Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Klang: Seorang anggota polis mati manakala seorang lagi cedera parah diserang oleh lima lelaki dalam rondaan mencegah jenayah di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa Klang, Selangor.Semasa melakukan rondaan di tempat kejadian kereta peronda polis telah terserempak dengan lima lelaki disyaki warga Indonesia, anggota telah buat pemeriksaan dan berlaku pergelutan.
Dalam pergelutan tersebut, suspek telah merampas pistol milik anggota polis tersebut dan cuba menembak namun tindakan pantas oleh rakan anggota telah berjaya merampas kembali senjata milik dan telah berjaya menembak dua suspek.

Salah seorang anggota polis berpangkat Koperal telah meninggal dunia apabila sampai di Hospital Klang, manakala seorang lagi masih menerima rawatan setelah bantuan kereta peronda lain sampai.
Butir-butir suspek yang mati masih belum diketahui dan polis sedang menyiasat. Sebilah pisau turut dijumpai di tepi simati.
Siasatan masih dijalankan di tempat kejadian dengan bantuan Forensik IPK Selangor, Al-fatihah dan Salam Takziah.
[Wow] - Jenayah
Tumpat: Seorang wanita berusia 85 tahun ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan kesan jerutan di leher dan mulutnya disumbat tuala di rumahnya di Kampung Kutan Hilir, Wakaf Bharu, di sini, semalam.
Mayat Wan Mariam Wan Mahmud ditemui cucunya, Mohd Faizal Abd Samad, 30, kira-kira jam 3.30 pagi.
Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu untuk dibedah siasat. Mohd Faizal berkata, ketika berada di kedai makan berhampiran rumah neneknya kira-kira jam 3.30 pagi, dia menerima panggilan telefon daripada nombor telefon neneknya.
Dia bergegas ke rumah neneknya kerana berasa pelik apabila tidak mendengar suara wanita itu.
Pintu dapur dikopak
Beliau kemudiannya mendapati pintu dapur dan bilik tidur rumah neneknya yang tinggal seorang diri, dikopak.
Sebaik nampak pintu dapur terbuka, dia terus masuk dan mendapati rumah berselerak sebelum ke bilik neneknya untuk mengejutkannya yang tidur di atas katil.
“Saya yang belum tahu nenek sudah meninggal dunia, kemudian memaklumkan kepada jiran mengenai ada orang memecah masuk rumah nenek. Selepas membuat pemeriksaan bersama jiran, baru kami tahu nenek sudah meninggal dunia dengan mulutnya disumbat tuala,” katanya.
BH
[Wow] - Jenayah
KUALA TERENGGANU – Sebelum ini, dia pernah digelar ‘Spiderwoman’ selepas tindakan nekadnya memanjat tingkat tiga sebuah asrama sekolah menengah di bandar raya ini semata-mata ingin mencuri kabel besi tembaga.
Susulan perbuatan itu, dia telah dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM1,500, namun ibu beranak satu itu seolah-olah tidak pernah serik apabila memecah masuk pula rumah milik seorang warga emas di Jalan Haji Abdul Rahman Limbong Kuala Ibai, di sini, jam 11 malam, 17 Februari lalu.
Wook@ Murniyati A Rahman, 34, dari Perumahan Kos Rendah Kampung Bukit Tunggal, di sini, mengaku salah melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah semasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Berikutan pengakuan salah itu, dia dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Majistret Abdul Hayyi Salim.
Wook mengaku salah melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik seorang warga emas, Arisah Abdullah, 62, sebelum mencuri pelbagai jenis barangan seperti sebuah televisyen Samsung 42 inci, gelombang mikro jenama Vidigo, pengisar roti, pakaian dan beg pakaian, enam keping permaidani, set pinggan mangkuk, cadar dan langsir, kerusi lipat plastik, kain samping benang emas, mesin senaman jenama Osim dan pembesar suara.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda manakala Wook tidak diwakili peguam.
Terdahulu dalam rayuannya, Wook merayu mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana mendakwa dia terpaksa melakukan jenayah itu kerana memerlukan wang untuk menyara anak dan ibu yang sudah uzur.
Berdasarkan fakta kes, mangsa meninggalkan rumahnya dalam keadaan baik jam 11 pagi pada 1 Disember tahun lalu untuk ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pada 17 Februari lalu, mangsa menerima panggilan daripada jirannya yang memaklumkan rumahnya dipecah masuk dan mangsa yang tiba di rumahnya pada keesokan harinya mendapati pelbagai jenis barangan hilang sebelum membuat laporan polis. - Sinar Harian Online
[Wow] - Jenayah
Kuala Lumpur: “Dalam keadaan tangan atau kaki dirantai, saya disepak terajang, dipukul dengan kayu, besi atau tali pinggang, kuku kaki dicabut menggunakan playar. Tidak cukup dengan itu, kemaluan turut dihentak dengan objek tumpul.
“Saya tidak dibenarkan menjamah makanan sebaliknya penyeksaan itu dilakukan konco along hampir 24 jam secara bergilir-gilir setiap hari...ia bagaikan neraka dunia,” kata Ah Kim, 39, seorang daripada mangsa along yang dikurung dalam ‘penjara’ ciptaan kumpulan lintah darat itu bagi mereka yang gagal melunaskan hutang.
Menurutnya, dia menggelarkan penjara along itu sebagai ‘Guantanamo along’ kerana konsep penyeksaan kejam dilakukan kumpulan terbabit terhadap peminjam sepertinya.
Ah Kim yang juga peniaga sayur mendakwa mula meminjam wang RM3,000 daripada lintah darat itu pada 2009.
“Ikutkan (perjanjian), saya diarahkan membayar RM100 setiap hari sehinggalah hutang selesai. Selepas enam bulan, perniagaan mula merosot dan disebabkan itu, bayaran mula tertunggak. Disebabkan itu, kadar bunga mula meningkat dan mencecah RM13,000.
[Wow] - Jenayah

Polis kini sedang mencari sekumpulan remaja yang dipercayai terlibat dengan kes rompakan di kedai serbanika 7 Eleven sekitar Jalan Kuchai Lama dan Taman Desa, Kuala Lumpur.
Sekurang-kurangnya tiga kes rompakan bersenjata dilakukan oleh kumpulan ini yang dipercayai berusia di bawah 17 tahun.
Berdasarkan rakaman CCTV, remaja lelaki yang terlibat nampaknya benar-benar berani apabila tidak mengenakan topeng muka ketika menyamun wang tunai dan rokok ketika merompak.
Menurut sumber polis, rompakan pertama dilakukan kumpulan ini pada jam 8.40 malam 9 Februari lalu di Happy Garden, Kuchai Lama dengan bersenjatakan parang melibatkan wang tunai RM500.
Rompakan sama diteruskan pada 12.34 tengah hari, 20 Februari di mana wang tunai RM41.10 dan rokok bernilai RM257 dilarikan, disusuli kejadian 29 Februari di Taman Gembira, Jalan Kuchai Lama melibatkan wang tunai RM99.25 dan lebih 50 kotak rokok yang dianggarkan bernilai RM699.25.
Kini, gambar kesemua suspek sudah diedarkan dan ditampal di setiap cawangan 7 Eleven untuk membantu proses mengesan mereka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 kerana melakukan rompakan bersenjata.
[Wow] - Jenayah

Dalam kejadian kira-kira jam 10.17 malam itu, mangsa dikenali sebagai S Devanathan, 27, yang terkena dua das tembakan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, sebelum kejadian, mangsa menaiki sebuah kenderaan bersama seorang lagi rakannya untuk keluar minum di sebuah restoran.
“Tiba-tiba sebuah kereta Proton BLM yang dinaiki oleh empat suspek melanggar bahagian belakang kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa dan rakannya itu,” katanya.
Beliau berkata, rakan mangsa kemudian keluar dari kenderaan untuk melihat keadaan dan pada masa sama salah seorang daripada empat lelaki itu keluar lalu menjerit dengan kata-kata ‘You patut kena potong’.
“Mangsa cuba melarikan diri sejauh tujuh meter sebelum ditembak tiga das di mana dua das tembakan mengenai badan dan salah satunya menembusi mulut mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.
Khairi berkata, suspek kemudian melarikan diri, sebelum orang awam menghubungi polis dan pasukan bantuan perubatan.
Siasatan polis di tempat kejadian menemui kesan percikan darah, satu kelongsong peluru dan dua slug peluru dipercayai dari senjata pistol automatik yang digunakan suspek menembak mangsa.
Susulan kejadian itu, pihaknya menahan dua individu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Menurutnya, siasatan awal mendapati salah seorang daripada empat lelaki yang berada dalam kereta Proton BLM itu dikenali mangsa.
“Kita masih menyiasat motif kejadian. Kita juga akan meneliti rakaman CCTV di kawasan itu dan mohon mana-mana individu yang melihat kejadian tampil memberi maklumat,” katanya.
[Wow] - Jenayah
Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam.
Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka.
Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.
"Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.
"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.
Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu.
Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian.
[Wow] - Jenayah
PASANGAN Bermaksiat Di Tembak Mati. Memang kejam. Namun tidak dapat di pastikan dimana lokasi kejadian Menurut sumber pasangan ini ditembak hingga mati dalam keadaan aib, iaitu ketika sedang melakukan maksiat. Apa yang menyedihkan, sepasang kekasih ini ditembak dikepala dan dibiarkan dalam keadaan yang ngeri !
[Wow] - Jenayah

Manjung: Tiga penjenayah dipercayai warga asing dengan seorang daripada mereka memiliki sepucuk pistol jenis Smith & Wesson Magnum 357, ditembak mati anggota polis dalam satu kejadian di Kampung Buruk Bakul, Beruas, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5.40 pagi, pasukan Cantas Khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengesan kenderaan PROTON Waja dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekori dan memintas kenderaan berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, secara tiba-tiba seorang suspek bertindak melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis sehingga terkena cermin sisi di tempat duduk belakang kenderaan.
“Ketika itu, kenderaan pasukan Cantas Khas menghimpit kenderaan suspek menyebabkannya terbabas ke tepi jalan. Suspek terus melepaskan beberapa das tembakan sebelum tiba-tiba dua suspek bersenjata parang keluar dari kenderaan itu dan cuba menyerang pasukan Cantas Khas.
“Dalam usaha mempertahankan diri, pasukan Cantas Khas melepaskan tembakan ke arah suspek menyebabkan ketiga-tiganya maut di tempat kejadian,” katanya.
[Wow] - Jenayah
![]() |
| Gambar Hiasan |
Seremban: Seorang anak tidak menyangka apa-apa apabila bapanya terdiam ketika dia secara berseloroh meminta sedikit wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pagi kelmarin.
Muhamad Azri Aris, 21, berkata perwatakan bapanya, Aris Sulaiman, 64, yang mati ditikam dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Tampin di sini malam kelmarin, lazimnya suka bergurau.
Bagaimanapun, katanya, arwah berubah menjadi pendiam sejak beberapa hari lalu, termasuk ketika beliau bergurau meminta RM100 daripada RM650 wang BR1M yang dimasukkan ke dalam akaun bapanya, kelmarin.
Anak bongsu empat beradik yang bertugas sebagai Polis Bantuan di Bangi, Selangor itu berkata, ibunya, Rusinah Hasim, 54, dihubungi pemilik stesen minyak jam 9 malam dan memaklumkan berlaku krisis serta meminta mereka datang segera.
Kebetulan saya berada di rumah keluarga di Taman Seri Kasih kerana bercuti dan segera membawa ibu ke stesen minyak.
Sebaik tiba, saya lihat anggota polis dan orang ramai berkerumun.
Saya tidak sedap hati lalu bertanya seorang anggota polis di situ dan sangkaan saya ada sesuatu yang tidak baik berlaku tepat apabila majikan ayah menceritakan kejadian itu, katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, semalam.
Tikaman kena jantung
Dalam kejadian jam 8.50 malam itu, mangsa yang berada seorang diri di stesen minyak ditemui mati di kaunter bayaran dengan tiga kesan tikaman di dada, termasuk satu mengenai jantung.
Penjenayah yang dipercayai memakai topi keledar penutup penuh dan jaket, memasuki kedai serbaneka stesen minyak itu dan berpura-pura mahu membayar air kotak diambilnya.
Bagaimanapun, suspek mengeluarkan pisau lalu menikam mangsa sebelum melarikan wang tunai RM1,500 dari mesin juruwang.
Anak sulung mangsa, Rohaizat, 33, nekad tidak akan memaafkan perbuatan penjenayah yang membunuh bapanya.
Sesiapa pun yang berada di tempat saya akan berbuat demikian, katanya yang mengetahui kejadian itu jam 10 malam.
[Wow] - Jenayah

Seorang lelaki ditembak mati ketika menyerang anggota polis di Jalan Airport Kerteh, Kemaman, Terengganu petang semalam.
Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Along Kemasek cuba diberkas empat anggota polis selepas menerima maklumat bahawa suspek terlibat dengan kes samun kedai serbanika dan stesen minyak sekitar kawasan Kerteh.
Bagaimanapun semasa hendak membuat tangkapan, suspek telah menyerang salah seorang anggota polis menggunakan parang sepanjang 3 kaki.
Ketika hendak menghayun parang ke arah anggota polis yang terjatuh, anggota lain terpaksa melepaskan tembakan. Salah satunya mengenai perut suspek yang turut membawa bersamanya sebilah pisau lain di pinggang.
Berdasarkan rekod, suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau
[Wow] - Jenayah

Balik Pulau: Akibat dendam lama, seorang pemilik kedai barangan lusuh
terpaksa menanggung azab apabila pergelangan tangan kanannya hampir
putus ditetak sekumpulan samseng dalam kejadian berhampiran sebuah kedai
makan di Batu Maung, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa berusia 44 tahun
turut cedera pada tangan kiri dan kakinya ketika cuba melawan serta
mempertahankan diri daripada terus ditetak kira-kira 10 lelaki.
Menurut sumber, mangsa ketika itu bersama tiga lagi rakannya baru tiba di kedai makan berkenaan dengan menunggang motosikal.
“Ketika itu, mereka berada di tempat parkir motosikal berhampiran
kedai makan berkenaan sebelum didatangi kumpulan samseng bersenjatakan
parang yang terus menyerang mereka.
“Rakan mangsa melarikan diri dan hanya tinggal mangsa berseorangan.
Dia ditetak kumpulan samseng terbabit hampir lima minit sebelum mereka meninggalkannya dalam keadaan tidak bermaya,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan.
“Hasil keterangan, mangsa mendakwa kejadian itu mungkin disebabkan dendam kerana dia mempunyai perselisihan faham dengan satu kumpulan kongsi gelap sebulan lalu.
“Polis mengambil keterangan daripada rakan mangsa, namun mereka mendakwa tidak dapat mengecam wajah suspek kerana semua suspek memakai topi keledar berpenutup penuh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, susulan itu, polis menahan empat suspek dipercayai dapat membantu siasatan kes berkenaan.
“Semua suspek berusia 21 hingga 34 tahun kini ditahan untuk membantu siasatan dan polis merampas sebilah parang yang digunakan untuk menetak mangsa.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

-Harianmetro-
[Wow] - Jenayah

Alor Gajah: Dua pekerja kontrak warga Vietnam parah selepas ditikam di dada dan perut oleh rakan sekerja mereka di sebuah tapak projek perumahan di Taman Sedri Pelangi, Rembia, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.15 petang, See Dek, 25, ditikam di bahagian kiri dadanya oleh suspek yang juga rakannya berusia awal 30-an di dalam tandas sebuah bangunan di tapak projek perumahan terbabit.
Difahamkan, rakan mangsa, Ad Win, 40-an, yang cemas melihat rakannya terbaring berlumuran darah sambil menekup dada cuba melawan dua suspek terbabit, namun dia turut ditikam di perut sebelum suspek melarikan diri.
Melihat dua suspek yang juga rakan senegaranya itu melarikan diri, Ad Win bingkas bangun mengejar mereka sehingga ke deretan bangunan kedai sambil menjerit meminta tolong sebelum dia tersungkur berhampiran sebuah kedai runcit kerana kecederaan parah dialaminya.
Menurut sumber, ketika kejadian kedua-dua mangsa baru saja berehat untuk makan tengah hari di tapak projek berkenaan sebelum didatangi dua suspek dalam keadaan berang sambil memegang sebilah pisau dan kayu.
[Wow] - Jenayah

Wanita Tempatan Tipu RM1.2 Juta Hanya Guna Facebook | Assalamaualaikum, salam subuh dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Saban hari, bilangan kes penipuan online kian membimbangkan. Banyak laporan telah dibuat berkenaan penipuan online dan tak kurang juga ada yang menjadikan Facebook sebagai medium sindiket penipuan online.
Terbaru, Seorang wanita tempatan menjadikan akaun laman sosial Facebook sebagai medium menipu dalam talian dengan mengaut keuntungan jutaan ringgit sepanjang tempoh dua tahun beroperasi.Lapor Kes Penipuan Online Dan Kenali Penipu-Penipu Online Di Sini –>Senarai Penipu Online
Bersekongkol dengan lima warga Nigeria melakukan aktiviti African Scam itu terbongkar selepas mangsa, wanita warga negara Singapura membuat laporan polis mendakwa ditipu mereka, baru-baru ini.
Wanita yang menyamar sebagai kakitangan bank dan pegawai kastam itu dilaporkan mengaut keuntungan sekitar RM1.2 juta hasil penipuan berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, mangsa yang juga ahli perniagaan wanita berusia 60 tahun, ditipu hampir RM600,000 selepas terpedaya dengan suspek yang dikenalinya Julai lalu.
Beliau berkata, mereka berkenalan menerusi laman sosial itu, selepas mangsa terpikat dengan suspek yang menyamar sebagai lelaki warga Ireland.
Hadiah melalui kurier
Sebagai tanda persahabatan, katanya, suspek menghantar hadiah melalui kurier yang didakwa mengandungi wang tunai RM750,000 kepada mangsa.
“Mangsa diarah membuat pembayaran ke atas bungkusan termasuk cukai kastam dan insurans. Mangsa membuat transaksi di empat akaun bank tempatan termasuk akaun wanita berkenaan,” katanya di sini semalam.
Katanya, hasil risikan, suspek berumur antara 25 hingga 40 tahun berjaya diberkas di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, tengah hari kelmarin.
Siasatan awal juga mendapati, kelima-lima suspek warga Nigeria itu memasuki negara ini menggunakan visa pelajar.
“Mereka memberi faedah 10 peratus kepada pemilik akaun daripada jumlah keuntungan penipuan itu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, tiga lelaki dipercayai ahli sindiket pengedaran cakera padat cetak rompak ditahan polis dalam satu serbuan sempena ‘Op Ostrich’ di Shah Alam Selangor, kelmarin.
Abdul Jalil berkata, tangkapan dilakukan ketika suspek sedang melakukan transaksi memindah bekalan ke dalam sebuah kenderaan.
[Wow] - Jenayah

Kuala Lumpur: Misteri kehilangan seorang bekas penuntut universiti
warga Sri Lanka terjawab apabila mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan
separuh bogel dipercayai dibunuh di sebuah unit kondominium di Taman
Desa, di sini, kelmarin.
Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 pagi disedari seorang rakan
mangsa yang datang ke rumah itu selepas mangsa yang berusia 34 tahun
tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.
Sebaik tiba di rumah, rakan mangsa terhidu bau busuk sebelum meminta
bantuan pengawal keselamatan kondominium memecahkan pintu rumah. Rakan
mangsa terkejut apabila menemui mayat mangsa terbaring di atas katil
dengan keadaan sudah mereput dan berbau busuk.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu mempunyai unsur jenayah berikutan ada kesan geledah dan pergelutan.

“Pemeriksaan lanjut menemui alat sokongan hubungan kelamin iaitu sejenis
minyak pelincir untuk melakukan hubungan seks di bawah katil bilik
lokasi mayat ditemui.
[Wow] - Jenayah

Shah Alam: Dua penyamun berputih mata apabila kereta yang baru
disamun mereka terbabit dalam kemalangan ketika cuba melarikan diri
dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Seksyen 16, di sini,
malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek dikatakan baru saja
menyamun sebuah kereta PERODUA Myvi milik seorang lelaki yang baru
selesai membeli barangan di sebuah pasar raya berhampiran.
Suspek yang dipercayai berusia 20-an menaiki dua motosikal bersama dua lagi rakannya menghampiri mangsa yang sedang memasukkan barangan ke dalam keretanya.
Difahamkan, sebaik tiba di hadapan pasar raya itu, suspek terus
mengacukan parang dan merampas kunci kereta milik mangsa sebelum
melarikan kereta berkenaan menghala ke Lebuhraya Persekutuan.
Namun, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta yang dinaiki suspek merempuh sebuah bas kerana gagal mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, susulan kemalangan itu, kereta yang disamun itu mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, namun semua suspek berjaya melarikan diri.
“Siasatan lanjut ke atas kereta berkenaan, polis menjumpai dua
topi keledar serta sebilah parang milik suspek,” katanya ketika
dihubungi.
Azisman berkata, usaha mengesan suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata.
Hmetro
[Wow] - Jenayah

SHAH ALAM - Seorang pelajar kolej mengaku di Mahkamah Tinggi hari ini,
mengikat kaki bapa pensyarah bahasa Inggerisnya, Omar Peter Abdullah,
56, sebelum mulut dan hidung ditekup dengan menggunakan kemeja T oleh
tertuduh lain.
Fadhil Rushdan Rahman, 20, yang menjadi saksi pendakwaan memberitahu dia menggunakan tali dan memakai sarung tangan ketika melakukan perbuatan itu selepas diarahkan oleh tertuduh iaitu rakan baiknya, Mohamad Sharafe Mat Noh, 21, pada malam 9 Mac, dua tahun lalu.
Fadhil Rushdan memberitahu mahkamah dia melihat keadaan Omar Peter seperti meminta pertolongan sebelum badan pesara itu sejuk.
"Mat Rof (Mohamad Sharafe) yang memeriksa keadaan badan Omar Peter dan mendapati ia sejuk serta tidak bernafas," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin.
Pelajar jurusan Perbankan Islamic Kolej Antarabangsa Cybernatic Taman Maluri itu juga memberitahu, tertuduh Azizi Aizat Ibrahim, 22, atau dikenali sebagai Boy mengikat tangan lelaki itu dengan menggunakan tali.
"Tali dan sarung tangan itu diberikan oleh salah seorang tertuduh, tapi saya tidak mengingati siapa yang memberikannya," katanya.
Sebelum itu, dia dan empat tertuduh yang lain dijemput oleh pensyarahnya, Zara Eleena, 23 untuk menuju ke rumah wanita itu yang terletak di Kinrara, Puchong, Selangor.
Aidatul Azura : Apa tujuan kamu ke sana?
Fadhil Rushdan : Saya dan yang lain diajak oleh Mat Rof untuk mengubati Miss Zara ( Zara Eleena)
Aidatul Azura. : Ada kamu dimaklumkan Miss Zara sakit apa?
Fadhil Rushdan. : Tidak.
Aidatul Azura : Setelah sampai, apa yang berlaku.
Fadhil Rushdan : Kami iaitu saya, Mat Rof, Boy, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20,
atau Shah serta Miss Zara memasuki rumah itu dan nampak
bapanya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Aidatul Azura : Selepas itu apa yang berlaku?
Fadhil Rushdan : Lebih kurang lima minit selepas itu Zara dan Shah keluar untuk
mengambil Muhamad Safwan Muhamad, 20, yang dikenali
sebagai Chap dan ustaz di lapangan terbang.
Fadhil Rushdan memberitahu semasa ketiadaan Zara Eleena, mereka bertiga ke dapur selepas bapa pensyarah itu menyuruh mengambil air minuman di dapur.
Selepas keluar dari dapur, Fadhil Rushdan berkata, Boy ke tandas dan keluar dengan memakai sarung tangan serta menekup mulut Omar Peter sebelum lelaki itu ditarik ke dalam bilik hadapan.
"Mat Rof mengacukan pisau dan menekup mulut serta hidung Omar Peter dengan menggunakan kemeja T yang berada di dalam bilik berkenaan sementara saya dan Boy diarahkan untuk mengikat kaki serta tangan dengan menggunakan tali," katanya.
Dia memaklumkan lebih kurang 30 minit selepas itu, Zara Eleena sampai dan mahu berjumpa dengan ayahnya namun dihalang oleh Shah.
Fadhil Rushdan memberitahu, Dia terdengar bunyi tulang patah datang daripada bilik belakang yang mana Shah dan Zara Eleena berada.
"Boy memasuki bilik itu selepas Shah meminta tolong untuk menutup muka Miss Zara yang terbaring dengan menggunakan bantal.
"Ketika terbaring, saya nampak Miss Zara meronta-ronta sebelum tidak bergerak," katanya.
Ketika pemeriksaan balas peguam tertuduh pertama Shah, Afifuddin Ahmad Hafifi, dia berkata mengenali Zara Eleena sebagai pensyarah di kolejnya, Mat Rof sebagai rakan serumahnya manakala tiga lagi tertuduh sebagai kenalan biasa.
Selain itu, ketika sesi pemeriksaan balas itu juga, Fadhil Rushdan menafikan dia yang mencuri kad bank dan mengeluarkan wang milik Zara Eleena.
Afifuddin dalam soalannya berkata, sebenarnya Fadhil Rushdan yang merancang serta melakukan pembunuhan itu namun dinafikan.
"Saya tidak bersetuju," katanya.
Kesemua tertuduh yang juga pelajar kolej tersebut didakwa membunuh Zara Eleena di rumah nombor 28 Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, di antara jam 1.30 dan 2.30 pagi, 9 Mac 2012.
Mereka juga menghadapi tuduhan kedua, membunuh bapanya, pesara syarikat kewangan, Omar di tempat sama, antara jam 11.30 malam 8 Mac dan 1.30 pagi keesokannya.
Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.

SH
[Wow] - Jenayah
NGERI… beberapa keping gambar menunjukkan lantai sebuah restoran di Bintangor, Sarawak yang disimbahi darah selepas seorang lelaki ditetak kini beredar di laman siber.
Mengikut blog meradongtoday.blogspot.com; maklumat awal daripada Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Mohamad Hafifi Mohd Salim mengesahkan kejadian seorang lelaki Cina berusia 43 tahun telah diserang di sebuah restoran.
Serangan dilakukan oleh dua lelaki memakai topeng muka dan menggunakan parang panjang.
Mangsa yang mempunyai rekod jenayah lampau ditetak hingga tangannya putus dan mengalami luka dalam di paha.
Mangsa dihantar ke Hospital Sarikei seterusnya ke Hospital Sibu. Dia bagaimanapun mati ketika dalam perjalanan kerana pendarahan teruk.
Pihak polis masih berusaha mengesan penyerang yang dilaporkan melarikan diri menggunakan kenderaan jenis Vigo berwarna putih.
Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.
[Wow] - Jenayah

Banting: Seorang penagih dadah ditahan selepas cuba mencuri wang
daripada tabung sebuah masjid di Telok Datok, di sini, tengah malam
kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 39 tahun
yang dipercayai berasal dari Shah Alam itu dikesan anggota Skim Rondaan
Sukarela (SRS) yang melakukan rondaan di kawasan Masjid As Syariff
berkenaan apabila melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan
mencurigakan dalam masjid itu.
Menurut sumber, sebaik saja anggota SRS terbabit masuk dalam masjid itu
untuk memeriksa, lelaki terbabit dilihat leka ‘memancing duit’ dalam
tabung menggunakan sebatang lidi yang dilekatkan dengan gula-gula getah
tanpa menyedari kehadiran anggota berkenaan.
“Sebaik saja disergah, lelaki terbabit melarikan diri, namun berjaya ditahan kira-kira 100 meter dari masjid hasil tindakan pantas anggota bertugas,” katanya
“Sebaik saja disergah, lelaki terbabit melarikan diri, namun berjaya ditahan kira-kira 100 meter dari masjid hasil tindakan pantas anggota bertugas,” katanya
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azman Abdul
Razak berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati suspek yang ditahan
mempunyai dua rekod jenayah lampau.
[Wow] - Jenayah

KULIM - Polis dari Jabatan Pembanterasan dan Pencegahan Jenayah (JPPJ)
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menahan tiga lelaki berusia 20
tahun yang bekerja di pasar malam dipercayai terlibat dalam kegiatan
mencuri motosikal.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, semua suspek berasal dari Kampung Selangor.
Menurutnya, ketika serbuan dibuat, suspek yang tinggal bersama keluarganya sedang tidur di dalam bilik.
“Kami mendapat maklumat tentang suspek ketiga hasil siasatan rakan mereka yang ditahan sebelum ini.
Menurut suspek, rakan mereka itu hanya melakukan tugas melerai dan menjual alat ganti motosikal.
"Semua mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.
"Suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk menjalani ujian saringan air kencing,” katanya.
Ghuzlan meminta penduduk tempatan terus memberikan maklumat kepada polis supaya jenayah mencuri motosikal ini dapat dibanteras.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)

Recent Comments