Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Tempat Bersejarah Dunia UNESCO Di Kathmandu
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Singgahsana Raja Pratap Mala terdiri lajuran tiang yang menempatkan monumen terkenal Raja Pratap Mlla, bersama dua isteri dan lima anak lelakinya.
Antara kuil lain yang berada di sekitarnya adalah Kuil Indrapur, Kuil Vishnu dan Kuil Jagannath. Dalam pada itu, Jaganath terkenal dengan ukiran erotik di bahagian bumbungnya.

Tidak ketinggalan, Nagarkot iaitu antara lokasi menarik untuk dilawati terutamanya bagi pencinta alam yang gemar mendaki. Nagarkot dikelilingi dengan hutan tebal dipenuhi dengan pokok pain yang membawa para pengunjung jauh dari hiruk-pikuk kota.

Dari Nagarkot, pengunjung juga dihidangkan dengan pemandangan indah beberapa puncak banjaran Himalaya yang meliputi Manaslu, Sisa Pagma, Ganesh, Langtang, Gauri Shankar dan lain-lain lagi. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan disini termasuk yoga, mengenali spesis burung, berbasikal dan mendaki.



Tika menikmati pemandangan di puncak bukit, anda dapat merasai perasaan ibarat menyentuh langit yang biru bertemankan pemandangan indah. Sekiranya cuaca mengizinkin, anda dianggap bertuah kerana berkesempatan untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang begitu mempesonakan, awan biru berubah warna ditemani dengan alam semula jadi di sekeliling.


Swayambhunath

Swayambhunath adalah satu lagi kuil Buddha yang tersenarai antara tempat bersejarah dunia UNESCO yang terletak di atas puncak bukit.

Swayambhunath atau lebih dikenali sebagai Kuil Monyet adalah tempat beribadat yang menawan hati sesiapa saja berkunjung.



Ia adalah ombinasi di antara dua elemen ikonografi Buddha dan Hindu yang terdiri daripada bangunan yang diperbuat daripada batu berbentuk loceng yang mengangkat kegemilangan seni bina Lembah Kathmandu.

Monumen ini turut mempunyai puncak menara dihiasi kubah yang indah menambahkan keunikan kuil ini. Dari puncak menaranya, anda boleh melihat empat wajah Buddha yang seolah-olah memandang ke arah lembah.


Thamel

Thamel adalah syurga buat mereka yang gemar membeli-belah. Jika anda terlupa membawa peralatan untuk mendaki, jangan risau kerana terdapat pelbagai pilihan di sini.

Selain daripada itu, ia juga kaya dengan aneka makanan dari seluruh pelusuk dunia seperti pizza, kek, sushi, masakan Thai, Mexico, Tibet, India dan banyak lagi.

Selain daripada makanan yang pelbagai, anda boleh mendapatkan kraftangan, barang perhiasan, pashmina, karpet, kopi dan banyak lagi.

Kecantikan yang tidak tiada tanding, Pokhara sering menjadi buah mulut dan subjek utama di kalangan para penulis pengembaraan dan percutian.

Selain udaranya yang segar, Pokhara indah dihiasi puncak gunung dilitupi salji, tasiknya yang tenang serta pepohon nan menghijau.

Ini membuatkan Pokhara mendapat jolokan ‘mutiara Himalaya’, tempat yang dipenuhi dengan keindahan semulajadi yang tiada tandingan.


Annapurna

Berlatarkan keindahan Annapurna dan ketenangan tiga tasik utama – Phewa, Rupa dan Begnas, tanpa disangkal lagi, Pokhara merupakan destinasi ideal bagi mereka yang mendambakan ketenangan. Lembah Pokhara boleh dianggap sebagai lokasi kemestian untuk dilawati di Nepal.

Trek pendakian terbaik Annapurna : ‘Tempat Perlindungan Tuhan’


Anda juga tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan matahari terbit di Annapurna yang begitu menakjubkan. Annapurna berasal daripada perkataan Sanskrit yang membawa maksud “penuh dengan makanan” yang juga diterjemahkan sebagai Dewa Tuaian.

Laluan trek di wilayah Annapurna pastinya membuatkan anda terpegun dengan pemandangan Banjaran Himalaya Nepal yang mempesonakan.


Puncak gunungnya yang dilitupi salji putih bak kapas, kabus nyaman memenuhi ruang udara lembahnya, kawasan kejiranan yang jauh dari kesibukan kota yang begitu ideal buat anda yang mendambakan ketenangan alam semulajadi.

Dengan ketinggian 5,000 meter dari dasar laut, Annapurna pastinya destinasi sempurna di samping mendalami warisan nenek-moyang masyarakat setempat dan menikmati keindahan flora dan fauna di pergunungan Annapurna.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments