Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pampasan Awal Bernilai RM456.7 Juta Dibayar
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Kuala Lumpur: Penerbangan Malaysia (MAS) selaku pemilik pesawat penerbangan MH370 dan semua penumpang serta anak kapalnya sudah dibayar 100 juta Euro (RM456.7 juta) oleh syarikat insurans sebagai wang liabiliti awal.Reuters memetik akhbar harian German, Handelsblatt yang melaporkan Allianz adalah syarikat insurans utama yang memberi perlindungan kepada pesawat berkenaan bersama beberapa syarikat insurans lain. 
Menurut laporan berkenaan, pembayaran itu dilakukan bagi menepati perjanjian yang ditandatangani dengan broker insurans, Willis dan ia selari dengan prosedur biasa dalam pasaran insurans.

“Ia obligasi syarikat insurans apabila sesuatu pesawat dilaporkan hilang,” kata laporan itu.

Pesawat penerbangan MH370 yang hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac lalu itu membawa 12 anak kapal bersama 227 penumpang dari pelbagai negara.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments