Biasanya pelantar minyak yang tidak lagi boleh digunakan untuk menggali minyak di lautan dibiarkan usang dan ditinggalkan begitu saja. Tapi pendekatan yang berbeza telah dilakukan bagi pelantar minyak ini.
Terletak tidak jauh dari Pulau Mabul, Sabah – Seaventures Dive Rig Resort menawarkan pengalaman berbeza untuk anda. Jika selama ini hanya mereka yang bekerja di pelantar minyak saja yang merasai suasana tinggal di sana, kini anda juga berpeluang untuk merasai suasana ini.
Menawarkan 27 bilik serba lengkap termasuk bilik dengan 2 katil dan bilik untuk keluarga, hotel pelantar minyak ini juga menyediakan wifi percuma dan berbagai aktiviti menarik buat mereka yang berkunjung ke sini.
Seaventures Dive Resort berasal dari pelantar minyak yang tidak lagi digunakan untuk industri minyak dan gas. Ia ditunda ke perairan Sabah, di renovasi bahagian dalamnya dan ditukar menjadi hotel.
Menawarkan 27 bilik termasuk bilik untuk keluarga, bilik dengan 2 katil dan juga asrama.
Anda pastinya tak bosan tinggal di sini walaupun dikelilingi laut sahaja. Berbagai kemudahan disediakan termasuk bilik menonton TV, bilik karaoke, meja pool dan tenis, kedai cenderamata dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan hingga 60 orang.
Pendek kata jika nak buat company trip pun boleh.
Setiap bilik di sini juga ada penghawa dingin. Tak lah anda kepanasan nanti.
Barbeque juga diadakan seminggu sekali beserta persembahan live band oleh band The Sea Gypsies. Mereka ni sebenarnya adalah pasukan menyelam skuba di sini. Aha, pandai menyelam dan pandai main live band – menarik!
Tapi sebenarnya yang paling menarik di sini adalah dunia bawah airnya. Sebaik saja anda berada di sini, akses untuk menyelam adalah mudah kerana hotel ini menyediakan elevator yang membawa anda turun ke bawah.
Dunia bawah air di sini memang cantik. Ianya sesuatu yang tak dapat disangkal lagi. Anda akan dikelilingi oleh berbagai jenis ikan sebaik saja mula menyelam scuba di sini.
Antara spesis ikan dan hidupan laut yang boleh ditemui bila menyelam di sini adalah barakuda, ikan kerapu, sotong, penyu, morays gergasi, belut reben dan berbagai jenis ikan lagi. Sekali sekala jika anda bernasib baik anda mungkin dapat melihat jerung yang melintas di sini. Terumbu karang di sini juga menarik dan cantik. Ditambah pula airnya yang jernih dan bersih.
Jika anda inginkan kelainan di samping menikmati damainya laut serta jauh dari hiruk pikuk manusia, Seaventures Dive Rig Resort adalah jawapannya.
Disamping menawarkan aktiviti menarik bagi mereka yang gila menyelam scuba dan bilik yang selesa, makanan yang disediakan di hotel pelantar minyak ini juga semestinya sedap. Apatah lagi hidangan makanan lautnya masih fresh!
Bagi yang berminat untuk ke sini, hotel ini hanya boleh di akses dengan menaiki bot. Meskipun pelantar minyak ini mempunyai helipad (platform mendarat helikopter) tetapi ianya telah ditukar menjadi sundeck.
Buat masa ini 2 pakej ditawarkan di sini iaitu Non Diving Package dan Standard Diving Package. Anda boleh ke website mereka diSeaVenturesDive.com untuk maklumat lanjut.
Oh ya! Khabarnya ini adalah satu-satunya hotel pelantar minyak di dunia yang menyediakan aktiviti sebegini termasuk terjun bungy dan ianya terdapat di Sabah, Malaysia.
Sumber: DailyMail.co.uk
No comments
Post a Comment