London – Penyanyi kumpulan One Direction, Liam Payne hari ini tampil memohon maaf atas tindakannya berdiri di atas tebing bumbung pada ketinggian 360 kaki.
Aksi Payne, 20, itu telah dirakamkan oleh rakannya itu dimuat naik dalam twitter selepas dia berada di balkoni tingkat 34, sebuah apartmen di Docklands.
“ Anda mungkin telah melihat imej saya di atas bumbung bangunan. Saya menyesal kerana berada di situ dan membiarkan gambar itu dirakamkan,’’ katanya dalam twitter.
Imej berkenaan bagaimanapun telah dipadamkan.
Ia dirakamkan pada hujung minggu lalu ketika Payne meraikan tiga orang rakannya yang melawatnya.
Selepas gambar itu dimuat naik dalam twitter, peminatnya melahirkan kebimbangan dan tertanya-tanya sama ada dia mahu terjun daripada bangunan berkenaan.
Selain itu, penyanyi berkenaan juga tidak gembira kerana peminatnya telah berhimpun di depan rumahnya di London.
“Saya tahu bahawa kawan-kawan saya telah memuat naik banyak gambar rumah saya dalam twitter, dalam tempoh beberapa hari ini namun orang ramai perlu berhenti daripada datang dan berhimpun di luar.
“Saya hanya mahu berjalan-jalan di luar seperti insan lain dan bergembira dengan rakan saya, tanpa rasa bersalah kerana tidak mahu bergambar dengan peminat.
“Maaf jika saya kurang sopan kerana jika saya bergambar dengan seorang (peminat) maka lebih ramai yang akan datang,’’ katanya
No comments
Post a Comment