Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


25 Gambar Tempat Di Dunia Yang Menakjubkan Tapi Kelihatan Tak Real – Pernahkah anda melihat tempat yang cantik tapi macam tak real je. Sebenarnya tempat ni memang wujud namun kebanyakkannya masih tak percaya kecantik gambar tempat ni yang mana ianya seolah-olah di edit. Lihat gambar kat bawah.



Perghhhh.. Cantiknya semua gambar-gambar ni. Rasanya, anda teringin tak menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang dinyatakan di atas. Mestilah teringin kan.. Tapi sebaik-baiknya, pergike Mekah dulu lagi bagus.. Ye tak?

Keju memang tercipta kerana prosesnya menggunakan bakteria . Namun apa jadinya jika yang digunakan adalah bakteria yang berasal dari tubuh manusia ?

Itulah yang dilakukan oleh saintis Christina Agapakis dan ahli aroma Sissel Tolaas . Mereka membuat keju dari bakteria yang berasal dari lubang hidung , kaki , mulut , ketiak , pusat dan air mata . Mereka mengumpulkan sampelnya dari kulit artis , saintis , ahli antropologi dan pembuat keju .

Keju menjijikkan itu dibuat untuk projek " Selfmade " yang dipamerkan di pameran biologi sintetik di Dublin . Melakui karya itu , mereka ingin menunjukkan bakteria dalam tubuh yang diwakili dengan keju . Christina mengatakan bahawa aroma keju tersebut akan sama dengan bau tubuh si penderma bakteria .

Projek " Selfmade " itu menunjukkan kecilnya perbezaan antara bakteria dalam tubuh manusia , yang sering dibersihkan , dengan di dalam keju yang kerap kita makan . " Dengan membuat keju langsung menggunakan bakteria dari tubuh , kami ingin menunjukkan hubungan bakteria sekaligus mempersoalkan potensi untuk membangunkan dalam kehidupan , " ucap Christina 

Umum sudah mengetahui bahawa heroin filem KIL, Cristina Suzanne atau lebih dikenali sebagai Cris sudah pun bergelar tunangan orang.
Majlis pertunangannya telah diadakan pada 13 Oktober lalu di kampung halamannya yang bertempat di Kuantan, Pahang.
Kisah pertunangannya sebelum ini turut menjadi bualan apabila sebelum ini namanya sering kali dikaitkan dengan Bront Palarae.
Malah ada yang membuat spekulasi bahawa pertunangan atas pilihan keluarganya itu adalah disebabkan kecewa dengan perkahwinan aktor tersebut.
Namun, daripada gambar-gambar mesra yang dikongsikan Cris ini pastinya memberikan tanggapan yang salah.
Ini kerana, jelas kelihatan kedua-duanya begitu mesra dan ada juga gambar hampir bercium mulut yang pastinya akan mengundang kontroversi di kalangan peminat pelakon kacukan Melayu-Jerman itu.
Rasanya sebagai seorang yang dikenali ramai, tidak seharusnya dia memuat naik gambar-gambar mesra sebegini untuk tatapan umum.
Bukan apa, nanti dirinya juga yang akan dihentam masyarakat.
Tak gitu?







      

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di lantai bawah sebuah lif di Blok 11 Pangsapuri Sri Selangor, Jalan San Peng, di ibunegara semalam.
Mayat wanita itu yang hanya dikenali sebagai Gaurima, 62, seorang pekerja sapu sampah di sekitar flat tersebut, ditemui pukul 7.30 malam selepas penghuni di flat itu tidak tahan dengan bau busuk yang datang dari lif terbabit.
Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata seorang anggota Rela melakukan pemeriksaan di lif tersebut sebelum menemui mayat wanita itu yang sudah reput dan patah kaki.
Jurucakap polis ketika dihubungi Bernama berkata polis setakat ini mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut sehingga memperoleh laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

Sementara itu, proses pengecaman yang dilakukan seorang lelaki mendapati wanita itu adalah sepupunya.
“Adik mangsa beritahu saya, kakaknya hilang sejak tiga hari lepas dan saya memang syak wanita itu adalah kakaknya,” katanya.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu, sepasukan lima anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Jentera yang tiba kira-kira 10 minit kemudian mendapati mayat terbabit sudah membengkak dalam keadaan terlentang di bahagian bawah lif,” katanya. – Foto Jabatan Bomba Wilayah

 JAKARTA – Rasa cintanya terhadap suami barunya, Sajad Ukra, menjadikan inspirasi Nikita Mirzani menambah koleksi tato di tubuhnya. Bahkan, dia sengaja membuatnya di bagian intim.

"Saya punya tato nama suami saya. Tato nama Sajad di atas kemaluan," kata Nikita di kawasan Kemang, Jakarta Selatan, Kamis 5 Desember 2013 malam.

Bintang Comic 8 itu pun mengaku tengah menikmati kehidupan rumah tangganya. Apalagi, dia jarang bertemu dengan suaminya yang tinggal di Singapura.

"Dia suami saya yang paling baik, pengertian. Karena kita belum satu rumah, kadang masih pulang pergi Jakarta-Singapura. Niki orangnya kangenan, orangnya romantis, jadi kalau enggak ketemuan gimana gitu," tutup dia.

Sumber: celebrity.okezone.com

Bayangkan jika anda pergi ke tandas untuk buang air , namun tiba - tiba mengetahui ada sarung tangan latex yang keluar dari tubuh anda . Apa yang akan anda rasakan ? Ngeri , tentu saja . Kengerian itulah yang dirasakan Sharon Binks , wanita 42 tahun asal Derbyshire ketika mengetahui ada sarung tangan yang keluar dari tubuhnya saat buang air .

Sebelumnya , Sharon Binks menjalani pembedahan rahim ( hysterectomy ) di hospital Royal Derby Hospital . Kerana merasa tubuhnya belum sihat , Binks masih berada di hospital tersebut . Namun tiba - tiba dia merasakan sakit yang sangat pada perutnya .


 Awalnya Binks menganggap itu hanya sakit perut biasa , tetapi dia merasa ada benda aneh yang keluar dari tubuhnya . Ya , benda itu tak lain adalah sarung tangan latex yang ' ditinggalkan ' doktor dalam perutnya ketika melakukan pembedahan.

" Kejadian itu sangat mengerikan . Ketika aku ke tandas , aku tiba - tiba merasa ada sesuatu yang licin muncul dari tubuhku . Aku menariknya keluar dan aku melihat satu sarung tangan latex besar yang penuh darah , " ungkap Binks menceritakan kengeriannya , seperti dilansir oleh Daily Mail ( 02 / 12 ) .

Binks yang sudah mempunyai enam anak itu segera memberitahu jururawat dan mereka melakukan pemeriksaan organ dalam secara menyeluruh padanya . Binks memang belum siap pulang kerana tubuhnya belum benar - benar sihat . Namun dia juga bersyukur dia belum pulang ketika mengalami kejadian itu .

" Ini seharusnya tak pernah terjadi . Aku masih menduga bagaimana hal seperti ini boleh berlaku . Bagaimana sarung tangan boleh tertinggal dalam tubuhku . Aku tak membayangkan betapa bahayanya jika sarung tangan itu tetap di dalam , " tambahnya .

Selanjutnya pihak hospital berjanji akan siasat kejadian tersebut dan meminta maaf sedalam - dalamnya pada Binks . Mereka mengaku sangat menjaga keselamatan pesakit dan memastikan perkara yang sama tak akan berulang lagi .

" Kami sangat menyesal atas kejadian yang menimpa Puan Binks , dan meminta maaf untuk itu . Tentu saja hal ini tak seharusnya berlaku , dan kami akan melakukan siasatan mendalam , " jelas Sue James , eksekutif dari Derby Hospital .

Kejadian semacam ini ada baiknya untuk dijadikan pelajaran bagi semua pihak . Semoga tak ada yang mengalami seperti yang dialami oleh Sharon Binks lagi di masa depan .

PETALING JAYA – Pengikut ajaran sesat Tuhan Harun telah merancang untuk membunuh lebih ramai pemimpin penguatkuasa, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata siasatan awal mendapati pengikut ajaran sesat bukan sahaja bertanggungjawab merancang dan menjalankan pembunuhan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Pengarah Penguatkuasa Ahmad Rafli Abdul Malek bulan lepas, tetapi juga sedang dalam perancangan melakukan pembunuhan lain.
“Kita bernasib baik kerana berjaya menangkap pemimpin dan beberapa pengikut kerana mereka juga merancang untuk membunuh orang lain,” katanya pada sidang akhbar di Wakaf Tapai, Kuala Terengganu, Khamis.
“Kita telah menangkap dua daripada 10 mahu pengikut ajaran sesat Tuhan Harun yang dikehendaki…masih mencari lapan lagi.”
Ditanya nama-nama yang menjadi sasaran mereka, Khalid enggan mengulas lanjut tetapi menyatakan bahawa pengikut adalah pelampau yang akan mengambil jalan keluar dengan membunuh orang-orang yang menghalang pergerakan mereka. – The STar

Tiz Zaqyah mengakui berasa teruja apabila mengetahui dirinya bakal digandingkan dengan pelakon terkenal Filipina, Jericho Rosales dalam drama bersiri terbaru yang dilakonkannya.
Drama yang diberi judul Chef itu bakal memulakan penggambarannya dalam masa terdekat ini.
Walaupun teruja namun Tiz tetap gementar dan akan mengambil masa yang lama untuk membina keserasian dengan pasangannya dalam sesebuah naskhah yang dilakonkan.
“Sudah tentu teruja kerana diberi peluang bekerja dengan pelakon terkenal daripada negara lain dan teruja juga nak lihat bagaimana dia bekerja.
“Namun terus terang saya agak gementar kerana bukan seorang pelakon yang senang untuk membina chemistry lebih-lebih lagi dengan pelakon lelaki yang baru pertama kali berjumpa,” katanya memetik laporan Murai.
Dalam perkembangan lain, Tiz baru sahaja pulang dari Amerika selepas menjayakan penggambaran telefilem Oh My English.

GEORGTOWN – Tindakan sepasang kekasih bercumbu sambil tubuh wanita berada di atas badan teman lelakinya di tempat duduk penumpang membawa padah apabila mereka dicekup kerana disyaki berkelakukan kurang sopan di kawasan hentian Rawat dan Rehat (R&R) Bagan Ajam, di sini, malam kelmarin.
Pemeriksaan itu dijalankan jam 11.30 malam oleh sepasukan 17 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan sambil dibantu lima anggota Cawangan Penyiasatan Ketenteraan (CPK).
Khairul Azman berkata, ketika rondaan dilakukan sebuah kereta dikesan berhenti di tepi jalan berhampiran pantai di kawasan itu sebelum pemantauan dan pemeriksaan dijalankan.
Menurutnya, ketika merapati kenderaan itu didapati seorang lelaki ditemui terbaring di tempat duduk penumpang bahagian hadapan manakala seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya berada di atasnya dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, apabila diperiksa dan ditahan, kedua-dua mereka yang berusia 20-an itu menafikan melakukan perbuatan tidak senonoh. namun selepas disoal siasat mereka mengaku bercumbu.
“Mereka diberikan notis menghadirkan diri di Pejabat Agama Daerah Butterworth.
“Turut ditahan dua lagi pasangan di kawasan itu yang dikesan berpelukan dalam keadaan mencurigakan,” katanya.
Khairul Azman berkata, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. – Harian Metro




Untuk membangkitkan semangat memang boleh dilakukan dengan melihat keadaan sekitar kita yang lebih tidak bernasib baik . Hal itu juga yang dilakukan oleh Wang Xinmin . Namun uniknya , sosok yang menginspirasinya adalah seekor kambing .

Rupanya ada seekor kambing di China yang dilahirkan hanya mempunyai dua kaki namun tetap hidup baik - baik saja . Ia kemudian mendapat liputan oleh media dan dibaca oleh Wang yang mengidap kanser . Di sana diceritakan bahawa kambing itu belajar cara berjalan hanya dengan dua kaki belakang .


Kisah perjuangan kambing itu rupanya memberi inspirasi kepada lelaki berusia 31 tahun tersebut . Wang akhirnya melayari pelosok China untuk membeli kambing itu yang hidup di Zhoukou , wilayah Henan , hanya 4,500 Yuan.

" Ketika aku membaca artikel itu aku merasa mempunyai tanggung jawab untuk menjaganya , " ucap Wang . " Aku ingin ikut menguncup semangatnya yang akan jadi ubat terbaik untukku ."

Menurut si pemilik , kambing tersebut lahir pada Ogos lalu dan ketiga saudaranya normal . Kemungkinan keadaan itu disebabkan oleh mutasi genetik . Sebulan selepas lahir ia belajar berjalan sendiri .

Wang sendiri mempunyai kisah perjuangan berat selain menghadapi kanser . Ia pernah putus kuliah kerana tidak punya wang pada 2004 . Namun dua tahun kemudian boleh memperoleh ijazah sarjana setelah mengumpulkan wang hasil mendirikan syarikat start - up bersama rakannya .

Sumber: wowkeren.com
 

Satu kemalangan melibatkan 3 buah kereta mewah Lamborghini di KM 260.1 dari Port Dickson menuju ke Seremban. menurut info, lorong tengah & kanan terhalang dan menyebabkan keadaan trafik sesak.

3 buah kenderaan jenis Lamborghini tersebut melanggar sesama sendiri dan mengakibatkan kebakaran yang teruk pada kereta Lamborghini berwarna hitam. Ketiga-tiga kereta tersebut bernombor plat pendaftaran Singapura.

Melihat kepada foto kemalangan, kenderaan terlibat daripada model Lamborghini Gallardo - Sumber Gambar DTR Group








Tawau: Gagal memujuk isterinya pulang ke rumah, seorang suami menyimbah petrol ke rumah keluarga mentua sebelum adik iparnya yang cuba menghalang tergelincir ke dalam api dan terbakar hidup-hidup di Taman Semarak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, Darwin Tahang, 24, melecur hampir 95 peratus dan kini bertarung nyawa kerana dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Tawau, di sini.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila abang iparnya berusia 52 tahun yang mempunyai masalah rumah tangga datang ke rumah mentua sebelum memujuk isterinya kembali tinggal bersamanya.

Namun, selepas pujukannya ditolak, lelaki terbabit menuju ke arah keretanya lalu mengambil dua tong petrol sebelum menyimbahnya di hadapan rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, suspek kemudian menyalakan pemetik api sebelum mangsa yang menyedari tindakan gila abang iparnya cuba menahannya daripada berbuat demikian.