Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SEORANG kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat dipukul hingga mati ketika cuba menyelamatkan kakaknya yang nyaris menjadi mangsa rogol, awal bulan lalu.
Insiden menyayat hati dan menggemparkan itu berlaku ketika Martin Cobb dan kakaknya yang berusia 12 tahun sedang bermain di kawasan landasan kereta api berhampiran rumah mereka.
Menurut pihak berkuasa, seorang lelaki tidak dikenali menghampiri budak perempuan itu sebelum menyerang mangsa secara seksual dan turut menampar mukanya beberapa kali.
Ketika Cobb cuba menghalang suspek, penyerang tersebut bertindak memukul kepalanya dengan batu.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan budak tersebut meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
Difahamkan, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan penduduk yang terlihat mangsa berlari dalam keadaan berbogel dan turut berlumuran darah dari kawasan belukar berhampiran.
Suspek yang merupakan seorang remaja diberkas beberapa hari selepas itu dan didakwa.
Hasil siasatan polis mendapati, suspek turut mengancam untuk membunuh mangsa jika dia mendedahkan identitinya kepada pihak berkuasa.
Menurut Daily Mail, difahamkan kanak-kanak perempuan tersebut kini semakin pulih walaupun masih trauma dengan kejadian yang meragut nyawa adiknya itu.

Portal Hiburan popular, ROTIKAYA hari ini memuat naik satu lagi gambar bukti yang menunjukkan Zaquan membuat panggilan video dan sms dengan seorang gadis yang tidak diketahui identitinya.

Dalam gambar tersebut menunjukkan Zaquan sempat bermesej dengan gadis misteri itu sebelum tidur ketika isterinya, Ayu Raudhah berada di tingkat atas.
Sebelum ini, Ayu menafikan gambar-gambar yang tersebar di laman sosial itu membabitkan suaminya hanya dengan alasan ID WeChat suaminya tidak sama dengan ID yang tertera pada gambar tersebut. - My Media Hub / sumber asal RotiKaya

KEBIADABAN yang tidak terkata. Keharmonian dan keamanan sesama kaum yang dipelihara oleh datuk nenek moyang kita sejak dari dahulu lagi dengan sewenang-wenangnya dihancurkan begitu saja.
Entah apa yang bermain di fikiran lelaki yang bernama Chow Jack ini. Kenyataan Chow Jack ini jelas menunjukkan masih wujud lagi golongan anti islam di negara ini. Meskipun bukan semua, tetapi majoritinya begitu.
Chow Jack pada 1 Jun 2014 yang lalu memuat naik status di Facebooknya:



Selamat menyambut hari syaitan aidilfitri pada 28 Julai 2014 dan sebulan puas makan babi hingga sebulan pada 28 Jun 2014 – 27 July 2014.
Selamat menyambut hari syaitan daripada Facebook Malaysia. Makan bak kut teh sama nabi mohd syaitan anjing puk*m*k anjing syaitan”
Entah apa pula alasan dia kali ini. 

“Facebook saya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab”
“Saya tidak pernah memiliki akaun Facebook atau mana-mana akaun laman sosial”
“Gambar saya dicuri dan digunakan untuk tujuan menghina agama islam”
What else Jack?
Rakyat Malaysia yang beragama islam sudah muak dengan kes-kes seperti ini. Mana tidaknya, apabila dilaporkan kepada pihak SKMM dan beberapa pihak yang berkaitan. Tindakan yang diambil sangat-sangat lambat dan adakalanya tidak diendahkan.
Namun, apabila sesebuah kes yang melibatkan individu berprofil tinggi, dengan sepantas kilat diserbu, dirampas, dimacam-macam lagi tindakan diambil. Mohon SKMM jangan amalkan sikap double standard dalam menangani hal yang menghina agama islam di negara ini. – My Media Hub
p/s: mari kita lihat, siapa yang bakal membantu lelaki ini. Antara MCA, DAP atau GERAKAN?
Ada sesiapa yang makan hati tak dengan tajuk kat atas ni? Tapi, inilah sumber yang Murai Batu perolehi daripada rakan-rakab media.


Kata mereka Keith Foo bakal bertunang tidak lama lagi. Tapi, bakal tunangnya itu bukanlah selebriti Malaysia mahu pun Indonesia.

Sebaliknya, hero Ariana Rose ini bakal bertunang dengan penuntut jurusan fesyen di sebuah universiti luar negara yang bernama Kim Raymond. Dia inilah kekasih Keith Foo.

Khabarnya lagi, majlis pertunangan Keith Foo dengan Kim bakal diadakan pada 24 JUn ini dan Keith juga dikatakan sudah mula mengedarkan kad undangan majlis pertunangan kepada teman-teman rapatnya.

Lokasi majlis yang dipilih ialah di Publika dan pertunangan akan berlangsung pada sebelah malam. Sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Indonesia, Tyas Mirasih.

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam merupakan antara selebriti yang telah mengambil keputusan untuk bertudung mengikut jejak langkah beberapa artis terkenal lain seperti Erma Fatima, Siti Nurhaliza dan Diana Amir.

Meskipun begitu Rabecca sebelum ini sering dibayangi dengan cara pemakaiannya yang menjolok mata dan serba ketat sehingga sering mengundang kontroversi berkaitann ketidaksesuaian dengan imej bertudungnya. Ekoran itu, beliau dikecam teruk peminat di laman sosial.

Mungkin kerana terkesan dengan teguran orang ramai melalui pelbagai saluran di media dan laman sosial, kini aktress jelita berusia 28 tahun itu mengubah cara pemakaiannya supaya kelihatan kurang menjolok mata dan penulis pasti akan mengejutkan haters Rabecca sebelum ini.







PONTIAN: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang anggota tentera manakala rakan lelakinya berusia 16 tahun disamun dalam kejadian di tepi pantai berhampiran Pontian Besar di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa bersama rakannya dikatakan bersiar-siar di tepi pantai sebelum ditahan sekumpulan enam lelaki berpakaian seragam tentera dan menuduh pasangan itu melakukan perkara tidak baik.
Remaja perempuan itu dikatakan menafikan perkara itu sebelum diarah melakukan hubungan seks dengan seorang daripada suspek.
Keengganan remaja berkenaan berbuat demikian menyebabkannya dirogol suspek berkenaan.
Difahamkan, seorang rakan suspek memaksa remaja perempuan itu melakukan seks oral manakala telefon bimbit rakan lelakinya turut disamun.
Kedua-dua remaja itu dilepaskan kira-kira sejam selepas itu manakala suspek dikatakan berada bawah pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, mengesahkan penahanan enam lelaki bagi membantu siasatan.-BH


Peniaga burger terkilan tidak sempat bertindak 

Shah Alam: Seorang peniaga burger terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang terjatuh dari balkoni tingkat enam rumahnya di Apartmen Sri Angkasa, Seksyen 28, di sini. 



Mohd Shahril Abdul Hadi, 27, melihat kanak-kanak itu, Nur Alisya Muhd Rafiq, bergayut pada balkoni rumahnya kira-kira jam 6 petang. 

Katanya, beliau sedang memasak burger di gerainya di pintu masuk ke pangsapuri itu, sebelum dimaklumkan oleh seorang jirannya bahawa ada kanak-kanak perempuan itu sedang bergayut dari balkoni rumah di tingkat enam bangunan apartmen itu. -BH


1. MATLAMAT:

Ingat selalu apa matlamat anda ke IPT. Bukan untuk cari pacar, bukan untuk seronok-seronok, bukan untuk sebab lain tetapi sebagai laluan dalam perjalanan mencapai MATLAMAT yang telah kau tetapkan.

2. MAHA ESA:

Ingat Allah selalu, nescaya perjalanan mu diberkati dan dirahmati dan terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini.

3. MAK-AYAH:

Sejak tadika, ke sekolah rendah dan kemudian ke sekolah menengah sehingga SPM Mak dan Ayah tidak hendak yang lain kecuali yang terbaik untuk mu. Justeri ingat harapan Mak dan Ayah agar kamu cemerlang di IPT.

4. MARUAH DIRI:

Di IPT juga tidak boleh lari dari pelbagai gejala sosial jika tidak pandai bawa diri. Jaga diri, jaga maruah diri, jaga nama baik keluarga.

5. MASA:

Jika anda bijak jaga masa tidak ada masalah walaupun nanti perbagai topik kena belajar, pelbagai projek kena libatkan diri, pelbagai assignment kena sempurnakan dan pelbagai benda nak buat. Bijak jada masa. Awasi dan hindari pembaziran masa.

6. MEMBER:

Bijak memilih kawan merupakan salah satu kemahiran terpenting yang ada ada. Kawan yang baik membantu, kawan yang sebaliknya membantut. Jangan ikut kawan semua. Adakalanya anda kena keseorangan. Adakalanya anda perlukan kawan untuk memberi sokongan. Setia dengan sahabat, berbaik-baik dengan kawan dan usah cari musuh dengan sesiapa.

7. MONEY:

Jaga perbelanjaan. Mak ayah kamu bukan jutawan. Mereka dah belanja banyak untuk mu, Justeru pandai-pandai agar tidak terus membebankan mereka.Mereka tidak mengungkit itu semua. ia sekadar peringatan.

SELAMAT MAJU JAYA DALAM MENEMPUH HIDUP BARU

SELAMAT MENEMPUH CABARAN BARU DENGAN SEMANGAT BARU

YES YOU CAN DO IT

DENGAN BANTUAN ALLAH, DENGAN DOA DAN RESTU MAK AYAH SERTA DENGAN SOKONGAN RAKAN YOU CAN MAKE IT WITH FLYING COLOURS. NOW ITS YOUR LIFE. ITS YOUR FUTURE. 

oleh Dr. Shukri Abdullah


KEMAMAN - “Waktu tengah seronok mandi tiba-tiba saya rasa tali perut seperti dicucuk-cucuk jarum,” kata Yahya Musa, 12, yang berdepan detik ngeri apabila perutnya dimasuki dua ekor lintah ketika sedang mandi di sebuah kolam ikan terbiar di Bandar Seri Bandi, dekat sini.

Kejadian luar jangkaan itu sekali gus menghancurkan keseronokan musim cuti sekolah bagi mangsa yang juga murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bandi II itu.

Gara-gara kejadian kira-kira jam 3 petang pada Isnin lalu itu, mangsa mengalami pendarahan teruk pada bahagian dubur dan nyaris pengsan sebelum dikejarkan ke klinik berhampiran.

Yahya berkata, dia berasa sakit yang keterlaluan dalam perutnya selepas kira-kira 10 minit mandi di kolam terbiar itu bersama beberapa lagi rakannya sebelum keluar darah dari punggungnya.

“Semasa mandi saya dah perasan ada lintah dalam kolam tu...jadi lepas terasa sakit perut saya syak lintah tu dah masuk dalam perut.

“Lepas itu saya terus pulang ke rumah, saya jalan pun dah terhuyung-hayang sebab rasa macam nak pitam dah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seri Bandi, semalam.

Kolam terbiar itu terletak kira-kira 500 meter dari rumah mangsa dan bersebelahan dengan SK Seri Bandi I.

Sementara itu, ibu mangsa, Fuziah Salleh, 38, berkata, ketika Yahya pulang ke rumah dia terkejut melihat seluar yang dipakai anaknya itu dipenuhi darah.

“Saya panik seketika kerana secara tiba-tiba dia pulang dalam keadaan begitu. Kemudian saya dan suami hantarnya untuk dapatkan rawatan segera di Klinik Kesihatan Seri Bandi sebelum dirujuk di Hospital Kemaman di Chukai.

“Sebaik tiba di hospital, doktor beri ubat tahan sakit dan air garam kepada anak saya. Alhamdulillah selepas makan ubat serta minum air garam, dua ekor lintah yang ada dalam perut anak akhirnya keluar,” katanya.

Katanya, dia juga bersyukur kerana selepas dilakukan imbasan x-ray doktor mengesahkan anaknya tidak mengalami luka dalaman.


TELUK INTAN - Keasyikan seorang lelaki warga emas menerima layanan seorang wanita Vietnam terbantut sebaik diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Teluk Intan, di Taman Persiaran Melor, di sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Lelaki tempatan berusia 60 tahun itu tergesa-gesa bangun dan menutup tubuhnya dengan selimut sebaik menyedari serbuan berkenaan.

Ketua Jabatan Imigresen Teluk lntan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, Ops 6P dan Ops Sayang yang dilancarkan kira-kira jam 6.30 petang dan berakhir jam 10.30 malam kelmarin itu membabitkan 15 anggota penguat kuasa dari Ipoh dan Hilir Perak.

"Seramai sembilan wanita asing membabitkan seorang warga Vietnam, Thailand dan tujuh warga China berusia antara 33 hingga 46 tahun dicekup di pusat refleksologi di Persiaran Taman Melor kerana tiada dokumen perjalanan sah.

"Dalam pada itu, kita turun menahan dua lelaki tempatan di lokasi serbuan bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebuah pusat mesin judi di Jalan Changkat Jong turut diserbu kira-kira jam 9.45 malam kelmarin.

"Seramai 10 lelaki warga Bangladesh berusia 22 hingga 40 tahun ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah.

"Kita turut menahan tiga rakyat tempatan berusia 30 hingga 37 tahun dipercayai melindungi warga asing berkenaan," katanya.
Beliau berkata, semua warga asing berkenaan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

"Warga asing itu juga disiasat mengikut Akta Anti Permerdagangan serta Anti penyeludupan  Migran 2007 dan kini ditahan di Pusat Tahanan Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut.

"Dalam serbuan itu juga, lima lelaki tempatan yang menjadi majikan warga asing terbabit ditahan reman selama empat hari atas perintah mahkamah bagi bantu siasatan," katanya.

Lahore: Dua lelaki adik beradik semalam dipenjara 11 tahun sebuah mahkamah di sini kerana memakan mayat bayi dalam kes yang mengejutkan rakyat Pakistan.
Mereka melakukan demikian setahun selepas dibebaskan atas kesalahan sama.
Farman Ali dan Mohammad Arif ditahan April lalu selepas polis menemui kepala bayi berusia dua hari di rumah mereka.

Mereka mencuri mayat bayi itu dari tanah perkuburan di kampung mereka di Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad.
Menurut polis lagi, kedua-dua beradik itu yang berusia lewat 30-an, memasak dan memakan kari yang dimasak daripada mayat berkenaan.

Mereka pernah ditahan kerana memakan mayat di kampung sama pada 2011 dan menjalani hukuman penjara dua tahun serta menjalani rawatan psikiatrik. - Agensi

Cape Town: Seorang lelaki yang cemburu, menikam kekasih baru teman wanita, memotong mayat mangsa dan mengeluarkan hatinya sebelum memakannya.
Polis bergegas ke tempat kejadian di sebuah rumah di bandar Gugulethu, di sini semalam selepas menerima aduan daripada jiran yang ketakutan. “Di tempat kejadian, mereka menemui suspek, warga Zimbabwe, sedang asyik memakan hati mangsa dengan mengguna pisau dan garpu,” kata jurucakap polis Frederick van Wyk kepada akhbar Cape Times.
Wanita yang menjadi tumpuan dalam cinta tiga segi itu memberitahu polis, kekasih lamanya datang ke rumah yang didiaminya bersama kekasih baru dan mereka berbual sebelum dia memberinya duit dan menyuruhnya membeli arak.

Van Wyk berkata, sekembalinya ke rumah, dia terkejut mendapati kekasihnya Mbuyiselo Manona, 62, terlantar kerana ditikam.
Jiran yang menyedari kekecohan di rumah itu berkata, mereka mengintai menerusi tingkap dan ternampak suspek memotong hati mangsa dan memakannya.


“Kami tidak percaya melihat apa yang berlaku. Kami menjerit menyuruhnya dia berhenti tetapi dia tidak mengendahkannya. “Polis yang tiba juga takut untuk masuk ke dalam rumah itu,” katanya. - AFP

NEW YORK CITY (Amerika Syarikat): Samsung memperkenalkan tablet baru setebal 6.6 milimeter (mm) dengan teknologi skrin yang dimajukan untuk menambah baik paparan imej dan video di sini, hari ini.
Tablet paling nipis dikeluarkan Samsung setakat ini ditawarkan dalam dua versi iaitu 8.4 inci dan 10.5 inci serta dilengkapi teknologi skrin Super AMOLED WQXGA beresolusi 2560 x 1600 dengan nisbah kontras 100,000:1. 
Ia hanya seberat 465 gram bagi model 10.5 inci dan 294 g bagi 8.4 inci dan kedua-dua setebal 6.6 milimeter. 

Penggunaan skrin Super AMOLED ini menghasilkan paparan lebih jelas selain imej yang lebih vivid.

Pelarasan skrin juga berubah secara automatik berdasarkan aplikasi yang diguna serta keadaan pencahayaan sekeliling.
Kuasa bateri tablet juga dapat tahan kira-kira 11 jam kerana penggunaan Super AMOLED yang tidak memerlukan cahaya belakang selain mod 'Battery Saving'. 

Galaxy Tab S juga mempunyai pengimbas cap jari dan menggunaan OS Android 4.4 (Kitkat). 

Ia boleh didapati dengan setoran 16GB atau 32GB serta pilihan rangkaian Wi-Fi sahaja atau Wi-Fi bersama LTE. 

Samsung Galaxy Tab S akan mula dijual dengan harga AS$399 (RM1,280) bagi versi 8.4 inci (Wi-Fi) dan AS$499 (RM1,600) bagi versi 10.5 inci di Amerika Syarikat mulai Julai, diikuti pasaran lain selepas itu.



Temerloh: Dua pekerja syarikat keselamatan yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar wang di sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM), maut selepas tercampak keluar dari van mereka naiki yang bertembung dengan sebuah kereta Mercedez Benz, di Kilometer 5 Jalan Temerloh-Mentakab, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.57 petang, pemandu van, Muhammad Hazrul Ab Rahman, 25, dari Taman Sri Semantan, dekat sini, bersama penumpang, Abdul Latip Mohamad, 45, dari Taman Temerloh Jaya Indah, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan dada.
Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, pemandu kereta Mercedez Benz, Lim Kuang Kiat, 67, dari Taman Bukit Bendera, Mentakab, dekat sini, yang juga ejen insurans meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), di sini, kira-kira jam 6.05 pagi, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua kakitangan keselamatan itu dikatakan dalam perjalanan hendak pulang ke Sonsang dari Mentakab selepas menghantar wang di mesin ATM.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, Muhammad Hazrul dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Mercedez Benz.

Kluang: “Kakak nak rehat puas-puas.” Itu kata Nor Azreen Omar, 22, kepada adiknya, Azzirul Helmi, 15, beberapa jam sebelum mereka berdua maut dihempap pokok tumbang berhampiran rumah mereka di Taman Bahagia, di sini, awal pagi semalam.
Terdahulu, jam 8 malam kelmarin, Nor Azreen yang juga seorang kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur tiba di rumahnya untuk bercuti selama beberapa hari.
Difahamkan, pada jam 1 pagi, Nor Azreen dan adik kelimanya, Azzirul, keluar rumah menaiki sebuah motosikal untuk membeli kad tambah nilai telefon bimbit di sebuah stesen minyak berdekatan rumah mereka.

Menurut seorang lagi adik wanita itu, Mohd Syafiq, 18, setengah jam kemudian dia dan anggota keluarga lain dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa kakak dan adiknya.

“Sebaik saja sampai di rumah kakak memberitahu saya dan Azzirul dia nak rehat puas-puas. Tak sangka pula kata-kata itu seperti petanda dia akan meninggalkan kami untuk selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.