UMUM tahu pantai Port Dickson sering menjadi lokasi pelancong khususnya dari warga kota Kuala Lumpur menghabiskan masa berkelah dan bermandi-manda bersama keluarga ketika cuti hujung minggu dan cuti sekolah.
Keunikan pantai Port Dickson yang masih bersih sering menjadi pilihan kerana jaraknya yang tidak jauh dari ibu negara.
Bagaimanapun di laman twitter ada pengguna laman sosial itu mendedahkan perbuatan membuang sisa cecair terus ke dalam laut didakwa pengguna berkenaan di Port Dickson dilakukan seorang individu dari sebuah lori.
Tidak diketahui apa kandungan cecair yang disalurkan ke dalam laut itu tetapi warnanya perang kehitaman dan jelas ia kelihatan kotor.
Jika benar, ia adalah cecair yang kotor atau mengandungi bahan kimia, tidakkah perbuatan itu dilihat pihak berkuasa tempatan yang membuat pemantauan di bandar yang dikenali sebagai Bandar Angkatan Tentera itu.
Pastinya orang ramai sudah berasa sedikit terganggu untuk ke Port Dickson dan bermandi-manda bersama keluarga dan sahabat handai.
No comments
Post a Comment