Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Stesen Sky News yang berpangkalan di UK membuat permohonan maaf selepas salah seorang penyiarnya, Colin Brazier ditunjuk menyelongkar bagasi milik seorang mangsa MH17.
"Kami tidak sepatutnya berbuat demikian," lapor Daily Mirror yang memetik Brazier sebagai berkata kerana beliau dilihat menyelongkar beberapa barangan dalam sebuah beg pakaian di lokasi nahas sebelum menyedari kesilapan itu.
Tindakannya itu dilaporkan mengundang banyak kritikan di media sosial, kata tabloid yang berpangkalan di UK itu.
"Hari ini ketika melaporkan dari tapak nahas udara MH17, Colin Brazier menunjukkan kepada penonton kandungan sebuah beg mangsa.
"Colin kemudian menyedari yang ia tidak sepatutnya dilakukan dan berkata demikian dalam laporannya itu. Colin dan Sky News memohon maaf berulang kali jika melakukan sebarang kesalahan," lapor Mirror Daily yang memetik seorang jurucakap Sky News sebagai berkata.
Latar belakang
Pesawat Malaysia Airlines MH17 dengan 298 orang di dalamnya terhempas di timur Ukraine pada kira-kira jam 10.15 malam pada 17 Julai (waktu Malaysia), berhampiran sempadan Ukraine-Rusia. Boeing 777-200 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dijadual tiba pada jam 6 pagi hari berikutnya.
Perang sedang berlaku di kawasan itu antara kerajaan Ukraine yang disokong Barat dengan kumpulan pemisah Ukraine disokong oleh Rusia. Ia dikatakan krisis yang paling teruk antara Barat dan bekas republik Soviet sejak Perang Dingin.
Ukraine dan Amerika Syarikat mengatakan mereka yakin pesawat itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara dari wilayah yang dikuasai oleh pemberontak Ukraine.
Presiden Rusia Vladimir Putin telah menyalahkan tragedi itu ke atas kerajaan Ukraine untuk memanjangkan perang menentang puak pemisah, tetapi tidak secara langsung menangani pihak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat tersebut.
Global
PETALING JAYA – Pelakon Johan As’ari tidak melihat tindakannya mengambil gambar bersama seekor anjing pengesan sebagai satu kesalahan besar sehingga dia wajar dikecam oleh para peminatnya.
Johan, 28, berkata, tindakannya itu hanya semata-mata untuk menghargai haiwan berkenaan yang sama-sama terlibat dalam penggambaran filem terbitan Tangan Seni Sdn. Bhd. iaitu Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang berakhir baru-baru ini.
“Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anjing pengesan juga berperanan besar dan rakan baik kepada pejuang kita dalam mengesan penjahat atau penceroboh di dalam hutan demi mempertahankan negara kita.
“Ia juga adalah pejuang dan perkara itu yang saya pelajari tentang anjing pengesan ini ketika menjalani penggambaran filem berkenaan,” katanya kepada mStar Online.
Johan ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa Wirefame Bersama Anak Yatim di Kelana Jaya di sini pada malam Sabtu lalu.
Ekoran Johan memuat naik gambar berkenaan di laman sosial Instagram miliknya dia dikatakan tidak sensitif sehingga menimbulkan perbalahan di antara kalangan peminatnya.
Pun begitu kata Johan, setiap kali selesai penggambaran dia akan samak seluruh badannya bagi memastikan tiada sebarang keraguan timbul dalam dirinya.Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Johan berkata, pada dasarnya dia tidak memegang anjing berkenaan biarpun dia mempunyai beberapa adegan bersama binatang itu.
“Tiada masalah jika terpegang anjing kerana kita boleh samak seperti mana di ajar dalam Islam.
“Bagaimanapun bagi mengelakkan rasa was-was saya akan memastikan setiap kali habis penggambaran bersama anjing pengesan itu saya akan samak seluruh badan saya,” katanya.
Sementara itu, Johan berkata, pengalaman berlakon bersama seekor anjing adalah pertama kali buatnya sepanjang bergelar pelakon dan mengakui ia bukan mudah.
“Pada mulanya saya tidak berani untuk berlakon bersama anjing tetapi selepas diberi tunjuk ajar tentang cara mendekati anjing baharulah saya jadi berani,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Johan berkata, pada 1 Ogos depan dia akan berangkat ke Pulau Krabi, Thailand bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid untuk penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi. – mStar Online
Hiburan
TOKYO – Hideaki Kobayashi sudah berusia 50-an, namun dia umpama `buang tabiat’. Jika dilihat dari bahagian kepala ke leher, Kobayashi adalah seperti lelaki pertengahan umur yang lain dengan kepala hampir botak dan berjambang.
Tetapi jika dilihat ke bahagian bawah badan, pasti mengejutkan. Ini kerana dia gemar memakai pakaian seragam sekolah budak perempuan dan tidak malu dengan keadaan itu.
Kobayashi mula berpakaian berkenaan sejak tiga tahun lalu.
Sebelum ini dia adalah jurutera komputer dan seorang jurugambar.
Ditanya kenapa dia memakai pakaian seragam budak sekolah itu, Kobayashi berkenaan ia merupakan persoalan yang sukar dijawab.
Meskipun dikecam ramai, namun dia tidak mempedulikannya dan memakai pakaian seragam itu ke merata tempat.
“Jika ada sesuatu yang awak ingin lakukan, lakukan sahaja. Itu adalah mesej untuk diri saya sendiri,” katanya.
Pelbagai
BANGGA sungguh pengendali akaun Facebook Persatuan Kongsi Gelap Melayu memuatnaik gambar dua remaja Melayu yang cedera akibat dibelasah oleh salah seorang ahli mereka, Abang Long Rafi kerana tidak berpuasa.
Menurutnya, ia terjadi di sebuah pondok kosong di Jerlun.
Bagaimanapun, tindakan itu tidak mendapat pujian daripada pengguna Facebook yang lain, sebaliknya mereka mengecam perbuatan kejam itu.
Setahu kami, agama Islam tidak mengajar umatnya untuk mengasari orang lain yang jauh lebih lemah walaupun mereka melakukan kesalahan.
Hakikatnya, ini bukannya cara hendak menyedarkan orang Melayu, tetapi lebih kepada memalukan bangsa Melayu itu sendiri…Bukankah ada cara lain yang lebih baik seperti menegur ataupun melaporkannya kepada pihak berkuasa?
Isu Panas
KIEV – Kini lebih 200 beg hitam yang mengandungi mayat-mayat mangsa nahas MH17 disimpan dan dipindah ke gerabak kereta api barang yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin.
Urusan pemindahan mayat-mayat ini dilakukan oleh pihak pemisah Ukraine yang pro-Rusia sejak Sabtu.
Walaupun mendapat tentangan dan kritikan antarabangsa tetapi askar-askar puak pemisah berkata itulah langkah terbaik yang boleh mereka lakukan kerana mayat-mayat mangsa yang telah dikutip dan dikumpulkan dari tempat nahas telah berbau.
Sebelum itu, mayat-mayat mangsa telah dibiarkan terdampar di tepi jalan dan di tempat pesawat malang itu terhempas sejak Sabtu dan musim panas di Eropah sekarang menjadikan situasi semakin sukar.
Sebahagian besar pekerja yang ditugaskan membantu mengangkut mayat-mayat itu didatangkan khas dari sebuah lombong yang berdekatan bagi mempercepatkan proses memindah ke gerabak kereta api.
Isu berkaitan urusan pengurusan mayat mangsa dan juga bangkai pesawat di tempat kejadian menjadi perdebatan antarabangsa kerana puak pemisah yang pro-Rusia menghadkan kemasukan pasukan antarabangsa yang dihantar ke tempat kejadian oleh kerajaan pusat Ukraine.
Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman memberitahu satu sidang akhbar di Kiev sejumlah 192 mayat telah dipindahkan ke gerabak-gerabak berhawa dingin itu.Kini gerabak-gerabak berhawa dingin itu di tempatkan di Stesen Kereta Api Torez sembilan batu dari tempat kejadian.
Bagaimanapun katanya pihak pemisah enggan membenarkan kereta api itu berlepas keluar dari Torez.
Global
Saya rasa sedih kerana tahun ini saya akan beraya tanpa Syamsul dan Sarah," ujar isteri Datuk Yusof Haslam, iaitu Patimah Ismail.
Kesedihannya itu gara-hara Syamsul Yusof, 30, dan isterinya Puteri Sarah Liyana, 29, bakal menyamput Aidilfitri di Mekah. Difahamkan, mereka berdua kini sudah berada di tanah suci setelah menaiki penerbangan Saudi Airlines pada 18 Julai lalu.
"Alhamdulillah Syamsul dan Liyana sudah pun berada di Mekah bagi mendapat keberkatan 10 Ramadan terakhir dan turut menunaikan Umrah.
"Sudah alang-alang, mereka juga akan menyambut Aidilfitri di sana bagi merasai suasana yang berara di Mekah pula," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Meskipun ketiadaan Syamsul dan Sarah, namun Patimah tetap bersyukur kerana tahun ini masih ada seorang menantunya iaitu Aeishah Zainal, isteri kepada Syafiq yang bakal beraya bersama keluarga mereka.
"Ingatkan tahun ini seronoklah sambutan raya kami kerana kehadiran dua menantu dalam keluarga tetapi Sarah dan Syamsul pula tiada.
"Sebagai ibu, pastinya saya berasa sedih, tetapi dalam masa sama tetap gembira dengan keputusan yang mereka buat itu dalam menjadi seorang umat Islam yang lebih baik.
"Jadi kami sekeluarga hanya menyambut Hari Raya ala kadar sahaja. Mujurlah Syafiq dan isteri bersama kami," katanya.
Hiburan
VOKALIS kumpulan Maroon 5 iaitu Adam Levine akhirnya sudah berkahwin dengan kekasihnya Behati Prinsloo pada 18 Julai lalu.
Menurut laporan E! Online, pasangan tersebut berkahwin dalam sebuah upacara berkonsepkan taman di Cabo San Lucas, Mexico dengan kehadiran kira-kira 100 tetamu undangan.
"Adam nampak segak dengan tuksedonya manakala Behati cukup anggun dengan gaun rekaan Marchesa.
"Selepas perkahwinan itu, mereka terus ke Afrika Selatan untuk berbulan madu," kata sumber.
Menariknya tentang majlis tersebut, Adam dan Behati enggan menerima sebarang hadiah daripada tetamu tetapi meminta mereka yang hadir untuk memberikan sumbangan kepada sebuah rumah kebajikan di Los Angeles.
Hiburan
Tidak ada mana-mana negara di dunia ini selain Palestin yang rakyatnya tidak dibenarkan memanggil nama negara mereka di tanah air mereka sendiri. Ini sahaja menggambarkan penindasan yang dialami oleh rakyat Palestin.
Sebagai manusia yang berhati perut, kekejaman Israel perlu dihentikan. Tetapi bagaimana?
Jika diikutkan hati, kita mahukan tentera dihantar ke sana. Tetapi ini tidak mungkin.
Bagaimana dengan sekatan ekonomi? Malangnya kebanyakan barangan harian kita adalah daripada ekonomi yang ingin disekat.
Kita boleh memboikot barangan syarikat yang menyokong dan membantu kekejaman Rejim Zionis. Ini tidak sama dengan memboikot syarikat yang dimiliki oleh bangsa yahudi. Jika ada syarikat melayu yang membantu kekejaman rejim zionis pun wajib kita boikot. Perkata tuntasnya adalah syarikat ini membiayai, membantu dan menyokong kekejaman Zionis ataupun tidak.
Adakah boikot ini akan memufliskan syarikat tersebut? Jawapannya tidak.
Sama ada syarikat ini rugi atau tidak- Rejim Zionis tetap akan mengganas. Setiap tahun RM9 billion dana diberikan oleh AS kepada Israel. Jika dinisbahkan, setiap rakyat AS membayar RM1500 setahun bagi membiayai operasi ketenteraan Rejim Zionis. Dana ini sahaja sebenarnya sudah cukup untuk menyembelih penduduk Palestin.
Tetapi yang ingin dicapai bukanlah perkara tersebut sebaliknya kita ingin dunia tahu terutama Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat yang kita cukup benci dengan kekejaman Rejim Zionis dan tindakan mereka menyokong kekejaman ini.
Terdapat segelintir yang sinis dengan kempen boikot. Ada yang berkata jika hendak boikot, boikotlah semua barang kerana tidak ada barang yang bukan daripada Israel. Memang benar.
Hakikat bahawa begitu banyak barangan seharian kita bergantung kepada barangan mereka sudah cukup menunjukkan betapa mundurnya negara-negara khususnya negara Islam. Tetapi wajarkah dengan alasan ini kita hanya mendiamkan diri melihat penderitaan di Gaza?
Jika mereka yang sinis ini bebas memperjuangkan hak hubungan sejenis, memperjuangkan pluralism dalam agama dan bermatian-matian mendaulatkan hak asasi manusia, mengapa perlu memperkecilkan usaha sesetengah pihak yang mahu berbuat sesuatu terhadap ketidakadilan ini?
Tidak dinafikan ada perkara dan barangan yang tidak boleh diboikot seperti cip komputer Intel dan enjin pesawat Boeing.
Tetapi begitu susahkah diri kita untuk tidak minum coca cola, menghirup kopi starbucks dan mengunyah burger McD? Atau tidak menyapu muka dengan produk L'Oreal, Estee Lauder, tidak menggunakan komputer Dell,HP dan produk Motorola? Begitu payahkah untuk tidak menyarung pakaian dalam Victoria Secret dan La Senza? Tidak bolehkan untuk tidak menggunakan produk insurans AIG? Bukankah kesemua produk ini mempunyai alternatif?
Memang mustahil untuk setiap orang memboikot kesemua barangan di atas. Ada sesetengah sukar untuk lakukannya atas sebab peribadi dan perniagaan. Bagaimanapun jika 10% memboikot separuh barangan di atas, ia sudah cukup menunjukkan betapa bencinya kita terhadap kekejaman Rejim Zionis.
Tidak dinafikan produk francais seperti McD akan berkata yang rugi daripada boikot ini adalah rakyat kita sendiri. Jualan kurang, silap haribulan pekerja dibuang. Jika begini, bolehkah syarikat-syarikat francais ini menyertai atau melancarkan dana bagi membantu rakyat Palestin? Setidak-tidaknya ini menunjukkan pendirian mereka berbeza walaupun daripada syarikat induk yang sama.
Ada yang berkata tidak perlu boikot, kita patut tambah derma. Tidakkah mereka ini tahu begitu sukar untuk menghantar bantuan masuk ke Gaza? Do these people realise that Israeli blockade of Gaza resulted in the Israeli navy stopping relief vessels in international waters and killing 9 Turkish humanitarian workers?
Untuk pengetahuan mereka yang sinis, awal tahun ini dana persaraan terbesar Netherlands PGGM telah melupuskan kepentingan mereka di dalam 5 bank Israel seperti Bank Hapoalim, Bank Leumi, Bank Mizrahi-Tefahot, the First International Bank of Israel dan Israel Discount Bank. Ini dibuat berdasarkan pencerobohan Israel melanggar artikel 49 Fourth Geneva Convention.
Dan ketika artikel ini ditulis, agensi perlancongan terbesar Germany, TUI telah membatalkan pakej lawatan ke Israel kerana membantah kekejaman Israel.
Mungkin mereka yang sinis ini beranggapan konflik Israel/Palestin adalah kerana agama. Memandangkan mereka liberal, mereka tidak mahu ambil tahu tentang perkara ini. Tetapi hakikatnya konflik ini melangkaui agama.
Terdapat bangsa yahudi, penganut kristian dan rakyat Eropah yang turut tidak bersetuju dengan kezaliman Rejim Zionis.
Nota Kaki:
1- Baca pendedahan oleh John J. Mearsheimer and Stephen M. Walt
di dalam buku "The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy".
2- Untuk mengetahui sejauh mana penglibatan syarikat-syarikat ini dalam kekejaman Zionis, boleh rujuk laporan Hoder Investment Research (HIR).
3- Ambil contoh Dell- mereka membekalkan 50,000 komputer kepada Israel Defense Forces selama tiga tahun sejak 2006. Komputer ini sudah pastilah bukan digunakan untuk bermain Dota atau Footbal Manager.
Informasi
Polis mendakwa Megumi telah melanggar undang-undang antipornografi. Megumi dikatakan telah mengaut hampir 6,000 pound untuk "karyanya" itu.
Megumi Igarashi yang mempunyai nama samaran Rokudenashiko itu berkata, dia yakin data tiga dimensi alat sulitnya itu bukan satu perbuatan lucah, dan dia tak menerima wang untuk foto selfie itu.
"Saya membuat karya seni menggunakan faraj saya yang saya sebut dengan kata Manko," ujar Megarashi.
"Saya fikir sungguh menarik boleh menghiasi faraj saya dan menggunakannya sebagai diorama. Namun, saya terkejut kerana ramai orang marah dengan karya saya, atau kerana saya menyebutnya Manko," tambah dia.
Megumi menambah, dia tidak mengerti mengapa masyarakat Jepun menganggap penggambaran atau penyebutan alat vital adalah hal tabu. Padahal, lanjut Megumi, alat kelamin lelaki atau zakar dengan bebas digunakan sebagai ilustrasi dan sudah menjadi sebahagian budaya pop Jepun.
Pelbagai
Pelbagai
Semasa asyik selfie di dalam pesawat, sama ada lupa atau di sengajakan, dari baju yang dikenakan Gaga itu memperlihatkan payudaranya. Foto itu kemudian dimuat naik Gaga ke akaun Instagramnya lalu mengundang banyak komen.
Tak lama selepas menjadi perbincangan dan kritikan netizen di media sosial, Gaga pun memadam foto selfie tersebut.
Hiburan
Beberapa negara dari Barat dan Kiev (ibu negara Ukraine) telah mula mencari penglibatan Rusia dalam insiden MH17 jika terdapat sebarang bukti kukuh bagi menyokong tuntutan mereka.
Timbalan Menteri Pertahanan Rusia memberitahu, beliau dijemput dari pihak Ukraine untuk menjawab 10 soalan bagi membuktikan komitmen mereka kepada siasatan tidak berat sebelah.
Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Anatoly Antonov mengkritik negara-negara barat kerana terus membuat kesimpulan hanya “24 jam selepas nahas itu” dengan tidak mempunyai bukti kukuh.
“Mereka cuba untuk menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa kita bertanggungjawab untuk insiden tersebut. Ia adalah sangat pelik kerana tanpa apa-apa keterangan daripada sekutu saya dari media Barat dan terus menunding jari kepada pihak kami, “kata Antonov. “Ia seolah-olah membuatkan kami adalah sebahagian daripada pencetus peperangan yang telah meraka mulakan terhadap Persekutuan Rusia.”
Sepuluh soalan kepada pihak berkuasa Ukraine
1. Sejurus selepas insiden, pihak berkuasa Ukraine secara terus telah menyalahkan ia pada unit pertahanan. Tuduhan berdasarkan apa ini?
2.Bolehkan Kiev memberikan penjelasan tentang bagaimana operasi untuk sistem peluru berpandu ‘Buk’ di zon kawasan konflik? Dan mengapakah sistem pelur berpandu tersebut merupakan pilihan pertama?
3. Mengapa pihak berkuasa Ukraine tidak melakukan apa-apa untuk menubuhkan satu suruhanjaya antarabangsa?
4 Adakah Angkatan Tentera Ukraine akan mebenaran pihak penyiasatan antaranbangsa untuk membuat siasatan yang terliti terhadap kelengkapan peralatan pesawat ketenteraan, termasuk senjata roket mereka iaitu ‘SAM’
5. Adakah suruhanjaya antarabangsa mempunyai akses kepada pengesanan data dari sumber yang boleh dipercayai mengenai pergerakan pesawat perang Ukraine pada hari insiden tersebut?
6 Mengapa pengawal trafik udara Ukraine membenarkan pesawat MH17 untuk menyimpang dari laluan biasanya ke utara dan seterusnya menyebabkan pesawat melalui ke laluan ‘zon operasi anti pengganas’
7 Mengapa ruang udara di zon perang Ukraine tidak ditutup sepenuhnya bagi perkhidmatan penerbangan awam? Terutamanya di kawasan yang tidak dilindungi oleh sistem radar?
8 Bagaimanakah laporan rasmi dari Kiev yang disebarkan pada media sosial mengatakan terdapat dua pesawat kepunyaan pihak tentera Ukraine iaitu Boeng 777 terbang bersama di ruang udara zon perang tersebut?
9 Mengapakah pihak keselamatan Ukraine mengadakan satu rakaman komunikasi antara pihak pengawal trafik udara Ukraine dengan anak kapal menggunakan data sistem tanpa menunggu perintah dari pihak penyiasatan antarabangsa?
10. Apakah pengajaran yang dipelajari oleh pihak Ukraine semasa kejadian yang agak sama berlaku pada 2001, apabila kapal terbang Rusia Tu-154 terhempas di laut hitam? Yang ketika itu pihak berkuasa Ukraine telah menafikan sebarang penglibatan pihak tenteranya sehinggalah terdapat bukti kukuh yang mennyataka pihak Ukraine merupakan punca sebenar dan terbukti bersalah.
Sumber: RT
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments