Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
7 Fesyen gaun nipis Erin Malek pamer bentuk badannya- Penampilan Erin Malek yang begitu memukau ketika tayangan filem terbarunya berjudul Awak Nak Kahwin Dengan Saya? terbitan MIG membuatkan ramai peminat terpegun.
Dengan mengenakan gaun nipis berwarna biru, kecantikan bentuk badan pelakon muda yang sedang meningkat itu sangat terserlah. Mungkin sebab itu, Erin sering menjadi rebutan ramai jejaka di luar sana walaupun peluang itu semakin tertutup.
Menurut laporan akhbar Kosmo hari ini, Erin akan bertunang dengan kekasihnya yang dikenali empat bulan lalu pada bulan Jun ini. Bagaimanapun, tarikh majlis pertunangan itu berlangsung belum diputuskan dan akan diumumkan kemudian. Tahniah.
Jom layan tujuh keping gambar memukau Erin Malek ketika mengenakan gaun nipis berwarna biru. Bentuk badannya yang cantik jelas menakjubkan, tak gitu? Jangan cemburu ye.
Hiburan
TAKIZAWA – Dua anggota kumpulan muzik popular AKB48, cedera di tangan dan kepala selepas diserang seorang lelaki dengan menggunakan gergaji sepanjang 50 sentimeter.
Kejadian itu berlaku di depan kira-kira 100 peminat kumpulan berkenaan ketika dalam sesi ramah mesra.
Penyerang dikenali sebagai Satoru Umeta, dilaporkan berjaya melepasi pemeriksaan ketat pengawal keselamatan. Dia berjaya ditangkap semalam.
Menurut pengurus kumpulan itu, dua anggota AKB48 yang cedera itu adalah Anna Iriyama, 18, yang mengalami luka di kepala dan menjalani pembedahan malam tadi.
Seorang lagi adalah Rina Kawaei, yang cedera di bahagian tangan.
Penyerang dikatakan menyerang Anna dan Rina ketika mereka sedang bersalaman dengan peminat.
AKB48 merupakan kumpulan yang terkenal dengan tarian dan nyanyian serta dikenali ramai di seluruh Jepun, Indonesia, China dan Taiwan.-BBC
Pelbagai
BILA difikirkan, memang patut pun peragut dibelasah oleh orang ramai atas jenayah yang mereka lakukan.
Apa tidaknya, bukan sahaja meragut harta orang awam, tetapi turut menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsanya sehingga boleh mengundang kematian.
Terbaru menerusi Facebook Daily Traffic Report, dua wanita yang menaiki motosikal cedera selepas diragut di Taman Greenwood, Gombak pagi tadi.
Salah seorang daripada mereka mengalami patah tangan dan dilihat meraung kesakitan ketika dibantu oleh orang ramai dan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Berikut merupakan gambar dan rakaman video di tempat kejadian:
Isu Panas
Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) mengesahkan sebuah pesawat miliknya telah mengalami kemalangan apabila ia terlanggar bahagian pada jambatan menaiki pesawat (aerobridge) pada semalam.
Menurut seorang jurucakap SIA kepada Channel News Asia, penerbangan SQ231 iaitu sebuah pesawat baru jenis Airbus A380 berlepas dari Singapura ke Sydney.
Ia mendarat di Sydney pada pukul 10.25 pagi semalam dan kemudiannya terlanggar aerobridge berkenaan.
“Tiada kecederaan ke atas 285 orang penumpang dan 26 orang anak kapal,” katanya.
Ketika ini pesawat berkenaan sedang dalam kerja-kerja baik pulih.
Ekoran insiden berkenaan, penerbangan keluar dari Sydney ke Singapura dengan pesawat sama terpaksa dibatalkan dan ia memberi kesan kepada para penumpang yang turut telah menempah penerbangan lain.
Jurucakap SIA bagaimanapun enggan memberi komen berkenaan keadaan cuaca ketika insiden berkenaan berlaku tetapi memaklumkan siasatan mengenainya sedang dijalankan.
Rabu lepas, satu penerbangan SIA tergelincir dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon di Myanmar.
Global
Baru saja nama Erra Fazira menjadi bualan hangat kerana dikaitkan dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir, terbaru hari ini bekas suami Erra, Engku Emran berkongsi gambarnya keluar bersama-sama Erra, anak mereka, Engku Aleesya dan keluarga rakan baik mereka.
Sebelum ini, memang peminat Erra sudah sedia maklum yang Emran kini sedang dalam misi cuba memujuk semula bekas isterinya supaya kembali kepangkuannya.
Ada peminat menyokong, namun tak kurang juga ada peminat yang tidak berapa menyukai tindakan Emran yang berusaha sedaya upaya memberitahu perkara tersebut di laman sosial Instagram miliknya untuk tatapan para pengikutnya.
Oh rupa-rupanya mereka keluar bersama untuk menemani anak tunggal mereka yang comel itu untuk mengambil ujian pengambilan pelajar tahun satu.
Kita doa-doakan sahaja yang terbaik untuk keluarga kecil ini ya!
Hiburan
TAMAN Negara Yellowstone terletak di Amerika Syarikat dan menjadi antara daya tarikan utama pengunjung sama ada dari dalam negara mahupun pelancong luar untuk berkunjung ke situ.
Menurut para pengunjung yang pernah ke situ, mereka terdengar bunyi-bunyian yang pelik diatas langit yang terletak di atas Tasik Yellowstone di awal pagi. Dikatakan sumber bunyi-bunyian itu tidak diketahui dan tidak difahami puncanya.
Menurut Hiram M. Chittenden dalam bukunya pada tahun 1895, ‘Tasik Yellowstone National Park’, bunyi itu dikatakan mirip dengan bunyi wayar telegraf ataupun dengungan sekumpulan lebah yang bermula dengan lembut dari jauh dan semakin kuat sehinggalah ia hilang begitu sahaja ke arah yang berlawanan.
Hiram ialah seorang jurutera terkenal dalam pelbagai bidang sains yang telah membina jalan raya dan jambatan di taman negara itu dan dia bukanlah satu-satunya individu yang pernah melaporkan tentang bunyi-bunyian tersebut.
Malah, ramai saintis ternama turut melaporkan perkara yang sama dan ianya turut dilaporkan dalam pelbagai medium seperti buku, jurnal dan surat khabar.
Biasanya laporan itu menyatakan yang bunyian itu kedengaran berdekatan atau di Tasik Yellowstone ataupun Tasik Shoshone pada hari yang cerah bila kurangnya angin bertiup dan tasik dalam keadaan tenang.
Terdapat pelbagai andaian untuk menerangkan keadaan itu yang antaranya termasuklah gempa bumi yang sangat perlahan telah mencetuskan bunyi di gua bawah tanah.
Satu lagi teori dibuat oleh F.C. Marvin, ketua bagi Biro Iklim Amerika Syarikat yang meletakkan teorinya berdasarkan pemerhatian oleh Glen Jefferson, seorang ahli meteorologi di Yellowstone.
Menurut Marvin, pembalikan suhu adalah sesuatu yang biasa di atas Tasik Yellowstone yang mana udara panas di atas tasik terletak di atas udara yang lebih sejuk di bahagian permukaan tasik.
Pembalikan itu mungkin akan mengubah cara biasa udara menghasilkan bunyi. Jika bunyi itu ada kaitan dengan keadaan geologi taman negara itu, ia akan datang dan pergi bersama-sama faktor ‘thermal’ yang lain seperti kehadiran geiser ataupun mata air panas.
Misteri Sejarah
Ramallah: Seorang pesakit mental membakar ibunya yang sudah tua hingga mati di kampung Qusra, berhampiran Nablus.
Sumber di kampung itu berkata, Jameelah Abdul Rahman Abu Reeda, 70, disahkan meninggal dunia di Hospital Rafidyah.
Wanita tua itu dilapor melecur teruk di beberapa anggota tubuhnya.
Sumber memberitahu wartawan, sebaik mendengar jeritan mangsa, jirannya bergegas untuk menolong.
Malangnya, semua pintu berkunci dan mereka terpaksa memecah masuk untuk membantu mangsa yang dikunci di biliknya.
Saksi berkata, anak mangsa Ahmad Mahmoud Salamah, 40, menuang minyak tanah ke atas mangsa dan membakarnya.
Kedua-duanya hidup bersendirian di rumah itu.
Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan mati ketika tiba di sana.
Kata-kata terakhir yang sempat didengar oleh jiran daripada Jameelah ialah ‘Jaga Ahmad.’
Menurut sumber, Ahmad dibawa ke hospital sakit jiwa di Baitullaham tetapi berkata, dia sepatutnya sudah lama dibawa dan ditahan di situ.
Beberapa jiran berkata, mereka sudah biasa mendengar tangisan dan jeritan dari rumah Ahmad. - Agensi
Global
Tokyo: Polis semalam melancarkan siasatan kes mayat seorang jururawat yang dikirim melalui pos ke Jepun dalam bungkusan yang didakwa mengandungi ‘anak patung.’
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Rika Okada ditemui di tempat simpanan barang di bandar raya ini.
Menurut laporan, penyiasat menjumpai kotak berukuran dua meter yang dikirim dari Osaka, bandar di selatan negara itu.
Perkhidmatan penghantaran yang membawa kotak yang ditanda dengan tulisan Jepun bermakna ‘anak patung” - 400 kilometer ke Tokyo telah dibayar atas nama mangsa.
Selain itu, sewa sementara bagi tempat simpanan turut dibayar menggunakan kad kredit Rika.
Mayat wanita berusia 29 tahun itu yang hilang sejak Mac lalu, mempunyai puluhan kesan tikaman, lapor media tempatan.
Ia bagaimanapun tidak mempunyai sebarang tanda mempertahankan diri pada lengan dan tangannya.
Polis di Osaka enggan mengesahkan maklumat itu, tetapi laporan mengatakan seorang wanita yang belajar bersama Rika di sekolah rendah keluar meninggalkan Tokyo awal bulan ini dengan menggunakan pasport si mati.
Rakan sekelasnya yang tidak diketahui identitinya dipercayai tinggal tidak jauh dari tempat penyimpanan barang berkenaan bersama dengan seorang lagi wanita warga China yang seusia dengannya.
Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Haneda dengan pesawat yang sama menuju ke Shanghai.
Sejurus sebelum hilang, mangsa dikatakan menulis di dalam akaun Facebooknya mengatakan dia akan melawat seorang kawan lama yang sudah lama tidak ditemuinya.- AFP
Global
Canberra: Lelongan secebis kertas dengan perkataan ‘The’ saja di eBay Australia menarik sekurang-kurang 44 bidaan hingga mencecah $9,320 (RM30,000).
Menurut ebay, lelongan bermula pada 22 Mei dengan harga serendah $0.99 (RM3.20).
Pada awalnya pembida meletakkan harga sebanyak beberapa dollar, tetapi keadaan bertukar menjadi ‘hangat.’
Tiga hari selepas lelongan bermula, tawaran mula mencecah sehingga ribuan dolar. - Agensi
Global
Kuala Lumpur: Seorang pengawal keselamatan menerima 12 jahitan di kepala, manakala empat lagi rakannya cedera, selepas dibelasah enam lelaki warga tempatan di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa Kashifi Iqbali, 32, sedang bertugas di pasar raya itu sebelum didatangi suspek bersama dua lagi wanita dalam lingkungan 35 dan 40-an dikesan dalam keadaan mencurigakan menyebabkan pengawal berkenaan mengekori mereka.
Pengurus Operasi pasar raya terbabit Wong Yun Satt, 37, berkata, sebelum kejadian itu suspek membawa beberapa bungkusan makanan kering yang dicuri, namun disedari Kashifi yang menahan mereka.
Menurutnya, suspek yang tidak berpuas hati dengan soalan yang diajukan pengawal keselamatan itu menyebabkan seorang suspek melibas pengawal keselamatan berkenaan menggunakan tali pinggang di kepala.
“Beberapa pengawal keselamatan lain cuba untuk membantu rakan mereka, namun suspek sekali lagi bertindak liar membelasah mereka menyebabkan seorang pengawal keselamatan Mohamed Shah, 35, mengalami keretakan tulang di bahagian tangan.
“Dua pengawal keselamatan lain yang cedera di bahagian kaki selepas dibelasah adalah Roshan Khatri, 24, dan Aneeb Mustitiq, 25 manakala seorang lagi mangsa Faisal, 24 mengalami kecederaan di tangan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Isu Semasa
Batu Pahat: Perkenalan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan seorang wanita yang mendakwa dirinya doktor, menyebabkan seorang lelaki yang juga pengurus syarikat swasta di sini, kerugian lebih RM70,000.
Lebih malang, apabila wanita terbabit sebenarnya tidak wujud dan mangsa yang berusia 33 tahun, langsung tidak pernah berjumpa dengan wanita berkenaan.
Difahamkan mangsa memindahkan wang simpanannya RM75,470 melalui 25 transaksi sejak 3 April 2011 kononnya sebagai persediaan majlis perkahwinan mereka.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa yang belum berkahwin itu mengenali wanita terbabit menerusi SMS dan mula menjalinkan hubungan mereka sehingga bersetuju hidup bersama.
Menurutnya, mangsa yang mula jatuh cinta dengan wanita terbabit nekad berkahwin. walaupun hakikatnya mereka tidak pernah bertemu.
“Mangsa pernah bercakap dengan wanita itu melalui telefon tetapi lebih kerap berkomunikasi melalui SMS malah mangsa mendakwa hubungan mereka sangat rapat biarpun tidak pernah berjumpa.
“Namun, selepas memindahkan sejumlah besar wang sehingga 23 Mei 2012, mangsa mula mengesyaki sesuatu dan melakukan siasatan dengan menghubungi hospital di Pantai Timur tempat wanita itu bertugas sebelum mengetahui wanita itu tidak wujud.
“Semua transaksi mangsa dipindahkan ke dalam akaun milik seorang lelaki berusia 35 tahun yang mendakwa dirinya abang angkat wanita terbabit,” katanya.
Isu Semasa
Hanya kerana lakonannya dalam drama bersiri Love You Mr Arrogrant, Zara Zya sekali lagi menang besar apabila memenangi kategori Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Sabtu lalu.
Pemilik nama sebenar, Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini sekali gus mengetepikan pencabar terdekatnya iaitu Atikah Suhaime, Chacha Maembong, Elfaeza Ulhaq dan Hanis Zalikha.
Bahkan, gandingan mantapnya bersama Azlee Khairi dalam drama adaptasi novel popular itu turut melayakkan mereka dipilih sebagai pemenang kategori Gandingan Serasi di Layar.
Langsung tidak menyangka akan memenangi kategori Artis Baru Wanita Popular, pelakon berusia 29 tahun itu terkejut sebaik mendengar namanya dipanggil ke pentas untuk menerima trofi.
“Selepas mendapat tahu nama saya tersenarai sebagai finalis ABPBH, saya bersyukur namun tidak meletakkan harapan tinggi kerana sedar calon lain dalam kategori artis baru semuanya hebat.
Hiburan
Sungkai: Waris suami isteri, Jeffri Mohd Zin dan Norsalawati Ibrahim yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Chan Sow Lin, Cheras, Kuala Lumpur pada 23 Mei lalu, terkilan dengan segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa keluarganya untuk mengaut keuntungan di laman sosial sejak dua hari lalu.
Adik Allahyarham Jeffri, Zainah Mohd Zain, 44, yang ditemui di kediaman mereka di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, di sini, semalam, mendakwa segelintir menyediakan saluran bantuan dan memberi nombor akaun palsu di laman sosial termasuk Facebook.
“Pendapatan yang mereka peroleh itu adalah harta anak yatim.
“Saya juga turut terkilan dengan tohmahan yang dilemparkan segelintir pengguna laman sosial mendakwa kami sekeluarga meraih simpati masyarakat untuk mendapatkan keuntungan sedangkan bantuan yang kami terima tidak dipinta. Semua itu perbelanjaan dan keperluan lima anak arwah,” katanya.
Menurutnya, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan dan sumbangan. Begitupun dia berharap orang ramai tidak terpedaya dengan khidmat saluran bantuan yang dipaparkan di laman sosial.
Isu Semasa
Pekan: Tujuh bulan tidur tanpa menutup mata. Itulah penderitaan yang dialami seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan, Muhammad Niyaz Furqan Mohd Fazrul Razduan yang disahkan menghidap penyakit Sindrom Crouzon yang jarang ditemui di negara ini.
Malah, lebih menyayat hati apabila muka dan tengkorak Muhammad Niyaz Furqan membengkak, manakala matanya seakan tersembul.
Bapa kepada bayi malang itu, Mohd Fazrul Razduan Kamaruzaman, 32, dari Taman Sri Maulana, di sini, berkata, pada peringkat awal, doktor tidak mengesan sebarang masalah pada bayi yang dikandung isterinya, Norzati Iwani Ab Razak, 29, sehingga anak sulungnya itu dilahirkan.
“Dugaan yang kami tempuh ini amat berat. Selepas penantian hampir dua tahun untuk menimang cahaya mata berakhir, dugaan lain datang apabila dianugerahkan anak istimewa.
“Doktor turut memaklumkan salur pernafasan di lubang hidung sebelah kanan anak saya terlalu kecil, selain ada air dalam kepalanya,” katanya.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments