Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


VANCOUVER - Seorang pendaki Kanada dilaporkan berjaya merakam kelibat makhluk yang dipercayai seekor bigfoot, berjalan di kawasan pergunungan berhampiran Squamish, British Columbia, dua tahun lalu.

Laman web Mail Online melaporkan, pendaki tersebut Myles Lamont mendakwa dia berjaya merakam makhluk berkenaan ketika sedang melakukan aktiviti mendaki di Tantalus Range, utara Vancouver, sebelum memuat naiknya ke laman sosial YouTube.

Sehingga kini, video yang dirakam daripada jarak 2.1 kilometer itu sudah dilihat lebih 260,000 orang.

“Saya yakin terdapat bigfoot di kawasan pergunungan itu, saya dapat melihatnya dengan jelas, bagaimana makhluk tersebut bergerak di tengah-tengah kawasan bersalji.

“Makhluk itu mempunyai sepasang kaki, tidak memakai kasut dan tidak membawa beg galas," jelas Lamont.

Tambah Lamont, berjalan di atas permukaan salji yang lembut tanpa menggunakan kasut dan dapat bergerak dengan pantas, merupakan satu perkara yang sukar dilakukan tanpa bantuan peralatan yang sesuai.

“Dalam video itu kita dapat lihat makhluk tersebut mendaki kawasan curam sepanjang 300 meter, dan tanpa peralatan mendaki mustahil untuk manusia melakukannya dalam masa yang singkat," ujarnya.

Lamont turut menolak sebarang kemungkinan bahawa makhluk yang berjaya dirakamnya itu adalah seekor beruang atau binatang liar lain.

Sumber: Utusan

Shenyang (Liaoning): Seorang kanak-kanak OKU, Yu, yang berusia setahun 4 bulan dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Si bapa memberi anaknya itu makan racun serangga, kemudian menekup mulut dan hidungnya dengan pita pelekat bilamana dia mendapati anaknya itu masih bernyawa.

Bagi memastikan anaknya itu benar-benar mati, dia menyumbat mangsa di dalam sebuah beg pakaian dan mencampakkan beg itu dari sebuah jambatan yang setinggi 5 meter.


Beberapa pekerja binaan yang menjumpai beg berkenaan menemui mayat seorang kanak-kanak yang ditekup dengan pita pelekat pada hidung, mata dan juga mulutnya. - Agensi


BINTANG filem lucah seperti yang sedia maklum melakonkan adegan-adegan yang tidak sesuai langsung ditonton oleh penoton di bawah umur . Tapi percayakah anda bahawa ada pelakon-pelakonnya yang langsung tidak pernah menonton aksi mereka di kaca television?
Itulah yang berlaku kepada seorang pelakon filem p00rn00 yang telah melakonkan hampir 103 filem sejak tahun 2008. Coco Velvett, 34 mengaku langsung tidak pernah menonton semula aksinya di kaca television.
Beliau kemudian diundang untuk menonton semula aksi lakonannya dan video di bawah adalah aksi beliau oleh Lee Roy Myers dalam rancangan Look At Me Now.
Coco kelihatan tergamam dengan aksinya, malah ada ketikanya beliau mendakwa seperti mahu termuntah melihatnya.

Sebuah hotel lima bintang di New York ini menjadi pusat perhatian kerana menawarkan pemandangan 'indah nan unik' yang mungkin belum pernah ada sebelumnya, Namun sayangnya pemandangan 'indah' tersebut bukan diberikan kepada para pelanggannya yang menginap, melainkan para pejalan kaki yang setiap hari melaluinya. 

Kelab Boom Boom Room yang terletak di Standard Hotel di Manhattan, New York. Kelab ini  membolehkan para pengguna di tandas yang berada di tingkat 18 boleh dilihat oleh para penjalan kaki yang berada di bawahnya, kerana dinding tandas yang di buat dari kaca telus setinggi 10 kaki. Di sini, pengguna jalan kaki dan pelancong yang sedang berkunjung ke High Land Park, sebuah kawasan awam yang dibina di sebuah pusat Kereta Api bersejarah, boleh dengan mudah melihat pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pengguna di dalam tandas hotel tersebut, mulai buang air besar, kencing, hinggakan mandi.






Binzhou, wilayah Shangdong, China - Pelajar sekolah rendah di Binzhou, China, sedang meredah api untuk belajar keselamatan kebakaran. 

Gambar yang diambil pada pameran kelas kesedaran keselamatan pelajar muda di sekolah tersebut ditutup dengan selimut dan berjalan di bawah tali yang dibakar. 

Pelajar berpakaian yang kelihatan sebagai jumpsuits dan dilengkapi dengan topi keledar hitam. 

Manakala pengajar keselamatan mereka berpakaian seragam penyamaran hijau dan mereka membimbing pelajar dengan selamat di bawah api. 







SAO PAULO, Brazil – Polis memburu seorang lelaki yang menghadapi masalah mental selepas dia memenggal dan kemudian melarikan kepala ibunya, semalam.
Jurucakap polis, Felipe Neri berkata, lelaki 22 tahun itu diburu selepas mayat tanpa kepala ibunya ditemui berhampiran rumahnya di timur laut Brazil.
“Suspek pada mulanya menyerang bapanya tapi kemudian beralih kepada ibunya yang cuba menghalang tindakannya.
“Selepas kepala ibunya dipenggal, suspek kemudian lari bersama kepala itu ke hutan berhampiran rumahnya.
Serangan ini mungkin kerana beliau tidak makan ubat penenang jiwa,” katanya.