Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Nama Ery Zukhairi mungkin ramai yang sudah lupa atau tidak tahu, maklum la sebelum ini beliau sibuk dengan peragaan. Terbaru ini, kitorang ada dapat perkembangan terkini pasal beliau di mana Ery Zukhairi beliau memegang watak Prof. Ir. Dr. Ahmad Redza Muhammad dalam drama Cinta Padang Kedua.
Menurut Ery Zukhairi, beliau terpaksa membawa dua karakter yang berbeza untuk drama ini iaitu semasa muda dan untuk watak seorang lelaki yang berumur 40 tahun. Jika kaji secara mendalam watak beliau, dia seorang yang nampak baik pada luaran tetapi dalam pada masa yang sama, terpendam kejahatan dalam dirinya. Drama ini menceritakan dendam kesumat watak ini di mana beliau sepatutnya berkahwin dengan watak Dalilah lakonan Maria Farida tapi beliau ditinggalkan semasa majlis nikah. 


ERY ZUKHAIRI SEBAGAI PROF. IR. DR. AHMAD REDZA MUHAMMAD
 

Watak Ery Zukhairi sebagai seorang profesor di sebuah universiti tempatan. Semasa mudanya, beliau telah dikecewakan oleh Dalilah (Maria Farida). Kerana rasa kecewa yang teramat, beliau bertekad untuk menjadi 'somebody' dan membalas dendam kepada Dalilah.

Setelah sekian lama dia menjejaki Dalilah, dia mendapat tahu Dalilah mempunyai seorang anak gadis yang cantik bernama Ainnur Azleen (Izara Aisyah). Prof. Ahmad Redza merasakan dengan merosakkan hidup Ainnur, Dalilah akan sengsara dan dendamnya kepada Dalilah akan terlunas.

Prof. Ahmad Redza telah berjaya memerangkap Ainnur pada suatu hari dan membuat Ainnur terpaksa merayu-rayu kepadanya demi mengembalikan maruahnya. Namun apabila Ainnur mengajak Prof. berkahwin untuk menebus dosa, Prof. menolak. Kerana kecewa Ainnur menyambung pengajian ke UK. 
 
Prof. mengajar di universiti di mana Zairul menyambung pengajiannya dalam bidang kejuruteraan. Zairul menjadi pelajar kesayangan Prof. kerana kecerdikannya lalu menawarkan pekerjaan sebagai pembantunya di universiti. Zairul pula amat menghormati Prof. dan menjadikannya sebagai idola.

 Selepas pulang dari UK, Prof. masih tidak dapat melupakan dendamnya kepada Dalilah dan Ainnur. Dia akhirnya berjaya menjejaki Ainnur dan merayu untuk bersama Ainnur kembali. Di sinilah terjadi konflik di antara Zairul-Ainnur-Prof. Redza. Berjayakah Prof. meraih cinta Ainnur kembali dan membalas dendam kepada Dalilah? Bagaimana pula reaksi Zairul apabila mendapat tahu bahawa dia terpaksa bersaing dalam merebut hati Ainnur Azleen. Di antara Zairul dan Prof. Redza yang mana satukah akan Ainnur berikan Cinta Pandang ke-2?  Sama-sama kita saksikan drama komedi romantik yang penuh emosi ini. 

SINOPSIS DRAMA CINTA PANDANG KE 2


Ia mengisahkan tentang dua orang teman sekolah yang saling berbalah. Zairul, pelajar yang bermasalah di sekolah elit telahpun ditukarkan sekolah oleh ayahnya. Pada hari pertama persekolahannya di sekolah baru, dia telah menegur seorang pelajar yang 'montel' bernama Ainnur. Bermula daripada situ, mereka saling berbalas dendam. Kata-kata Zairul yang tidak sudah-sudah mengutuk keadaan fizikal Ainnur  yang XXL hingga menyebabkan Ainnur berdendam dan berazam suatu hari dia akan kembali untuk 'membalas' semua tohmahan Zairul. 


Ditakdirkan setelah beberapa tahun berlalu, Ainnur telah menjadi gadis yang kurus dan sangat cantik. Pertama kali bertemu, Zairul telah jatuh cinta dan tidak menyangka, gadis cantik itu adalah si comel yang mahu membalas dendam kepadanya. Sementelah Ainnur adalah ketua sedangkan Zairul hanyalah mat despatch di pejabat ibu Ainnur. 


TENAGA PRODUKSI

Drama inspirasi novel Cinta Pandang ke-2 ini diterbitkan oleh ZK Creative Production Sdn. Bhd telahpun mula bersiaran pada setiap Khamis, jam 8.30 malam di TV9 mulai 5 Disember 2013 yang lalu dan akan bersiaran sebanyak 13 episod. 


Drama ini dibarisi para pelakon hebat seperti Izara Aishah sebagai Ainnur Azleen, Dazrin Kamarudin sebagai Zairul Hasmat, Ery Zukhairi sebagai Prof. Ir. Dr. Ahmad Redza Muhammad, Maria Farida sebagai Dalilah& Rezuan Hashim sebagai Tan Sri Zainuddin. Skrip drama ditulis oleh Maizura Mohd Ederis, Zuli Ismail, Laila Kamilia dan Eenaz Mohkhtar dan diarahkan oleh pengarah berbakat besar M Nazir Juhan.   


JELAJAH PROMOSI NOVEL DAN DRAMA CINTA PANDANG KE-2         


JelajaH promosi kali kedua ini dianjurkan oleh Grup Buku Karangkraf (Alaf21) yang akan membawakan penulis novel Laila Kamilia bersama dengan pelakon utama Dazrin Kamarudin dan Ery Zukhairi yang diadakan pada 9 Februari 2014 jam 10 pagi hingga 12 tengaharibersempena Karnival Karangkraf di Kompleks Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. 
  

Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang drama dan novel ini, boleh layari facebook.com/cintapandangke2, 
facebook.com/alaf21 atau di facebook.com/lailakamili - Zafrul Asri





IPOH – Sebanyak 10 rumah sewa lama berhampiran Masjid Panglima Kinta di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Kebakaran kira-kira jam 8.55 pagi itu dikatakan bermula dari salah sebuah rumah sebelum merebak memusnahkan hampir 100 peratus kediaman berkenaan.
Pegawai Petugas Pusat Gerakan Bomba Ipoh, Faizal Saari, berkata hanya enam daripada 10 rumah sewa itu berpenghuni manakala empat lagi kosong.
Katanya, ketika kebakaran berlaku, kediamaan itu tidak berpenghuni kerana kebanyakan dari mereka keluar bekerja.
Katanya, kebakaran berkenaan tidak membabit sebarang kehilangan nyawa namun kerugian dianggarkan mencecah hampir RM18,000. - BH Online

Seorang ibu terbunuh serta merta apabila disambar kilat di sebuah pantai di Brazil.Insiden berlaku ketika Rosangela Biavati, 36, berlari ke gigi air sambil menjerit dan mendepangkan tangan kepada anak lelakinya yang sedang mandi di pantai agar segera naik.Bagaimanapun sebaik sahaja dia habis berteriak muncul pancaran kilat dari langit menyambar tubuhnya membuatkan dia terus terkulai.
Suami dan rakan-rakan lain berkejar memberikan bantuan termasuk menekan dada Rosangela namun dia tidak memberikan sebarang respon sebelum disahkan sudah meninggal dunia.Kejadian ini dirakamkan sejak mula oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di pantai tersebut.
Orang ramai sememangnya diberi amaran agar tidak berada berdekatan air ketika cuaca mendung kerana bimbang disambar kilat tetapi kejadian ini membuatkan sesetengah pihak berpendapat amaran sahaja tidak cukup.
Sebaliknya, kawasan pantai harus ditutup daripada dimasuki orang ramai apabila cuaca buruk. 







Gara-gara tekanan hidup selepas bercerai, seorang ibu menembak mati dua anaknya sebelum menembak diri sendiri di West Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat.
Jennifer Berman, 48, membunuh anak lelakinya, Alexander, 16, dan anak perempuan, Jacqueline, 15, Isnin lalu selepas mengirim emel kepada bekas suami bahawa dia telah melakukan yang terbaik untuk keluarga.
Sebelum kejadian Jennifer dilaporkan berada dalam keadaan tertekan kerana menghadapi masalah kewangan kritikal selepas penceraian, bulan lepas hingga terpaksa berpindah dari rumah mewah yang didiami bersama anak-anaknya.
 Malah dia dilaporkan, menjual jam pemberian bapanya untuk membeli gas dan barang runcit.
Dalam dokumen mahkamah memohon bekas suaminya memberikan bantuan kewangan kepada anak-anak, Jennifer menyatakan dia bekerja lebih masa selama 12 jam sehari sebagai juru rawat untuk menyara anak-anak.
Bekas suami Jennifer yang merupakan pemilik syarikat hartanah berjaya, Richard Berman, 51, segera berkejar ke ke rumah selepas menerima emel Jennifer namun mendapati kedua-dua anak dan bekas isterinya sudah tidak lagi bernyawa.
 Alexander dan Jacqueline merupakan penuntut jurusan muzik di Dreyfoos School of The Arts.

Gambar pasangan melakukan perbuatan tidak senonoh di tepi Sg Kelantan kini tersebar di internet.
Adegan panas yang dipercayai dirakamkan secara curi itu memaparkan pasangan muda berkenaan berpeluk dan bercium di tempat awam tanpa perasaan malu.
Apa yang menarik perhatian, wanita yang dirakam dalam gambar ini memakai jubah, bertudung labuh dan berniqab.

Mungkin, suasana angin yang sepoi-sepoi bahasa di tepi sungai membuai perasaan pasangan ini hingga tidak mengawal diri agaknya.
Tidak dapat dipastikan sama ada mereka sudah berkahwin atau belum tapi melakukan perbuatan begini di tempat terbuka sudah tentulah satu kelakuan yang melanggar batasan adab.
Apatah lagi, lokasinya di negeri yang mendapat jolokan Serambi Mekah. 

Ohio – Seorang lelaki menjadikan seekor anak itik sebagai `anak angkat’ dan menggunakan jambangnya untuk memastikan binatang tersebut sentiasa panas.

Brian Doss, 33, telah menyelamatkan `Peeps’ selepas anak itik itu ditemui di tepi rumahnya di Athens.

Doss kemudiannya cuba menyelamatkan anak itik itu namun dia gagal menemui kandang untuk menempatkan binatang berkenaan yang baru menetas itu.
“Saya cuba mencari tempat untuk membolehkan itik ini mendapat haba tapi saya gagal mencarinya, Lalu saya meletakkannya di bawah janggut saya,’’ katanya.

Mnurut Doss, dia menghabiskan masa selama 24 jam untuk tempoh selama dua minggu dengan menjaganya dan memastikan ia sentiasa mendapat haba di bawah janggutnya.
Peeps kini tidur di sebelah Doss dan turut berenang di dalam kolam mandi sendiri.

Doss menceritakan pengalamannya itu di dalam blognya dan kini ia menjadi sensasi internet.
Gambar Hiasan

DUNGUN: Seorang remaja terbunuh, manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaki bersama tiga yang lain terbabit kemalangan di Kilometer 94, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Nyior Paka, pagi ini.
Kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi itu mengorbankan Aumiyah Tohmasae, 15, yang berasal dari Patani, Thailand, manakala seorang lagi saudaranya Padeelah Buenae, 21, berasal dari Yala, Thailand kritikal. 

Bagaimanapun, tiga lagi mangsa yang turut berada dalam kereta iaitu sepupu mangsa, Yameelah Mat, 30; suaminya, Faison Ibrahim, 45, dan anak mereka Muhammad Firdaus Fugan, dua tahun hanya cedera ringan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Faison terbabas ke kiri jalan, sebelum merempuh tiang elektrik lalu terbalik dalam keadaan keempat-empat tayar ke atas.

-BH

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan ‘kangkung’ sebagai penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang kerana ia sekadar contoh barangan yang digunakan ramai orang.

“Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung…(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.

“Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip ‘supply and demand’ (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu ‘kangkung’ yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang sambil menambah bahawa perkara itu tidak patut dipermainkan.

Dalam pada itu, Najib telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat.

“Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.

“Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam Bersama Perdana Menteri anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di sini Jumaat malam.

Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan. – BERNAMA

Bagaimana rasanya jika akan pergi meninggalkan bumi dan tak kembali lagi ? Sekurang-kurangnya bagi Khalid Al Jaaidi itu adalah sebuah impian yang jadi kenyataan . Dia begitu gembira akan dihantar ke Marikh dan tak akan pulang lagi .

Khalid menjadi sebahagian dari misi Mars One yang akan membangun koloni manusia pertama di Marikh . Dia menjadi satu di antara 1,057 orang terpilih yang berjaya mengalahkan hampir 200 ribu orang lain . Misi bercita-cita tinggi itu akan berangkat pada 2025 , sedangkan usia Khalid saat ini 21 tahun .

Lelaki asal Dubai itu mengaku memohon untuk misi Mars One kerana sukakan adventure . Awalnya keluarga mengira Khalid hanya bergurau ketika menunjukkan e - mel balasan dari Mars One , namun akhirnya mereka setuju .

" Aku pertama kali dengar misi Mars One pada April 2013 , beberapa minggu sebelum pendaftaran dibuka aku ingin jadi bahagiannya , " ungkap Khalid .

" Boleh dikatakan semuanya menyokong . Hanya ibu yang tidak begitu gembira. Ayah mengatakan padaku bahawa rancangan ini hebat, " lanjut pereka grafik ini . "Lagi pula semua itu hanya Allah yang menetukan . "

Mars One adalah misi buatan syarikat asal Belanda untuk mendaratkan manusia di Planet Merah dan menetap selamanya di sana . Khalid mengakui mula mempersiapkan diri secara fizikal dan psikologi untuk menghadapi kenyataan tak akan kembali ke Bumi . Dia mengaku akan membawa Al Quran ke Marikh dan pasti akan merindukan puding karamel buatan ibu .

Namun Khalid belum tentu pergi ke Marikh kerana pemilihan masih terus berlanjutan hingga tersaring hanya 24 orang . Mereka yang terpilih akan menjalani latihan selama 8 tahun dan dibayar sebagai angkasawan Mars One .

Sumber: wowkeren.com

KOTA BHARU - Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.

Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama.

Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas.

Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu. Nik Najib kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan.

Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu. Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan Hassan.

Sumber: Sinar Harian

Foto mengejutkan yang menunjukkan kekejaman pasukan Marin Amerika Syarikat ( AS ) beredar luas di media . Foto tersebut memperlihatkan askar AS yang membakar jasad pejuang Iraq serta beberapa foto mengerikan lain .

Gambar mengerikan tersebut , dilaporkan diambil ketika pasukan Marin AS bertugas di Fallujah pada 2004 . Pihak Pentagon langsung melakukan siasatan terhadap foto yang diperoleh secara eksklusif oleh media TMZ tersebut .

Jumlah foto yang dimiliki oleh TMZ dikhabarkan mencapai 41 foto . Namun tidak semua foto disiarkan ke umum , kerana dinilai terlalu kejam untuk dilihat .

Salah satu foto menunjukkan pasukan As tersebut menuangkan cecair yang disyaki petrol ke jasad pasukan musuh . Sementara foto lain menunjukkan jasad yang sudah dibakar oleh api . Sementara dua foto lain menunjukkan jasad yang sudah hangus terbakar .

" Beberapa foto , - termasuk yang memperlihatkan jasad yang dimakan oleh seekor anjing - tidak boleh disiarkan kerana terlalu kejam , " pernyataan pihak TMZ , seperti dilapor The Daily Mail , Khamis ( 16/1/201)










ENDAU – Mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemui terdampar oleh penduduk kampung di Pantai Semanyir berhampiran dengan kilang memproses baja sekitar jam 5.30 petang, semalam.

Identiti mayat yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) itu ditemui hanya berseluar dalam itu dikenali sebagai Saw Khu Sae, 38, dan dipercayai mati lemas dalam tempoh lebih 48 jam yang lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkepli Hashim, berkata pihaknya menerima maklumat daripada penduduk kampung yang menemui mayat berkenaan.
“Seorang penduduk kampung yang kebetulan bersiar-siar di kawasan pantai itu dengan motosikal sebelum melihat mayat terbabit.

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang tanda kecederaan dan mangsa dipercayai mati lemas dalam tempoh lebih 48 jam lalu berdasarkan keadaan fizikal mayat,” katanya.

Zulkepli berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk proses bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. – Sinar Harian Online

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin mengesahkan pasangan warga Malaysia di Stockholm ditahan kerana dikatakan menghukum anak.
Mereka ditahan sejak pertengahan Disember lalu dan bakal dibicarakan.

Suami merupakan seorang pegawai kerajaan Malaysia yang berkhidmat di Stockholm.
Sementara isterinya pula mengambil cuti tanpa gaji untuk bersama suami di negara itu.

Pihak Wisma Putra akan membantu sepenuhnya termasuk menyediakan bantuan guaman dan aspek pengurusan kes.
Menurut sumber, kesemua anak-anak dilapor berada di bawah penjagaan pihak kebajikan masyarakat Stockholm.
Jumaat lalu, Astro Awani melaporkan pasangan itu ditahan atas sebab menghukum anak kerana tidak menunaikan solat.

Penahanan itu disebabkan undang-undang ketat Sweden yang melarang anak dihukum melalui fizikal walaupun tanpa melibatkan kecederaan.

Dalam pada itu, warga Malaysia yang bakal melawat mahupun berkhidmat di luar negara dinasihat tidak mengambil ringan undang-undang terhadap kanak-kanak.
Ini kerana konsep penderaan serta perspektif hak asasi kanak-kanak yang berbeza diamalkan di negara terlibat.

Sementara itu, peguam syarie, Nizam Bashir berpendapat apa yang berlaku di Sweden mengetengahkan isu pe

Prague: Ketumbuhan seberat 36 kilogram berjaya dibuang dari dalam perut seorang wanita selepas ia membsar selama beberapa tahun.

Ketumbuhan itu menjadi besar kerana pesakit berusia 47 tahun itu terlalu takut untuk mendapatkan rawatan. 

Sekumpulan pakar bedah di bandar Zlin berjaya membuang ketumbuhan itu dalam pembedahan tujuh jam.
Tanpa ketumbuhan berkenaan, berat badan wanita terbabit turun mendadak daripada 66 kilogram kepada 51 kilogram.  

Ketua jabatan obstetrik dan ginekologi di Hospital Zlin, Zdenek Adamik berkata, agak pelik apabila keluarga dan rakan wanita terbabit tidak menyedari apa yang berlaku padanya.

“Ketumbuhan itu menyebabkan dia terlantar di katil dan tidak mampu menjalani kehidupan normal,” katanya.

Tidak dapat dipastikan sama ada dia akan sembuh dengan cepat selepas pembedahan. - Agensi

New York: Seorang wanita dari Queens, New York mendakwa ketagih menghidu dan mengunyah lampin pakai buang yang dipenuhi air kencing.

Menurutnya, dia lebih teruja untuk ‘menikmati’ lampin berkenaan jika ia dipenuhi banyak air kencing. 

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Keyshia itu berkata, dia memperoleh lampin kotor daripada rakan dan orang tidak dikenali.
“Saya juga sentiasa membawanya ke mana saja saya pergi,” katanya.

Keyshia, 22, berkata dia menikmati rasa lampin kotor itu kerana rasanya yang “hebat.”

“Saya ada simpan satu di dapur untuk dihidu ketika memasak, satu di dalam laci dan satu di atas katil untuk tidur.

“Ada juga beberapa keping yang saya simpan dalam kotak barangan dan dalam saku buku,” katanya.

Menurutnya, bau kuat air kencing dari lampin itu seolah-olah seperti makanan yang membuatnya rasa tidak sabar untuk menghidu dan mengunyahnya.

“Lampin yang banyak air kencing lebih baik,” katanya. - Agensi

Beijing: Seorang jutawan China yang membina piramid ala Mesir dan replika istana Versailles berazam tetap membina bangunan tertinggi dunia - hanya dalam tempoh enam bulan - walaupun berdepan halangan pihak berkuasa.

Zhang Yue, 53, yang dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak 1.1 bilion yuan (RM599 juta) bercita-cita besar mahu membina menara setinggi 838 meter, Sky City, sebelum akhir tahun ini.
Zhang, 53, mengakui projek itu menerima banyak tentangan.

“Tidak ramai yang menyokongnya, malah ramai mendengki.

“Masyarakat cepat melihat sesuatu sebagai negatif dan apabila bila kita melakukan perkara baik tidak siapa mempercayai,” katanya.

Sebelum ini, syarikatnya Broad Sustainable Building berjaya membina hotel 30 tingkat dalam tempoh 15 hari di Changsha.

Video pembinaan hotel itu di YouTube menunjukkan bangunan berkenaan dibina dengan semua bahagian konkrit dan besi saling diselit-selitkan seperti set Lego gergasi.

Sehubungan itu, Zhang berkata, tiada masalah untuk membina Sky City menggunakan kaedah sama.

“Malah jika mahu bangunan lebih tinggi pun boleh dibina.

“Disember nanti Sky City siaplah,” katanya.

Pembinaan bangunan itu dilancarkan secara rasmi tahun lalu, namun digantung tidak lama kemudian kerana tiada permit.

Pakar kejuruteraan bebas menganggap konsep Sky City bakal berdepan masalah termasuk dari segi keselamatan terutama jika berlaku kebakaran.

Malah, pihak yang menghadiri mesyuarat Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH) mentertawakan Zhang apabila membentangkan pelan itu.- AFP


Sungai Siput: Dua ahli sindiket pengedaran dadah disifatkan `berani mati’ apabila bersiar-siar di sekitar pekan ini sambil membawa tiga ketulan ganja mampat seberat tiga kilogram dalam raga motosikal.

Suspek yang masing-masing berusia 25 tahun itu dikesan berkeliaran di depan sebuah pusat beli-belah sebelum ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan anggota BSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.

Dalam kejadian jam 7.20 malam kelmarin, suspek yang bekerja sebagai pemandu jentolak dipercayai cuba menyerahkan dadah berkenaan kepada pelanggan sebelum diberkas.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Kasuahdi Ali berkata, hasil penahanan itu polis berjaya merampas tiga balutan pita plastik berisi ketulan mampat daun ganja dianggarkan seberat hampir tiga kilogram.

Menurutnya, dadah itu dianggarkan bernilai RM2,350 mengikut nilai pasaran dan diperoleh suspek dari daerah berdekatan.

“Siasatan awal polis percaya dadah itu mahu dijual suspek kepada penagih sekitar Sungai Siput, Kantan dan Chemor. “Dadah dirampas itu mampu menampung bekalan selama sebulan bagi penagih di tiga kawasan itu. Ini rampasan terbesar IPD Sungai Siput sejak awal tahun lalu,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, polis yakin penahanan kedua-dua suspek itu sekali gus menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di Sungai Siput Utara.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
“Polis kini masih memburu saki baki kumpulan ini yang dipercayai masih bebas,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memperhebatkan operasi bagi membanteras kegiatan jenayah termasuk kes curi motosikal yang sering dilaporkan di daerah itu.


Miri: Seorang suami dikatakan menyembelih isterinya sehingga mati sebelum mengelar lehernya sendiri dalam pergaduhan yang dipercayai bermula selepas lelaki itu menuduh wanita terbabit mempunyai kekasih dalam kejadian di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di Kuala Suai, dekat sini, semalam.

Pergaduhan pasangan suami isteri warga Indonesia itu berakhir dengan tragedi apabila wanita berkenaan mati dipercayai akibat dikelar di leher menggunakan pisau buatan sendiri oleh suaminya kira-kira jam 3 pagi.

Salasiah Jamal, 35, berketurunan Bugis dari Makasar ditemui terbaring di bilik tidurnya dengan kecederaan di leher selain luka di tengkuk manakala suaminya, Tompok Nyarak, 39, dalam keadaan kritikal selepas mengelar lehernya sendiri.

Difahamkan, insiden terbabit disedari adik lelaki Salasiah yang terjaga daripada tidur selepas terdengar jeritan kakaknya meminta tolong dan dia pergi memeriksa terkejut mendapati pasangan itu terbaring berlumuran darah di dalam bilik.

Penyelia ladang Hendra Jumalang berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dan dikejutkan dengan kehadiran adik mangsa dikenali sebagai Agus, 21, mengetuk pintu rumahnya.

Kangar: Ketika majoriti umat Islam sibuk berselawat dan melakukan pelbagai ibadat sempena Maulidur Rasul Selasa lalu, sekumpulan warga emas di sebuah kampung di sini pula asyik berjoget dengan mak nyah di satu pesta joget lambak.

Pesta yang bermula jam 1 pagi itu bukan saja mencemarkan kemuliaan sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, malah turut memalukan penduduk lain di kampung berkenaan kerana ia dilakukan secara terbuka di depan sebuah rumah penduduk.

Seorang penduduk kampung itu yang mahu dikenali sebagai Amir 30-an berkata, dia difahamkan pesta joget lambak itu dianjurkan seorang penduduk dan turut menjemput sekumpulan 10 hingga 15 mak nyah.

“Difahamkan juga, semua mak nyah itu yang berpakaian seksi dibawa khas dari Kedah dan mereka turut diiringi lima atau enam pemuzik tradisional yang mengalunkan muzik latar,” katanya.
Menurutnya, kumpulan mak nyah itu seperti pelayan pelanggan (GRO) yang menjadi teman menari kepada 20 lelaki kampung berkenaan yang berusia 50-an dan 60-an.