Tiz Zaqyah mengakui berasa teruja apabila mengetahui dirinya bakal digandingkan dengan pelakon terkenal Filipina, Jericho Rosales dalam drama bersiri terbaru yang dilakonkannya.
Drama yang diberi judul Chef itu bakal memulakan penggambarannya dalam masa terdekat ini.
Walaupun teruja namun Tiz tetap gementar dan akan mengambil masa yang lama untuk membina keserasian dengan pasangannya dalam sesebuah naskhah yang dilakonkan.
“Sudah tentu teruja kerana diberi peluang bekerja dengan pelakon terkenal daripada negara lain dan teruja juga nak lihat bagaimana dia bekerja.
“Namun terus terang saya agak gementar kerana bukan seorang pelakon yang senang untuk membina chemistry lebih-lebih lagi dengan pelakon lelaki yang baru pertama kali berjumpa,” katanya memetik laporan Murai.
Dalam perkembangan lain, Tiz baru sahaja pulang dari Amerika selepas menjayakan penggambaran telefilem Oh My English.
No comments
Post a Comment