Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KUANTAN – Seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa dirinya dikurung
majikan, bertindak terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan
Beserah, dekat sini.
Dalam kejadian 7.30 malam tadi itu, wanita terbabit yang dikenali sebagai Marry, 22, berasal dari Pelembang, Indonesia, cedera di kaki dan bahagian pinggang dalam usahanya melepaskan diri.
Tindakan wanita itu yang pada mulanya menggunakan tali selepas keluar menerusi tingkat untuk ke tingkat bawah bangunan itu, disaksikan beberapa pekerja sebuah restoran berhampiran.
Seorang pekerja restoran itu, Shamir Muhammad, 32, berkata dia yang baru selesai solat Maghrib ternampak wanita berkenaan menggunakan seutas tali untuk ke tingkat bawah.
“Saya terdengar suara wanita meminta tolong dan mahu turun. Apabila saya keluar, secara tiba-tiba saya lihat dia bertindak terus terjun dari tingkat tiga.
“Saya cuba menyambut dia tetapi hanya sempat menahan leher dan badannya daripada terhantuk ke dinding,” katanya kepada pemberita di sini.
Wanita itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Dia mendakwa telah dikurung majikannya sejak tiga hari lepas.
“Saya mahu lari, saya tidak mahu dikurung begini, telefon bimbit dan pasport saya dipegang oleh majikan menyebabkan saya tidak dapat pergi ke mana-mana.
“Saya baru sampai ke Malaysia sejak beberapa hari lepas untuk bekerja sebagai pencuci tetapi saya dikurung pula, saya mahu pulang ke Indonesia,” katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi berkata polis masih menyiasat kejadian itu meliputi dakwaan dan majikan wanita terbabit. – Bernama
Dalam kejadian 7.30 malam tadi itu, wanita terbabit yang dikenali sebagai Marry, 22, berasal dari Pelembang, Indonesia, cedera di kaki dan bahagian pinggang dalam usahanya melepaskan diri.
Tindakan wanita itu yang pada mulanya menggunakan tali selepas keluar menerusi tingkat untuk ke tingkat bawah bangunan itu, disaksikan beberapa pekerja sebuah restoran berhampiran.
Seorang pekerja restoran itu, Shamir Muhammad, 32, berkata dia yang baru selesai solat Maghrib ternampak wanita berkenaan menggunakan seutas tali untuk ke tingkat bawah.
“Saya terdengar suara wanita meminta tolong dan mahu turun. Apabila saya keluar, secara tiba-tiba saya lihat dia bertindak terus terjun dari tingkat tiga.
“Saya cuba menyambut dia tetapi hanya sempat menahan leher dan badannya daripada terhantuk ke dinding,” katanya kepada pemberita di sini.
Wanita itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Dia mendakwa telah dikurung majikannya sejak tiga hari lepas.
“Saya mahu lari, saya tidak mahu dikurung begini, telefon bimbit dan pasport saya dipegang oleh majikan menyebabkan saya tidak dapat pergi ke mana-mana.
“Saya baru sampai ke Malaysia sejak beberapa hari lepas untuk bekerja sebagai pencuci tetapi saya dikurung pula, saya mahu pulang ke Indonesia,” katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi berkata polis masih menyiasat kejadian itu meliputi dakwaan dan majikan wanita terbabit. – Bernama
[Wow] - Berita Tempatan
Sebaik
sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera
Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja
Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam
tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju
permintaan Raja Bugis dimana mereka mahukan supaya raja-raja Bugis
dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi
memerintah Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat
ditawan.
Setelah
Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang,
manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala
tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa
peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa raja
Bugis masih berada di Selangor.
Setelah
mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali
dengan 30 buah kapal perang untuk menebus semula Riau, semasa dalam
perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di
Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil
mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi untuk
menyerang balas. ddPehak Bugis telah berpecah dimana 20 buah dari kapal
perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh 3 orang
dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang dan turut serta
memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini mereka
telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja Sulaiman dan
Bugis telah mendirikan kerajaan bersama.
Setelah
mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak kerana
baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga
kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis dan bukan
daerah Minangkabau.
Pada
tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak dimasa Raja
Kechil ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja Johor (Sebuah Meriam) ke
Siak. Setelah mengambil semula kebesaran DiRaja tersebut, Raja Sulaiman
kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau,
and Linggi.
Sultan
Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau.
Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan dengan Daeng
Parani yang mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil
disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan
dengan Daeng Chelak ( 1722-1760) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II
Riau 1730an. Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi
Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).
Anak
Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau dimana
baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dalam
tahun 1784 tetapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dengan
peluru Lela oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah
dikenali sebagai Al-Marhum Telok Ketapang.
Dalam
tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan
Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor. Ini menjadikan Daeng Chelak
datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko
dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah
daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu
berkahwin dengan Daeng Masik Arang Palakemudian dibawa ke Riau.
Ketika
Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon
kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun
Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja
Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak
buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat
dalam tahun 1745.
Pakaian tradisional bugis.. pakaian ini masih dipakai oleh pasangan pengantin masyarakat bugis di negeri Sabah,
Misteri Sejarah
Perak telah terbukti wujud pada zaman pra sejarah lagi. Dianggarkan
negeri Perak telah diduduki oleh manusia zaman batu lama semenjak
400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi lagi.
Prasejarah
Penemuan arkeologi di Kota Tampan di Lenggong membuktikan terdapatnya penempatan manusia Zaman Batu Lama Tanah Melayu.
Malah
satu rangka fosil telah dijumpai yang digelar Perak Man. Jumpaan dari
carigali menunjukkan negeri Perak diduduki secara terus menerus
sepanjang Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam.
Selepas itu Perak juga dijangkakan mengalami zaman Hindu/Buddha, yang tersebar secara menyeluruh semua kawasan di Tanah Melayu.
Asal Usul Nama
Berbagai-bagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama “PERAK” sebagai sebuah negeri yang besar.
*
Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri
oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A’fifullah Shah (Sultan Perak
ke-33) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama
NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas,
Manjung dan Janin (Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung
dan Beruas dibawah takluk Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok
Mahsuka.
Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah
telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu
negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan
MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih
wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis.
Lantas
mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang membawa
kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan
tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah
tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak.
Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok
Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang
berdaulat.
* Hikayat Merong Mahawangsa pula
mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita
putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka
untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah
sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat
buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. ” Tempat ini elok dijadikan
sebuah negeri…”, lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan
sebilah anak panah yang diperbuat daripada ‘perak’ dan busarnya
dinamakan ‘Indera Sakti’. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke
atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat
itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.
*
Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti :
seekor ikan Haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai
menjadi keruh putih berkilat saperti perak.
* Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-bagai cerita lagi.
Adunan
daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama
‘Negeri Perak’ itu menggambarkan bahawa pemilihan nama “PERAK” itu
sangat bertetapan dengan kekayaan khazanah yang dikandungi oleh bumi
Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan sejarah Negeri
Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah
pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam,
Minangkabau, Belanda dan akhir sekali Inggeris yang berkeliaran di
merata perairan Nusantara ini.
Kerajaan Purba
Menoleh
kembali ke zaman silam Negeri Perak akan terjelmalah berbagai-bagai
gambaran cetusan sejarahnya yang menjadi mutiara pusaka bumi Perak yang
tiada ternilai harganya. Sebagai salah sebuah Negeri Melayu yang tertua,
Negeri Perak telah melalui liku-liku zamannya sejak sebelum
menjelangnya tahun masehi lagi.
Sebelum
munculnya nama “Negeri Perak” Kitab “Sejarah Melayu” ada menceritakan
nama-nama kerajaan atau negeri seperti Gangga Negara yang sekarangnya
terletak di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung yang masih kekal namanya
hingga sekarang. Penemuan monumen-monumen bersejarah peninggalan zaman
tersebut telah menggambarkan kegemilangan sejarahnya tersendiri yang
masih tersembunyi dari penglihatan dan pengamatan generasi di zaman
moden ini.
Lanjutan Kesultanan Melaka
Gambaran
sejarah Negeri Perak bertambah jelas lagi apabila Melaka jatuh ke
tangan Portugis dalam tahun 1511 dan Sultan Mahmud Shah melarikan diri
dan akhirnya menetap di Kampar (Sumatera) dan ditabalkan sebagai Sultan
Kampar.
Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka
serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang begitu sesuai
dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu telah
mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang
memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong,
bersama-sama Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri
Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada putera baginda menjadi
Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah
dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzafar supaya
berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran warisan
kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak.
Maka
belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila
sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama ‘Beting Beras
Basah’, bahtera Raja Muzzafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting
dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang
bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak
berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata
:-
Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala
malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka….’
Sebaik sahaja
baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul ‘JIN’ yang
sangat besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah
berkata kepada baginda…. Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan
memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuanku
kedalam laut……
Maka Raja Muzzaffar pun mengambil mahkota
baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang
bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan.
Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula dan mudik ke
Air Mati. Disana lah baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam
itu dinamakan Tanah Abang.
Daripada keturunan Sultan Muzzaffar
Shah inilah wujudnya jurai keturunan Kesultanan Negeri Perak yang terus
menerus memerintah hingga ke zaman sekarang. Pusat-pusat pemerintahan
Sultan-Sultan Negeri Perak tidak menetap di suatu tempat sahaja bahkan
sering bertukar dari suatu tempat ke suatu tempat jika keadaan memaksa
atau ada tempat-tempat lain yang lebih sesuai.
Pusat pemerintahan
Pusat
pemerintahan Sultan Perak adalah juga istana Sultan Perak. Istana
sultan berubah-ubah dari Hilir Perak hingga ke Kuala Kangsar. Kebanyakan
tempat-tempat ini terletak di tebing sebelah kanan Sungai Perak. Di
sekitar Kampung Gajah memang banyak sekali makam-makam Sultan Perak.
Di antara pusat-pusat pemerintahan yang ada tercatat di dalam sejarah ialah :-
1.
Tanah Abang – iaitu ditepi Sungai Perak yang sekarang di panggil Air
Mati ,di dalam Mukim Bota, Makam Sultan Muzzaffar Shah 1 (Sultan Perak
Pertama)
2. Kota Lama Kanan
3. Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga,Kampung Gajah
4. Semat dalam Mukim Senggang,
5. Bota Kanan atau disebut juga sebagai Brahman Indera
6. Pulau Tiga, Kampung Gajah
7. Pulau Cempaka Sari di Parit
8. Pulau Indera Sakti di kuala Sungai Kinta , Kampung Gajah
9. Pasir Pulai Indera Mulia , Kampung Gajah
10. Bandar Baharu , Kampung Gajah – pejabat JWW Birch , British
11. Pasir Panjang, Kampung Gajah
12. Durian Sebatang, Teluk Intan – Sultan Abdullah Muhamad Shah 1874
13. Sayong, Kuala Kangsar
14. Batak Rabit, Teluk Intan
dan
akhir sekali di Bukit Chandan, Kuala Kangsar iaitu semasa zaman Sultan
Idris Murshidul Adzam Shah di tabalkan menjadi Sultan Perak yang ke 28.
Sultan Perak dari pertama hingga sekarang..
1. Sultan Mudzaffar Shah 1
2. Sultan Mansur Shah
3. Sultan Ahmad Tajuddin
4. Sultan Tajul Ariffin
5. Sultan Alauddin Shah
6. Sultan Mahmud Shah
7. Sultan Mudzaffar Shah 2
8. Sultan Mahmud Iskandar Shah
9. Sultan Alauddin Mughayat Shah
10. Sultan Mudzaffar Shah 3
11. Sultan Muhammad Shah
12. Sultan Iskandar Dzulkarnain
13. Sultan Mahmud Shah
14. Sultan Alauddin Mansor Shah
15. Sultan Ahmadin Shah
16. Sultan Abdul Malek Mansor Shah
17. Sultan Muda Raja Ahmad
18. Sultan Abdullah Muazzam Shah
19. Sultan Shahabuddin Riayat Shah
20. Sultan Abdullah Muhammad Shah
21. Sultan Jaafar Mua’zzam Shah
22. Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah
23. Sultan Abdullah Muhammad 2
24. Sultan Yussuf Sharifuddin Mudzaffar Shah
25. Sultan Idris Murshidul’azam Shah
26. Sultan Abdul JalilKaramatullah Shah
27. Sultan Iskandar Shah
28. Sultan Abdul Aziz Al-Mustasim Billal Shah
29. Sultan Yussuf Izzuddin Shah
30. Sultan Idris Iskandar Shah 2
31. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Istana Sultan Perak
Istana Kayangan
Pada
peringkat awal ,tidak ada istana kukuh daripada batu yang dibina untuk
Sultan Perak bersemayam. Istana Sultan Perak cuma rumah yang dibina
daripada kayu yang bermutu tinggi sahaja yang dibina di tepi Sungai
Perak. Kawasan tepi sungai Perak terutama di Hilir Perak ,kmemang tidak
ada kawasan berbukit-bukau.
Apabila Raja Idris
ditabalkan menjadi Sultan dalam tahun 1877, baginda telah membuat istana
di atas sebuah bukit berhampiran dengan Batang Hari kerana Sayong
selalu sahaja di tenggelami air apabila Sungai Perak bah. Akhirnya bukit
tersebut dinamakan Baginda dengan sebutan Bukit Chandan, gelarannya
Seri Andalan.
Menurut ceritanya nama ini adalah
mengambil sempena nama seekor gajah Sultan Yusuf yang bernama Kulup
Chandan. Kononnya pada suatu hari gajah Kulub Chandan ini telah lari
lalu Raja Idris (ketika itu sebagai Raja Muda) bersama juak-juaknya
keluar mengikuti jejak-jejak gajah tersebut hingga sampai ke kaki Gunung
Bubu. Setibanya disini baginda telah bertembung dengan seorang tua
berjanggut panjang yang memakai jubah putih. Dengan tidak semena-mena
orang tua tersebut datang sembah lalu berkata…
”
Tuanku adalah bakal menjadi Sultan Perak dan manakala tuanku telah
ditabalkan menjadi Sultan kelak, jangan lah bersemayam di Sayong lagi
tetapi hendaklah tuanku membuat istana diatas bukit yangdi pinggir
Batang Hari Perak. Maka gajah yang bernama Kulup Chandan itu hendaklah
tuanku bebaskan tujuh hari selepas daripada pertabalan tuanku itu….”
Diringkaskan
cerita, maka Raja Idris pun ditabalkanlah menjadi Sultan Perak yang ke
28 dan segala pesanan ‘orang tua’ tersebut telah ditunaikan oleh
baginda. Mulai dari tarikh itu kekal lah nama Bukit Chandan sebagai
tempat terletaknya istana rasmi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
Perak.
Sistem Pemerintahan
Di
zaman pemerintahan silam, sistem pemerintahan Kesultanan Negeri Perak
masih meneruskan konsep ketradisionalan Kesultanan Melayu Melaka dengan
sedikit perubahan dan penyesuaian dengan keadaan negeri dan masyarakat.
Sistem gelaran Orang-Besar-Besar Negeri masih mewarisi Kesultanan Melaka
tetapi terdapat sedikit perubahan iaitu dengan mengwujudkan
gelaran-gelaran baharu saperti Orang Besar Lapan, Enam Belas dan Tiga
Puluh Dua disamping mengekalkan konsep gelaran dan fungsi Orang Besar
Empat Kesultanan Melaka. Tetapi gelaran Orang Besar Empat ini juga telah
di ubah mengikut kesesuaian zaman dan masyarakat dan sekarang gelaran
ini di kenali sebagai :-
* Tengku Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja wakil al Sultan Wazir Kabir.
* Tengku Orang Kaya Besar Maharaja Di Raja.
* Tengku Orang Kaya Temenggung Paduka Raja.
* Tengku Orang Kaya Menteri Paduka Tuan.
Di zaman pemerintahan Sultan Muzzaffar Shah jawatan Bendahara Paduka Raja telah disandang oleh Megat Terawis.
Megat
Terawis dikatakan berasal dari kerabat di raja Pagar Ruyong
(Minangkabau) yang datang ke Perak bersama-sama Sultan Muzzaffar Shah
dari Kampar. Sultan Muzzaffar Shah telah melantik beliau sebagai
Bendahara bagi mengantikan Tun Muhammad setelah Megat Terawis berjaya
menghapuskan Tun Saban yang bersengketa dengan baginda.
Corak
pemerintahan tradisional ini walau pun dari kacamata barat dianggap
sebagai amalam feudal yang tidak demokrasi tetapi jika diteliti dari
segi pentadbirannya jelas menunjukkan bahawa sistem pemerintahan
demokrasi telah lama dipraktikkan di Negeri Perak sebelum Inggeris
menerjah masuk. Ini dapat dilihat dalam sistem perlantikan Sultan,
pembesar negeri dan strultur pemerintahan itu sendiri.
Sejak
dari perlantikan tersebut keturunan Megat telah memegang jawatan
Bendahara Perak hinggalah akhir kurun ke 18 apabila Bendahara Megat Abu
Kassim menyerahkan balik jawatan tersebut kepada Sultan Iskandar
Zulkarnain kerana satu perbalahan.
Di zaman
pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770) Negeri Perak
menempuh kegemilangan sejarahnya. Zaman ini lah disifatkan oleh
ahli-ahli sejarah sebagai zaman keemasan. Hakikat ini dapat dilihat
daripada catatan yang terdapat didalam Hikayat Misa Melayu yang
menceritakan dengan jelas khusus mengenai zaman tersebut dan perihal
kebijaksanaan kepimpinan dan kegagahan baginda memerintah negeri. Syair
“Sultan Perak Melawat Jajahan Takluknya” sebagaimana yang terdapat
didalam hikayat ini adalah satu contoh yang begitu terkenal lagi
menggambarkan keadaan pemerintahan dan masyarakat di zaman tersebut.
Misteri Sejarah
Jika anda mengikuti perkembangan dunia
peragaan, jarang sekali anda lihat nama gadis Melayu diangkat menjadi
supermodel, apatah lagi menembusi pasaran antarabangsa kerana pelbagai
faktor tertentu.
Kalau ditanya pun, hanya wajah Tengku Azura yang pantas menerpa minda.
Gelaran supermodel nyata layak dipegang
oleh beliau berdasarkan keunikan bakat dan gaya, selain ‘aura’ yang
ditimbulkannya setiap kali melangkah ke pentas peragaan.
Berbalik kepada persoalan ‘mengapa model
Melayu sukar mendapat gelaran seumpama ini berbanding model Cina yang
dilihat lebih mendominasi industri’, supermodel terkenal, Amber Chia
melalui laman Daily Chili mempunyai jawapannya yang tersendiri.
1. KETINGGIAN
Menurut Amber yang kini mengendalikan
rancangan realiti, Asia New Star Model Contest buat kali ketiga,
daripada 1,000 peserta yang mengambil bahagian, hanya 10 sahaja gadis
Melayu yang mengambil bahagian.
Malangnya, daripada jumlah itu, hanya
seorang sahaja yang berjaya melepasi peringkat pertama kerana selebihnya
tidak mencapai tahap ketinggian yang ditetapkan iaitu 170 sentimeter.
Oh ya, gadis yang terpilih itu juga tidak mempunyai faktor-X yang boleh meyakinkan juri.
“Ketinggian merupakan perkara utama. Sukar untuk menemui gadis Melayu yang benar-benar tinggi. Itu masalahnya,” ujar Amber.
2. SEKSI ITU KONTROVERSI
Umum mengetahui mengenai empat finalis
Melayu yang disingkirkan dari pertandingan Ratu Cantik Malaysia kerana
fatwa yang melarang wanita Islam dari menyertai pertandingan seumpama
itu.
Pendek kata, terdapat batasan untuk model wanita Melayu dalam berfesyen atas sebab agama dan budaya.
Bahagian ini kami tidak mahu komen apa-apa sebab semua orang sudah faham mengenai perkara ini, namun ini pendapat Amber:
“Persepsi mengenai dunia peragaan
mungkin mengambil sedikit masa untuk diubah. Ia bukan mengenai
kecantikan atau mendedahkan kulit semata-mata. Fesyen adalah seni dan
gaya hidup,” katanya.
Pereka fesyen antarabangsa juga dilihat
lebih gemar mengadakan pertunjukan fesyen tertutup di Malaysia yang
diperagakan oleh gadis Eropah bagi mengelakkan peraturan pemakaian yang
ketat.
3. MAHU JADI ARTIS
Ini satu masalah utama bagi model Melayu yang berkecimpung dalam arena peragaan.
Fokus mereka tidak hanya pada bidang tersebut, tetapi mahu menjadi popular di kaca televisyen.
Jika kita lihat di Barat, rata-rata supermodel hanya fokus kepada bidang peragaan dan menjadi popular juga kerana bidang ini.
Mereka tidak perlu menjadi pelakon atau penyanyi hanya kerana mahu popular.
“Saya pernah bertanya kepada beberapa
gadis Melayu dan meminta mereka supaya fokus terhadap bidang peragaan,
namun mereka nampaknya tidak bersungguh-sungguh. Bidang ini bukan
pilihan utama mereka,” jelasnya.
Bagi kami setiap orang ada pendapat yang tersendiri.
Tidak salah bagi Amber memberikan
pandangannya, namun anda yang menyimpan cita-cita menjadi model juga
boleh memikirkan baik-buruk pilihan itu dari segenap segi.
[Wow] - Informasi
Apple dijangka bakal mengadakan satu
majlis pelancaran untuk iPad mini 2, iPad 5 serta Mac Pro pada 22
Oktober ini. Menurut laporan daripada AllThingD, Apple juga mungkin akan
memperkenalkan sistem operasi terbaru untuk pengguna yang dikenali
sebagai OS X Mavericks.
Perincian bagi iPad 5 dijangkakan lebih
nipis dan ringan, dengan rekaan yang hampir sama dengan iPad mini.
Menurut beberapa sumber, tablet ini turut dilengkapi dengan kamera baru
selain cip 64-bit A7 yang juga terdapat pada iPhone 5s.
Bagi iPad mini 2 pula, tablet ini
dijangkakan mempunyai perincian Retina display yang lebih baik
berbanding sebelumnya di mana paparan pada skirn adalah lebih tajam.
Tablet ini juga dikhabarkan akan menggunakan cip Apple A7 yang serupa.
Walaupun telah diperkenalkan pada awal
tahun 2013, butiran lanjut tentang Mac Pro baru termasuk tarikh
pelancaran, spesifikasi dan harga hanya mungkin akan dinyatakan pada 22
Oktober ini.
Apple masih lagi dengan kebiasaannya
berteka-teki mengenai tarikh sebenar pelancaran produk mereka
sehinggakan ramai peminat setianya tidak dapat menjangkakan bila tarikh
sebenar majlis pelancaran tersebut bakal diadakan.
[wow] - Teknologi
Oaxaca (Mexico) – Seorang wanita melahirkan anak seorang diri di sebuah taman dekat luar sebuah klinik umum di Mexico.
Laporan mengenai wanita daripada suku Orang Asli itu mencetuskan kemarahan di media sosial.
Foto yang diterbitkan di akhbar
dan media sosial menunjukkan Irma Lopez, 28, berlutut sambil menangis di
taman bersama seorang bayi yang masih bertali pusat di luar pusat
kesihatan awam di Oaxaca.
Kejadian berkenaan mencetuskan kemarahan rakyat di rangkaian laman media sosial.
Mereka mengecam perkhidmatan pusat kesihatan yang tidak berkualiti dan diskriminasi terhadap Orang Asli di negara itu. – Agensi
[Wow] - Berita Dunia
Wow! Sesuatu yang agak menarik dari
syarikat pengeluar telefon pintar ternama, Samsung, apabila mereka
menghasilkan telefon berskrin melengkung.
Samsung Galaxy Round khabarnya akan
dilancarkan hari ini di Korea Selatan dengan skrin 5.7 inci seperti yang
boleh dilihat pada Galaxy Note 3.
Reka bentuk lengkung ini hampir menyerupai Samsung OLED TV dan fungsi ini dipanggil “Interaksi Melengkung”.
Setakat ini, belum dinyatakan lagi
secara umum akan keseluruhan fungsi dan kelebihan telefon pintar baru
ini, namun dengan kamera 13 megapixel, RAM 3GB, pemproses 2.3Ghz
OctaCore, kami yakin ia agak mengagumkan bagi peminat tegar Samsung.
[wow] - Teknologi
Syarikat perisian terkenal, Microsoft
Corporation dilaporkan membayar lebih RM321,098 (USD100,00) kepada pakar
aktiviti menggodam yang dapat mengesan dan menjaga ciri-ciri
keselamatan perisian miliknya.
Microsoft juga telah menambah baik
beberapa elemen dalam sistem Internet Explorer supaya penggunanya tidak
lagi berhadapan dengan pelbagai masalah seperti yang dilaporkan sebelum
ini.
James Forshaw, mengetuai pasukan yang
berpangkalan di London itu akan membangunkan sistem pertahanan terbaru
yang dijangka dapat melumpuhkan serangan virus yang dihantar penggodam.
Microsoft mula memperkenalkan program
ganjaran tersebut empat bulan lalu dalam pencarian untuk pakar penggodam
yang dapat melakukan tugasan tersebut untuk syarikatnya.
[Wow] - Berita Dunia
ALOR GAJAH – Akibat merampas kekasih orang lain, seorang wanita warga Indonesia dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam perigi sebelum dibakar di ladang tembikai susu, Solok Menggong di sini.
Mayat Endang Mariani Muhammad Rau, 28,
hanya ditemui selepas tiga hari oleh pemilik ladang berkenaan kira-kira
6.30 petang kelmarin selepas terhidu bau busuk berdekatan kawasan
kejadian.
Wanita dari Lombok Barat, Indonesia itu
dipercayai dibunuh oleh suspek yang cemburu, setelah mangsa menjalin
hubungan sulit dengan lelaki berusia 30-an .
Selain itu, mangsa dikatakan membawa tinggal kekasihnya itu di rumah yang juga kebetulan didiami suspek.
Suspek berusia 29 tahun kemudian
bertindak keluar dari rumah berkenaan namun pada masa sama dipercayai
merancang untuk membalas dendam hingga membawa kepada pembunuhan mangsa
yang bekerja di ladang cendawan, Bukit Hantu, Lendu.
Menurut sumber, dipercayai
gara-gara cemburu dengan hubungan itu, mangsa dibunuh di rumah tersebut
pada Jumaat lalu sebelum dibawa ke ladang berkenaan dengan menaiki
sebuah kereta Perodua Viva milik lelaki tempatan dan dicampak ke dalam
perigi sedalam lima meter sebelum dibakar menggunakan kayu dan petrol
sehingga rentung,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor
Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, pihaknya ke
tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada seorang wanita yang
juga pemilik ladang berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, mayat wanita
yang rentung 90 peratus sehingga tinggal tulang dan tengkorak itu
dipercayai dibakar di dalam perigi berkenaan selepas dibunuh di tempat
lain.
“Susulan kejadian, kurang 12 jam
penemuan mayat, empat lelaki termasuk seorang warga tempatan berusia 23
hingga 39 tahun bersama seorang lagi wanita Indonesia berusia 29 tahun
ditahan dalam dua serbuan berasingan di Semabok dan Rembia,” katanya
ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini,
semalam.
Umar berkata, tiga lelaki Indonesia dan
wanita yang ditahan antara jam 1 dan 8 pagi semalam adalah rakan serumah
mangsa, manakala lelaki tempatan berusia 39 tahun yang bekerja sebagai
pemandu lori itu adalah kenalan semua suspek.
“Mangsa bekerja di ladang cendawan di
Lendu dan Ahad lalu majikannya ada membuat laporan berhubung mangsa yang
tidak datang bekerja disyaki melarikan diri.
“Siasatan mendapati cemburu antara suspek wanita dan si mati menjadi motif pembunuhan berkenaan.
“Si mati dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang lelaki warganegara sama yang ditahan,” katanya.
Menurutnya, penangkapan kelima-lima suspek telah hampir berjaya menyelesaikan kes tersebut.
Bagaimanapun, pihaknya kini masih
memburu seorang lelaki juga warga Indonesia yang dipercayai boleh
membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Semua suspek ditahan reman tujuh hari
bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
kerana membunuh,” katanya. – Sinar Harian Online
Isu Semasa
D-Day ialah hari dimana ratusan ribu askar bersekutu menyerang tahan besar Eropah di Normandy bagi menghalau askar Nazi Jerman. Ribuan askar dari kedua-dua belah pihak dan orang awam terkorban pada 6 Jun 1944. Bagi memperingati mereka yang terkorban Jamie Wardley dan Andy Moss, dua orang artis dari UK menghasilkan projek The Fallen 9000. Mereka menggunakan khidmat sukarelawan untuk melukis bayangan 9000 individu yang terkorban pada hari bersejarah ini. Mereka berharap hasil seni mereka ini akan dapat menunjukkan skala sebenar korban keganasan perang pada hari tersebut.
Laporan asal CJWho
Cool
Di China mereka sedang giat membina lapangan terbang baru. Pembinaan lapangan terbang baru adalah untuk membantu sektor pelancongan dan yang paling penting sektor perindustrian mereka. Salah sebuah lapangan terbang baru yang dibina ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Hefei Xinqiao. Ianya mula dibina pada tahun 2008 dan dibuka Mei lalu. Lapangan terbang ini dirasakan menarik kerana mempunyai bentuk seperti sebuah pesawat pengebom stealth Northrop B2 Spirit milik Amerika Syarikat. Menurut juribina, terminal lapangan terbang ini diilhamkan dari bentuk ikan tropika. Ye ke? Tak percaya! Ia mempunyai keluasan lantai 108,500 meter persegi dan menampung 11 juta penumpang setahun. Ia akan dibesarkan lagi menjelang 2040 bagi menampung 42 juta penumpang setahun.
Laporan asal Wiki
Cool
Penyanyi yang terkenal dengan fesyen eksremnya tiba di Z100, the West Village di Dallas dengan satu lagi fesyen terbarunya. Ianya agak unik tetapi nampak seperti memakai plastik.
[Wow] - Selebriti
Dewi Perssik (Depe) kini sedang sibuk shooting filem terbarunya 'Titisan Nyi Blorong'. Dalam beberapa adegan filem tersebut, Depe kelihatan tidak memakai sehelai benang!
Mungkin salah satu strategi untuk mempromosikan filemnya itu agaknya.
Depe memuat naik gambar-gambar tersebut melalui akaun twitternya yang memiliki hampir 200 ribu pengikut.
Dalam akaun twitternya, @dewiperssik12, terdapat beberapa lagi foto-foto dari babak dalam filem berkenaan.
Kebanyakannya yang hot-hot belaka
Setelah diperhalusi aksi 'bogel' beliau itu, nyata beliau sebenarnya masih memakai baju yang berwarna hampir sama dengan tubuhnya. Baju ketat tersebut berjaya mengaburi mata penonton untuk memperlihatkan aksi bogelnya itu!
Baju ketat yang dipakai Depe dalam adegan bogel tersebut |
[Wow] - Sakit Mata
Direka oleh pereka duo Heike Mutter and Ulrich Genth, walkable roller coaster-bertajuk Tiger & Turtle – Magic Mountain adalah 45 meter tinggi dan terdiri 249 anak tangga. Pelawat boleh mendaki pada arca melengkung dan berjalan di sekitar, dan melihat pemandangan sekitarnya.
Cool
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments