Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman, Julia Ziegler menafikan khabar angin mengatakan seorang pelakon wanita mabuk teruk ketika menjalani pengambaran di Sydney, baru-baru ini.
Menurut laporan berita itu, klue yang diberikan banyak terarah kepada pelakon tersebut sehingga ramai membuat telahan memang Julia lah orang yang dimaksudkan.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Julia menjelaskan, “eh, mana ada, mengarut saja. Jangan percaya mereka (penyampai)”.
“Memanglah saya jenis yang gila-gila, tapi tak adalah sampai terjerit dan mabuk macam itu. Orang buat cerita ini. Siapa yang mengadu, siapa yang bercakap? Terkejutlah saya. Siapalah yang buat lawak bodoh macam ini,” katanya dipetik Harian Metro.
Kalau betul awak tak buat, tak payah takut lah Julia, lama-lama orang pun akan berhenti bercakap mengenai perkara ini kalau tak de bukti yang jelas. Tak gitu?

SEORANG gadis dari Cheltenham, England terpaksa melupakan nikmat makan sejak lima tahun lalu selepas disahkan menghidap penyakit ‘gastroparesis’ yang menyebabkan otot perutnya lumpuh.
Ayllah-Beau Foley, 19, kini hanya bergantung dengan tiub kecil yang membekalkan nutrien yang disambungkan terus ke jantungnya.
Penyakit pelik itu dikesan selepas Ayllah kembali dari projek sukarelawan di India.
Kesakitan pada bahagian perut itu pada mulanya disangkakan berpunca daripada keracunan makanan, namun ia bertambah teruk sehingga menyebabkan dia terpaksa dirawat di hospital.
Selepas beberapa ujian dijalankan, gadis itu disahkan menghidap penyakit tersebut yang sememangnya jarang berlaku.

“Keadaan ini mengubah hidup saya. Saya tidak dapat makan bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Ia sangat sukar, namun saya cuba untuk terus positif dan berharap untuk mengatasi penyakit ini suatu hari nanti,” ujarnya.
Nutrien akan disalurkan ke tubuh Ayllah melalui tiub selama 14 jam setiap malam bagi memastikan dia terus hidup.
Sehingga ke hari ini, gadis itu masih berharap agar suatu hari nanti dia akan dapat menikmati coklat, gula-gula dan burger yang menjadi kegemarannya sebelum ini.

Iraq – Dua lelaki yang menjadi tahanan satu kumpulan ekstrimis, telah dihukum dengan cara yang kejam, selepas didakwa melakukan serangan bom tangan terhadap salah seorang pejuang kumpulan terbabit.
Kumpulan itu yang menamakan diri mereka Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) telah mengikat dua lelaki itu pada kayu dan kemudian mereka dipamerkan di bulatan di sebatang jalan di Naim.
Dalam satu twitter, gambar tahanan tersebut telah dimuat naik dengan mesej “10 hari lalu, penyerang yang menaiki motosikal telah melemparkan bom tangan kepada pejuang kami. Salah seorang awam telah terputus kaki manakala seorang kanak-kanak terkorban.
“Pejuang kami kemudiannya telah membuat sekatan jalan dan berjaya menangkap mereka,’’ demikian mesej dalam twitter tersebut.

Dalam pada itu, Abu Ibrahim Alrquaoui, yang menggelar dirinya sebagai pengasas Raqqa Is Being Slaughtered Silently memberitahu FoxNews.com bahawa mereka yang terkorban sebelum ini merupakan pejuang yang menentang kerajaan Bashar Assad di Syria.
Abu Ibrahim memberitahu dia telah menyaksikan hukuman itu dan mengambil gambar serta menyebarkannya dalam internet.
ISIL ketika ini telah dihalau keluar dari kawasan di utara Syria namun pejuangnya masih berada di Raqqa, iaitu satu-satu kawasan yang berada di luar pentadbiran rejim Bashar.
ISIL ditubuhkan pada April tahun lepas dan menjadi antara kumpulan utama yang menentang rejim Bashar di Syria.

SEBELUM ini, ramai yang menjangkakan pertunangan antara Pekin Ibrahim dan Uqasaha Senrose sudah terlerai.
Ini kerana, Uqasha dilihat sudah pun memadamkan gambar-gambarnya bersama Pekin di laman Instagram.
Selain itu, mereka juga tidak lagi muncul bersama untuk acara-acara hiburan termasuklah Anugerah Meletop Era Februari lalu.
Apabila ditanya, kedua-duanya lebih senang mengunci mulut dan memberikan kenyataan berkias yang menggambarkan mereka kini tidak lagi bersama.
Bagaimanapun, kira-kira empat hari lalu, menerusi satu gambar yang dimuatkan Pekin di Instagramnya, muncul komen romantis dari Uqasha yang kemudiannya dibalas oleh Pekin:

Adakah ini tanda kedua-duanya sudah kembali berbaik?
Jika benar, baguslah sebab sebelum ini mereka pernah merancang untuk bernikah pada tahun ini.
Apa pun, kami harapkan kedua-duanya tidak lagi berdolak-dalih mengenai hubungan mereka selepas ini…
BARU-BARU ini Butik Fareeda melancarkan rekaan tudung terbarunya, Fareeda Noura.
Untuk itu, pihak butik berkenaan menjual tudung itu pada harga promosi iaitu sekitar RM120 sehelai.
Katanya pada hari ini sahaja!
Disebabkan itu, maka pagi tadi berduyun-duyun peminat tegar koleksi Fareeda mengunjungi butik tersebut di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Malah, mereka telah ‘berkampung’ seawal pagi lagi untuk mendapatkan rekaan terbaru mertua pelakon terkenal Fizo Omar itu.






MENERUSI Facebook The Real Singapore, seorang pembaca berkongsi gambar seorang wanita asing yang berpakaian kurang sopan di tempat awam.
Menurutnya, wanita tersebut tidak memakai pakaian yang menutup bawah tubuhnya termasuklah seluar dalam sehingga menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.
Pembaca itu kemudiannya menegur perbuatan wanita itu, namun dia pula yang dianggap sengaja menggatal.
Wanita itu turut berkata perbuatan pembaca itu memandangnya adalah menyalahi undang-undang.
Hai, dia yang berperangai pelik, orang lain pula yang disalahkannya…

Cuba perhatikan betul-betul gambar di bawah ni, apa yang peliknya dari gambar lain?
Tangan siapa yang mencelah, mengapit bayi dalam gambar ini?
Takkan tangan mak ayah budak ni pulak kan, sebab warna kulit memang nampak berbeza sungguh.
Tak tahulah kalau ini merupakan hasil editan siapa-siapa yang terlebih rajin.
Tapi kalau gambar ni memang betul-betul ‘real’ mahu meremang bulu roma tengok

SIAPA tak jatuh hati kalau aksi lucu dan comel pelakon Nur Fathia.
Beberapa keping gambar Selfie beliau memang menunjukkan Fathia seorang yang periang dan lucu.
Walaupun ada kontroversi yang kurang sedap didengar oleh peminatnya, Fathia tidak cepat melatah.
Walau apa pun agar karier beliau akan berjaya di masa yang akan datang.





GARA-GARA berang tertipu dengan hubungan sulit, seorang wanita mencampakkan perempuan simpanan suaminya ke dalam gaungsejurus selepas kecurangan itu terbongkar.


Ibu kepada empat anak, Lissette Lupo Mamani dilaporkan mengintip jejak suaminya yang menjalin hubungan terlarang dengan Sandra Bruna Morales, 25.
Rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian menunjukkan bagaimana suami Lissette, Renzo Zanabria Huanca lari lintang-pukang sebaik saja isterinya menyergah mereka di Arequipa, Peru, semalam.

Lissette pula terus membelasah Sandra sebelum mengheret rambut wanita terbabit ke gaung berhampiran. Lissette kemudian menolak Sandra ke situ.
Bagaimanapun Sandra bernasib baik kerana terjatuh hanya setinggi enam meter dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sandra kemudian dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan ringan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Lissette akan didakwa atas tindakannya itu. Sementara itu ketika ditemui media, Lissette berkata, dia tidak ingat insiden berkenaan kecuali ketika dia menarik rambut kekasih suaminya. Huanca pula mendakwa, dia bertemu Sandra untuk menamatkan hubungan sulit mereka dan mahu kembali kepada Lissette.

PETALING JAYA: Seorang tukang jahit wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian perut dipercayai dibunuh kenalan lelakinya di rumah wanita itu di Sungei Way, di sini Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 1 tengah hari yang menjumpai mangsa, 43, berasal dari Sabah.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang janda anak satu itu dipercayai mati ditikam suspek dengan menggunakan sebilah gunting,” katanya.
Susulan kejadian itu, polis yang memburu suspek hasil maklumat daripada temu bual dengan beberapa saksi kejadian dan juga rakan mangsa, telah membawa kepada penemuan mayat suspek di sebuah flet di Kelana Jaya, di sini, 4 petang Rabu.
Menurut polis, suspek, 44, juga berasal dari Sabah itu dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 flet berkenaan.
“Sebaik polis tiba di lokasi kejadian (rumah suspek), mayatnya ditemui di bumbung stor flet itu.
“Suspek merupakan seorang ketua pengawal keselamatan,dipercayai hilang pertimbangan sehingga menikam wanita itu (mangsa) akibat cintanya ditolak,” katanya.
Katanya, kematian lelaki itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – mStar


MELAKA: Kerja-kerja pencarian harta karun oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka akhirnya membuahkan kejayaan apabila syiling emas pertama ditemui pada pukul 11.15 malam.
Kejayaan terbabit disusuli penemuan syiling emas kedua pada pukul 11.30 malam yang dipercayai milik Kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang terdapat di syiling berkenaan.
Pengarah Urusan syarikat, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, syiling emas itu ditemui semasa kerja-kerja pengorekan yang dilakukan di salah sebuah lubang yang dipercayai di dalamnya terdapat harta berkenaan.
“Syarikat akan menghubungi PERZIM dan kerajaan negeri untuk memaklumkan hal ini dan memohon untuk meneruskan kerja-kerja penggalian di Pulau Nangka akan dimaklumkan secepat mungkin. Berdasarkan pada imbasan bumi memang ianya terdapat dalam gua tersebut. Insya Allah jika tiada aral melintang
setelah blok batu dikeluarkan serta batuan kecil batu dibersihkan, kita akan dapat masuk ruang kosong tempat menyimpan peti peti harta tersebut,” jelas Mohammad Foad Khushairy.

Katanya, kerja-kerja penebukan siap sepenuhnya malam tadi dan dijangka kerja-kerja mengangkat batu keluar akan dilakukan hari ini bagi membolehkan harta terbabit dibawa keluar.
Mohammad Foad yakin harta itu terdapat di bawah batu terbabit selepas melakukan teknik geoteknikal menggunakan imej imbasan bumi.
Sekurang-kurangnya terdapat lima buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua itu.
Katanya, berdasarkan imej imbasan itu, mereka menjangkakan terdapat 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua berkenaan. -AWANI

KUALA PENYU 30 April - Kegembiraan pasangan suami isteri warga China yang datang bercuti di Pulau Tiga, dekat sini berakhir dengan tragedi selepas salah seorang daripada mereka mati lemas ketika mandi di perairan pulau tersebut semalam.
Mangsa, Situ Zirong, 29, ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira pukul 12 tengah hari oleh beberapa pengawal pantai di pulau itu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Supritendan Mustaffa Maarof Mustafa berkata, mangsa bersama isterinya yang berusia 28 tahun dipercayai berada di tepi pantai tersebut selepas mandi lumpur yang merupakan salah satu aktiviti pelancongan di Pulau Tiga.
Bagaimanapun katanya, ketika berseronok di tepi pantai, tiba-tiba mangsa dan isterinya telah ditarik ombak mengakibatkan mereka dihanyutkan arus deras.

“Isteri mangsa bagaimanapun terselamat kerana berjaya kembali ke tepi pantai tetapi mangsa terus dihanyutkan ke tengah laut dan lemas," katanya yang dihubungi, di sini hari ini.

Menurut Mustaffa Maarof, isteri mangsa yang panik dengan kejadian itu kemudiannya mendapatkan bantuan daripada pengawal pantai Taman Sabah sebelum mangsa berjaya ditemui kira-kira pukul 1 tengah hari.

Ujarnya, mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan (CPR) namun tidak berjaya lalu dihantar ke Hospital Kuala Penyu untuk rawatan kecemasan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 1.45 tengah hari.

Tambahnya, pihak polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat.




Gua Musang: “Selepas seminggu dirawat di hospital, baru saya dimaklumkan isteri sudah tiada. Walaupun terkejut menerima berita itu, tetapi saya bersabar menerima takdir Tuhan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Datuk Nozula Mat Diah ketika ditemui di rumahnya, di Bandar Chiku, di sini, semalam.
Nozula dibenarkan keluar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ahad lalu, selepas keadaannya makin pulih akibat cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 24 Jalan Cameron Highland–Simpang Pulai, Ipoh pada 17 April lalu.
Beliau berkata dia kini lebih banyak berehat di rumah dan hanya meluangkan masa menziarahi pusara isteri, Datin Maziah Din yang meninggal dunia dalam kemalangan itu.
“Kesunyian saya diubati dengan menziarah pusara isteri setiap pagi dan masih terkenang sejarah hidup bersamanya.
“Kini saya lebih banyak berehat di rumah dan lebih kerap meluangkan masa menziarahi pusara isteri dengan bertahlil kerana arwahlah kerjaya politik saya berjaya sampai ke hari ini,” katanya.
Dalam kemalangan jam 6.30 petang itu, kereta dinaiki Nozula sekeluarga yang dipandu anak perempuannya, Norfatin Nabila, 22, terbabas sebelum merempuh bukit.
Kejadian menyebabkan dia bersama anak lelakinya, Mohd Fitri, 19, parah dan isterinya meninggal dunia.
Norfatin bersama dua lagi dalam kenderaan itu iaitu adiknya, Nadirah, 9, dan anak saudaranya, Raja Haris Raja Khairul, setahun enam bulan, terselamat.
Selain itu, Nozula yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Gua Musang sejak sedar pada hari keempat di hospital dia sering bertanyakan keadaan isteri kepada keluarganya, namun mereka tidak memberitahunya mengenai perkara sebenar.
“Ketika itu kecederaan yang saya alami di dada dan tulang rusuk belum pulih lagi, namun sekarang bersyukur kerana dibenarkan pulang dan saya dapat menziarahi pusara isteri,” katanya.

Gombak: Akibat berebut bongkah padanan warna (kiub puzzle), seorang pelajar sekolah agama di Rawang, Muhammad Abdul Azim Adnan, 15, mati apabila mukanya ditumbuk tiga kali oleh rakan asramanya, malam kelmarin.


Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa bertengkar dengan seorang rakan sebayanya dipercayai berkaitan permainan itu sebelum tercetus pergaduhan,
“Kami menyedari kejadian itu selepas habis mengulang kaji pelajaran jam 11.30 malam apabila menemui Azim terbaring di gelanggang sepak takraw.

“Kami segera memaklumkan kejadian itu kepada warden asrama yang kemudian membawanya ke hospital,” kata pelajar itu.

Sebelum kejadian, dia berkata, suspek ada memberitahu permainan kiub puzzle miliknya hilang dan mengesyaki mangsa mengambil permainan berkenaan.

CELINAC, Bosnia – Seorang pesara, Momir Bojic membina badan kereta Volkswagen Beetle yang diperbuat daripada 50,000 papan kayu oak di sini.
Bojic yang berusia 71 tahun merupakan peminat kereta tersebut tinggal di sini, dekat Banja Luka.
Dia mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan kereta tersebut.
Bojic juga memandu kereta itu di atas jalan raya.
Rim tayar kereta tersebut juga diperbuat daripada kayu.
Papan pemuka kereta itu turut dihasilkan daripada kayu oak.
Oak merupakan pokok kayu yang besar.
Pokok itu mempunyai kayu yang keras dan pada kebiasaannya digunakan untuk membuat perabot. – Agensi

KEMUDAHAN sudah disediakan, tapi tidak mahu digunakan.
Itulah yang dikesali oleh seorang gadis warga Singapura, Lucy menerusi suratnya kepada portal ‘The Real Singapore’ mengenai sikap pendatang warga China yang mengunjungi Taman Pasir Ris di negara itu.
Menurut Lucy, sebelum itu sekumpulan anak muda warga China dilihat sedang makan dan berborak di salah satu meja di taman itu.
Sebaik sahaja mereka meninggalkan meja tersebut, sampah termasuk pinggan kertas dan plastik dibiarkan bertaburan di situ.
“Ia cukup memalukan! Bagaimana mereka boleh berkelakuan begini?
“Terdapat tong sampah besar di sebelah meja itu, namun langsung tidak digunakan. Pihak berkuasa patut mendenda pihak yang mencemarkan taman,” katanya.
Gambar kejadian itu dirakam pada Jumaat lalu.


Semalam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis di blognya mengenai peranan pembodek dan penasihat kepada seseorang yang berkuasa sehingga menyebabkan kemarahan rakyat dan seterusnya boleh mengakibatkan seseorang pemimpin itu tersingkir daripada takhta kuasa.

Walaupun beliau menulis secara umum dan tidak menyebut nama mana-mana pemimpin, tetapi jelas difahami bahawa tulisannya itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang bukan saja dikelilingi paling ramai penasihat, bahkan juga pembodek yang sentiasa mengiyakan apa saja yang dilakukannya.

Yang lebih menarik, sindiran Mahathir ini hanya muncul sehari selepas bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin bercakap dalam satu program bual bicara yang jelas menzahirkan sikap anti Najibnya kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu dilihatnya mengamalkan dasar tidak betul dalam mengurus negara dan membangunkan ekonomi.


Saya bukanlah seorang yang anti kerajaan, tetapi saya anti kepada dasar yang lompong dan tidak betul, tegas Daim menjelaskan tentang prinsip dirinya.


Dalam semua kritikan dan kelemahan yang dikaitkan dengan Najib Razak, selain beliau sendiri tidak mempunyai personaliti yang benar-benar kukuh sebagai pemimpin, peranan penasihat yang berada di di sekelilingnya turut dipersalahkan. Walaupun mempunyai paling ramai penasihat, pegawai dah konsultan di sekelilingnya, mereka itu dilihat tidak memberikan nasihat yang betul dan jujur, sebaliknya lebih untuk menyenangkan hati dan menggembirakan Perdana Menteri saja.

Sebab itu, bukan saja ekonomi tidak berkembang, hutang bertambah, pembaziran berleluasa, tetapi juga menyebabkan timbulnya pelbagai masalah politik, sosial dan perpaduan yang tidak berkesudahan.

Sempena kunjungan Presiden Amerika, Barack Obama ke Malaysia bermula Sabtu ini dan menyedari bahawa Najib amat mengkagumi pemimpin kuasa besar itu dan ingin dilihat antara pemimpin negara membangun yang mempunyai hubungan rapat dengannya, salah seorang penasihat Perdana Menteri yang bertaraf menteri dikatakan mahu meletakkan sebatang jalan di Putrjaya dengan nama “Lebuh Obama”.

Jalan yang dikenalpasti untuk ditukar nama itu ialah salah satu jalan yang menjadi laluan menuju beberapa kementerian dan tidak jauh daripada Masjid Putrajaya.

Percubaan meletakkan nama Obama ini tidak lain ialah untuk menggembirakan hati Najib yang tentu akan berbunga-bunga hatinya apabila dipuji oleh Presiden Amerika itu nanti.

Ura-ura pertukaran nama itu telah disampaikan kepada Putrajaya Holding dan turut menjadi perbualan sebilangan kakitangannya dan rata-rata turut tidak bersetuju dengannya.

Kunjungan Obama ini mencatat sejarah kerana kali terakhir seorang Presiden Amerika berkunjung ke negara ini ialah pada tahun 1966 iaitu Lyndon B. Johnson. Berikutan lawatannya itu, sebuah tanah rancangan Felda di Negeri Sembilan kemudiannya telah diberi nama Felda L.B Johnson.

Oleh kerana Najib dapat membawa Obama ke negara ini hanya dalam tempoh lima tahun berkuasa dan mampu menyaingi Mahathir yang memerintah selama 22 tahun tetapi tiada seorang pun Presiden Amerika yang datang melawat, barangkali penasihat itu merasakan pengabadian namanya pada sebatang jalan di Putrajaya adalah suatu penghormatan yang amat tinggi.

Walaupun mengabadikan nama pemimpin besar dunia yang pernah berkunjung ke negara ini bukanlah suatu isu yang sangat besar sebenarnya tetapi meletakkan nama Obama pada sebatang jalan di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya tentulah tidak begitu sesuai dan seolah-olah menunjukkan negara mahu berkiblatkan kepada kuasa besar itu.

Sekali imbas dan nyata, ia dilihat seperti Najib mahu membodek Obama tetapi yang sebenarnya ia adalah percubaan salah seorang penasihat yang ingin membodek, menyenang dan dan menggembirakan hati Perdana Menteri yang diketahuinya begitu taksub kepada pemimpin kuasa besar itu.

Bagaimanapun apabila percubaan pertukaran nama jalan itu sampai ke pengetahuan Mahathir, orang yang mewujudkan Putrajaya, beliau telah menyuarakan rasa tidak setujunya atas ura-ura itu kepada pengurusan tertinggi Putrajaya Holding dan mahu imej Putrajaya yang ada dikekalkan. Sehingga hari ini difahamkan Putrajaya Holding akur dengan nasihat Mahathir itu.

Namun demikian, sempena kunjungan Obama bermula Sabtu ini, tidak dipastikan sama ada sebatang jalan lain, kampung atau bangunan yang lain akan dinamanakan dengan nama Presiden Amerika itu tetapi yang pastinya Putrajaya tidak berjaya dicemari dengan unsur-unsur pengagungan nama-nama pemimpin luar.

Segala-galanya kerana Mahathir masih ada dan ramai yang masih segan dengannya. Bagaimana agaknya jika selepas beliau tiada lagi dan pemimpin yang ada beserta penasihatnya terus menerajui negara ini?


Oleh Shahbudin Husin, blog http://shahbudindotcom.blogspot.com