Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Senarai 7 Pulau Eksotik Di Sabah Yang Tidak Diketahui Ramai
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang sangat indah dan menarik yang wajib dikunjungi oleh setiap orang yang cintakan keindahan alam dan cabaran. Mendapat gelaran sebagai “Land Below The Wind” (Negeri Di Bawah Bayu) oleh orang-orang Eropah, negeri ini amat kaya dengan khazanah lautnya serta pulau-pulaunya yang sangat cantik.
Sabah kerap dikunjungi oleh penyelam dari luar dan dalam negara, dan laut yang mengelilingi negeri Sabah dipenuhi dengan batu karangnya yang cantik dan kehidupan laut yang unik. Pulau-pulau Sabah adalah satu destinasi yang amat sesuai bagi mereka yang inginkan percutian di pantai. Ingin lari dari kesibukan kerja di kota dan ingin mencari ketenangan? Berikut kami senaraikan 7  pulau di Sabah yang kurang  popular tetapi sangat cantik dan indah setaraf dengan pulau cantik di dunia seperti Bora-bora.
1. Pulau Bohey Dulang, Semporna
Imej dari ilovesabah.info
Pulau Bohey dulang terletak satu jam perjalanan dari pekan Semporna menaiki bot. Keindahan pemandangan dari atas gunung di pulau ini menjadi tarikan pelancong.
2. Pulau Kapalai, Semporna
mej dari embassyalliance
Pulau Kapalai adalah sebuah  pulau yang terletak agak tersembunyi di antara pulau SIpadan dan Pulau Mabul. Ia sebenarnya adalah sebuah pulau yang terletak di atas batu-batu karang yang dikenali sebagai Ligitan. Terdapat sebuah kampung/ resort air yang dibina di atas tiang-tiang yang tinggi yang membolehkan anda untuk melihat kehidupan marin yang berenang-renang di kawasan batu karang di bawahnya. 
3. Pulau Sibuan, Semporna
Imej dari etawau.com
Pulau ini dikatakan antara pulau yang terindah di lautan Sulawesi. Untuk ke pulau ini, anda boleh menaiki teksi atau bas dari Lapangan Terbang Tawau terus ke Semporna.
4. Pulau Mataking, Semporna
Imej dari tripadvisor.co.uk
Pulau Mataking terletak 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Sipadan. Terdapat 30 kawasan menyelam  dan antara yang paling terkenal adalah Magic Rick, Mantis Reef dan Alice Wall. Lihat secara dekat lagi hidupan laut seperti barracuda, stingrays, tuna, ikan dan lain-lain. Pantainya yang cantik dan menarik pasti menjadi tarikan pengunjung yang ingin berjemur di bawah sinaran matahari dan keluarga anda.
5. Pulau Baggi, Kudat
Imej dari gadflyketch.wordpress.com
Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah, Malaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.
6. Pulau Bum-Bum, Semporna
Imej dari cuti-cutimalaysia.net
Pulau Bum Bum terletak berdekatan dengan Semporna, Kudat dan Lahat Datu dan bersaiz sebesar Singapura. Pulau Bum Bum belum menjadi pusat perlancongan yang terkenal tetapi tak rugi kalau singgah ke Pulau Bum Bum jika anda datang ke Sabah.
7. Pulau Timba-timba
Imej dari Flickr

Sajakongsi.com

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments