BALIK PULAU: Seorang tukang masak berusia 26 tahun maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganginya terbabas ketika melalui selekoh di Empangan Teluk Bahang, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa Ahmad Qamaruzaman Abdul Wahab maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.
Mangsa yang masih bujang dikatakan meminjam motosikal jenis Naza Blade 650 terbabit daripada rakannya kerana mahu mencuba menunggang motosikal berkenaan.
Namun, ketika menuruni bukit dan tiba di satu selekoh motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh dalam longkang.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.
No comments
Post a Comment