Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


KOTA KINABALU: Misteri kehilangan seorang pemandu Perodua Viva yang terlibat dalam satu insiden kemalangan berhampiran lampu trafik Sutera Harbour, di sini, pada Selasa lepas akhirnya terjawab dengan penemuan mayat berulat dalam keadaan terlentang di parit Grace Court, Jalan Coastal, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Nelson Thien Hua Keong, 33, ditemui dalam parit sedalam dua meter oleh pekerja memasang kabel di lokasi itu sebelum melaporkannya kepada pihak polis kira-kira jam 11 pagi.

Dikatakan mangsa terlibat dalam kemalangan pada Selasa lepas kira-kira jam 2 pagi dengan memandu kenderaan berkenaan bersama seorang rakannya dan tidak ditemui sejak insiden terbabit.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, mangsa dilaporkan hilang sejak insiden kemalangan itu dan usaha pencarian oleh keluarga mangsa turut dilakukan termasuk memeriksa senarai pendaftaran pesakit di hospital-hospital sekitar kawasan Kota Kinabalu.

“Bagaimanapun, mayat mangsa ditemui di dalam parit berkenaan dan identitinya turut disahkan melalui proses pengecaman oleh ahli keluarga di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi bedah siasat serta tuntutan ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata, mangsa sukar dikesan berikutan faktor hujan lebat dan banjir di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu tempoh hari.

Jauteh berkata, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu untuk tampil segera membantu siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.







Akibat terlupa menarik “hand brake”, kereta seorang pelajar UiTM Shah Alam terbalik.

Menurut sumber di twitter, kereta tersebut di parking di kawasan berbukit berdekatan Falkulti Kejuruteraan Awam.

Kereta itu telah mengundur dan menaiki pembahagi jalan (divider) lalu terbalik. Punca kejadian tidak dapat dikenal pasti. Sama ada palajar tersebut nak cepat-cepat ambil exam ataupun “panggilan alam”.



sumber: www.typo.my


Biasanya, syarikat akan memberikan hadiah berupa wang tunai atau kereta kepada kakitangan terbaik yang diumumkan ketika majlis makan malam tahunan.

Tetapi sebuah syarikat di China, memberikan penghargaan berlainan apabila mengumumkan kakitangan terbaik mereka akan mendapat peluang bermalam bersama pelakon lucah Jepun, Hatano Yui.



Syarikat dari Shanghai tersebut turut menampilkan Hatano pada malam pengumuman, membuatkan ramai kakitangan lelaki mengambil kesempatan bergambar dengannya.
Selepas hadiah syarikat ini tersebar luas, banyak pihak mempersoalkan sudut moral pengurusan teratas syarikat berkenaan.


MENURUT Havocscope, badan pemantau pasaran gelap atas talian dunia, pasaran gelap Malaysia dianggarkan bernilai RM9.74 bilion (US$2.99 bilion).

Laman sesawang tersebut, yang bersumberkan dokumen terbuka yang dipercayai seperti dokumen kerajaan, laporan media dan jurnal akademik, meletakkan Malaysia di kedudukan ke-40 daripada 93 negara yang dipantau, berdasarkan anggaran ancaman keselamatan akibat pasaran gelap.

Pasaran gelap dunia dianggarkan bernilai RM5.8 trilion. Angka tersebut berdasarkan data yang dikumpul selama beberapa tahun bagi memberikan gambaran terhadap industri pasaran gelap.

Di Malaysia, pasaran gelap dikuasai kegiatan pelacuran yang dianggarkan membawa pulangan RM3.2 bilion. Angka tersebut berdasarkan jumlah yang mampu dibawa pulang pelacur-pelacur warga asing yang berdagang tubuh mereka.

Malaysia diletakkan di tangga ke-17 daripada 26 negara yang mengaut pulangan besar dari sindeket tersebut.

Negara ini berada di atas Belanda (di mana pelacuran bermula) dan negara-negara lain termasuk Russia dan Jamaica.
Anehnya, Malaysia tidak tersenarai di antara 29 negara dengan bilangan pedagang tubuh tertinggi. Ini bermakna, Malaysia menjadi lubuk bagi pelacur-pelacurwarga asing membuat keuntungan.

Di kedudukan kedua di dalam senarai pasaran gelap ialah sindiket wang palsu dengan pulangan bernilai RM2.51 bilion. Sindiket cetak rompak pula di kedudukan ketiga dengan menghasilkan RM2.14 bilion
Mungkin rakyat tempatan tidak terkejut dengan senarai tersebut kerana penjual barangan cetak rompak berada di mana-mana.

Perikanan serta pembalakan haram pula berada di kedudukan seterusnya dengan masing-masing mengaut RM1.08 bilion dan RM915 juta. Arak serta rokok seludup pula menghasilkan jumlah terkumpul sebanyak RM1.52 bilion.
Laman sesawang tersebut bertujuan memberi data yang jelas dan bermanfaat berhubung kegiatan pasaran gelap.

Ia menyatakan bahawa berbilion ringgit disalurkan bagi membasmi kegiatan tersebut, namun fakta berkenaan aktiviti pasaran gelap tidak mencerminkan keadaan sebenar. Malah fakta tersebut digunakan bagi mempromosi sesuatu agenda tertentu.

Sumber-sumber bagi angka yang didedahkan dijelaskan di dalam laman sesawang itu bagi pengguna-pengguna memperoleh maklumat mengenainya serta meyelidik kredibilitinya.
Havocscope mengamalkan dasar berkecuali di dalam isu pasaran gelap. Ia tidak memberi apa-apa cadangan bagi mengubah kegiatan tersebut.
Statistik yang disenaraikannya kerap digunakan di dalam jurnal-jurnal serta laporan media di serata dunia.

Statistik tersebut tentu tidak membantu Malaysia di dalam usahanya mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014.
Penyeludup serta penjenayah juga amat berhati-hati supaya kegiatan mereka tidak dapat dihidu pihak berkuasa.

Kadang-kala, pihak berkuasa sedar tentang kegiatan yang dijalankan tetapi mengambil sikap ‘tutup sebelah mata’ dan membiarkan penjenayah serta penyeludup ini menjalankan ‘perniagaan’ mereka.

Apa-apapun, di dalam era informasi ini, pihak berkuasa wajar mempertingkatkan usaha mereka bagi membasmi kegiatan pasaran gelap negara dengan berpandukan segala jenis maklumat.

Kegagalan melakukannya bermakna Malaysia bakal kehilangan pelabur serta pelancong-pelancong asing yang membawa bersama mereka berbilion ringgit setahun. – The Ant Daily

TIDAK pasti kerana cinta atau harta, seorang wanita berusaha menuntut sperma tunangnya yang sedang nazak di Mahkamah Tinggi London.
Mengikut undang-undang yang telah diperuntukan, sperma tidak boleh diberikan tanpa kebenaran individu itu.

Wanita yang dikenali sebagai AB itu berkata, dia mahu menyimpan sperma tunangnya, P, dan akan digunakan pada masa akan datang bagi mendapatkan anak yang juga pewaris lelaki itu.
P merupakan seorang pelabur bersara yang kaya dan telah diserang sakit jantung sebanyak empat kali.

Dia dijangka tidak mampu bertahan kerana penyakitnya itu dan boleh meninggal dunia bila-bila masa sahaja.
Peguam AB berkata, pasangan itu sudah bersama sejak beberapa tahun lalu dan kerap kali berbincang mengenai perkahwinan dan anak.

Wanita itu juga percaya jika tunangnya sedar mengenai apa yang berlaku, dia pasti memberi keizinan kepadanya untuk mendapatkan sperma itu.
Kes tersebut mendapat perhatian ramai dan keputusan menganai tuntutan itu belum dibuat oleh mahkamah.

Khabarnya, seorang artis wanita popular tempatan dilihat membawa teman lelakinya keluar masuk di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Gosip ini mula timbul selepas rakan salah seorang wartawan Harian Metro terpandang kelibat artis popular berkenaan sedang memasuki hotel bersama teman lelakinya.
Menariknya, mereka berjalan secara berasingan di mana seorang menaiki tangga dan seorang lagi menggunakan perkhidmatan lif hotel bagi mengelakkan diri dari dikenali orang ramai mahupun peminat.
Menurutnya lagi, artis tersebut mengenakan pakaian biasa, memakai topi dan berkaca mata hitam serta tanpa sebarang solekan. Agaknya, siapa artis wanita popular yang dimaksudkan wartawan itu?

London – Penyanyi kumpulan One Direction, Liam Payne hari ini tampil memohon maaf atas tindakannya berdiri di atas tebing bumbung pada ketinggian 360 kaki.
Aksi Payne, 20, itu telah dirakamkan oleh rakannya itu dimuat naik dalam twitter selepas dia berada di balkoni tingkat 34, sebuah apartmen di Docklands.
“ Anda mungkin telah melihat imej saya di atas bumbung bangunan. Saya menyesal kerana berada di situ dan membiarkan gambar itu dirakamkan,’’ katanya dalam twitter.
Imej berkenaan bagaimanapun telah dipadamkan.
Ia dirakamkan pada hujung minggu lalu ketika Payne meraikan tiga orang rakannya yang melawatnya.
Selepas gambar itu dimuat naik dalam twitter, peminatnya melahirkan kebimbangan dan tertanya-tanya sama ada dia mahu terjun daripada bangunan berkenaan.
Selain itu, penyanyi berkenaan juga tidak gembira kerana peminatnya telah berhimpun di depan rumahnya di London.

“Saya tahu bahawa kawan-kawan saya telah memuat naik banyak gambar rumah saya dalam twitter, dalam tempoh beberapa hari ini namun orang ramai perlu berhenti daripada datang dan berhimpun di luar.
“Saya hanya mahu berjalan-jalan di luar seperti insan lain dan bergembira dengan rakan saya, tanpa rasa bersalah kerana tidak mahu bergambar dengan peminat.
“Maaf jika saya kurang sopan kerana jika saya bergambar dengan seorang (peminat) maka lebih ramai yang akan datang,’’ katanya

Seoul – Sekumpulan pakar perubatan terkejut selepas menemui beratus-ratus jarum emas yang halus di dalam tisu lututnya selepas dia mendapatkan rawatan akupuntur daripada pengamal perubatan alternatif.
Pakar perubatan percaya jarum itu sengaja dibiarkan di dalam tisu lutut wanita yang berusia 65 tahun itu.
Ia dikatakan mampu menyediakan stimulasi berterusan selepas rawatan berakhir.
Wanita itu yang menghidap osteoarthritis mendapatkan rawatan akupuntur selepas pengambilan ubat tahan sakit daripada doktor gagal melegakan kesakitan di lututnya.
Ia juga menyebabkan perutnya berasa tidak selesa.
Bosan dengan keadaan itu, dia kemudiannya beralih kepada akupuntur untuk melegakan kesakitan dan menggunakan perubatan alternatif itu setiap minggu.
Namun tindakan pengamal perubatan alternatif itu yang membiarkan jarum emas halus dalam lutut wanita warga emas itu dikritik oleh pakar perubatan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan dan bengkak.
Malah idea memasukkan benda asing dalam badan juga bukan satu idea yang baik.
Ia juga menyebabkan doktor tidak dapat melakukan imbasan MRI ke atas wanita itu kerana magnet dalam pengimbas akan menyebabkan jarum itu bergerak, sekali gus merosakkan arterinya.

Agak lama juga dia tidak dikaitkan dengan gosip cinta. Alih-alih baru-baru ini timbul desas desus Nur Fazura dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang jejaka Inggeris yang merupakan salah seorang pemuzik dan DJ popular di Los Angeles, Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Randy Siedman.
Menguatkan lagi spekulasi, apabila aktres itu beberapa kali memuat naik gambar jejaka tersebut di laman Instagramnya sewaktu dia bercuti di LA, bulan lalu. Lebih manis menerusi akaun sosialnya itu, Fazura ada yang menyatakan yang Randy banyak menemaninya sepanjang menikmati percutian selama sebulan di sana. Malah Fazura dan Randy masing-masing ada menulis seperti mereka menyukai dan mengagumi antara satu sama lain.

Antara gambar Randy yang dimuat naik Fazura di Instagram sekaligus menimbulkan tanda tanya ramai mengenai sejauh mana hubungan mereka. Kredit foto Instagram FazuraAntara gambar Randy yang dimuat naik Fazura di Instagram sekaligus menimbulkan tanda tanya ramai mengenai sejauh mana hubungan mereka. Kredit foto Instagram Fazura
“Dia kawan baik saya. Boleh dikatakan yang dia kawan lelaki paling rapat dengan saya sekarang tapi tidak bermakna kami bercinta. Kami kenal sejak setahun lalu. Ya, dia adore saya dan saya pun adore dia (gelak). Saya rasa tak salah kalau kita nak adore kawan kita.
“Dia pernah beberapa kali datang ke Malaysia. Dia juga ada datang sewaktu majlis hari jadi saya yang lalu. Dan saya pergi bercuti ke LA bukan lah sebab semata-mata nak jumpa dia. Dari dulu lagi saya memang menyimpan hasrat nak bercuti ke Amerika. Sebelum ni saya lebih kerap bercuti di negara Eropah.
“Tahun lalu saya berkesempatan ke sana dan kebetulan saya ada beberapa orang kenalan di sana termasuklah dia (Randy). Sepanjang saya di sana, dia menjaga dan melayan saya dengan baik. Mungkin sebab saya banyak upload gambar dia, jadi orang hanya nampak dia saja. Padahal saya ada juga beberapa kawan lain di sana”, kata Nur Fazura tatkala ditanya mengenai sejauh mana hubungannya dengan lelaki berkenaan.
Nur Fazura ditemui pada majlis previu filem ‘Kami Histeria’, bertempat di e@Curve, malam tadi.
Ditanya apa yang membuatkan dia selesa berkawan dengan Randy, Fazura berkata kebijaksanaan dan sikap Randy yang sangat menghormati wanita membuatkan dia tertarik sekaligus senang menjalinkan hubungan sebagai sahabat dengan lelaki tersebut. Malah akui Fazura, Randy banyak memberi inspirasi kepada dirinya.
“Dia seorang yang bijak dan sangat menghormati wanita. Sikapnya yang sentiasa positif secara tak langsung banyak memberi inspirasi kepada saya. Dia seorang yang unik. Bila bersama dengan dia, saya sentiasa nak jadi individu yang lebih baik”, ujarnya.
Bangga Dengan Yuna
Selama sebulan di sana, banyak pengalaman menyeronokkan yang dilalui Fazura setiap hari. Antara momen berharga apabila dia dapat bertemu dengan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna.
Malah sewaktu Yuna diundang sebagai tetamu sebuah rancangan bual bicara popular Amerika, Jimmy Kimmel, Fazura juga berpeluang hadir sama ke program tersebut dan menyaksikan Yuna membuat persembahan.
“Saya seronok sepanjang berada di sana. Rasa tak nak balik, pun ya. Tapi nak buat macam mana kan… kerjaya dan famili saya di sini. Apa yang menarik, persekitaran di sana sangat berbeza. Orang-orangnya sangat berfikiran positif dan releks. Saya suka suasananya yang sangat ceria, tak ada politik, tak ada ‘drama. Saya sempat ke San Diego, San Fransisco dan saya sambut tahun baru di Vegas.
“Selain tu saya sempat jumpa Yuna. Ceritanya, hari kedua saya di sana, Yuna mesej saya dan ajak berjumpa. Kemudian bila berjumpa, kami berborak sakan selama 3 jam. Dia ajak saya ke rancangan Jimmy Kimmel.
“Saya sangat bangga dengan Yuna. Sewaktu di program tersebit saya satu-satunya penonton Melayu dan saya bangga bila ramai memuji bakat Yuna”, kongsinya lagi dengan nada teruja.
Sementara itu mengenai perkembangan karier, Fazura bakal muncul dengan filem terbaru, Kami Histeria yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 6 Februari ini. Dia memengang watak sebagai hantu langsuir dalam filem arahan Syamil Othman itu.
Filem komedi seram itu juga turut dijayakan oleh barisan pelakon seperti Diana Danielle, Nad Zainal, Sarah Ali, Mila Jirin dan Umi Omar.
Selain itu Fazura juga sedang menantikan tayangan filem lakonannya, Manisnya Cinta di Cappadocia yang dijangka akan menemui peminat di pawagam dalam tahun ini. –Malaysian Digest

KELMARIN cubaan sepasang suami isteri warga emas melintasi landasan Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) membawa padah apabila kedua mereka maut selepas dirempuh komuter dalam kejadian di Jalan Reko, Kajang, Selangor.
Dalam kejadian jam 1.25 petang itu, pasangan terbabit dipercayai dalam perjalanan kembali rumah selepas membeli beberapa barangan dapur di kedai runcit bersebelahan landasan berkenaan.
Mangsa, Md Nor Lian, 69, yang tidak bekerja bersama isterinya Noriah Mat Ani, 65, maut selepas mengalami kecederaan parah akibat dirempuh komuter terbabit.
Kedua mayat mangsa ditemui kira-kira lima meter berhampiran longkang di tepi landasan berkenaan dipercayai tercampak akibat impak perlanggaran terbabit.
Difahamkan pemandu komuter terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang selepas insiden berkenaan.

Berikut adalah gambar-gambar nahas berkenaan.
Ingatlah, malang tak berbau…

TERHARU kami tatkala melihat gambar Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang sanggup berhujan bersama-sama rakyat jelata semasa sambutan Maulidur Rasul di Bandar Seri Begawan, kelmarin.
Biarpun status dan kekayaan yang dimilikinya cukup tinggi, ia sama sekali tidak menghalang pemimpin ini daripada bertemu dan bermesra dengan rakyatnya.


Sebelum ini, Sultan Hassanal telah menguatkuasakan undang-undang syariah yang disambut baik oleh umat Islam di negara itu.
Kami doakan agar baginda dipanjangkan usia dan pemerintahannya mendapat keberkatan dari Ilahi.

(Kredit gambar: Fantastic Brunei Issue)

New York: Gara-gara merakam gambar separuh bogel di Bangunan Empire State seorang jurugambar berdepan saman AS$1.1 juta (RM3.6 juta) daripada pemilik bangunan kemegahan AS itu.
Semalam media melaporkan jurugambar fesyen Allen Henson menjadikan bangunan 381 meter itu untuk sesi fotografi membabitkan model Shelby Carter. 
Sesi itu dilakukan di dek pemerhatian bangunan itu. Menurut Henson gambar itu bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya hanya sebagai koleksi peribadi.

“Malah saya hanya menggunakan kamera pada telefon bimbit.

“Kami tidak menyakiti sesiapa malah memastikan tiada kanak-kanak ketika mengambil gambar,” katanya. Bagaimanapun, ESRT Observatory dan ESRT Empire State Building memfailkan saman di mahkamah kerana mendakwa tindakan Henson itu berbahaya, selain tiada mendapatkan permit bagi membuat rakaman. 


Mereka menegaskan perbuatan Henson kerana tempat itu banyak dikunjungi pelawat berkeluarga. Berdasarkan dokumen mahkamah, plaintif mendakwa Henson menggugat keupayaan mereka memastikan tempat pelancongan itu selamat dan sesuai bagi pelancong serta golongan berkeluarga. 

Henson - seorang veteran perang Iraq - mengambil gambar rakannya itu di tingkat 86 menara berkenaan pada 9 Ogos tahun lalu. 

Tarikh berkenaan juga adalah waktu puncak bagi lawatan pelancong. Melalui gambar itu jelas dilihat beberapa pelancong lain ada di situ untuk menikmati pemandangan dari bangunan berkenaan.



Bangkok: Seorang pekerja penyelamat ditahan polis selepas seorang wanita yang sepatutnya dikejarkan ke hospital ditemui mati dalam sebuah parit di Samut Prakan.
Thawatchai Sae Sim, 32, ditahan berikutan penemuan mayat seorang pekerja firma pembangunan hartanah, Chananchita Suasew, 29. 
Menurut polis, Thawatchai mengaku cuba merogol dan merompak mangsa namun menafikan membunuhnya. Thawatchai pula berkata, keadaan menjadi tidak terkawal apabila wanita terbabit tersedar ketika dia cuba merogolnya.

Suspek berkata, keadaan berkenaan menyebabkan dia berasa panik dan melarikan diri.

Thawatchai berdepan dakwaan cuba merogol dan merompak mangsa. Namun polis kini menunggu hasil laporan forensik sebelum memutuskan sama ada perlu mengemukakan tuduhan tambahan terhadap suspek itu. 


Hasil ujian turut mendapati dia positif dadah. 

Kejadian berlaku Isnin lalu ketika mangsa pengsan ketika berada di sebuah pusat beli-belah. - Agensi
SUTHEP (tengah) mengadakan perbincangan dengan Luang Pu (kiri) bagi meredakan kemarahan pemimpin sami itu.

Bangkok: Pemimpin tunjuk perasaan antikerajaan Suthep Thaugsuban semalam mencetuskan kemarahan sami Buddha selepas dia memungkiri janji untuk melawat semua pusat protes di Bangkok.
Di sebalik janji itu Suthep membatalkan lawatan ke dua lokasi atas alasan ia terletak terlalu jauh dari pusat bandar raya.
Keputusannya mengecewakan ketua sami Wat Or Noi, Luang Pu, dari wilayah Nakhon Pathom yang mengendalikan dua stesen protes itu di Chaeng Wattana.


Disebabkan berang dengan sikap Suthep, Luang Pu mengancam untuk mengakhiri protes berkenaan.

“Sudahlah saya terpaksa mengendalikan segala-galanya di lokasi ini, memang melampau jika Suthep tidak datang,” katanya.
Luang Pu berkata, Suthep menyisihkan lokasi itu kerana tidak menganggapnya penting. Ini berikutan Suthep sudah melawat semua pentas demonstrasi utama sejak melancarkan kempen untuk ‘tutup’ Bangkok Isnin lalu dalam usahanya menggulingkan perdana menteri sementara Yingluck Shinawatra.


Sehubungan itu, Suthep memendekkan tempoh lawatannya di pusat protes di Lat Phrao untuk menemui Luang Pu bagi mengambil hati sami itu semula.

Jurucakapnya berkata, Suthep memohon maaf atas kesilapannya.

Luang Pu berkata, Suthep sudah berjanji untuk melawat mereka seperti sepatutnya.- Agensi

Shah Alam: Sebuah keluarga di Kampung Bukit Cerakah, dekat sini, berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka dipecah masuk sekumpulan tiga penjenayah bersenjata parang dalam satu kejadian samun, 10 Januari lalu.
Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 30 tahun kerugian kira-kira RM10,000 manakala isteri, ibu dan adiknya diikat penjenayah menggunakan dawai selepas mereka dikejutkan dari tidur.
Sumber berkata, mangsa yang bekerja sebagai operator ketika itu sedang tidur bersama isterinya di bilik utama sebelum mereka dikejutkan lelaki bertopeng yang tiba-tiba berada dalam biliknya.

Menurutnya, mangsa yang terkejut melihat lelaki itu mengacukan parang ke arahnya dan isteri kemudian menyerahkan semua barangan berharga serta wang tunai selepas diugut akan ditetak jika melawan.
“Bukan sahaja mangsa dan isteri diikat menggunakan dawai, malah ibu serta adiknya yang sedang tidur di bilik bersebelahan turut menerima nasib sama. “Bagaim,anapun, dua anak mangsa yang masih kecil tidak diikat atau diapa-apakan.

“Semua ahli keluarga itu kemudian diletakkan di satu sudut dalam bilik utama sebelum lelaki dipercayai warga Indonesia berkenaan berdasarkan pertuturannya mengambil masa kira-kira sejam untuk menggeledah rumah mangsa untuk mencari barangan berharga,” katanya.

Selepas menyelongkar seluruh rumah mangsa , mereka melarikan wang tunai RM1,500, barangan kemas dan telefon bimbit milik keluarga berkenaan.
Sumber itu berkata, kumpulan terbabit kemudian melarikan diri menggunakan pintu belakang rumah berkenaan iaitu laluan sama yang digunakan untuk masuk sebelumnya.

“Tidak lama selepas itu, mangsa berjaya membuka ikatan sebelum mereka memeriksa keadaan sekitar rumahnya dan membuat laporan polis,” katanya.
Siasatan awal mendapati kumpulan lelaki terbabit dipercayai mengumpil pintu belakang rumah untuk masuk berdasarkan kes umpil pada pintu itu.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan memberitahu siasatan kini dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam melalui Ops Rantau untuk mengesan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkawan dan menggunakan senjata yang sabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan,” katanya.



BALIK PULAU: Seorang tukang masak berusia 26 tahun maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganginya terbabas ketika melalui selekoh di Empangan Teluk Bahang, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa Ahmad Qamaruzaman Abdul Wahab maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala. 
Mangsa yang masih bujang dikatakan meminjam motosikal jenis Naza Blade 650 terbabit daripada rakannya kerana mahu mencuba menunggang motosikal berkenaan. 

Namun, ketika menuruni bukit dan tiba di satu selekoh motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh dalam longkang.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

Melaka: Polis mendapat perintah tahanan reman terhadap seorang ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’ di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah V Kanasan membenarkan tahanan reman selama empat hari terhadap Noor Jan Tuah, 57, bermula semalam.
Selepas perintah reman dikeluarkan, Noor Jan yang berbaju lokap jingga dibawa pasukan polis memasuki van untuk dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Tinjauan mendapati kawasan pintu masuk mahkamah dikawal anggota polis bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam satu kenyataan, pihaknya meminta mana-mana individu yang terbabit secara langsung dengan semua aktiviti Noor Jan supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri atau IPD Melaka Tengah bagi membantu siasatan.

Harian Metro semalam melaporkan Noor Jan yang mendakwa dirinya Sultan Melaka ditahan di Jeti Anjung Batu, Serkam, dipercayai menaiki feri ke Pulau Besar bagi menghadiri upacara meraih sokongan.

Kuala Lumpur: Jiran gengster. Itu perkataan yang sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki yang sanggup menampar, menumbuk dan memijak jiran wanitanya hanya kerana pakaiannya yang disidai di ampaian di hadapan rumah jirannya itu kotor dalam kejadian di Jalan Ipoh, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun hendak pergi ke tempat kerja sebelum bertembung dengan lelaki berkenaan yang terus memaki hamun mangsa.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah berkata, jirannya itu sering berselisih faham dengan jiran lain akibat masalah ampaian.

“Pada hari kejadian, saya baru saja keluar dari rumah untuk ke tempat kerja apabila tiba-tiba lelaki itu memaki saya dengan menggelar saya ‘Perempuan Jahanam, celaka’ dan menuduh saya mengotorkan pakaiannya yang disidai di koridor di depan rumah saya.
“Apabila saya menyatakan tidak mengotorkan pakaiannya itu, lelaki itu naik angin sebelum menampar dan menolak saya hingga terjatuh,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan turut menarik rambutnya sebelum menumbuk muka dan meludah ke arahnya yang menyebabkan dia cedera di lutut dan muka.

Katanya, lelaki berkenaan yang masih tidak berpuas hati mengugut akan membunuhnya jika masih mengotorkan pakaiannya yang disidai di ampaian koridor itu.
“Saya membuat laporan di Balai Polis Jinjang selepas mendapat rawatan di klinik kerana khuatir keselamatan diri,” katanya.
BILIK darjah tahun satu SK Bawang rosak teruk akibat tanah runtuh dan banjir lumpur.

Tamparuli: Kira-kira 50 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang, dekat sini, nyaris maut apabila satu daripada tiga blok bangunan sekolah berkenaan ranap akibat dilanda limpahan banjir lumpur, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, murid tahun satu, lima dan enam yang belajar dalam satu blok sama berada di bilik darjah masing-masing.
Bagaimanapun, semua murid terbabit terselamat selepas pengawal keselamatan sekolah itu Saminah Kijuh, 49, menyedari kejadian berkenaan sebelum menjerit meminta mereka meninggalkan bilik darjah dengan segera.


Saminah yang berada kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian berkata, dia menjerit meminta guru dan murid mengosongkan bilik darjah sebaik terdengar bunyi kuat tanah runtuh dari arah bukit berhampiran.

“Sebelum kejadian, seorang penduduk datang memaklumkan kepada saya ada tanda tanah dari arah bukit di belakang sekolah itu akan runtuh.

Johor Bahru: “Sebaik tiba di rumah, anak saya enggan masuk. Dia berbaring dekat pintu pagar lebih setengah jam,” kata Mohd Noor Siron Abdul Kadir, 46, bapa seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort di sini, yang diserang histeria, semalam.
Anak Mohd Noor, Noryana, 17, antara 50 pelajar perempuan sekolah itu yang diserang histeria kira-kira jam 7 pagi, menyebabkan pengurusan sekolah terpaksa menamatkan sesi persekolahan dan mengarahkan kira-kira 1,000 pelajar pulang bagi mengelak keadaan lebih teruk.
Difahamkan, sebelum kejadian seorang guru wanita melihat satu ‘lembaga hitam’ berhampiran satu blok sekolah.

Selepas guru itu beredar dari situ, dia terkejut apabila ternampak lebih banyak lembaga hitam di kawasan kantin sekolah, namun dia berjaya mengawal diri dan tidak mengalami sebarang masalah.

Bagaimanapun, beberapa pelajar perempuan mula menjerit dan meronta-ronta tidak lama kemudian, bermula dengan 10 orang dipercayai akibat dirasuk makhluk halus.