Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Nina Mufleh, yang berpindah dari Timur Tengah dan sudah menetap di San Francisco selama setahun, benar-benar mahu bekerja untuk Airbnb. Beliau sudah cuba untuk berhubung dengan syarikat itu melalui e-mel dan tawaran kerja kosong tetapi masih tidak bernasib baik. Lalu, beliau mengambil keputusan untuk ke tahap seterusnya dengan mewujudkan resume online dengan reka bentuk laman web Airbnb.


Mufleh telah menghantar resume ini kepada kawannya pada Isnin lepas untuk maklum balas dan telah menghantarnya ke Airbnb pada hari Selasa, dan telah menarik perhatian bukan sahaja dari syarikat itu, tetapi juga kepada orang awam.
Apa yang menarik, resume beliau tidak menceritakan tentang pengalaman lampaunya (yang boleh didapati dari profil LinkedIn beliau), tetapi mengisahkan apa yang beliau tahu tentang industri pelancongan, apa yang beliau boleh sumbang kepada Airbnb dan apa yang beliau fikir syarikat itu perlu buat pada masa hadapan.
Mufleh telah berusaha menghubungi syarikat ini buat berbulan-bulan lamanya. Meskipun berjaya bertemu dengan wakil syarikat, namun tidak pernah satupun bertukar menjadi tawaran pekerjaan kepada beliau. Kakak beliau telah menasihati untuk melupakan hasratnya kerana beliau telah melakukan segala yang terdaya.
“Saya benar-benar fikir saya belum buat semua yang saya mampu lakukan,” kata Mufleh. “Saya telah melakukan perkara yang sama berulang kali, tetapi saya belum melakukan sesuatu dengan pendekatan baru.”
Berikut adalah beberapa screenshot dari resume beliau, yang kelihatan seperti profil tuan rumah Airbnb. Anda boleh melihat resume beliau sepenuhnya di laman web beliau Nina4Airbnb.com.

Beliau bukan sahaja menarik perhatian CEO dan CMO Airbnb, tetapi beliau akan menghadiri temuduga dengan recruiter dari syarikat itu minggu ini. Beliau mengambil masa seminggu untuk menyediakan resume, termasuklah mengumpul data, menyelidik pasaran, dan bekerja dengan pereka laman web.
Maklum balas dari CEO Airbnb

Maklum balas dari CMO Airbnb
Mufleh terpesona dengan budaya dan pelancongan sejak belia bekerja denngan Permaisuri Rania Al Abdullah, permaisuri Jordan, dari tahun 2006 hingga 2009.
“Beliau memberi tumpuan kepada dialog pelbagai budaya, dan itu sesuatu yang memandu kerjaya saya,” kata Mufleh.
Maklum balas yang diterima selepas dia menghantar resume adalah mengejutkan.
“[Ini adalah] keputusan yang saya harapkan,” katanya. “Tetapi sebahagian daripada diri saya tidak menyangka ia akan menjadi sebegini cepat dan menyeronokkan.”

Kisah ini berlaku di Jepun, sebuah negara yang memang sangat ke depan dalam bidang teknologi.
Seorang wanita dapat tau teman lelakinya bermain kayu tiga di belakang. Bengang dengan sikap teman lelakinya, dia mengambil keputusan untuk balas dendam dengan cara paling epik.
Eh, bukan potong anu, tapi wanita ini merendam semua koleksi gajet jenama Apple kepunyaan bekas temannya itu di dalam jakuzi yang terdiri dari Macbook, iPad dan iPhone. Kemudian ambil gambar dan hantar kepada satu-satunya gajet Apple yang dibawa bersama lelaki itu.
Gambar yang sama juga dimuat naik ke Twitter dan menjadi viral. Paling best tindakan wanita ini mendapat sokongan padu dengan kata-kata semangat ; “the best revenge” dan “You Go Girl!”
Tapi reaksi sebaliknya pula diterima dari peminat tegar Apple. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan wanita ini.
Kalau dah geram macam ni lah jadinya.Pesanan mesra kami – setialah pada yang satu dan janganlah ikutkan hati.
Masih ingatkah anda beberapa perkara ketika zaman kanak-kanak dulu. Beberapa perkara kecil yang mengembalikan memori manis apabila diimbas kembali. Ikuti penulisan di bawah.


 1. COkelat Duit

Cekelat duit ini ada bermacam rupa sebenarnya. Ada juga yang berbentuk duit syiling sebenar. Tetapi ini paling famous sebab murah dan boleh dapat banyak.

 2. Kotak Pita Video

Selain dijadikan bekas pita video. Ia juga dijadikan sebagai bekas pensil. Untuk lebih thrill, ada juga kanak-kanak jadikan sebagai gelanggang untuk lawan labah-labah. Ini kerana lawan dalam kotak mancis terlampau kecil.



 3. Jajan Serbuk
Jajan serbuk juga mempunyai beberapa jenis. Lagi satu jenis dalam paket kecil sebesar duit kertas. Kemudian perlu sedut dengan straw. Jajan serbuk ini juga selalu dicampur dengan air dan juga ditabur atas aiskrim.



4. Kereta Dash Yonkuro
Ada dua jenama Dash Yonkuro yang perlu anda tahu, satu Tamiya dan satu lagi Auldey. Dua jenama ini menjadi kegilaan kanak-kanak 90an kerana kualitinya amat bagus. Perlu tahu juga, kereta dash yang pakai enjin warna hitam adalah paling hebat.


5. Cyberpet
Atau nama komersialnya Tamagochi. Sebuah alat mainan yang sangat ringkas. Kena jaga haiwan secara digital. Tak boleh biarkan haiwan tersebut lapar atau dikelilingi tahi. Nanti dia sakit, kemungkinan boleh mati.



6. Gula-gula Nanonano
Didatangkan dengan 3 rasa serentak, masam-masin-manis. Gula-gula ini menjadi popular kerana selalu ada iklan dalam TV.



7. Kamera 3D.
Biasanya kamera ini akan dijual kat tempat pelancongan dan tumpuan ramai dalam dunia. Hanya letakkan kamera depan mata dan anda dapat lihat suasana ditempat tersebut.



8. Kaya dengan permainan papan.
Ini kerana permainan ini dicipta untuk melatih kanak-kanak supaya bersifat keusahawanan. Jenama terkenal ketika 90an adalah Monopoli dan harga agak mahal. Namun ada syarikat dapat selesaikan untuk pasaran kanak-kanak yang kurang berkemampuan dengan jenama Jutaria kerana ianya murah. Dan ianya lebih bersifat tempatan.



9. Kaset
Konsep sama juga dengan pita video, kaset berfungsi untuk mendengar lagu artis kegemaran.



10. Permainan video
Sebelum hadirnya Play Station yang menggunakan cakera padat. Permainan video menggunakan pita sebesar kaset. Ada pita khas untuk satu game sahaja. Ada juga hadir dengan kompilasi.
Siri permainan paling mendapat perhatian adalah Super Mario, Kontra, Bomberman, Donkey Kong, Tetris dan lain-lain.




10. Belon gam
Belon gam biasanya boleh ditiup sebesar mana yang anda mahu. Untuk yang kreatif, mereka akan bentukkan belon tersebut dengan pelbagai rupa.