan dengan fitnah dan cacian tanpa henti. Selama ini saya berdiam diri tapi sudah sampai masanya untuk saya bertindak bagi menggembirakan hati pihak yang mahu saya berundur.

Apabila membuat keputusan itu, apakah reaksi pihak yang selama ini sering melemparkan kata-kata negatif terhadap anda?

Saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Selama ini, saya duduk diam pun tetap kena hentam. Namun, selepas saya memberitahu akan berundur pun tetap saya kena maki.

Apakah reaksi keluarga anda apabila mengumumkan untuk bersara?

Mereka menyokong tindakan saya dan mereka mengenali saya sejak daripada kecil. Malah, saya tidak pernah berbohong dengan kedua-dua ibu bapa saya. Asalkan jangan sentuh (libatkan) keluarga saya, itu sudah memadai. Cukuplah mengutuk saya seorang. Saya tidak mahu mulakan perang!

Adakah drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta adalah lakonan terakhir anda?

Saya masih dalam perbincangan dengan produksi drama bersiri Cinta Ramadan yang sepatutnya membabitkan saya bersama Elfaeza Ul-Haq. Saya telah berjanji untuk terbabit dalam penggambaran siri terbaharu drama itu, biarpun mereka tidak memaksa tapi rasa kurang manis pula kalau saya tidak tepati janji saya. Keputusan ini pun perlu dibincangkan bersama keluarga saya, kalau mereka tidak bersetuju pun susah juga nanti. Ikutkan hati memang nak bersara.

Adakah anda sudah mempunyai perancangan lanjut sekiranya bersara daripada dunia seni kelak?

Saya akan kembali semula bekerja dalam bidang hartanah atau industri minyak dan gas. Saya juga sedang berjinak-jinak dalam bidang sukan permotoran dan insya-Allah akan menyertai Malaysian Super Sport Motor Series tahun depan. Sekarang masih dalam proses pembelajaran sejak bulan Ogos lalu. Alhamdulillah dari segi teori, kelajuan dan kedudukan badan sudah boleh kuasai sedikit sebanyak.

Mengejutkan umum apabila hubungan mesra Johan As’ari dan Shila Amzah putus di tengah jalan setelah Johan mengambil keputusan bakal berkahwin dengan Lana Nodin. Apakah komen anda?

Saya tidak tahu, tidak mahu mengulas lanjut. Saya tidak mahu komen apa-apa, mungkin hari ini hari dia, esok lusa mungkin hari saya. Jodoh itu Tuhan tentukan. Saya tiada masalah dengan Johan, sebelum ini pun saya pernah mengucapkan good luck untuk filem terbaharunya, Balada Pencinta. 

Melalui Twitter anda kelmarin, anda dilihat begitu marah dengan menulis kata-kata yang kurang enak seperti mahu memukul orang yang masih mengaitkan anda dengan kes Johan-Lana-Shila. Apa komen anda?

Memang saya yang menulis kenyataan tersebut. Tentang pernyataan berbunyi ‘Hammer boleh berbicara’, itu bukan bermaksud saya nak pergi pukul orang dengan tukul besi, sebaliknya ia adalah metafora kemarahan saya kepada orang yang asyik mengaitkan saya dengan ‘cinta’ mereka. Sebenarnya, saya tak marah pada Shila atau Johan, sebaliknya kepada pihak yang cuba menjodohkan saya kembali dengan Shila. Saya mohon kepada semua, beri saya peluang untuk mencari kebahagiaan sendiri dan henti kaitkan saya dengan Shila.