Tawau: Gagal memujuk isterinya pulang ke rumah, seorang suami
menyimbah petrol ke rumah keluarga mentua sebelum adik iparnya yang cuba
menghalang tergelincir ke dalam api dan terbakar hidup-hidup di Taman
Semarak, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, Darwin Tahang, 24, melecur hampir
95 peratus dan kini bertarung nyawa kerana dilaporkan kritikal di Unit
Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Tawau, di sini.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila abang iparnya berusia 52 tahun yang
mempunyai masalah rumah tangga datang ke rumah mentua sebelum memujuk
isterinya kembali tinggal bersamanya.
Namun, selepas pujukannya ditolak, lelaki terbabit menuju ke arah keretanya lalu mengambil dua tong petrol sebelum menyimbahnya di hadapan rumah berkenaan.
Namun, selepas pujukannya ditolak, lelaki terbabit menuju ke arah keretanya lalu mengambil dua tong petrol sebelum menyimbahnya di hadapan rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata,
suspek kemudian menyalakan pemetik api sebelum mangsa yang menyedari
tindakan gila abang iparnya cuba menahannya daripada berbuat demikian.
No comments
Post a Comment