Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Impian Jutawan China Bina Bangunan Tertinggi Dunia Dalam Masa 8 Bulan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Beijing: Seorang jutawan China yang membina piramid ala Mesir dan replika istana Versailles berazam tetap membina bangunan tertinggi dunia - hanya dalam tempoh enam bulan - walaupun berdepan halangan pihak berkuasa.

Zhang Yue, 53, yang dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak 1.1 bilion yuan (RM599 juta) bercita-cita besar mahu membina menara setinggi 838 meter, Sky City, sebelum akhir tahun ini.
Zhang, 53, mengakui projek itu menerima banyak tentangan.

“Tidak ramai yang menyokongnya, malah ramai mendengki.

“Masyarakat cepat melihat sesuatu sebagai negatif dan apabila bila kita melakukan perkara baik tidak siapa mempercayai,” katanya.

Sebelum ini, syarikatnya Broad Sustainable Building berjaya membina hotel 30 tingkat dalam tempoh 15 hari di Changsha.

Video pembinaan hotel itu di YouTube menunjukkan bangunan berkenaan dibina dengan semua bahagian konkrit dan besi saling diselit-selitkan seperti set Lego gergasi.

Sehubungan itu, Zhang berkata, tiada masalah untuk membina Sky City menggunakan kaedah sama.

“Malah jika mahu bangunan lebih tinggi pun boleh dibina.

“Disember nanti Sky City siaplah,” katanya.

Pembinaan bangunan itu dilancarkan secara rasmi tahun lalu, namun digantung tidak lama kemudian kerana tiada permit.

Pakar kejuruteraan bebas menganggap konsep Sky City bakal berdepan masalah termasuk dari segi keselamatan terutama jika berlaku kebakaran.

Malah, pihak yang menghadiri mesyuarat Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH) mentertawakan Zhang apabila membentangkan pelan itu.- AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments