Prague: Ketumbuhan seberat 36 kilogram berjaya dibuang dari dalam
perut seorang wanita selepas ia membsar selama beberapa tahun.
Ketumbuhan itu menjadi besar kerana pesakit berusia 47 tahun itu terlalu takut untuk mendapatkan rawatan.
Sekumpulan pakar bedah di bandar Zlin berjaya membuang ketumbuhan itu dalam pembedahan tujuh jam.
Tanpa ketumbuhan berkenaan, berat badan wanita terbabit turun mendadak daripada 66 kilogram kepada 51 kilogram.
Tanpa ketumbuhan berkenaan, berat badan wanita terbabit turun mendadak daripada 66 kilogram kepada 51 kilogram.
Ketua jabatan obstetrik dan ginekologi di Hospital Zlin, Zdenek
Adamik berkata, agak pelik apabila keluarga dan rakan wanita terbabit
tidak menyedari apa yang berlaku padanya.
“Ketumbuhan itu menyebabkan dia terlantar di katil dan tidak mampu menjalani kehidupan normal,” katanya.
Tidak dapat dipastikan sama ada dia akan sembuh dengan cepat selepas pembedahan. - Agensi
No comments
Post a Comment