Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Sekumpulan Penjenayah Ugut Tetak Pada Jam 1.30 Pagi
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Shah Alam: Sebuah keluarga di Kampung Bukit Cerakah, dekat sini, berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka dipecah masuk sekumpulan tiga penjenayah bersenjata parang dalam satu kejadian samun, 10 Januari lalu.
Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 30 tahun kerugian kira-kira RM10,000 manakala isteri, ibu dan adiknya diikat penjenayah menggunakan dawai selepas mereka dikejutkan dari tidur.
Sumber berkata, mangsa yang bekerja sebagai operator ketika itu sedang tidur bersama isterinya di bilik utama sebelum mereka dikejutkan lelaki bertopeng yang tiba-tiba berada dalam biliknya.

Menurutnya, mangsa yang terkejut melihat lelaki itu mengacukan parang ke arahnya dan isteri kemudian menyerahkan semua barangan berharga serta wang tunai selepas diugut akan ditetak jika melawan.
“Bukan sahaja mangsa dan isteri diikat menggunakan dawai, malah ibu serta adiknya yang sedang tidur di bilik bersebelahan turut menerima nasib sama. “Bagaim,anapun, dua anak mangsa yang masih kecil tidak diikat atau diapa-apakan.

“Semua ahli keluarga itu kemudian diletakkan di satu sudut dalam bilik utama sebelum lelaki dipercayai warga Indonesia berkenaan berdasarkan pertuturannya mengambil masa kira-kira sejam untuk menggeledah rumah mangsa untuk mencari barangan berharga,” katanya.

Selepas menyelongkar seluruh rumah mangsa , mereka melarikan wang tunai RM1,500, barangan kemas dan telefon bimbit milik keluarga berkenaan.
Sumber itu berkata, kumpulan terbabit kemudian melarikan diri menggunakan pintu belakang rumah berkenaan iaitu laluan sama yang digunakan untuk masuk sebelumnya.

“Tidak lama selepas itu, mangsa berjaya membuka ikatan sebelum mereka memeriksa keadaan sekitar rumahnya dan membuat laporan polis,” katanya.
Siasatan awal mendapati kumpulan lelaki terbabit dipercayai mengumpil pintu belakang rumah untuk masuk berdasarkan kes umpil pada pintu itu.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan memberitahu siasatan kini dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam melalui Ops Rantau untuk mengesan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkawan dan menggunakan senjata yang sabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan,” katanya.


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments