Seorang budak lelaki berusia 10 tahun terpaksa dipam perutnya selepas dia dipaksa makan mata pensil oleh dua budak perempuan yang lebih tua daripadanya, dalam kes buli yang mengejutkan di sebuah sekolah di Daqing, China.
Liu Xinze dikejarkan ke hospital selepas dia muntah dengan teruk di rumahnya dan keluarganya juga terkejut apabila mendapati muntah itu mengandungi benda berwarna hitam.
Pada mulanya keluarganya menyangka dia makan bickut oreo namun benda asing itu sangat keras. Doktor terpaksa mengepam perutnya dan proses berkenaan mengambil masa selama tiga jam.
Bahan asing itu sangat banyak hinggakan asid dalam perut Liu bertukar menjadi hitam.
Doktor memaklumkan Liu tidak mengalami keracunan kerana mata pensil itu mengandungi grafit yang tidak mengandungi plumbum.
Ketika ditanya oleh doktor, Liu memberitahu dia makan mata pensil itu kerana lapar namun selepas mereka melakukan siasatan barulah mereka mengetahui dia dipaksa berbuat demikian oleh dua senior di sekolahnya.
Jika dia tidak makan mata pisau berkenaan, dia akan dipukul. Selama ini Liu tidak memberitahu keluarganya bahawa dia dibuli di sekolah..
Insiden tersebut telah dilaporkan kepada polis.
No comments
Post a Comment