Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi




Wanita cantik dan seksi yang profesion sebagai model profesional Indonesia yang satu ini memiliki nama Winda Kakurabekta atau yang lebih kerap dipanggil dengan nama Winda.


Winda sendiri selain menjadi model seksi papan atas Indonesia dirinya juga berstatus sebagai mahasiswi di salah satu universitas di Indonesia.

Dalam sebuah wawancara, wanita cantik tersebut tak segan-segan mengungkapkan bahwa dirinya adalah salah satu tipe wanita yang cukup agresif dibanding wanita lainnya.



Ia mengaku lebih suka menjadi wanita yang agresif ketimbang pasif. Ia juga lebih suka menjadi tipe wanita yang mengejar ketimbang dikejar.

”Jadi cewek memang harus agresif, daripada cowok yang agresif." Begitu lah kutipan dari pembicaraan salah satu wartawan kepadanya dalam sesi wawancara beberapa waktu yang lalu.

Lebih enak jadi pengejar daripada dikejar, he.. he..” lanjut Winda sambil tertawa.



Ketika ditanya soal rahasia membentuk serta merawat tubuhnya yang seksi, Winda pun mengatakan bahwa olahraga dan yoga adalah kunci utamanya yang selama ini ia lakukan agar tubuhnya terlihat maksimal saat menggunakan pakaian-pakaian yang minim.

Bahkan Winda pun tak malu-malu mengatakan bahwa dirinya menyukai hubungan seks karena ia menganggap seks bisa membangkitkan sstamina layaknya olahraga. Ia juga menganggap seks bisa membuatnya rileks dan nyaman.



“Olahraga buat bangkitkan stamina, sama juga dengan seks.  Buat aku seks itu penting buat menghilangkan stres agar kita rileks dan nyaman.” Tutup model cantik, seksi dan hot tersebut.

WAJAH cantik adalah satu bonus bagi seorang wanita jika dia terlibat dalam sukan, malah itu penghalang untuk mereka mencuburi bidang sukan termasuk menjadi pengadil bola sepak.
Elena Tambini, seorang merupakan seorang pengadil untuk liga Itali, Serie B dan kini akan menjadi pengadil Serie A pada masa yang terdekat. Malah beliau juga dikhabarkan akan menjadi pengadil untuk perlawanan antarabangsa.




Sememangnya pengadil bola sepak dari kalangan wanita amatlah jarang sekali, namun Elena Tambini membuktikan sebaliknya.
Sementara itu, bagi Liga EPL, Sian Massey antara penolong pengadil wanita yang terkenal malah banyak terlibat dalam perlawanan-perlawanan besar di EPL.
Apa yang menarik mengenai Sian Massey adalah ketepatan dan ketajaman Sian, melihat perlawanan dan kesalahan-kesalahan pemain. Jarang dilihat Sian dimarahi pemain-pemain EPL kerana kebanyakkan keputusan yang dilakukan Sian adalah tepat dan berpatutan.
-NWP






ADAKAH buaya ini mati di tampar Raja Bomoh seperti yang didakwanya dan di panggang?
Jawapannya adalah gambar tersebut mengenai, Chef Gene Rurka telah menyajikan hidangan luar biasa di majlis 110th Explorers Club Annual Dinner di Waldorf Astoria, New Yorkiaitu menu daging buaya panggang.
Dia merupakan ketua chef yang menyajikan pelbagai hidangan makanan ekstrem dan pelik pada malam tersebut.
Dua ekor buaya panggang itu disajikan kepada pengunjung dalam keadaan tubuh seperti asal dengan kepala buaya sekali.





KUALA LUMPUR- Kapal terbang penyiasat canggih milik Tentera Laut Amerika Syarikat, P-8 Poseidon tidak menemui apa-apa di kawasan yang dikatakan ada kelihatan objek pada radar Australia.
Menurut NBC News, kapal terbang pengintip itu selesai melalui kawasan itu namun tidak menemui apa-apa objek.
Namun begitu, kapal terbang lain dalam perjalanan ke kawasan yang sama.
Sebelum ini, Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) memaklumkan pihaknya mengesan dua imej oleh satelit Australia kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, namun ia kurang jelas dengan objek yang besarnya berukuran 24 meter.
“Ia adalah objek yang saiznya wajar dan kemungkinan ditolak oleh air dengan tenggelam timbul di permukaan laut,” kata John Young, Pengurus Besar kepada Divisyen Tindakan Kecemasan, satu unit di bawah AMSA memberitahu sidang media hari ini.
Australia menghantar empat buah kapal terbang dan dua kapal laut ke kawasan pencarian di Lautan Hindi itu untuk mengenalpasti objek yang dikesan oleh satelit itu.
Air di kawasan itu adalah ‘dalam beberapa ribu meter’ dan penglihatan yang kabur akan menyukarkan pencarian, walaupun cuaca adalah sederhana, kata Young.
Imej satelit itu kabur namun saiznya sesuai sekali dengan serpihan kapal terbang, lapor Reuters.
Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu sidang akhbar di sini memberitahu, walaupun penemuan objek berkenaan adalah “perkembangan yang penting”, belum ada pengesahan boleh dilakukan sama ada ia mempunyai kaitan dengan MH370


Tahniah diucapkan kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan kerana pandai mendidik anak bab pelajaran.
Pagi tadi Rozita meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Ameer Effendy berjaya memperoleh 8A dalam keputusan SPM yang diumumkan pada hari ini.
Keputusan SPM Ameer yang merupakan pelajar di Kolej Yayasan Saad, Melaka dikongsikan di laman Instagram miliknya.

Seperti diketahui umum, Rozita pernah menolak tawaran berlakon buat seketika bagi memberikan tumpuan kepada Ameer ketika dia hendak menduduki peperiksaan tersebut dulu.
Nampaknya, usaha itu nyata membuahkan hasil yang manis.
Selain Ameer, Rozita mempunyai seorang lagi anak lelaki, Aniq Ezzra Azuar Effendy, 15, hasil perkahwinan terdahulu dan kini sedang mengandungkan cahaya mata pertama hasil pernikahannya dengan Zain Saidin pada 11 Disember 2013.

Shah Alam: Seorang guru terkejut dan tidak menyangka seorang daripada pramugara pesawat penerbangan MH370 yang hilang sejak 12 hari lalu adalah bekas muridnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Guru Sains terbabit, Mohd Azhar Md Salleh, 55, berkata, dia sememangnya tidak mengecam wajah muridnya itu, Tan Size Hiang, 46, berikutan mangsa lebih dikenali sebagai David Tan ketika bersekolah dahulu.
“Saya hanya mengetahui identitinya hari ini (semalam) selepas dimaklumkan rakan selain membaca akhbar berhubungi isu kehilangan pesawa itu.
“Tan adalah murid yang aktif dalam sukan bola sepak ketika belajar di sekolah berkenaan.
Malah, dia sebahagian daripada kumpulan pelajar pertama yang menyertai pasukan pengakap di sekolah itu,” katanya.
Menurutnya, mangsa sangat aktif dalam kegiatan di sekolah selain pernah menjadi ketua patrol dalam untuk melatih anggota pengakap sekolah.
Kali terakhir dia bertemu Tan di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail, tiga tahun lalu.
“Ketika itu Tan menegur saya terlebih dahulu.
Walaupun sudah lama tidak bertemu, namun David masih individu yang sama.
Dia seorang yang sangat peramah dan berbudi bahasa,” katanya.
Mohd Azhar yang akan bersara lima tahun lagi berharap dapat bertemu Tan dan semua bekas pengakap sekolah itu untuk meraikan majlis persaraannya kelak.
Difahamkan, seorang lagi anak kapal Wan Swaid Wan Ismail turut bersekolah di sekolah sama, namun Mohd Azhar tidak mengingatinya. – HARIAN METRO

SEJAK dari awal insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berlaku, agensi berita CNN kerap membuat laporan yang tidak tepat serta menuduh Malaysia dengan beberapa dakwaan yang mengarut dan melampau.
Antaranya ialah menuduh Malaysia bukan satu sumber maklumat yang rasmi selain mendakwa kerajaan sedang menutup malu berkenaan kehilangan pesawat itu dengan memutarbelitkan fakta.
Hari ini Mynewshub.my membuka pekung CNN yang tidaklah sehebat mana melaporkan berita kerana pengetahuan mereka mengenai Malaysia juga masih tidak lengkap.
Dalam satu laporan eksklusif CNN berkaitan misteri kehilangan pesawat MH370, lokasi lintas langsung wartawan CNN dilihat tertera sebagai Kuala Lumpur, Indonesia.
Kesalahan sebegitu rupa sememangnya dilihat sebagai satu kegagalan yang teruk oleh sebuah stesen berita lebih-lebih lagi yang mempunyai reputasi tinggi seperti CNN.
Pengguna Facebook di Malaysia yang mengesan kesilapan itu menyebarkannya di laman sosial berkenaan sebagai mengecam tindakan CNN membuat pelbagai dakwaan tidak berasas bertujuan menjejaskan prestij Malaysia di peringkat antarabangsa.
Biarpun bijak dalam memutarbelitkan berita dan juga mereka cerita sensasi bagi peminat setia berita mereka, tetapi dari segi ilmu yang senang sebegitu pun mereka boleh tersilap dan ia amat memalukan.

Mynewshub


BAK kata pepatah, kasih ayah sepanjang masa kasih ibu membawa ke syurga. Itulah yang boleh digambarkan mengenai ikatan erat yang terjalin antara Erra Fazira, Engku Emran dan anak tunggal comel mereka, Engku Aleesya.
Nampaknya, mereka tidak lekang memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada si cilik itu walaupun pernikahan mereka berakhir dengan perpisahan.
Buktinya, baru-baru ini perimadona tersebut telah memuatnaik sekeping foto bersama anaknya dan dipercayai merupakan kali pertama Erra bertemu Aleesya sejak perpisahannya dengan Emran.
Foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagram itu jelas menunjukkan wajah kerinduan seorang ibu kepada anaknya dan Erra juga tidak melepaskan peluang tersebut untuk merangkul erat anak tunggalnya.
Peminat yang turut tersentuh dengan foto itu tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat kepada Erra Fazira dengan harapan agar wanita itu lebih tabah mengharungi dugaan hidup.
Bertuah Aleesya mempunyai kedua orang ibu bapa yang cukup sayang akan dirinya dan tidak pernah sekali mengabaikan tanggungjawab mereka.
Apapun, walaupun sudah membawa haluan masing-masing, diharapkan agar mereka bertiga dapat hidup dalam keadaan aman dan bahagia selepas ini.
Kredit: Instagram Erra Fazira

LONDON – Seorang perompak menyerah diri kepada polis selepas 24 jam, setelah dia menjadi bahan jenaka dalam Facebook. Lelaki itu, Nathan Baxendale, 21, tidak menutup muka ketika merompak di sebuah bank menyebabkan wajahnya dirakamkan dalam CCTV.
Polis kemudiannya memuat naik gambar mukanya dalam Facebook, sekali gus memudahkan dia ditangkap.
Ketika merompak, Baxendale menyerahkan sekeping nota kepada kakitangan bank yang tertulis `Bagi wang pada saya, saya ada pistol’’.
Selepas mendapat wang sebanyak £2,000, dia melarikan diri dengan teksi dan Baxendale menyangka dia berjaya melarikan diri daripada ditangkap polis, tanpa mengetahui aksinya dia merompak itu dirakamkan.
Selepas gambarnya dimuat naik dalam Facebook , identiti Baxendale dikenalpasti hanya dalam masa beberapa jam.
Pengguna Facebook turut menggelarnya bodoh dan dia menjadi bahan jenaka kerana merompak tanpa membuat perancangan terlebih dahulu.
Baxendale kemudiannya menyerah diri di balai polis dan mengaku merompak untuk membayar hutang dadah dan membeli baju.

Shropshire (England): Seorang penagih dadah sanggup menghubungi polis dan merayu supaya dimasukkan ke penjara kerana bosan hidup di bandar Stretton di sini.
Lee Andrew Price, 30, memberitahu polis dia bosan hidup di tempat yang “entah di mana” dan bandar itu “terlalu asing untuknya”. 
Apabila diberitahu yang dia tidak boleh ditahan jika tidak melakukan kesalahan, Lee mencuri di kedai yang terletak berhampiran. Dia mengekori seorang pengawal keselamatan mengelilingi kedai itu sebelum secara terang-terangan mencuri barangan bernilai RM696 dalam usaha membuatkan dirinya ditahan.

Dia kini dipenjara 12 minggu oleh Mahkamah Majistret Telford selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencuri.

Peguamnya Dean Easthope, berkata Lee menagih dadah hampir seumur hidupnya dan sedang khayal ketika berkata dia sudah bosan hidup di bandar itu. “Dia menghubungi polis dan meminta untuk dipenjarakan tetapi polis menyuruhnya melakukan kesalahan,” kata peguam itu. - Agensi


Gambar Hiasan

Beijing: Seorang penumpang yang ‘mengejar masa’ di lapangan terbang antarabangsa di sini ditahan selama lima hari selepas dia memberitahu pegawai dia mempunyai bom di di dalam duburnya.
Lelaki itu merungut apabila pemeriksaan keselamatan yang dijalankan ke atasnya memakan masa yang lama sebelum berkata: “Nak saya buka seluar juga? Saya ada bom dalam dubur saya.” Seorang pegawai keselamatan meminta lelaki itu mengulangi apa yang dikatakannya dan apabila dia melakukan demikian, semua yang berada di situ cemas. Ia mungkin menggelikan hati, tetapi dengan situasi pesawat Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dan masih belum ditemui hingga ke hari ini, perbuatan lelaki terbabit dianggap serius.
Perbuatannya itu mencetuskan kekecohan apabila orang ramai diminta mengosongkan kawasan berkenaan dan menyebabkan dia ditahan di pusat tahanan lapangan terbang berkenaan. Pemeriksaan teliti dijalankan ke atasnya sebelum pihak berkuasa mengesahkan dia bukan pengganas tetapi penumpang yang “cerewet” Menurut laporan media tempatan, lelaki itu memberitahu dia marah kerana menganggap pemeriksaan keselamatan hanya membuang masa dan tidak menyangka perbuatannya boleh mencetuskan kekecohan. - Agensi

Zhenjiang: Seekor anak anjing baka Tibetan Mastiff dilapor dijual pada harga RM6 juta semalam, menjadikannya anjing peliharaan paling mahal pernah dijual.
Seorang pemaju hartanah membayar 12 juta yuan (RM6 juta) untuk membeli seekor anak anjing berusia setahun itu di pameran ‘Haiwan Peliharaan Mewah’ di wilayah Zhenjiang, lapor akhbar Qianjiang Evening.
“Haiwan itu mempunyai genetik singa dan ia baka Mastiff paling baik,” kata pembiak baka berkenaan, Zhang Gengyun.

Dia juga memberitahu seekor lagi anjing dari baka sama dijual pada harga RM3.1 juta.
Dengan bulu yang banyak sekitar kepala menjadikannya kelihatan seperti singa dan haiwan itu menjadi simbol kemewahan di China.

Haiwan dengan bulu keemasan ini mempunyai ketinggian 80 sentimeter dan berat 90 kilogram.

“Baka Tibetan Mastiff sangat jarang ditemui, sama seperti haiwan kebanggaan negara ini, panda, menyebabkan harganya tinggi,” katanya.
Rekod jualan anjing dari baka berkenaan sebelum ini ialah RM5.2 juta. - Agensi

Kuala Lumpur: Penerbangan Malaysia (MAS) selaku pemilik pesawat penerbangan MH370 dan semua penumpang serta anak kapalnya sudah dibayar 100 juta Euro (RM456.7 juta) oleh syarikat insurans sebagai wang liabiliti awal.Reuters memetik akhbar harian German, Handelsblatt yang melaporkan Allianz adalah syarikat insurans utama yang memberi perlindungan kepada pesawat berkenaan bersama beberapa syarikat insurans lain. 
Menurut laporan berkenaan, pembayaran itu dilakukan bagi menepati perjanjian yang ditandatangani dengan broker insurans, Willis dan ia selari dengan prosedur biasa dalam pasaran insurans.

“Ia obligasi syarikat insurans apabila sesuatu pesawat dilaporkan hilang,” kata laporan itu.

Pesawat penerbangan MH370 yang hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac lalu itu membawa 12 anak kapal bersama 227 penumpang dari pelbagai negara.

Alor Gajah: “Satu hari selepas habis kelas mengaji saya berseloroh jika hendak mencari calon isteri di sini terdapat ramai wanita warga emas dan pilihlah mana yang berkenan.
“Dengan nada selamba katanya dia hanya berkenan dengan saya, namun saya anggap ia hanya gurauan. Tidak sangka dari bergurau kini kami sah bergelar suami isteri,” kata Sapiah Ali, 64, isteri kepada Md Dali Sharif, 75.
Pasangan warga emas ini dinikahkan Imam Satu Masjid Kampung Sungai Petai, Ismail Maarof kira-kira jam 9 pagi dalam satu majlis pernikahan yang dianjur Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Komplek Seri Penyayang, Jalan Lesung Batu, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar, Pengarah JKM negeri Zulyadin Limat dan Pegawai JKM Daerah Alor Gajah Shahrawati Shahbudin.

Md Dali yang segak berbaju Melayu dan bertanjak tiba di pekarangan kompleks berkenaan dengan membawa sepersalinan pakaian wanita dan sebentuk cincin emas bertakhta berlian serta wang hantaran berjumlah RM3,000 untuk isterinya.


KUALA LUMPUR: Seluruh warga kelab Liverpool terharu dengan mesej anak perempuan ketua pramugara pesawat MAS MH370 yang merayu ayahnya `pulang' untuk menyaksikan perlawanan Liverpool.
Kelab Liga Perdana Inggeris itu kemudiannya membalas mesej Maira Elizabeth Nari, iaitu anak perempuan kepada Andrew Nari, yang dimuat naik ke laman sosial Twitter pada hari Liverpool menumpaskan Manchester United, 3-0. 
Mesej itu berbunyi: `Daddy, Liverpool is winning the game. Come home, so you can watch the game! You never miss watching the game. It’s your very first time,” kata Nari menerusi akaun Twitter miliknya. 
Pesawat MAS MH370 hilang sejak 8 Mac lalu, ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Sehingga ini, tiada kesan dapat dijejaki biarpun usaha mencari dan menyelamat dilakukan secara besar-besaran oleh 26 negara.

"Mesej anda amat menyentuh perasaan dan kami terharu. Kami hendak anda tahu yang kami juga sentiasa akan mengigati ayah anda dan semua yang masih hilang bersama #MH370. Tabahkan hati," kata Liverpool menerusi akaun Twitter rasmi kelab itu. 

Maira kemudian menjawab: “Jika ayah lihat ini (mesej daripada Liverpool), dia pasti gembira. Dia akan senyum. Saya dapat bayangkan betapa gembiranya dia. Ayah adalah peminat tegar LFC!" 

Liverpool turut memuatnaik mesej daripada Nari ke laman Facebook kelab itu yang kemudiannya dikongsi sekurang-kurangnya 7,000 kali. - AFP