KUANTAN – Seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa dirinya dikurung
majikan, bertindak terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan
Beserah, dekat sini.
Dalam kejadian 7.30 malam tadi itu, wanita terbabit yang dikenali sebagai Marry, 22, berasal dari Pelembang, Indonesia, cedera di kaki dan bahagian pinggang dalam usahanya melepaskan diri.
Tindakan wanita itu yang pada mulanya menggunakan tali selepas keluar menerusi tingkat untuk ke tingkat bawah bangunan itu, disaksikan beberapa pekerja sebuah restoran berhampiran.
Seorang pekerja restoran itu, Shamir Muhammad, 32, berkata dia yang baru selesai solat Maghrib ternampak wanita berkenaan menggunakan seutas tali untuk ke tingkat bawah.
“Saya terdengar suara wanita meminta tolong dan mahu turun. Apabila saya keluar, secara tiba-tiba saya lihat dia bertindak terus terjun dari tingkat tiga.
“Saya cuba menyambut dia tetapi hanya sempat menahan leher dan badannya daripada terhantuk ke dinding,” katanya kepada pemberita di sini.
Wanita itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Dia mendakwa telah dikurung majikannya sejak tiga hari lepas.
“Saya mahu lari, saya tidak mahu dikurung begini, telefon bimbit dan pasport saya dipegang oleh majikan menyebabkan saya tidak dapat pergi ke mana-mana.
“Saya baru sampai ke Malaysia sejak beberapa hari lepas untuk bekerja sebagai pencuci tetapi saya dikurung pula, saya mahu pulang ke Indonesia,” katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi berkata polis masih menyiasat kejadian itu meliputi dakwaan dan majikan wanita terbabit. – Bernama

No comments
Post a Comment