Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Tasha Shilla sekali lagi dilanda kontroversi apabila dia berani tampil dengan pakaian yang cukup menjolok mata ketika menghadiri perasmian sebuah sebuah majalah fesyen dari Perancis, di ibu kota malam semalam.
Melalui beberapa keping gambar yang dimuatnaik di Instagram (sebelum dipadam semuanya), tindakan Tasha yang berani itu sememangnya mendapat maklumbalas daripada ratusan peminatnya yang rata-ratanya terkejut dengan perkara tersebut.
Myartis.com
Hiburan
Ada-ada sahaja yang dilakukan oleh wanita berasal dari Texas ini ketika mahu pergi ke kampus. Kerana lesen memandunya digantung, gadis bernama Tara Monroe ini melakukan aksi berani dan selamba dengan memandu kenderaan mainan Barbie Jeep untuk menghadiri kuliah di kolejnya.
Memetik laporan San Antonio Express News, lesen memandunya digantung oleh pihak berkuasa kerana dia tidak memberikan kerjasama ketika ditahan. Dia ketika itu baru sahaja pulang dari menonton konsert bersama rakan-rakannya. Bapa kepada gadis ini tidak dapat menahan kemarahan terhadap anak gadisnya lalu mengambil kunci kereta dan menggantikan dengan sebuah basikal sebagai kenderaan untuk digunakannya.
Tara tidak dapat menerima keputusan yang dia perlu pergi ke kampus dengan hanya menaiki basikal. Jadi dia memutuskan untuk mencari kenderaan lain yang boleh digunakan walaupun tidak memiliki lesen memandu.
Gadis berusia 20 tahun ini kemudian membeli sebuah kenderaan mainan Jeep Barbie di sebuah laman web jual beli secara atas talian(online) .
Tanpa rasa malu, Tara memandu kenderaan mainannya itu ke kampus. Beberapa orang yang melihat gelagatnya memandu kenderaan mainan tersebut tidak dapat menahan gelak lalu merakamkan saat lucu ini dan seterusnya memuatnaik gambar tersebut ke laman sosial.
Tanpa disangka-sangka, Tara mendapat perhatian di media sosial hanya gara-gara dia memandu kenderaan mainan Barbie Jeep ke kampus. Dia amat merasa bangga dan tidak berasa malu dengan kelakuannya ini walaupun menjadi bahan lawak di kalangan rakannya.
Pelbagai
Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang sangat indah dan menarik yang wajib dikunjungi oleh setiap orang yang cintakan keindahan alam dan cabaran. Mendapat gelaran sebagai “Land Below The Wind” (Negeri Di Bawah Bayu) oleh orang-orang Eropah, negeri ini amat kaya dengan khazanah lautnya serta pulau-pulaunya yang sangat cantik.
Sabah kerap dikunjungi oleh penyelam dari luar dan dalam negara, dan laut yang mengelilingi negeri Sabah dipenuhi dengan batu karangnya yang cantik dan kehidupan laut yang unik. Pulau-pulau Sabah adalah satu destinasi yang amat sesuai bagi mereka yang inginkan percutian di pantai. Ingin lari dari kesibukan kerja di kota dan ingin mencari ketenangan? Berikut kami senaraikan 7 pulau di Sabah yang kurang popular tetapi sangat cantik dan indah setaraf dengan pulau cantik di dunia seperti Bora-bora.
1. Pulau Bohey Dulang, Semporna
Imej dari ilovesabah.info |
Pulau Bohey dulang terletak satu jam perjalanan dari pekan Semporna menaiki bot. Keindahan pemandangan dari atas gunung di pulau ini menjadi tarikan pelancong.
2. Pulau Kapalai, Semporna
mej dari embassyalliance |
Pulau Kapalai adalah sebuah pulau yang terletak agak tersembunyi di antara pulau SIpadan dan Pulau Mabul. Ia sebenarnya adalah sebuah pulau yang terletak di atas batu-batu karang yang dikenali sebagai Ligitan. Terdapat sebuah kampung/ resort air yang dibina di atas tiang-tiang yang tinggi yang membolehkan anda untuk melihat kehidupan marin yang berenang-renang di kawasan batu karang di bawahnya.
3. Pulau Sibuan, Semporna
Imej dari etawau.com |
Pulau ini dikatakan antara pulau yang terindah di lautan Sulawesi. Untuk ke pulau ini, anda boleh menaiki teksi atau bas dari Lapangan Terbang Tawau terus ke Semporna.
4. Pulau Mataking, Semporna
Imej dari tripadvisor.co.uk |
Pulau Mataking terletak 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Sipadan. Terdapat 30 kawasan menyelam dan antara yang paling terkenal adalah Magic Rick, Mantis Reef dan Alice Wall. Lihat secara dekat lagi hidupan laut seperti barracuda, stingrays, tuna, ikan dan lain-lain. Pantainya yang cantik dan menarik pasti menjadi tarikan pengunjung yang ingin berjemur di bawah sinaran matahari dan keluarga anda.
5. Pulau Baggi, Kudat
Imej dari gadflyketch.wordpress.com |
Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah, Malaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.
6. Pulau Bum-Bum, Semporna
Imej dari cuti-cutimalaysia.net |
Pulau Bum Bum terletak berdekatan dengan Semporna, Kudat dan Lahat Datu dan bersaiz sebesar Singapura. Pulau Bum Bum belum menjadi pusat perlancongan yang terkenal tetapi tak rugi kalau singgah ke Pulau Bum Bum jika anda datang ke Sabah.
7. Pulau Timba-timba
Imej dari Flickr |
Sajakongsi.com
Pelancongan
Tak ada orang yang tak ingin kelihatan cantik. Ada yang nampak cantik bila pakai make up, pakai baju cantik dan sebagainya. Tetapi bila budak umur 10 tahun lagi cantik daripada anda, rasa tergugat tak?
Kristina Pimenova yang baru berusia 10 tahun digelar kanak-kanak perempuan paling cantik oleh netizen seluruh dunia. Matanya berwarna biru membuatkan sesiapa saja yang bertentang mata dengannya cair dan rambutnya yang perang original menyerlahkan lagi kecantikan kanak-kanak ini.
Lahir pada 27 December 2005 ini berasal dari Rusia dan menjadi model untuk beberapa jenama terkenal seperti Dolce & Gabbana, Armani dan Roberto Cavalli. Dia juga dikatakan supermodel yang paling muda.
Buat anda yang nak sangat tahu pasal si cantik ini boleh lihat gambar-gambarnya di akaun Instagram miliknya, @kristinapimenova2015 yang kini sudah mempunyai pengikut sebanyak 925k dan juga Facebooknya yang kini melebihi 1juta like. Tapi kedua-dua akaun ini dikendalikan oleh ibunya.
Pelbagai
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments