Tallahassee, AS: Pengunjung sebuah kelab golf di sini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kelmarin selepas gambar seekor buaya besar sedang berjemur di padang golf berkenaan menjadi viral di laman sosial Facebook.
Pengurus Besar Kelab Golf Myakka Pines di Englewood, Mickie Zada berkata, satu pertandingan golf wanita tetap diteruskan seperti biasa walaupun 100 peserta terserempak dengan buaya sepanjang lebih empat meter berkenaan. “Jika kami berhenti bermain hanya kerana buaya itu sudah pasti tiada siapa yang akan bermain golf di sini lagi,” katanya.
Mickie berkata, ramai wartawan menghubunginya untuk bertanya adakah gambar buaya yang dirakam seorang pemain pada Jumaat lalu itu telah diubahsuai kerana haiwan itu kelihatan sangat besar.“Lelaki itu berusia dalam lingkungan 80an dan dia tidak mungkin mengetahui apa itu perisian Photoshop,” ujarnya.
No comments
Post a Comment