Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kanak-kanak Sekitar 90-an Pasti Tahu Benda Ini
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Masih ingatkah anda beberapa perkara ketika zaman kanak-kanak dulu. Beberapa perkara kecil yang mengembalikan memori manis apabila diimbas kembali. Ikuti penulisan di bawah.


 1. COkelat Duit

Cekelat duit ini ada bermacam rupa sebenarnya. Ada juga yang berbentuk duit syiling sebenar. Tetapi ini paling famous sebab murah dan boleh dapat banyak.

 2. Kotak Pita Video

Selain dijadikan bekas pita video. Ia juga dijadikan sebagai bekas pensil. Untuk lebih thrill, ada juga kanak-kanak jadikan sebagai gelanggang untuk lawan labah-labah. Ini kerana lawan dalam kotak mancis terlampau kecil.



 3. Jajan Serbuk
Jajan serbuk juga mempunyai beberapa jenis. Lagi satu jenis dalam paket kecil sebesar duit kertas. Kemudian perlu sedut dengan straw. Jajan serbuk ini juga selalu dicampur dengan air dan juga ditabur atas aiskrim.



4. Kereta Dash Yonkuro
Ada dua jenama Dash Yonkuro yang perlu anda tahu, satu Tamiya dan satu lagi Auldey. Dua jenama ini menjadi kegilaan kanak-kanak 90an kerana kualitinya amat bagus. Perlu tahu juga, kereta dash yang pakai enjin warna hitam adalah paling hebat.


5. Cyberpet
Atau nama komersialnya Tamagochi. Sebuah alat mainan yang sangat ringkas. Kena jaga haiwan secara digital. Tak boleh biarkan haiwan tersebut lapar atau dikelilingi tahi. Nanti dia sakit, kemungkinan boleh mati.



6. Gula-gula Nanonano
Didatangkan dengan 3 rasa serentak, masam-masin-manis. Gula-gula ini menjadi popular kerana selalu ada iklan dalam TV.



7. Kamera 3D.
Biasanya kamera ini akan dijual kat tempat pelancongan dan tumpuan ramai dalam dunia. Hanya letakkan kamera depan mata dan anda dapat lihat suasana ditempat tersebut.



8. Kaya dengan permainan papan.
Ini kerana permainan ini dicipta untuk melatih kanak-kanak supaya bersifat keusahawanan. Jenama terkenal ketika 90an adalah Monopoli dan harga agak mahal. Namun ada syarikat dapat selesaikan untuk pasaran kanak-kanak yang kurang berkemampuan dengan jenama Jutaria kerana ianya murah. Dan ianya lebih bersifat tempatan.



9. Kaset
Konsep sama juga dengan pita video, kaset berfungsi untuk mendengar lagu artis kegemaran.



10. Permainan video
Sebelum hadirnya Play Station yang menggunakan cakera padat. Permainan video menggunakan pita sebesar kaset. Ada pita khas untuk satu game sahaja. Ada juga hadir dengan kompilasi.
Siri permainan paling mendapat perhatian adalah Super Mario, Kontra, Bomberman, Donkey Kong, Tetris dan lain-lain.




10. Belon gam
Belon gam biasanya boleh ditiup sebesar mana yang anda mahu. Untuk yang kreatif, mereka akan bentukkan belon tersebut dengan pelbagai rupa.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments