Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


MENERUSI Facebook Daily Traffic Report, beberapa gambar sekitar pengebumian seorang wanita bernama Haslinatul Adzlin di Tanah Perkuburan Changkat Jering, Perak telah dikongsi untuk tatapan ramai.
Menariknya, kuburnya dikatakan bercahaya sewaktu jenazah yang merupakan seorang pesakit kanser hendak dikebumikan.
Gambar tersebut telah dirakamkan oleh sepupu Allahyarham sendiri.
Sejujurnya, kami tidak berani untuk memberikan ulasan mengenai sejauh mana kebenaran perkara ini.





Pelakon gred A Hollywood, Jodie Foster dilaporkan sudah pun mendirikan rumah tangga dengan kekasih sejantina, Alexandra Hedison, minggu lalu.
Menurut laporan E!, pasangan ini mula berpacaran sejak tahun lalu dan Hedison merupakan bekas kekasih kepada hos lesbian popular, Ellen DeGeneres.

Foster berterus terang kepada umum mengenai kecenderungan seks sejenis semasa memberikan ucapan dalam Anugerah Gloden Globe tahun lepas.

Sehingga kini masih tiada lagi maklumat lanjut mengenai perkahwinan mereka, tetapi California di mana kawasan yang didiami Foster membenarkan perkahwinan sejenis selain 16 negeri lain di Amerika Syarikat. 


Seremban: Seorang wanita berusia 43 tahun maut selepas bertindak bunuh diri dengan terjun daripada tingkat enam di tempat letak kereta di Terminal One di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.

Saksi kejadian hanya dikenali sebagai Sopian, 22, berkata, dia yang mahu mengambil keretanya di tingkat dua pasar raya itu ternampak wanita terbabit, Loh Kwee Moi mahu terjun daripada tingkat enam berkenaan. 


Katanya, dia yang menjerit meminta wanita itu tidak melakukan perbuatan itu gagal apabila wanita yang dilihatnya mengandung itu nekad terjun bersama beg tangannya. 


Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.


CHONGQING, China – Seorang lelaki dari bandar ini terpaksa dibedah setelah tali skip sepanjang 85 sentimeter tersangkut pada pundi kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia tersangkut selepas buruh berusia 58 tahun dari sini, Zhao Chenglin, memasukkan tali itu ke dalam zakarnya sebagai aksi satu permainan seks.

Dia memasukkan hampir kesemua tali itu ke dalam lubang kencingnya.
Namun, malangnya, tali itu tersangkut semasa dia cuba menariknya keluar.

Pemeriksaan di sebuah hospital kemudian mendapati tali itu bergumpal dan tersangkut pada pundi kencing lelaki tersebut.
Disebabkan tidak mampu membayar kos rawatan, Chenglin terpaksa hidup dalam kesakitan selama dua bulan sehingga rakannya berjaya memujuk seorang pakar di sebuah hospital untuk membantunya.
Dia dimasukkan ke hospital berkenaan pada hari sama sebelum tali itu berjaya dikeluarkan oleh sepasukan pakar bedah, baru-baru ini.

Fiza atau nama sebenar Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, berkata dia menyedari sebagai seorang artis segala berita tentang masalah peribadi akan diketahui umum.
“Saya manusia biasa yang tidak lepas daripada kesilapan. Cuma apa yang kami buat ada yang tidak puas hati dan menghentam, saya tidak salahkan mana-mana pihak kerana nama pun public figure.
“Tetapi saya agak sedih dan terkilan bila baca blog tentang  saya, ada yang cakap semua ini salah saya, saya ‘masuk air’, saya itu dan saya ini, bukan saya minta untuk jadi begini,” katanya melalui status terbaharu laman sosial Instagram miliknya.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Fiza memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Aizam Mat Saman, 31, atau Adam (AF2) selepas rumah tangga mereka dikatakan menghadapi masalah.
Sumber berkata, kes mereka akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam dekat sini pada Isnin depan.
Fiza juga sejak beberapa minggu ini sering meluahkan perasaan melalui laman sosial Instagram miliknya iaitu menggunakan nama ‘puterimahsuri81′.

 Fiza meluahkan perasaanya di Instagram.
Sementara itu, Fiza berkata, cacian dan tomahan yang diberikan terhadapnya akan memberi kesan terhadap pembesaran anak-anaknya.Fiza meminta agar masyarakat memberi sedikit rasa simpati terhadap dia dan anak-anak untuk melalui masa-masa sukar ini.
“Tolonglah jangan hukum saya dengan pelbagai cacian dan tomahan, perkara dahulu jangan diungkit lagi.
“Saya ada anak-anak, apa akan jadi bila anak saya besar nanti dan tahu hal ini? Berilah sedikit rasa simpati terhadap saya, anak-anak dan keluarga saya,” pintanya.
Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.
Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.
Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

SEORANG wanita yang juga ibu ditahan selepas disyaki membunuh tiga anaknya yang kurang upaya di kediaman mereka di selatan-barat London.
Tania Clarence, 42, dipercayai membunuh Olivia, 4, dan pasangan kembar Ben dan Max, 3, yang menghadapi masalah otot tulang belakang dengan cara melemaskan mereka, memetik Daily Mail.
Sewaktu kejadian, suaminya, Gary Clarence, 43, dan anak sulung mereka, Taya, 8, berada di Afrika Selatan.
Polis bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi oleh rakan keluarga tersebut yang memberitahu mereka tidak dapat dihubungi lebih dari 24 jam.
Ketiga-tiga mayat kanak-kanak tersebut ditemui di bilik mereka di tingkat atas.
Jiran-jiran yang ditemui menyifatkan Tania sebagai ibu yang penyayang dan kejadian tersebut merupakan satu tragedi kepada keluarga itu.
Wanita itu kini ditahan untuk siasatan dan turut menerima rawatan di Hospital St George kerana mengalami cedera ringan.

SEPANG – Menara kawalan trafik udara KLIA2 kini menjadi mercu tanda terbaru Malaysia apabila diiktiraf sebagai menara kawalan trafik udara paling tinggi di dunia.
Ia sekaligus mengatasi menara di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand.
Ketinggian menara di KLIA2 mencecah 133.8 meter dari aras tanah dan 141.9 meter dari aras laut, melayakkannya diiktiraf dalam Guinness Book of Records sebagai menara kawalan trafik udara paling tinggi di dunia.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata menara ini yang dinamakan sebagai Tower West mula dibina pada 1 Mei 2012 dan mengambil masa 10 bulan untuk disiapkan. – Astroawani.com


KISAHNYA bermula sekitar sambutan Thanksgiving, 24 November 1971. Seorang lelaki membawa sebuah beg menghampiri kaunter tiket penerbangan Northwest Orient Airlines dan kemudiannya membeli tiket sehala penerbangan 305, trip pernerbangan 30 minit ke Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Lelaki itu kelihatan biasa sahaja penampilannya, seperti seorang ahli perniagaan gayanya. Beberapa ketika selepas pesawat 305 tersebut berlepas, ia dikhabarkan telah dirampas oleh lelaki itu!

Ketika menghampiri jurujual tiket Northwest Orient Airlines pada petang itu, lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Dan Cooper. Semenjak itu D. B. Cooper adalah nama yang sangat popular untuk merujuk kepada lelaki yang tiada siapa tahu identiti dia yang sebenarnya, yang telah merampas sebuah pesawat Boeing 727 tersebut.

Dia telah merampas pesawat tersebut ketika pesawat itu sedang terbang di ruang udara antara Portland, Oregon dan Seattle, Washington. Dia kemudiannya meminta wang sebanyak USD200 000 dan payung terjun. Nasibnya kemudian tidak diketahui selepas dikatakan terjun daripada pesawat tersebut. Kes rampasan ini kekal tidak dapat diselesaikan dan antara kes rampasan pesawat paling ‘bizarre’ dalam sejarah Amerika.

Rampasan Pesawat Boeing 727 penerbangan 305 itu bermula kira-kira ia dalam suku perjalannya ke Seattle, Washington. Dan Cooper telah menyerahkan satu nota kepada Florence Schaffner, seorang pramugari. Pada mulanya Schaffner menyangka ianya hanya satu nota temujanji yang ditulis seorang ahli perniagaan yang sunyi, lantas dia memasukkan nota tersebut ke dalam tas tangannya. Cooper kemudian dengan tenang merapati Schaffner sambil berbisik ‘ Cik, sebaiknya awak perlu membaca nota itu terlebih dahulu, saya ada bom”.

Nota kecil yang ditulis kemas dengan semua huruf besar itu tercatat:
“SAYA ADA BOM DI DALAM BEG BIMBIT, SAYA AKAN MENGGUNAKANNYA JIKA PERLU. SAYA MAHU ANDA DUDUK BERSEBELAHAN SAYA. PESAWAT INI SEDANG DIRAMPAS”.

Schaffner, seperti mana yang diminta lelaki itu kemudian duduk disebelahnya. Schaffner kemudian meminta untuk melihat bom tersebut dan Cooper membuka begnya perlahan-lahan. Cooper kemudian meminta supaya wang sebanyak USD200 000 dan payung terjun disediakan sebaik pesawat itu mendarat. Cooper juga meminta sebuah trak minyak bersedia untuk mengisi minyak pesawat sebaik sahaja mendarat.

Pesawat yang dirampas oleh Dan Cooper
Yakin dengan apa yang dilihat dalam beg Cooper, Schaffner lantas menyampaikan tuntutan lelaki itu ke kokpit, yang kemudiannya menghubungi pusat kawalan. Datuk Bandar kemudian mengarahkan supaya tuntutan-tuntutan Cooper dipenuhi kerana bimbang dia akan mencederakan penumpang. Pihak berkuasa lantas mengumpulkan wang bernot USD20 sebanyak USD200 000 dari beberapa buah bank sekitar, seperti yang diminta Cooper. beberapa minit kemudian pesawat itu mendarat, segala tuntutan diserahkan namun Cooper hanya melepaskan separuh dari pesawat pesawat itu. Dia kemudiannya mengarahkan supaya pesawat itu kembali terbang selepas mengisi minyak menuju Mexico.
Berdasarkan cerita Schaffner, lelaki yang dikenali sebagai Dan Cooper itu langsung tidak berpewatakan seperti seorang perampas kapal terbang. Tutur katanya baik, langsung tidak menggertak malah langsung tidak kelihatan seperti gentar atau gemuruh sepanjang dia merampas pesawat tersebut. Cooper juga menawarkan makan tengah hari kepada semua penumpang.
Selepas menerima semua tuntutan yang diminta, Cooper mengarahkan supaya pesawat itu kembali berlepas. Dalam penerbangan yang menghala ke Mexico itu, dia kemudian mengintai dari cermin pesawat dan dengan tepat boleh mengenalpasti di mana pesawat tersebut terbang ketika itu. Dari situ, Schaffner merasakan Cooper bukanlah calang-calang orang. Cooper kemudian memesan segelas minuman, menghabiskan minuman itu, mengambil wang sebanyak USD200 000, dan terus terjun dari pesawat.

Lakaran wajah Dan Cooper

Beberapa teori mengatakan Cooper mungkin bekas seorang paratrooper (anggota tentera payung terjun) atau seorang penerjun berpengalaman kerana berdasarkan skill dan perancangannya, dia bukan lelaki biasa. Agen khas FBI juga turut bersependapat. Dikatakan ketika Cooper terjun dari pesawat, kelajuan angin ketika itu mencecah 200 MPH dan cuaca amat gelap serta hujan. Peluang untuk dia terselamat amatlah tipis dan Cooper juga mungkin tahu mengenai itu. Seorang penerjun yang tidak berpengalaman tidak akan terjun dalam cuaca begitu.

Drama ini berlarutan meninggalkan tanda tanya. berdekad lamanya, Cooper tidak dapat dikesan malah tempat di mana dia melakukan terjunan juga tidak dapat dipastikan secara tepat. Pihak FBI juga menemui jalan buntu dalam menjejak Cooper melalui nombor siri wang yang dituntut lelaki itu. beberapa orang pernah ditangkap kerana menggunakan wang dari nombor siri wang tuntutan itu, namun dibebaskan kembali kerana tiada seorang pun dari mereka boleh dikaitkan dengan Dan Cooper.

BARANG BUKTI : Tiket Dan Cooper

BARANG BUKTI : Payung terjun yang dijumpai dipercayai milik Dan Cooper
Seorang kanak-kanak juga pernah menemui sebahagian dari wang tuntutan Cooper berjumlah USD5800 pada 1980 di pinggir sungai Columbia, vancouver, Washinton. Namun apabila siasatan menyeluruh dilakukan di kawasan tersebut, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa Dan Cooper mendarat atau terbunuh di situ.

SEORANG lelaki, Mr Wichai (Tao), 24 dari Samut Songkram yang menyara hidup dengan menjual barang-barang lama telah berkahwin dengan kembar cantik, Cik Sirintara dan Cik Thipawan, 22 dalam majlis yang diadakan serentak.


Dalam majlis pertunangan sebelum perkahwinan, Wichai berjaya menawarkan mas kahwin lapan baht emas dan 80.000 baht setiap seorang. Kedua-dua keluarga meraikan perkahwinan itu dengan kegembiraan.

Mereka bertiga telah berkawan sejak kecil lagi dan bila mereka besar, Encik Wichai tidak dapat memilih antara mereka. Akhirnya, Wichai melamar mereka berdua dengan mengatakan “saya cinta dan ingin mengahwini kamu berdua”. Kembar itu terus bersetuju.
Walaupun banyak gosip dikalangan jiran-jiran, keluarga mereka tetap menyokong perkahwinan ini. Malah ibu pengantin lelaki telah menyiapkan dua bilik pengantin di rumah keluarga Wichai.

Tentang peraturan tidur dalam seminggu pula, Wichai berkata, ” tiga malam dengan Cik Sirintara dan tiga malam lagi dengan Cik Thipawan. Kami akan tidur bertiga di hari Ahad!” Kembar itu pernah berjanji antara satu sama lain untuk tetap hidup bersama, begitu juga dengan pemilihan suami.

KUALA LUMPUR – Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menghadapi tekanan supaya tidak mengadakan pertemuan dengannya apabila pemimpin AS itu melawat Malaysia hujung minggu ini.
Katanya, beliau percaya Obama menghadapi tekanan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  supaya tidak menemuinya apabila presiden Amerika itu melawat Malaysia minggu depan untuk bincang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
“Najib telah bersetuju untuk menandatangani TPPA,” kata Anwar dipetik Malaysiakini.
TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang sedang dirundingkan oleh sembilan negara – Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand , Peru, Singapura dan Vietnam.
Sambil menegaskan sokongan pembangkang terhadap hubungan baik antara Malaysia dan Amerika, Anwar berkata: “Kami menyokong perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara tetapi kami tidak menyokong TPPA.” .
“Walaupun perjanjian perdagangan bebas adalah penting kerana ia menghapuskan tarif , kuota import dan keutamaan, tetapi terdapat peruntukan tertentu yang bercanggah dengan keperluan dan kepentingan industri tempatan dan masyarakat perniagaan kita .
“Kita mesti melindungi kepentingan ahli-ahli perniagaan tempatan,” kata Anwar sambil menuduh Najib telah bersetuju dengan semua peruntukan di bawah TPPA.
Mengenai lawatan Obama ke Malaysia, Anwar berkata: “Kedutaan AS di Kuala Lumpur menjelaskan kepada saya bahawa Obama tidak akan bertemu dengan pemimpin pembangkang apabila beliau turut melawat Filipina , Korea dan Jepun.
“Tetapi kedutaan mencadangkan saya bertemu Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Susan Rice, yang akan mengiringi presiden dalam lawatan ke Malaysia,” kata Anwar dalam sidang media petang semalam.
Katanya, beliau akan mengesahkan dengan Kedutaan Amerika kemudian dan akan mencadangkan supaya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kiri) dan beberapa pemimpin PAS juga dijemput untuk bertemu dengannya.
Sementara itu, Anwar juga mendedahkan bahawa beberapa pemimpin dunia mahu bertemu dengan beliau kerana simpati beliau akan dikenakan hukuman penjara dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.
“Mereka telah menyatakan kebimbangan tentang saya akan dipenjarakan, dan apabila saya berada di London baru-baru ini, dalam satu majlis makan malam dengan bekas Naib Presiden AS Al Gore dan pemimpin dunia yang lain, mereka juga mencadangkan agar saya menetap di London dan tidak kembali ke Malaysia kerana saya boleh dipenjaraksn.
“Mereka tahu bahawa Najib akan menggunakan mahkamah untuk memanjarakan saya. Malah beliau telah mengarahkan Peguam Negara untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bagi menambah hukuman lima tahun penjara ke atas saya.
LONDON: Seorang anggota keselamatan di Lapangan terbang Heathrow disoal siasat selepas merakam gambar bogel rakan sekerjanya menggunakan alat pengimbas antipengganas, semalam.
Jo Margetson, 29, membuat aduan kepada polis selepas John Laker, 25, mengambil gambarnya menggunakan mesin x-ray khas itu sebelum membuat kenyataan lucah: “Saya benar-benar sukakan payu dara kamu yang besar itu.”
Jo memasuki ruang imbasan x-ray itu secara tidak sengaja dan ketakutan apabila Laker menekan punat mengambil imej yang terpapar di mesin berkenaan.
Laker berdepan kemungkinan dipecat jika didapati bersalah.
Dia juga menjadi kakitangan lapangan terbang pertama didapati menyalahgunakan alat kontroversi itu.
Mesin pengimbas khas itu dipasang selepas seorang lelaki ditahan kerana cuba meletupkan bom yang disembunyikan dalam seluar dalamnya, tahun lalu.

GEORGETOWN – Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta.
Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang menjengkelkan.
“Suspek mungkin tidak dapat mengawal nafsunya lagi dan terus memegang baju sebelum menarik mangsa ke lokasi yang agak gelap dan terlindung di kawasan berkenaan.
“Lelaki itu kemudian melondeh seluar mangsa dan cuba menghisap kemaluannya. Remaja berkenaan yang terkejut dengan perlakuan suspek meronta sebelum bertindak menendang muka suspek,” katanya ketika dihubungi semalam.
Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari menyelamatkan diri.
Menurutnya, mangsa terserempak dengan rakan abangnya tidak jauh di tempat kejadian dan memaklumkan kejadian itu.
“Mangsa meminta pertolongan rakan abangnya dan suspek yang ketakutan kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.
Sumber berkata, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek cuba meloloskan diri namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku.
“Siasatan awal mendapati mangsa langsung tidak mengenali suspek dan polis kini menahan lelaki berusia 18 tahun itu bagi membantu siasatan.
“Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya tidak berada bawah pengaruh dadah,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.


KUALA LUMPUR – Akibat menjaja cerita suami sendiri mati pucuk, seorang wanita dicekik dan dibelasah dengan kerusi apabila suaminya itu mengamuk selepas mendapat tahu berita yang mengaibkan itu tersebar di kawasan perumahannya.

Kejadian pada 1.45 pagi di Apartmen Idaman, Damansara Damai itu berlaku selepas mangsa dituduh menyebarkan cerita kononnya suaminya itu mati pucuk.
Wanita warga Indonesia itu bagaimanapun bernasib baik selepas sempat menghubungi polis bagi mengelak dibelasah dengan lebih teruk.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sal, 50, mengaku sering dipukul dengan kerusi oleh suaminya meskipun melakukan kesalahan kecil.

“Sejak mula berkahwin tiga tahun lalu, suami tidak pernah bekerja, saya sahaja yang cari duit, bila saya nasihat macam-macam dia maki saya,” katanya.
Dalam pada itu anggota polis yang hadir cuba menenangkan suaminya meskipun suasana ketika itu agak tegang dengan pelbagai ugutan diberikan termasuk mahu menceraikan isterinya.

Suami wanita itu ketika ditemui berkata, dia kecewa dengan sikap isterinya yang gemar menceritakan keburukan keluarga kepada orang luar dan jiran tetangga.
“Saya terpaksa menanggung malu dengan orang sekeliling kerana dia buat cerita saya mati pucuk sebab itu saya maki dan pukul dia,” katanya.

China – Sanggupkah anda memakai rambut orang yang sudah meninggal dunia? Bagi penduduk minoriti Miao di Liupanshui, ia merupakan perkara biasa dan rambut tersebut dipakai pada majlis tertentu.
Ada rambut yang digunakan itu milik orang yang sudah meninggal dunia sejak beratus tahun lalu.
Ia diikat pada tanduk kerbau dan kemudian diletakkan di kepala.
Bagaimanapun rambut-rambut tersebut diturunkan daripada nenek moyang kepada cucu cicit mereka.
Rambut tersebut akan diwarnakan dan dipelihara dengan baik bagi memastikan ia bersihat dan bsihat.
“Ia disifatkan sebagai satu cara hidup kepada mereka yang telah meninggal dunia. Setiap kali wanita menyikat rambut mereka, mereka akan mengutip rambut yang gugur itu dan menyerahkan kepada anak mereka selepas berkahwin.
“Bagi sesetengah orang, sejarah adalah dalam buku tetapi bagi penduduk Miao, yang kini berjumlah kurang dari 5,000 orang, sejarah terletak di atas kepala mereka,’’ kata salah seorang penduduk di situ.

Lokasi : Paris, Perancis
Tempoh pembinaan : 2 tahun
Dibuka : 1889
Antena/Puncak : 324 m (1,063 kaki)
Bumbung : 300.65 m (986 kaki)

Sejarah pembinaan Eiffel Tower ini bermula pada 1887 -1889 oleh Alexandre Gustave Eiffel seorang warganegara Perancis. Kos pembinaan pada ketika itu dianggarkan 1.5juta Euro. Pembinaan ini telah melibatkan 300 orang pekerja bagi membangunkan menara Eiffel ini.

Menara Eiffel (Bahasa Perancis: La Tour Eiffel, /tuʀ ɛfɛl/) ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis.

Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Dinamakan bersempena nama perancangnya, Alexandre Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005 dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina. Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.

Lif memang diperlukan untuk bangunan setinggi ini untuk mengangkut pelawat ke atas dan ke bawah. Tahukah anda semua lif Menara Eiffel ini jika dihitung jumlah kegunaan tahunannya adalah bersamaan dengan 2 setengah kali mengelilingi dunia atau lebih daripada 103,000 km.

Menara ini bergoyang sedikit apabila hari berangin.Tetapi pada tahun 1999, kejadian ribut telah menyebabkan ia bergerak 13 sm dari kedudukan asalnya. Malah matahari juga boleh menyebabkan menara ini condong sehingga 18 sm.

Menara besi ini juga diperlukan belaian. Ia dicat semula setiap 7 tahun, tetapi bukanlah sebarang cat yang digunakan. Selepas menjalani sesi perbincangan yang serius, warna tembaga dengan variasi 3 tona telah dipilih kerana kombinasi 3 warna yang berbeza ini dianggap berpadanan dengan warna lagit Paris.

Sewaktu pembukaan rasmi Menara Eiffel, juruteranya "Gustave Eiffel" mendaki semua 1,710 anak tangga ke puncak menara untuk memacakkan sendiri bendera Perancis.





















Dalam tempoh pembinaan berlangsung, hanya 1 orang sahaja mati di kawasan pembinaan tersebut. Rekabentuk Eiffel Tower ini direka berdasarkan pengiraan matematikal yang melibatkan pengiraan rintangan angin. Beginilah sejarahnya mengenai pembinaan Eiffel Tower. 

Mokpo (Seoul): Penyelam Korea Selatan meredah gelap dan kedinginan air laut untuk masuk ke kapal Sewol yang tenggelam seminggu lalu dengan terpaksa bergantung kepada tangan masing-masing untuk meraba-raba mengesan ramai lagi mangsa yang belum ditemui.
Berbekalkan oksigen dan alat komunikasi, mereka hanya boleh melihat beberapa sentimeter di depan.
Kebanyakan mangsa adalah pelajar yang diberitahu supaya jangan berganjak dari kabin masing-masing pada detik awal kemalangan itu.

Arahan itu menyebabkan ramai mangsa terperangkap dan terbunuh.

Akhbar Donga Ilbo melaporkan, kebanyakan mayat yang ditemui dua hari lalu mengalami patah di bahagian jari, dipercayai kerana cuba memanjat lantai atau bumbung kapal bagi menyelamatkan diri di saat akhir.
Seorang penyelam, Hwang Dae-sik berkata, selama ini mereka dilatih untuk berhadapan situasi berbahaya.

“Namun, sukar untuk memberanikan diri untuk berdepan dengan mayat dalam air gelap,” katanya.

Kapal Sewol itu tenggelam pada 16 April lalu ketika dalam perjalanan rutin dari Pelabuhan Incheon ke selatan Jeju.

Daripada 476 penumpang dan anak kapal yang ada, hanya 174 dapat diselamatkan.
Jumlah kematian rasmi setakat ini ialah 150 orang. 

Hwang berkata, kumpulannya menjumpai 14 mayat. 

“Kami terpaksa menyentuh semuanya dengan tangan.

“Ia menggerunkan dan menjadi pengalaman paling menyedihkan sepanjang tempoh saya berkhidmat,” katanya.- Reuters

Ledang: Sepasang suami isteri yang dilihat penyayang di depan jiran dan keluarga mengambil tindakan nekad apabila membunuh diri dengan meminum racun rumput di rumah mereka di Taman Cempaka, Bukit Gambir di sini, semalam.
Kejadian jam 9 pagi itu menimbulkan tanda tanya berikutan pasangan berkenaan sering dilihat gembira dan tidak menunjukkan tanda berdepan masalah.
Pow Kim Chuan, 49, dan isteri Kang Yen Peng, 45, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, jam 1 tengah hari.

Mereka meninggal dunia dipercayai akibat pendarahan teruk organ dalaman.
Difahamkan, ketika kejadian, semua tiga anak mangsa iaitu dua perempuan berusia 20-an dan seorang lelaki berusia belasan tahun tiada di rumah kerana keluar bekerja dan bersekolah.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia berada dalam rumah sebelum terdengar jeritan seorang wanita meminta tolong dari bilik utama rumah pasangan berkenaan.

“Terkejut mendengar jeritan itu, saya segera ke rumah jiran itu sebelum melihat Pow terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu manakala isterinya ditemui terbaring atas katil di bilik utama sambil menahan kesakitan.
“Melihatkan keadaan itu, saya segera menghubungi klinik kesihatan berhampiran sebelum mangsa dikejarkan ke HPSF untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, ramai jiran terkejut dengan kejadian itu kerana pasangan berkenaan tidak pernah menunjukkan mereka berdepan masalah.
Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohd Salleh Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, setakat ini pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.

Menurutnya, mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

Kota Bharu: Sebuah lori yang bergesel dengan kereta Proton Iswara di Jalan Kota Bharu-Pasir Mas, di sini, kelmarin, bukan hanya mengakibatkan tiga kenderaan lain turut terbabit dalam kemalangan itu, malah seorang bayi perempuan berusia lima bulan maut.
Irisqaireen Delisha Hasbullah gagal diselamatkan berikutan kecederaan serius selepas tersepit di dalam Proton Iswara Aeroback dipandu bapanya, Hasbullah Jidan, 28, seorang anggota polis di Balai Polis Tok Uban, Pasir Mas.
Kejadian jam 2.55 petang itu turut menyebabkan Hasbullah parah dan dikejarkan ke Hospitall Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Isterinya Kanokporn Wongkham @ Nurain, 28, warganegara Thailand pula cedera di muka dan rahang, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku apabila sebuah lori Hicom Perkasa dari arah Kota Bharu menghala Pasir Mas bergesel dengan Proton Iswara menyebabkan kereta itu terbabas ke laluan bertentangan.

Tawau: Seorang pemilik kedai dobi terpaksa menahan kesakitan hampir 15 minit apabila tangan kanannya tersepit mesin pengering pakaian sebelum berjaya diselamatkan sepasukan bomba dan penyelamat dalam kejadian di premis perniagaan di Jalan Dominic, di sini, semalam.
Sebelum kejadian, Lin Ah Chu, 65, dipercayai sedang membersihkan mesin berkenaan sebelum secara tiba-tiba tangannya gagal dikeluarkan dari mesin terbabit, kira-kira jam 10 pagi.
Menurut suami mangsa, Thimothy Chin, 72, yang berada di tempat kejadian, terkejut mendengar jeritan isterinya lalu bergegas untuk melihat apa yang berlaku.

“Saya tergamam melihat tangan kanan isteri tersepit di mesin pengering dan meronta-ronta cuba melepaskan tangannya.
“Selepas usaha mengeluarkan tangan isteri gagal, saya menghubungi pasukan bomba dan penyelamat bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Rudy Fredzek berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.14 pagi dan enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di premis terbabit, anggota bomba mendapati tangan kanan seorang wanita tersepit dan gagal dikeluarkan.
“Operasi dilakukan dengan membuka komponen mesin sebelum tangan mangsa dikeluarkan dalam tempoh empat minit,” katanya.

Menurut Rudy, mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut.