Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
SEEKOR anjing baka Rottweiler digelar ‘Robodog’ kerana menggunakan empat kaki palsu selepas kakinya dipotong kerana penyakit radang dingin.
Penyakit yang selalunya memberi kesan kepada hidung, kuku, jari dan kaki ini telah mengakibatkan kaki anjing tersebut dipotong.
Anjing yang diberi nama Brutus, merupakan anjing kedua yang mengunakan kaki palsu.
Brutus yang berusia 2 tahun mula menggunakan kaki palsu tersebut beberapa bulan lepas dan kini kelihatan semakin biasa serta memperbaiki gerak-gerinya.
Laura Aquilina, penjaga Brutus di Loveland, Colorado berkata, “Dia mula membiasakan diri dengan keempat-empat kaki barunya itu dan dapat menyelesakan dirinya dengan cepat.
“Dia boleh berjalan dengan kaki palsu itu, tapi tidak selalu sempurna.”
“Kami hanya mahukan dia menjadi seperti anjing lain, main bersama-sama dan mendaki gunung seperti anjing normal,” kata Laura.
Senaman dan bermain membuatkan Brutus kian pandai mengimbangkan dirinya selain hasil terapi fizikal di Colorado State University’s Veterinary Teaching Hospital di Fort Collins, Colorado.
Global
BAYANGKAN ketika sedang bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah, tiba-tiba anda terjumpa sebuah kotak yang mengandungi satu set telefon pintar iPhone yang masih baru.
Apa yang anda akan buat? Tepuk dada tanya iman.
Tidak tergugat dengan gajet bernilai tersebut, seorang gadis bertindak memuat naik status Facebook memaklumkan tentang penemuannya itu. Respek betul dengan kejujurannya, kan?
Sikap terpuji tersebut dilakukan Asma Asmie (nama akaun Facebook) setelah dia terjumpa satu set iPhone 6+ yang masih berbalut di dalam kotak ketika berada di IOI Mall, Puchong.
Tulisnya, “Kepada sesiapa yang bernama Taufiq Abdullah, IPhone 6+ gold 128gb anda tercicir kat IOI City Mall.
“Baru beli, tak sempat setting apa-apa lagi. Harap jangan cuai lepas ni dan cepat-cepat tuntut.”
Lantas, sikap jujurnya dipuji netizen di laman sosial, malah entri tersebut dikongsikan ramai pihak bagi membantu Asma menghubungi pemiliknya yang bernama Taufiq.
Apa yang menarik, ada pihak turut mencadangkan agar si pemilik iPhone tersebut tak melepaskan gadis itu kerana kejujurannya.
“Tuan phone, kalau pergi ambil phone tu boleh buat calon bini (kalau tak berpunya lagi). Bukan senang nak jumpa jujur macam ni. Hahaha,” ujar komen tersebut.
Apa-apapun, tindakan gadis tersebut membuktikan bahawa masih terdapat individu yang jujur, punyai moral tinggi serta tidak mudah terpedaya dengan kebendaan pada zaman sekarang.
Isu Panas
SEORANG pelancong warga Australia bernasib baik apabila dapat melepaskan diri daripada dibaham singa yang menyerang kakinya melalui tingkap kereta.
Brendan Smith diserang seekor singa semasa menerokai hutan Safari di Jonhannnesburg, Afrika.
Smith menerusi laman sosial Facebooknya mendakwa, ketika kejadian, dia baru tiba di Afrika untuk melawat hutan tersebut. "Saya baru berada di sini selama 36 jam dan kini saya berada di hospital kerana diserang seekor singa yang menggigit kaki saya," katanya.
"Saya mengalami kecederaan tapi bernasib baik kerana masih hidup dan orang ramai di sini juga kelihatan teruja untuk bertemu dengan saya setelah apa yang berlaku"."Kejadian itu boleh mengancam nyawa saya tapi kecederaan yang dialami tidak begitu teruk dan para wanita akan terpegun melihat kesan parut ini". Smith juga menyiarkan beberapa gambar semasa berada di hutan Safari itu.
Salah satu gambar menunjukkan kesan gigitan yang besar di bahagian kaki, dan terdapat beberapa gambar sekumpulan singa yang sedang duduk di atas rumput. - mStar Online
Global
MUNGKIN kubur seorang wanita bernama Nancy Kerlin Barnett ini boleh dikira paling raredalam dunia!
Disebabkan kesungguhan waris-warisnya sebelum ini, kuburnya tidak jadi dipindahkan oleh pihak berkuasa bandaraya Indiana, Amerika dan kekallah kuburnya seorang di situ.
Nancy dilaporkan meninggal dunia ketika usianya 37 tahun pada tahun 1831. Mendiang meninggalkan seorang suami dan 11 anak.
Menunaikan hasrat mendiang isterinya yang ingin dikebumikan di tempat idamannya, di sebuah bukit kecil yang pada masa itu tidak lagi dibangunkan sehinggakan lama-kelamaan penduduk di sekitar itu pun menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak perkuburan penduduk-penduduk di situ.
Beberapa tahun kemudian selepas itu, pihak pemaju berniat untuk membangunkan sebuah jalan raya di situ sehingga memaksa kubur-kubur di situ dipindahkan ke satu lokasi lain.
Berpendirian teguh enggan membenarkan kubur mak dan nenek mereka dipindahkan, waris Nancy menentang keras cadangan itu sehingga memaksa pihak pemaju beralah dengan permintaan mereka itu.
Lalu hanya tinggal kubur Nancy di tengah-tengah jalan tersebut.
Untuk mengelakkan berlaku kekeliruan kepada pemandu-pemandu, waris Nancy telah menaikkan satu papan tanda yang menceritakan mengenai sejarah kubur tersebut di situ.
Pelbagai
GEORGETOWN – Mayat seorang lelaki berkopiah putih tanpa dokumen pengenalan diri ditemui di tepi jalan berhampiran Empangan Teluk Bahang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah, Hin berkata mayat yang lengkap berpakaian dan berkain pelekat putih serta ditutup dengan dua helai kain selimut itu ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada jam 10.47 pagi.
“Lelaki itu dipercayai meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan fizikal mayat, polis percaya lelaki itu rakyat Bangladesh atau Myanmar dan tiada sebarang kecederaan luaran ditemui pada tubuhnya.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments