Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


CHINA – Lelaki ini, Wang Chen, 26, menyangka kekasihnya, Wen Ting, 24, akan melompat kegembiraan apabila dia memberikan hadiah pembedahan kosmetik iaitu pembedahan membesarkan payudara sempena hari lahir wanita itu.
Namun tanpa disangkanya keadaan bertukar sebaliknya.
Wen Ting bukan sahaja marah dengan hadiah tersebut malah dia turut memukul Wang Chen ketika lelaki itu membawanya ke sebuah klinik untuk pembedahan tersebut.

Wanita itu menyifatkan hadiah berkenaan sebagai satu penghinaan terbesar ke atas dirinya.
Malah Wen Ting memberi kata dua, jika kekasihnya itu tidak sukakan payudaranya maka dia boleh berambus dari situ.
Mereka bergaduh besar malah Wen Ting telah menendang dan memukul kepala lelaki itu sebelum meninggalkannya.
Menurut Li Wu, yang sepatutnya merakamkan aksi gembira pasangan berkenaan, reaksi yang ditunjukkan oleh Wen Ting sememangnya langsung tidak dijangkakan teman lelakinya.
“Wang telah meminta saya merakamkan reaksi kekasihnya apabila dia memberikan hadiah berkenaan namun Wen telah bertindak sebaliknya.
“Wang meminta maaf kerana dia menyangka Wen sukakan payudara yang besar. Saya kemudiannya berhenti daripada merakamkan gambar kerana ia tidak sesuai pada masanya,” katanya.
Dalam pada itu, Wang berkata, teman wanitanya kini tidak mahu lagi bersamanya.
Namun Wang bertekad untuk melakukan sesuatu bagi memenangi semula hati wanita terbabit.

Apa lah jenis manusia yang sanggup melakukan kekejaman terhadap binatang comel berkaki empat ini.
Kami yakin anda masih ingat lagi dengan kes seekor kucing yang mati selepas diwarnakan merah jambu.
Terbaru, sebuah gambar yang dikongsikan di halaman Facebook menunjukkan keadaan fizikal kepala seekor kucing yang diwarnakan seakan bendera Johor Darul Takzim (JDT) telah pun menjadi viral.
Nampak saja unik tetapi sebenarnya encik Meow ini mungkin akan terdedah dengan bau bahan kimia dari cat yang silap hari bulan mungkin menyebabkan kematian.
Di halaman Facebook, pelbagai komen telah diberikan pengguna sehingga ada yang menyatakan ia adalah kerja penyokong pasukan JDT yang terlalu taksub.
Serta ada juga yang mengatakan ia adalah suatu bentuk fitnah untuk menjatuhkan JDT kerana maklumat berkaitan gambar kucing JDT ini masih belum diketahui sepenuhnya.

Mynewshub.cc

CHINA – Suasana di sebuah pusat beli belah di Beijing menjadi kecoh apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun menaiki kereta elektrik yang dipamerkan di situ, menghidupkan suisnya lalu bergerak dan melanggar seorang wanita mengandung serta anaknya yang berada dalam kereta sorong kanak-kanak.
Ketika kejadian, jurujual kenderaan itu sedang menerangkan kepada orang ramai mengenai fungsi kenderaan terbabit sebelum kanak-kanak itu masuk ke dalamnya dan berpura-pura sedang memandu kereta.
Namun secara tiba-tiba, dia berjaya menghidupkan enjin lalu kenderaan itu bergerak ke depan dan merempuh dua beranak berkenaan.
Nasib baik ibu dan anaknya itu tidak mengalami kecederaan.
Polis kini menyiasat kenapa kereta itu yang dipamerkan kepada orang ramai, tidak dikunci hinggakan budak berusia enam tahun boleh menghidupkannya.
Setakat ini pengurusan kompleks beli-belah itu dan penganjur pameran masih belum memberikan komen mengenai kejadian tersebut.

Kalau sebelum ini, ramai selebriti muda dikecam teruk oleh peminat dan pengguna laman siber kerana penampilan seksi dan terlalu mendedahkan aurat, kini, senarai tersebut terus bertambah.
Siapa tak ingat kontroversi yang pernah melanda Nabila Huda, Syarifah Sakinah, Meera Liyana, Zarina An Joulie, Lana Nordin  dan yang terbaru Diana Danielle (hanya menyebut beberapa nama).
Kesilapan sama terus berulang apabila aktres sensasi, Tasha Shilla dengan beraninya memakai pakaian seksi, persis selebriti Hollywood.

Melalui ruang Instagramnya, Tasha telah memuat naik beberapa foto memaparkan dirinya dalam satu persalinan yang menayangkan perut sendiri ketika menghadiri satu majlis, malam semalam.
Ya, tak dapat dinafikan, perut Tasha memang fit dan cantik, tapi rasanya tak perlulah mendedahkannya kepada umum.
Tak lama selepas entri tersebut dinaikkan di Instagram, khalayak Malaysia yang dimonopoli masyarakat Melayu terus menghentam Tasha dan beberapa jam selepas itu, Tasha dilihat mengambil keputusan memadam gambar-gambar tersebut.
Kalau ramai yang perasan, sejak akhir-akhir ini, pelakon drama bersiri Sahara itu dilihat berani tampil seksi. Minggu lalu, Tasha yang menghadiri satu pertunjukkan fesyen telah mendedahkan kakinya hingga ke paras paha.
Adakah ini ada kena mengena dengan gosip putus cintanya bersama peninju muay thai, Hans Wong? Hmm…


Geleng kepala betul dengan perangai segelintir selebriti Malaysia yang betul-betul tidak sensitif terhadap adab berpakaian. Isu kontroversi artis lalu bukannya nak diambil sebagai pengajaran, tapi terus melakukan kesalahan sama.
Kadang-kadang, betul juga andaian sesetengah pemerhati industri seni tanahair, artis kita kini memang senjaga cari publisiti murahan!
- MYNEWSHUB.CC

SUDAH jadi tabiat segelintir lelaki agaknya, kerjanya adalah ‘mencuba nasib’ setiap kali mengenali mana-mana perempuan.
Kadang-kadang tu tak agak-agak, bini orang pun nak di‘try’. Kira konsep hidupnya kalau cubaan mengorat mengena bermulalah satu skandal baru tapi kalau tak, tak apa… try yang lain pulak. Gitu…
Tapi silap langkah, lelaki atau lebih afdal digelar jantan begini mungkin akan bertemu dengan orang yang dapat membuatkannya kembali berpijak di bumi nyata terutama jika umur dah umpama ‘rumah kata pergi kubur kata mari’.
Inilah yang menimpa seorang lelaki yang dipercayai cuba menggatal dengan seorang wanita yang mahu menjual rumahnya.
Pada mulanya perbualan cuma berkisar perihal rumah tapi bila si lelaki cuba membawanya ke arah unsur seks, tanpa menunggu lama wanita yang merupakan isteri orang ini terus smashtepat ke muka.
Nak tahu apa berlaku, jom ikuti perbualan menerusi printscreen aplikasi mesej WhatsApp di bawah:





SEORANG wanita bernama Jo'Anne Patton mendapat pendapatan sampingan dalam jumlah yang tinggi dengan meniru aksi selebriti terkenal Kim Kardashian.

Seperti dipetik Daily Mail, Patton mendapat bayaran sebanyak RM 198,000 setahun iaitu kira-kira enam kali beraksi sebagai Kim Kardashian.

"Ketika ini saya masih lagi ada pekerjaan tetap dan meniru aksi Kim hanya sebagai hobi sahaja. Namun sekarang ramai yang mahu saya melakukan bidang itu secara serius," ujarnya.

Sehingga kini, nama Patton semakin popular dikalangan peminat-peminat Kim Kardashian. Dia boleh meniru pelbagai gaya wanita terkenal itu.
Iamges: Dailymail

Pretoria (Afrika Selatan): Seorang bapa yang berang kerana dua anak lelakinya enggan berhenti merokok bertindak mewasiatkan semua hartanya bernilai RM11.13 juta kepada dua anak perempuannya.

Ahli perniagaan, Dawid van Vuuren, 87, yang menghidap kanser memberi amaran kepada dua anak lelakinya, Daniel, 60, dan Marius, 55, supaya berhenti merokok atau mereka tidak mendapat sesenpun daripada hartanya.
Marius berkata: “Daniel memberitahu saya amaran bapa kami itu tetapi kami menganggapnya sebagai jenaka. Kami tidak mengambil serius perkara itu.”

Van Vuuren menulis amaran itu di atas sekeping kertas tetapi dia meninggal dunia tiba-tiba menjadikan ia satu-satunya wasiat bertulis ditinggalkan mendiang.
Daniel dan Marius mencabar wasiat berkenaan di Mahkamah Tinggi dengan mendakwa kertas itu bukannya satu wasiat tetapi satu amaran kepada mereka.

Kedua-dua beradik itu hanya menemui wasiat itu selepas kematian bapa mereka tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Cynthia Pretorius memutuskan bahawa amaran itu adalah wasiat sebenar van Vuuren.

“Sangat jelas bahawa tiada dokumen lain yang dijumpai selain kertas ini.
“Seorang setiausaha menandatangani surat ini sebagai saksi seperti yang dikehendaki undang-undang,” katanya. - Agensi



Tallahassee, AS: Pengunjung sebuah kelab golf di sini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kelmarin selepas gambar seekor buaya besar sedang berjemur di padang golf berkenaan menjadi viral di laman sosial Facebook. 

Pengurus Besar Kelab Golf Myakka Pines di Englewood, Mickie Zada berkata, satu pertandingan golf wanita tetap diteruskan seperti biasa walaupun 100 peserta terserempak dengan buaya sepanjang lebih empat meter berkenaan. “Jika kami berhenti bermain hanya kerana buaya itu sudah pasti tiada siapa yang akan bermain golf di sini lagi,” katanya. 

Mickie berkata, ramai wartawan menghubunginya untuk bertanya adakah gambar buaya yang dirakam seorang pemain pada Jumaat lalu itu telah diubahsuai kerana haiwan itu kelihatan sangat besar.“Lelaki itu berusia dalam lingkungan 80an dan dia tidak mungkin mengetahui apa itu perisian Photoshop,” ujarnya. 


Melaka: Seorang lelaki berusia 109 tahun boleh dianggap ‘Pak Cik Power’ apabila masih mampu menunggang motosikal saban hari bagi menikmati nasi lemak dan teh tarik di kedai makan di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling, di sini.

Warga emas itu Mohd Zin Abd Hamid tidak pernah menduga usianya akan melebihi satu abad walaupun menjalani kehidupan seharian sama seperti orang lain.
Sentiasa berdoa dipanjangkan usia setiap kali selepas solat, dia bersyukur doanya dimakbulkan Allah SWT kerana masih mampu melalui kehidupan sepanjang 109 tahun ini.

Walaupun sedih semua rakan seangkatannya sudah tiada termasuk isterinya Besah Mohd Nor yang meninggal dunia ketika berusia 68 tahun, namun dia pasrah dengan perencanaan Ilahi.

Mohd Zin berkata, dia bersyukur kerana masih sihat dan mampu menunggang motosikal untuk menikmati nasi lemak serta menghirup teh tarik setiap hari di kedai makan berdekatan tanpa ditemani sesiapa.


Port Dickson: Seorang pelajar tingkatan dua terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, selepas tidak berhenti muntah dipercayai minum kopi bercampur racun di rumahnya di Kampung Sendayan, dekat sini, petang semalam.

Remaja berkenaan, G Thiyaggurudeen, 14, dipercayai berbuat demikian akibat tekanan perasaan ketika berseorangan di rumahnya.
Bapanya S Ganesan, 52, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah dan hanya mengetahui perkara itu selepas dihubungi oleh seorang lagi anak berusia sembilan tahun.

Katanya, dia difahamkan, pagi semalam Thiyaggurudeen asyik duduk di luar rumah dan tidak mengendahkan nasihat abangnya agar masuk ke rumah.
"Kira-kira 1 petang abangnya menyuruh dia masuk untuk makan, namun Thiyaggurudeen hanya makan sedikit kerana tidak berselera.

"Tidak lama lepas tu, abangnya keluar untuk ambil adiknya di sekolah dan mungkin ketika itulah dia minum racun itu," katanya ketika ditemui petang tadi.
Menurutnya, Thiyaggurudeen sendiri mengaku minum racun yang dicampur dengan kopi kepada adiknya.

“€œSebaik dihubungi anak 2.20 petang, saya yang berada di Rantau bergegas pulang ke rumah dan membawanya ke HTJ untuk rawatan.
"€œKeadaannya memang lemah, namun kira-kira 7 malam dia beransur pulih dan sudah boleh bercakap. Dia beritahu berasa tertekan menyebabkannya minum racun," katanya.
Ganesan berkata, anaknya sudah hampir sebulan tidak ke sekolah atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

"œSejak tidak bersekolah anak jadi pendiam, murung dan selalu bersendirian sedangkan dulu dia seorang yang aktif. Saya amat terkejut dan tidak sangka dia sanggup bertindak begitu," katanya.

Hmetro Online