Sebaik
sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera
Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja
Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam
tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju
permintaan Raja Bugis dimana mereka mahukan supaya raja-raja Bugis
dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi
memerintah Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat
ditawan.
Setelah
Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang,
manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala
tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa
peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa raja
Bugis masih berada di Selangor.
Setelah
mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali
dengan 30 buah kapal perang untuk menebus semula Riau, semasa dalam
perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di
Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil
mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi untuk
menyerang balas. ddPehak Bugis telah berpecah dimana 20 buah dari kapal
perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh 3 orang
dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang dan turut serta
memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini mereka
telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja Sulaiman dan
Bugis telah mendirikan kerajaan bersama.
Setelah
mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak kerana
baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga
kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis dan bukan
daerah Minangkabau.
Pada
tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak dimasa Raja
Kechil ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja Johor (Sebuah Meriam) ke
Siak. Setelah mengambil semula kebesaran DiRaja tersebut, Raja Sulaiman
kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau,
and Linggi.
Sultan
Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau.
Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan dengan Daeng
Parani yang mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil
disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan
dengan Daeng Chelak ( 1722-1760) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II
Riau 1730an. Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi
Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).
Anak
Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau dimana
baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dalam
tahun 1784 tetapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dengan
peluru Lela oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah
dikenali sebagai Al-Marhum Telok Ketapang.
Dalam
tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan
Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor. Ini menjadikan Daeng Chelak
datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko
dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah
daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu
berkahwin dengan Daeng Masik Arang Palakemudian dibawa ke Riau.
Ketika
Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon
kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun
Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja
Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak
buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat
dalam tahun 1745.
Pakaian tradisional bugis.. pakaian ini masih dipakai oleh pasangan pengantin masyarakat bugis di negeri Sabah,
No comments
Post a Comment