Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Inilah 3 Sebab Model Melayu Kurang Menyerlah
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Jika anda mengikuti perkembangan dunia peragaan, jarang sekali anda lihat nama gadis Melayu diangkat menjadi supermodel, apatah lagi menembusi pasaran antarabangsa kerana pelbagai faktor tertentu.

Kalau ditanya pun, hanya wajah Tengku Azura yang pantas menerpa minda.


Gelaran supermodel nyata layak dipegang oleh beliau berdasarkan keunikan bakat dan gaya, selain ‘aura’ yang ditimbulkannya setiap kali melangkah ke pentas peragaan.

Berbalik kepada persoalan ‘mengapa model Melayu sukar mendapat gelaran seumpama ini berbanding model Cina yang dilihat lebih mendominasi industri’, supermodel terkenal, Amber Chia melalui laman Daily Chili mempunyai jawapannya yang tersendiri.

1. KETINGGIAN

Menurut Amber yang kini mengendalikan rancangan realiti, Asia New Star Model Contest buat kali ketiga, daripada 1,000 peserta yang mengambil bahagian, hanya 10 sahaja gadis Melayu yang mengambil bahagian.

Malangnya, daripada jumlah itu, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasi peringkat pertama kerana selebihnya tidak mencapai tahap ketinggian yang ditetapkan iaitu 170 sentimeter.

Oh ya, gadis yang terpilih itu juga tidak mempunyai faktor-X yang boleh meyakinkan juri.
“Ketinggian merupakan perkara utama. Sukar untuk menemui gadis Melayu yang benar-benar tinggi. Itu masalahnya,” ujar Amber.

2. SEKSI ITU KONTROVERSI

Umum mengetahui mengenai empat finalis Melayu yang disingkirkan dari pertandingan Ratu Cantik Malaysia kerana fatwa yang melarang wanita Islam dari menyertai pertandingan seumpama itu.

Pendek kata, terdapat batasan untuk model wanita Melayu dalam berfesyen atas sebab agama dan budaya.

Bahagian ini kami tidak mahu komen apa-apa sebab semua orang sudah faham mengenai perkara ini, namun ini pendapat Amber:

“Persepsi mengenai dunia peragaan mungkin mengambil sedikit masa untuk diubah. Ia bukan mengenai kecantikan atau mendedahkan kulit semata-mata. Fesyen adalah seni dan gaya hidup,” katanya.

Pereka fesyen antarabangsa juga dilihat lebih gemar mengadakan pertunjukan fesyen tertutup di Malaysia yang diperagakan oleh gadis Eropah bagi mengelakkan peraturan pemakaian yang ketat.

3. MAHU JADI ARTIS

Ini satu masalah utama bagi model Melayu yang berkecimpung dalam arena peragaan.
Fokus mereka tidak hanya pada bidang tersebut, tetapi mahu menjadi popular di kaca televisyen.

Jika kita lihat di Barat, rata-rata supermodel hanya fokus kepada bidang peragaan dan menjadi popular juga kerana bidang ini.

Mereka tidak perlu menjadi pelakon atau penyanyi hanya kerana mahu popular.
“Saya pernah bertanya kepada beberapa gadis Melayu dan meminta mereka supaya fokus terhadap bidang peragaan, namun mereka nampaknya tidak bersungguh-sungguh. Bidang ini bukan pilihan utama mereka,” jelasnya.

Bagi kami setiap orang ada pendapat yang tersendiri.

Tidak salah bagi Amber memberikan pandangannya, namun anda yang menyimpan cita-cita menjadi model juga boleh memikirkan baik-buruk pilihan itu dari segenap segi.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments