Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



KOTA BHARU - Badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Anti Pengkhianat Islam (AP) menggesa pihak berkuasa menyiasat lebih lanjut penyebaran Murtads In Pantai Timur di laman sosial Facebook yang didakwa menghina Islam.




Wakilnya, Azman Salleh berkata, kewujudannya disedari NGO tersebut tengah hari kelmarin, apabila ia tersebar di Facebook dan WhatApps.

“Tengah hari semalam (kelmarin), saya dapati terdapat 400 ‘like’ daripada pengunjung Facebook dan kemudian ia bertambah menjadi 1,600 'like' tidak termasuk komen.


Atas kesedaran ramai dan rasa tercabar, AP mengambil tindakan membuat laporan polis kerana kebanyakan status yang dimuat turun menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW serta mempersendakan sultan,” dakwanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, semalam.




Sehubungan itu, pihaknya menggesa pihak berkuasa segera membuat siasatan mengenai penyebaran isu tersebut bagi mengelakkan ia tersebar dengan lebih meluas.sumber

Nuan Yang Chen merupakan seorang model yang sedang hangat diperbincangkan di berbagai forum serta laman sosial diChina. Tak hanya cantik, ia juga memiliki lengan berotot seperti foto-foto yang diup loadnya di laman sosial. Wanita 25 tahun itu merupakan mahasiswi Hangzhou Normal University, China. Seperti apa foto-fotonya? 










This is why I don't donate to the so called "Pusat Tahfiz Amal" anymore. Dah lama dah tak bagi. Nampak gaya macam kita bagi amal dekat orang tua kutuk ni je.

Orang dia dimana-mana. Stesen minyak, kedai makan, buat muka kesian mintak sumbangan "ikhlas" katanya. Bila bagi seringgit tarik muka... Ambik duit dengan biadap tak pandang kita pun pastu terus blah. Mana akhlakmu? Kata ikhlas?

Kalau tak bagi lagi teruk... Membebel sorang-sorang. Siap ada kawan cerita budak-budak tu siap menjerit "arrgggh!!! Kenapa dengan hari ini ni!!!". Macam stress tak dapat collection bagus. Mesti budak tu dapat tekanan dari orang atas. Kesian budak-budak tu.

Mereka sewenang-wenangnya menggunakan kanak-kanak. Ada kalanya sampai lewat malam masih berpeleseran tanpa pengawasan orang dewasa dekat restoran, stesen minyak, tepi-tepi jalan cari derma. Apalah agaknya nasib budak tu. Tak sekolah ke? Bila masa dia mengaji dan menghafaz? Pernah ada seorang hamba Allah soal mereka dengan memberi ayat lazim pun tak hafal. Kata tahfiz.

Agaknya dalam ribuan kanak-kanak yang dipergunakan sampai lewat malam tanpa pengawasan tu ada tak sorang yang diculik ke? Diperlakukan tak senonoh ke..? Orang jahat kan ramai kat luar sana. Nauzubillahiminzalik.

Kalau kita kesian dengan mereka (budak-budak tu) jangan bagi duit. Duit belanja pun jangan (sebab ketua diorang mesti akan check satu-satu). Jangan bagi apa-apa. Semoga dengan itu dengan sendirinya sindiket ini STOP. Nak bagi derma sebab kesian pada mereka, bagilah makanan atau apa-apa selain duit.


Macam mana nak kenal mereka? Selalunya mereka bersongkok (yang lelaki) dan bawak beg sandang. Yang lelaki ni target restoran, yang budak perempuan pulak duduk dekat pam-pam minyak berbaju kurung. Yang pastinya mereka akan gunakan resit "Pusat Tahfiz Amal". Please jangan bagi apa-apa. Post ini bukan nak menghasut supaya jangan sedekah.. tapi supaya sindiket ni tak berkembang biak. Kena jadi kejam sikit untuk stop orang tua ni.


Merosakkan nama institusi tahfiz je. Memalukan dan membusukkan nama Islam. Orang bukan Islam akan nampak Islam ni macam lekeh sangat. This needs to stop. Please.. Share this and help educate people.

Sumber: Disini

UMUM tahu pantai Port Dickson sering menjadi lokasi pelancong khususnya dari warga kota Kuala Lumpur menghabiskan masa berkelah dan bermandi-manda bersama keluarga ketika cuti hujung minggu dan cuti sekolah.
Keunikan pantai Port Dickson yang masih bersih sering menjadi pilihan kerana jaraknya yang tidak jauh dari ibu negara.
Bagaimanapun di laman twitter ada pengguna laman sosial itu mendedahkan perbuatan membuang sisa cecair terus ke dalam laut didakwa pengguna berkenaan di Port Dickson dilakukan seorang individu dari sebuah lori.
Tidak diketahui apa kandungan cecair yang disalurkan ke dalam laut itu tetapi warnanya perang kehitaman dan jelas ia kelihatan kotor.
Jika benar, ia adalah cecair yang kotor atau mengandungi bahan kimia, tidakkah perbuatan itu dilihat pihak berkuasa tempatan yang membuat pemantauan di bandar yang dikenali sebagai Bandar Angkatan Tentera itu.
Pastinya orang ramai sudah berasa sedikit terganggu untuk ke Port Dickson dan bermandi-manda bersama keluarga dan sahabat handai.

GELENG kepala kami tatkala melihat perlakuan seorang remaja lelaki yang sanggup mencium kaki teman wanitanya sebagai tanda cinta melalui gambar yang tersebar di laman Facebook.
Fuh, habis segala bau masam kaki dihidunya!
Agak-agaklah kalau hendak tunjuk kemanisan bercinta di laman sosial.
Kalau bertahan sampai kahwin tak mengapalah, tapi kalau putus di tengah jalan macam mana?
Sampai bila-bilalah gambar awak mencium kaki itu tersebar di laman maya ya

China – Bukan mudah untuk menjadi model di China. Ini kerana ukuran badan akan diambil setiap minggu dan jika terdapat banyak `lemak’ di paha, maka model tersebut hanya boleh makan telur rebus sahaja selama 10 hari.
Jika gagal menurunkan berat badan, maka agensi modeling itu akan menggugurkan nama model tersebut dalam peragaan pakaian.
Perkara itu didedahkan oleh Meredith Hattam yang menulis mengenai latihan keras untuk menjadi model di China, dalam blognya, Fashionista.
Menurut Hattam, sepanjang beberapa tahun di China, ukuran badannya diambil setiap hari Isnin oleh agensi dan jika sukatan pinggan, punggung dan paha melebihi 3 sentimeter, maka dia boleh dibuang dan dihantar pulang ke negara asalnya di Amerika Syarikat.
Peraturan ketat ini juga dilaksanakan ke atas model seawal usia 14 tahun dan mereka akan dihalau keluar daripada apartmen yang disediakan agensi jika pinggul atau dada mereka membesar, selaras dengan usia baligh.
Hattam turut mendedahkan bagaimana dia terpaksa berlapar bagi memastikan fizikalnya sebagai model tidak berubah.
Dia juga menceritakan bagaimana dia dan 12 orang model yang lain tinggal dalam sebuah apartment yang kecil namun mereka terpaksa membayar sebanyak £300 sebulan.
“Saya tidak mempunyai tilam pun untuk tidur, hanya kerusi panjang. Apabila model mendapat duit ketika membuat peragaan, 40 peratus daripadanya akan diambil oleh agensi, manakala selebihnya digunakan untuk kehidupan harian.
“Apabila kami meninggalkan China, kami tidak mempunyai simpanan,’’ katanya.
Hattam turut memberitahu, salah seorang daripada model daripada agensinya terpaksa dimasukkan ke hospital akibat keletihan kerana terpaksa bekerja 15 jam sehari dalam tempoh dua bulan.
“Ketika berada di hospital, dia menerima pesanan daripada agensi yang menyatakan mereka mengalami kerugian disebabkan dia tidak boleh membuat peragaan.
“Selain itu, kadar bunuh diri di kalangan model juga tinggi termasuk seorang model berusia 22 tahun dari Brazil yang terjun dari bangunan pada tahun baru,’’ katanya.
Hattam kini telah berhenti daripada menjadi model dan kembali ke Amerika Syarikat, dan bekerja sebagai pereka grafik.


DRAMA Duri Di Hati yang pernah disiarkan di slot Azalea TV3 tidak lama dahulu memberi platform kepada pendatang baharu, Natasha Elyzza, 20, untuk memahat namanya sebagai salah seorang pelakon di Malaysia.

Bermula dari situ, kelibatnya mula disedari oleh pengkarya tempatan yang memberinya peluang untuk terus melebarkan bakat di persada seni lakonan tanah air.

Bermula sebagai pelakon tambahan, kini nama Natasha mula terpampang selaku pelakon pembantu kepada watak utama dalam beberapa drama yang disiarkan di televisyen tempatan.

Antaranya ialah Bila Hati Perempuan Menjerit yang pernah disiarkan di Astro Prima dan yang terbaharu, menerusi drama bersiri Projek Memikat Suami yang sedang bersiaran di Astro Ria.

Menceritakan sejarah penglibatannya, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu memberitahu, pelakon Emma Maembong adalah individu yang bertanggungjawab menaikkan tahap kariernya pada hari ini.

“Saya mula mengenali Emma sebelum dia terkenal sebagai pelakon setahun lalu. Ketika itu saya baharu berjinak-jinak sebagai pelakon ekstra. Tidak lama selepas mengenalinya, rezeki dalam bidang lakonan lebih memihak kepada Emma yang terus mencipta populariti tersendiri.

“Bagaimanapun, hubungan kami masih berterusan seperti biasa. Sejak Emma aktif berlakon, sesekali dia memperkenalkan saya kepada beberapa syarikat produksi untuk sesi uji bakat. Alhamdulillah, bakat saya diterima untuk mendukung watak pembantu," katanya.

Setelah mencuba pelbagai watak dalam puluhan drama sama ada sebagai pelakon pembantu, Natasha ketika bertandang ke studio Utusan baru-baru ini memberitahu bahawa dia mendambakan watak antagonis, psiko atau penggoda.

Katanya, sebelum ini dia pernah memegang watak wanita gedik tetapi ia belum cukup mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

“Saya mahukan watak yang pelbagai selain watak pelajar universiti atau pekerja pejabat. Bukannya saya mahu bermegah, tetapi sejujurnya watak seperti itu merupakan biasa yang tidak begitu umphhh!

“Sebab itu saya menantikan tawaran watak antagonis atau wanita psiko kerana jika saya berjaya menggalasnya, ia mendatangkan kesan yang tersendiri, sekali gus dapat memberi pengalaman dalam membentuk gaya lakonan yang lebih matang dan dikenali ramai," jelas Natasha yang menjadikan Nora Danish sebagai pelakon pujaannya.

Bagaimanapun, menurut Natasha, sebagai pendatang baharu, dia tidak mahu demand lebih-lebih dan menerima apa sahaja tawaran yang diterima untuk bertatih dalam bidang ini.

Mengulas mengenai perkembangan terbaharunya, dia memberitahu bahawa sedang menunggu tawaran untuk menjayakan sebuah drama pada bulan Mac nanti. Pada masa yang sama, ujar Natasha, dia juga mencuba nasib dalam bidang peragaan sebagai model.

Utusan


Nukilan..Seorang Insan Yang Menyesal
“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.
Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.
Suami memahami tanggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalamkeluarga saya.
Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.
Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.
Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.
Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.
“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya.
Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.
Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.
Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.
Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.
Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’.
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.”



KELIBANG - Seorang bekas pemain bola sepak Kedah dan Kebangsaan era 90an, Lee Thean Ewe, 43, nyaris maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kelibang menuju ke Bandar Kuah, kira-kira jam 2.30 petang, semalam.

Dalam kejadian tersebut, kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar tiang elektrik sehingga mengakibatkan hadapan keretanya remuk.

Mangsa, ketika ditemui Sinar Harian ketika kejadian berkata tidak mengalami apa-apa kecederaan serius hanya hentakan di kepala.

"Yang penting saya selamat. Saya nampak seperti seseorang hendak melintas jalan dan sebab itu saya cuba mengelak," katanya yang kelihatan trauma akibat nahas berkenaan.

Penduduk berdekatan tempat kejadian, Norman Abdul Latif, 38, berkata kemalangan memang kerap berlaku di jalan berkenaan.

"Pernah juga sehingga menyebabkan kematian. Selain kecuaian pemandu, struktur jalan yang kurang elok juga boleh menjadi faktor berlaku kemalangan.

"Saya mohon pihak bertanggungjawab meneliti semula keadaan jalan di sini. Ramai pemilik rumah di tepi jalan terpaksa mendirikan tembok untuk mengelak kereta terbabas ke dalam kawasan rumah mereka," katanya.


EMPAT remaja terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki didakwa menyeksa dua remaja dengan memukul, menembak dan menoreh dahi menggunakan pisau pemotong kotak.

Mangsa terselamat, Dustin Murrain, 16, memberitahu polis, dia diajak Jenna Jean Montgomery, 15, seorang pelajar di Sekolah Tinggi David Douglas ke sebuah rumah di tenggara Portland, Oregon selepas beberapa bulan mereka berkenalan.

Ketika tiba di situ, suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di belakang rumah tersebut.

Menurut laporan nydaily,dia kemudiannya ditahan tiga remaja lelaki sebelum dipukul dengan besi di kepala sebaik sahaja masuk ke dalam bangsal.

Selepas itu mangsa diarahkan membuka baju dan salah seorang suspek Christian Kalmbach, 15, menembak mangsa di dada, pangkal paha dan jari telunjuk.

Tidak cukup dengan itu, Kalmbach juga menoreh dahi mangsa dengan pisau pemotong kotak dan membuat bentuk swastika.

Ketika ditanya apa yang diinginkan penyerang daripadanya, mereka menuntut Murrain memulangkan papan luncur dan duit. Kemudian poketnya diselongkar dan mereka merampas iPodnya .

Bagaimanapun, Murrain dapat melarikan diri dan sempat meminta bantuan dari sebuah bengkel kereta berdekatan sebelum dihantar ke Hospital OHSU.

Montgomery, Kalmbach, Jess Taylor, 17 dan Shane Connell, 14, didakwa melakukan serangan kelas kedua, penculikan kelas pertama, konspirasi jenayah untuk melakukan penculikan kelas pertama dan rompakan kelas pertama.

Sumber: Sinar Harian


Sudah menjadi lumrah apabila seseorang yang cantik dikejar ramai dan tidak terkecuali juga dengan Norish Karman yang menjadi salah seorang yang sentiasa dikejar oleh ramai lelaki yang mahu menjadikan dirinya teman hidup.

“Ada yang datang mengurat dan ada itu yang membawa ibubapa mereka untuk meminang saya dan macam-macam lagi. Buat masa sekarang saya masih tidak mahu memikirkan soal jodoh dan perkahwinan kerana saya perlu fokus dengan perniagaan dan juga karier saya ini”

“Sekiranya saya hendak berkahwin atau apa sahaja saya mahu berdikari terlebih dahulu saya perlu untuk mencari rezeki dan harta supaya bakal suami saya tidak perlu untuk menanggung mereka dengan erti kata lain tidak perlu untuk dia dibebani dengan anak-anak saya”

“Biarlah anak-anak menjadi keutamaan saya dahulu. Kadang-kadang kalau saya di rumah anak-anak saya akan bertanyakan seperti tak keluar dating ke mama? Mereka sangat sporting dan tidak kisah untuk saya berkawan dengan sesiapa pun,” ujarnya sambil berseloroh.

Dia turut memberitahu bahawa hubungannya bersama bekas suaminya yang kedua tidak begitu baik kerana sehingga sekarang dia masih tidak membenarkan anak bongsunya bersama bekas suaminya yang kedua itu berjumpa.

“Saya tidak membenarkan mereka berjumpa kerana datuknya pernah berpesan supaya anak itu tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya itu,” ujar Norish Karman.
 
Rotikaya.com


Berita yang menjadi perhatian ramai dalam tempoh 24 jam yang lepas pastinya penceraian Erra Fazira & suaminya, Engku Emran yang sebelum ini sering di’landa spekulasi berkaitan situasi rumahtangga mereka yang dikatakan bermasalah.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam juga memutuskan hak penjagaan anak, Engku Aleesya diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

“Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,” ujar Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin.

Sinar Harian juga melaporkan yang pasangan ini mengaku sudah tidak tinggal sebumbung sejak setahun enam bulan yang lalu dan Erra Fazira yang ditemui media berharap tiada lagi persoalan tentang mereka selepas ini. 

“Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi. Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini,” ujar Erra Fazira selepas prosiding selesai.


Jangan mudah tergoda dengan kemolekkan tubuh dan paras cantiknya , sebab lima model wanita ini sebenarnya adalah lelaki . Namun , kerana satu dua perkara mereka memilih bertukar menjadi seorang wanita yang tak kalah memikat !
Transjender , merupakan sebutan bagi mereka yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi apabila dewasa berpenampilan seperti layaknya wanita . Sekararang ini blantika mode dunia semakin semarak dengan kehadiran para model transjender , terkadang sukar membezakan antara model wanita sebenar dan yang bukan . Sebab mereka sama ramping , berkadar dan sensual seperti para supermodel wanita umumnya .
Kalau anda masih tidak percaya , simak lima model transjender yang berjaya mencapai kejayaan sebagai model catwalk berikut ini . Cuba perhatikan dengan teliti , secara kasat mata boleh kah anda mengenal pasti bahawa mereka bukan seorang wanita ?

Andrej

Berasal dari Australia , Andrej dikenali sebagai model androgini ( seorang lelaki berpenampilan bak wanita ) dan popular kerana talentanya berpose untuk koleksi busana dua jantina , yakni wanita dan lelaki . Pada Januari tahun 2011 silam , Andrej diamanahkan oleh Jean - Paul Gaultier dan Marc Jacobs untuk memeragakan fesyen pada lini wanita dan lelaki , di Paris Fashion Week . Hal lain yang menarik , dalam laman models.com , pada tangga top 50 model lelaki , dirinya berada pada urutan ke - 18 . Namun , menurut hasil undian majalah FHM , Andrej ada pada urutan ke - 98 sebagai 100 model wanita paling seksi di dunia .

Lea C

Dilahirkan sebagai Leandro Cerezo pada tahun 1981 , model kelahiran Brazil ini sudah malang melintang menekuni kerjaya di dunia fashion , yang menurut beberapa orang merupakan industri yang kejam dan dangkal . Bukan perkara yang mudah bagi Lea untuk berjaya meraih pengiktirafan sebagai model transjender . Tetapi , melalui usahanya yang memakan masa hingga menahun , sekarang Lea dikenali sebagai salah satu model yang diambil kira dan menjadi muse untuk seorang perancang fashion kelas atas , Givenchy .


Isis King

Awam Amerika dan pelbagai negara di dunia , mengenal Isis melalui acara televisyen pencarian model berbakat , America 's Next Top Model , di pusingan 11 . Walaupun sebelumnya telah berkarier sebagai model selama tujuh tahun , tetapi program TV besutan bekas supermodel Tyra Banks ini , merupakan batu loncatan yang indah bagi Isis . Kerana , walaupun tidak keluar sebagai pemenang , namun kehadirannya sebagai model transjender pertama pada acara tersebut , telah membuat pemerhati dan pelaku industri mode mengenalinya .

Model kelahiran Maryland dengan nama Darren Walls di tahun 1985 silam , atas sokongan dan permulaan dari Tyra , serta melalui kepakaran perubatan Dr Marci Bowers , telah berjaya melakukan pembedahan organ pembiakan pada tahun 2007 lalu .

Sammy

Lebih dikenali dengan nama pentas , Sammy , berjaya terpilih sebagai Miss International Queen di tahun 2011 silam . Model asal Thailand yang menurut para juri pertandingan tersebut mempunyai peribadi yang menarik , supel dan berwawasan luas ini , kerap terlihat melenggang pada pentas peraga pereka ternama di Bangkok .

Chamila

Kelahiran Sri Lanka yang juga merupakan salah satu finalis pada pertandingan kecantikan , Miss International Queen Pageant , sekarang ini masih berjuang merintis karier sebagai seorang model pendatang baru

Persediaan majlis perkahwinan cukup memeningkan. Malah, jika tidak diuruskan dengan betul boleh jadi pelbagai masalah yang tiba. Jadi, kepada para pengantin, anda perlu tahu perkara yang boleh dan tidak dilakukan ketika majlis perkahwinan yang bakal tiba.

THE DO’S

Jika anda berkemampuan, upah perancang perkahwinan untuk pastikan hari bahagia anda berjalan lancar.

Kekal tenang dalam setiap keadaan.

Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan dan kedua-dua belah ibu bapa mengenai urusan perkahwinan untuk mengelakkan salah faham.

Pakai kasut setiap hari sebelum hari majlis untuk elakkan kaki melecet.
Bersenam dan jaga permakanan sebelum perkahwinan.

Jangan tersasar daripada bajet untuk elak kekesalan selepas majlis.

Cuba pelbagai solekan dan dandanan sebelum majlis untuk dapatkan gaya yang terbaik.
Tidur secukupnya untuk mengelakkan mata bengkak.

THE DON’TS

Jangan lambat ke majlis perkahwinan anda sendiri!

Jangan membuat keputusan besar tanpa berbincang dengan pasangan anda.

Jangan terlalu taasub dengan sesetengah idea perkahwinan, dengar pendapat orang lain untuk perspektif baharu.

Solekan tebal tidak digalakkan. Cuba solekan yang dapat serlahkan kecantikan anda, bukan menyembunyikan.
Usah terlalu taasub dengan jenama untuk hantaran, ini bukan masa untuk menunjuk-nunjuk.

Jangan berlapar sebelum majlis, sekurang-kurangnya alas perut supaya tidak masuk angin.
Jangan picit jerawat! Cuba krim yang dapat membantu mengurangkan bengkak.

Jika akad nikah anda dilangsungkan di masjid atau surau, pastikan busana anda sopan dan mengenakan tudung dengan gaya sempurna.


Sumber: Jurnal Kahwin, Majalah EH