Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Penampilan Shila Amzah dalam satu program hiburan di China dengan fesyen berbeza iaitu memakai baju blous dan legging menarik perhatian ramai peminatnya.

Mungkin ianya disebabkan jarang atau tidak pernah ada artis Malaysia menggayakan baju blous dan legging dengan memakai tudung ketika menyanyi. Satu fesyen baru yang amat berbeza tetapi Shila kelihatan sangat cantik dan jelita.

Lagi empat keping gambar menarik Shila Amzah pakai baju blous dan legging untuk tatapan peminat yang amat merindui kehebatan nyanyiannya di Malaysia. - billyinfo







SEJAK kehilangan pesawat MH370 dilaporkan pada 8 Mac lalu, media barat antara yang berlumba-lumba menyiarkan pelbagai laporan berkaitan dengan insiden itu.
Malangnya, kebanyakan laporan mereka cenderung untuk memberikan imej buruk bukan sahaja terhadap negara kita, malah mengaitkannya dengan agama Islam yang disifatkan mereka sebagai pengganas.
Cable News Network (CNN) adalah antara saluran yang begitu ghairah memainkan pelbagai isu termasuklah kemarahan keluarga penumpang China dengan menekankan Malaysia sebagai negara ‘pembohong’ dan tidak telus dalam menyampaikan maklumat.

Sikap berat sebelah media barat itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat di negara ini termasuklah Presiden Pusat Kesedaran Politik Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan yang menulis luahannya menerusi portal Mole.my.
Katanya:
“Semasa krisis MH370, semua orang dahagakan maklumat. Bagaimanapun, berita CNN menyampaikan maklumat yang berat sebelah mengenai MH370 secara berterusan atas nama ‘laporan berita’. Bukan sahaja ia memburukkan lagi masalah yang sedia ada, tetapi ia juga menyebabkan orang ramai ‘menentang’ Malaysia yang pada masa ini sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk mengesan pesawat itu dengan kerjasama 26 negara lain.
“Jelas sekali, CNN mempunyai agenda tersembunyi dengan mencemuh Malaysia menerusi artikel dan rencana yang berat sebelah.”
Menurut Huan lagi, dalam dunia CNN, misi mereka dalam mengejar rating telah mengenepikan laporan berdasarkan fakta.
Lebih melucukan, penyampai berita saluran itu hanya menggunakan pesawat mainan untuk menggambarkan bahagian tertentu pada pesawat sambil mengeluarkan teori-teori mereka.
Itu belum lagi ditambah dengan penerangan menerusi gambaran grafik ‘murah’ bagi merendah-rendahkan lagi Malaysia di mata dunia.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rating CNN telah menurun berbanding Fox News sehinggalah berlakunya kejadian MH370. Jelas sekali dunia sangat berminat dengan misteri ini. CNN melihat berita kehilangan pesawat ini sebagai ‘lombong emas’ sekaligus memanipulasikannya ke tahap maksimum.
“Secara mudahnya, motivasi CNN ialah tentang keuntungan menerusi rating yang tinggi. Namun, siapa yang terpaksa ‘membayar harga’ atas laporan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab mereka?
“Sudah tentu Malaysia! Simpatilah sikit! Fikirlah apa yang dilalui oleh semua orang,” kata Huan.
Beliau pada masa yang sama turut membidas wartawan penyiaran yang tidak bersungguh-sungguh melakukan penyelidikan sehingga merujuk Kuala Lumpur sebagai salah satu bahagian di Indonesia.
“Baru-baru ini, CNN menemubual Anwar Ibrahim bagi mengetahui pandangannya mengenai MH370. Walhal, mereka sebenarnya boleh menemubual Perdana Menteri atau Pemangku Menteri Pengangkutan yang boleh memberikan jawapan yang lebih jelas mengenai perkara itu!
“CNN jelas tidak mempunyai akar berita lagi. Keutamaannya lebih kepada rating dan keuntungan serta menyokong apa sahaja agenda politik tersembunyi, sekaligus membutakan penerbitnya daripada mematuhi prinsip-prinsip kewartawanan dan tanggungjawab asas dalam melaporkan kebenaran dan tanggungjawab.
“Jangan pilih Malaysia walau apa pun motif anda! Jika mahu menulis mengenai negara ini, lakukannya dengan betul!” tegas Huan.
Pada masa yang sama, tulisan Huan ini sebenarnya perlu difikirkan juga oleh segelintir rakyat Malaysia yang kerap berkongsi artikel CNN atau media barat yang lain di laman sosial mereka.
Sebaiknya, jangan membuta-tuli menyebarkan maklumat yang dirasakan sensasi kerana ia secara tidak langsung menambahkan lagi ‘kepedihan’ dan tekanan yang dialami oleh ahli keluarga penumpang MH370.

Mynewshub

MEDIA asing khususnya CNN melaporkan kebanyakan ahli keluarga penumpang warga China yang marah serta melabelkan Malaysia sebagai pembunuh kerana kehilangan ahli keluarga mereka yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Pesawat itu hilang sejak 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing.
Kemarahan itu dilihat terlalu meluap-luap sehingga terjadinya beberapa insiden antaranya ialah protes di hadapan Bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, China baru-baru ini.
Selain itu wakil peringkat tertinggi Malaysia ke Beijing juga dilihat menerima cemuhan dan provokasi dari ahli keluarga di China yang tidak berpuas hati dengan cara Malaysia mengendalikan krisis MH370.
Mereka mendakwa Malaysia lemah dalam menguruskan insiden MH370 dan menyembunyikan banyak maklumat berkaitan pesawat berkenaan.
Penulis membuat analisis berkaitan statistik nahas pesawat yang berkaitan pesawat dari China dan hasil pemeriksaan mendapati nahas melibatkan pesawat negara itu lebih banyak.
Syarikat penerbangan dari China telah terlibat dalam berpuluh-puluh nahas sebelum ini tetapi tidaklah banyak sangat kritikan diterima dari kerajaan China kerana jumlah kematian yang agak tinggi.
Malaysia Airlines (MAS) jika mengambil kira nahas berskala besar hanyalah dua iaitu sebelum di Tanjung Kupang pada tahun 1977 yang terhempas akibat dirampas.
Kemungkinan tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Malaysia dan MAS adalah kerana disebabkan lokasi pesawat yang masih belum ditemui dan juga pelbagai teori provokasi yang direka media asing sehingga mengakibatkan hati ahli keluarga keliru.

Nahas udara terbaru membabitkan syarikat penerbangan di China ialah pada 24 Ogos 2010, pesawat Henan Airlines melibatkan jenis pesawat ERJ-190 yang terhempas di Yichun City, wilayah Heilongjiang.
Seramai 44 orang penumpang terbunuh manakala 52 orang cedera dalam kejadian itu.
Nahas pertama direkodkan ialah dari pesawat milik Penerbangan Awam China pada 26 April 1982 terhempas di Yangshuo, wilayah autonomi Guangxi Zhuang.
Ia melibatkan pesawat jenis Trident 2E yang meragut nyawa 112 orang.
Daripada tahun 1982 hingga nahas terakhir pada 2010 itu, sebanyak 21 nahas pesawat melibatkan pesawat China di beberapa lokasi dengan tiada satu pun nahas yang tidak melibatkan kematian.
Kita berharap selepas penemuan serpihan pesawat MH370 yang diyakini ramai akan ditemui cuma masa menentukannya, emosi para ahli keluarga China akan kembali reda sebaik bukti yang didesak dari Malaysia ditemui kelak.

Anda peminat setia Akademi Fantasia? Anda kenal dengan Elliza Razak yang pernah menyertai pertandingan itu bagi musim ke 3 yang lalu.

Walaupun tidaklah sepopular kawan-kawan seperjuangan yang lain, nama Elliza masih lagi mewarnai televisyen dengan lakonannya dalam drama-drama.
Terkini, Elliza selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang comel hasil perkahwinannya dengan jejaka bernama Khairul Adzwan Nasir.
Beliau telah berkongsi gambar anak sulungnya itu dilaman Instagram beliau. Anaknya yang comel itu diberi nama, Andhiqa Ellisya Binti Khairul Adzwan.

Dengar cerita, Elliza telah selamat bersalin melalui kaedah ceasarean setelah dimasukkan ke wad sejak 26 Mac yang lalu. Untuk pengetahuan, bayi comel seberat 4.06 kilogram itu telah selamat dilahirkan semalam, tepat jam 9.51 pagi.
Tahniah kami ucapjan kepda Elliza atas kelahiran puteri sulungnya ini.



Gambar menarik juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince Chong yang selamat melangsungkan perkahwinan bersama Fiona Edwards pada 8 Mac lalu. Fiona adalah pramugari syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) yang berasal dari Keningau, Sabah. 

Majlis resepsi ini telah diadakan di sebuah kabin di Tanah Rimba, Janda Baik, Pahang. 










ANKARA - TURKI. Turki mengambil langkah menyekat akses laman perkongsian video Youtube, sehari selepas mahkamah mengarahkan penggantungan sekatan ke atas Twitter.

Pihak berkuasa membuat tindakan itu selepas rakaman perbincangan berhubung tindakan ketenteraan yang mungkin diambil ke atas Syria telah dikongsi di laman terbabit.

Susulan daripada itu, sekutu Eropah dan Amerika Syarikat turut mengecam tindakan Ankara yang disifatkan sebagai langkah terdesak.

Rakaman audio berserta gambar tersebut dikatakan mendedahkan perbualan antara pegawai kanan kerajaan, tentera dan perisik yang merancang untuk melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Syria.

Minggu lalu, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan memberi amaran untuk menghapuskan rangkaian sosial yang mendedahkan skandal melibatkan pemimpin kanannya, laporan dipetik dari Reuters.

LIMA anak kapal terbunuh apabila sebuah pesawat operasi khas Tentera Udara India (IAF) jenis Super Hercules C-130J terhempas berhampiran Gwalior di Madya Pradesh hari ini, lapor Hindustantimes.com.
“Sebuah pesawat C-130J terhempas di lokasi 115km barat dari Pangkalan Udara Gwalior, pesawat itu berlepas dari Agra pada pukul 10 pagi untuk satu latihan penerbangan rutin. Siasatan segera sudah diarahkan untuk mengenalpasti punca nahas berkenaan,” kata jurucakap IAF.
Menurut polis di daerah Jaipur, pegawai kanan polis termasuk Supritendan Polis Karauli bergegas ke tempat kejadian di sempadan Rajastha dan Madhya Pradesh.
Pada 2008, India menandatangani perjanjian bernilai US$1.2 Bilion Dolar Amerika dengan Amerika Syarikat untuk pembelian enam pesawat C-130J berkenaan.
IAF telah pun merancang untuk membeli lagi enam pesawat berkenaan selepas pembelian pertama

Hong Kong – Sekumpulan wanita di sini dilapor membayar lebih HK$10 juta (RM4.2 juta) untuk medapatkan peluang makan bersama pelakon drama Korea Selatan Kim-Soo-Hyun.
Dalam perkembangan terbaru berikutan ketaksuban masyarakat China terhadap drama bersiri Korea, tawar menawar mengenai harga itu dilapor diadakan, lapor akhbar Want China Times.
Kim Soo-hyun terkenal kerana berlakon dalam drama mengisahkan percintaan makhluk asing, ‘My Love From Another Star.’ Menurut sumber, sekumpulan wanita Hong Kong membayar seorang lelaki menjadi orang tengah untuk menjemput Kim ke satu majlis makan malam tertutup.
Orang tengah itu mendakwa Kim meminta bayaran HK$10 juta.
Wanita itu berbincang sesama mereka dan memutuskan untuk membayar HK$1 juta (RM420,000) setiap seorang.
Laporan mengenainya timbul selepas dakwaan kononnya peminat Kim terpaksa membayar 25,000 yuan (RM13,100) untuk hadir di majlis menyambutnya di Shanghai Ahad lalu.
Bagi kebanyakan orang, ini mungkin satu pembaziran.
Tetapi bagi peminat di China, mereka sanggup bergaduh jika ada pihak yang mempersoalkan kecerdikan mereka berbelanja besar jika ia berkait dengan pelakon yang mereka minati. – Agensi

Venezuela – Seorang wanita yang pernah dimahkotakan Ratu Universe meminjamkan wajahnya kepada aktivis yang berkempen bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencabulan hak asasi manusia di negaranya, Venezuela.
Bagaimanapun, kali ini, Stefanía Fernández, yang ditabal menjadi Ratu Universe pada 2009, tidak kelihatan seperti ratu cantik.
Untuk menjadi simbol mangsa kekejaman akibat keganasan yang meletus di Venezuela sehingga mengorbankan banyak nyawa ketika tunjuk perasaan antikerajaan baru-baru ini, Stefania muncul dengan wajah dilitupi darah dan kotoran sambil dia menangis mengeluarkan air mata darah.
Kempen itu berjudul ‘Suara Anda Kuasa Anda’ juga bertujuan membantah penindasan ke atas media di negara itu.
Setakat ini, 28 orang terbunuh dalam tunjuk perasaan antikerajaan yang bermula Februari lalu.
Stefania dan jurugambar Daniel Bracci merancang menggunakan media sosial bagi menyebarkan mesej mereka mengenai kempen menentang keadaan politik Venezuela ketika ini.
Beberapa gambar kempen berkenaan sudahpun dimuatkan ke Instagram.
Braci berkata, dia juga merancang menggunakan wajah rakyat Venezuela yang terkenal dan turut terjejas dengan keganasan di negara berkenaan untuk kempennya itu. – Agensi

KUALA LUMPUR –  Malaysia yakin mampu meneruskan pencarian pesawat MH370 yang hilang dengan kerjasama antarabangsa walaupun terdapat negara yang menarik diri.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kes kehilangan MH370 melibatkan semua pihak dan beliau tidak nampak sebarang halangan untuk meneruskan operasi SAR di selatan Lautan Hindi.
“Ini satu insiden yang melibatkan semua pihak. Kita terharu dan kagum dengan sokongan dunia.
“Setakat ini yang menarik diri bukan sebab mereka tidak mahu teruskan operasi tetapi tidak semua negara ada kapal atau pesawat yang boleh bantu kesan serpihan di lokasi carian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemampuan Malaysia dari segi aset dan kewangan dalam misi carian MH370 pada taklimat harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.
Hishammuddin berkata operasi SAR multinasional ini telah memberikan semangat dan kekuatan kepada Malaysia untuk terus mencari bukti berkaitan misteri kehilangan MH370.
“Itulah yang berikan kita kekuatan dan semangat. Kita tidak akan berputus asa,” katanya.
Antara yang menarik diri adalah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS Kidd, yang membantu sejak awal usaha pencarian penerbangan Malaysia Airlines MH370 kerana kawasan pencarian yang begitu luas.
Terbaharu yang menamatkan misi carian ialah pesawat India C-130J Super Hercules yang berlepas dari pangkalan Malaysia petang Jumaat.
Bagimanapun pesawat P-8 Poseidon dan P-3 Orion dari AS telah dikerah bagi membantu Malaysia mencari pesawat Boeing 777-200ER, yang hilang dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada jam 2.40 pagi.
Sementara itu berhubung operasi mencari bukti kukuh berkaitan pesawat MH370 yang diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi kekal mencabar walaupun adanya petunjuk baharu, Jumaat.
Hishammuddin menjelaskan, walaupun petunjuk baharu yang boleh dipercayai membawa kepada kawasan carian yang lebih kecil berbanding kawasan carian asal, ia tidak bermaksud usaha carian menjadi mudah.
“Kawasan carian baharu, walaupun lebih fokus daripada sebelum ini, ia masih kekal sebagai sesuatu yang besar dan diambilkira.
“Situasi carian, walaupun mudah berbanding sebelum ini, ia tetap mencabar,” katanya pada taklimat MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.
Pada Jumaat, misi carian MH370 dipindahkan ke utara Lautan Hindi.
Lokasi baharu itu adalah kira-kira 1,100 kilometer ke timur laut Perth dari kawasan carian asal yang telah dilakukan selama seminggu, di barat Australia, berdasarkan maklumat terkini yang disalur oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.
Kawasan pencarian baharu itu dianggarkan berkeluasan kira-kira 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850km ke barat Perth.
Dilaporkan bahawa 10 pesawat dari enam negara iaitu Australia, China, Jepun, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS), mengalihkan lokasi pencarian mereka ke kawasan terbhaaru tersebut.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) berkata agensi penyiasatan Australia, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah menyemak data itu dan memutuskan maklumat tersebut merupakan petunjuk paling kukuh bagi mengesan kemungkinan serpihan. – Mstar.com.my