Miri: Seorang suami dikatakan menyembelih isterinya sehingga mati
sebelum mengelar lehernya sendiri dalam pergaduhan yang dipercayai
bermula selepas lelaki itu menuduh wanita terbabit mempunyai kekasih
dalam kejadian di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di Kuala
Suai, dekat sini, semalam.
Pergaduhan pasangan suami isteri warga Indonesia itu berakhir
dengan tragedi apabila wanita berkenaan mati dipercayai akibat dikelar
di leher menggunakan pisau buatan sendiri oleh suaminya kira-kira jam 3
pagi.
Salasiah Jamal, 35, berketurunan Bugis dari Makasar ditemui terbaring di
bilik tidurnya dengan kecederaan di leher selain luka di tengkuk
manakala suaminya, Tompok Nyarak, 39, dalam keadaan kritikal selepas
mengelar lehernya sendiri.
Difahamkan, insiden terbabit disedari adik lelaki Salasiah yang terjaga daripada tidur selepas terdengar jeritan kakaknya meminta tolong dan dia pergi memeriksa terkejut mendapati pasangan itu terbaring berlumuran darah di dalam bilik.

Penyelia ladang Hendra Jumalang berkata, ketika kejadian dia sedang
tidur dan dikejutkan dengan kehadiran adik mangsa dikenali sebagai Agus,
21, mengetuk pintu rumahnya.
No comments
Post a Comment