JAYAPURA - Seorang penganggur lelaki berinisial AL ( 32 ) ditahan lantaran melakukan perbuatan tidak senonoh dengan mencabul ibu tirinya di Terminal Entrop , Daerah Jayapura Selatan ( Japsel ). Dari laporan yang diterima polis , pelaku meramas payudara ibu tirinya .
AL yang berusia 6 tahun lebih muda daripada mangsa , nekad melakukan perbuatan tersebut ketika ditanyakan lima ekor anjing yang dijualnya . Pelaku yang ditanya ibu tirinya , bukan memberikan jawapan tetapi telah melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa. Mangsa yang merasa sakit dan malu langsung melapor kepada polis.
Pihak polis mengesahkan adanya laporan kes percabulan yang dilakukan seorang lelaki penganggur berinisial AL terhadap ibu tirinya .
'' Perbuatan tidak senonoh itu dilakukan pelaku di Terminal Entrop , saat mangsa mendapati pelaku yang sedang menjual lima ekor anjing, '' ungkap polis.
Selain menyiasat kes pencabulan ini , pihak polis juga akan menyiasat lima ekor anjing yang didakwa dijual oleh pelaku .
'' Kami akan menyiasat sama ada lima ekor anjing yang dijual tersebut memang milik pelaku atau milik orang lain , '' tambahnya .
Sumber: goriau.com
No comments
Post a Comment