Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Bangkok: Pemenang Miss Universe Thailand Weluree ‘Fai’ Dissayabut semalam memohon maaf secara terbuka selepas teruk dikecam pengguna laman sosial kerana ‘terlanjur’ membuat komen mengenai krisis politik negara itu.

Sejurus selepas diumum sebagai pemenang, Weluree mula dihujani kritikan pedas orang ramai.

Keadaan itu memaksa Weluree meminta maaf dan berjanji berubah sebelum mewakili Thailand di pertandingan ratu cantik antarabangsa itu.

Dikenali sebagai pelakon dan hos rancangan televisyen Strawberry Cheesecake, Weluree dinobat sebagai juara Miss Universe Thailand pada malam Ahad di dalam acara yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Media melaporkan, Weluree pernah mengecam kumpulan Baju Merah sebagai antimonarki dan menganggap Thailand akan menjadi lebih aman tanpa mereka.

Kemenangan Weluree dianggap mengejutkan kerana pemenang tempat kedua, Pimbangkot ‘Ellie’ Jankaew dan ketiga Sunnanipa ‘Namphet’ Krisanasuwan lebih digemari penonton.

Malah, selepas kemenangan Weluree diumum, hadirin terus menjerit nama Pimbangkot.

Laman media sosial pula menjadi tempat pengguna Internet melepaskan rasa tidak puas hati dan terkejut mereka dengan kemenangan Weluree itu.

Ada antara mereka turut berkongsi gambar Weluree dan Pimbangkot serta membuat perbandingan antara mereka.

Antara kecaman dimuat naik di Internet ialah: “Binatang! Wanita memiliki payudara besar memang pasti berjaya.” - Agensi
China – Seorang lelaki dihujani dengan lamaran daripada ramai wanita, selepas dia mendapat pampasan sebanyak RM766,000 dari kerajaan.
Pampasan itu diberikan setelah dia dipenjarakan selama 20 tahun atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya iaitu membunuh dan merogol seorang gadis pada 1994.
Wang Benyu, 60, terpaksa menjalani hukuman penjara itu selepas diperangkap oleh rakan serumahnya Li Yanming, yang merupakan dalang sebenar kejadian jenayah itu.
Duit itu diterimanya selepas hampir dua dekad dipenjarakan.

Wang, yang juga seorang petani, mempertahankan bahawa dia tidak bersalah, sejak ditangkap.
Menurut Wang, rakan serumahnya, Li Yanming telah merogol dan membunuh seorang gadis yang dibawanya ke dalam bilik tidurnya.
Pada mulanya Li mengancam untuk membunuh Wang jika dia memberitahu pihak berkuasa, namun selepas Li merayu dan berlutut agar perkara itu tidak didedahkan, Wang akhirnya berlembut dan bersetuju.
Namun kawannya itu membuang mayat tersebut dan melarikan diri, menyebabkan Wang dipersalahkan atas jenayah yang tidak dilakukannya.
Dia menghabiskan masa di penjara dengan makan makanan yang teruk, melakukan kerja-kerja keras dan tidak pernah lagi bertemu keluarganya di bandar Baotou.
Wang tidak pernah berhenti membuat rayuan hinggalah dia putus asa.
Mujurlah polis telah menangkap Li pada 2012 dan dia mengaku membunuh gadis berkenaan.


PETALING JAYA - Stesen penyiaran Astro diminta memberi penjelasan apabila pihaknya gagal menapis mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau lucah yang dikeluarkan menerusi rancangan Oh My English musim ketiga.

Seorang ibu yang menghubungi mStar Online pada Selasa melahirkan rasa kecewa apabila kata-kata lucah itu disiarkan menerusi rancangan berkenaan yang seterusnya  dapat memberi kesan buruk kepada penonton khususnya kanak-kanak.

“Saya terkilan kerana  Astro gagal menapis SMS lucah sehingga anak saya bertanyakan mengenai perkara berkenaan ketika menonton rancangan itu baru-baru ini,” kata suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah.


Suri rumah dari Johor Baharu itu mengadu mengenai kecuaian pihak Astro menerusi saluran TVIQ (610) kerana gagal menapis kata-kata lucah pengirim SMS yang ditujukan kepada seorang pelakon rancangan berkenaan yang memegang watak Jibam.
Mesej lucah berkenaan berkaitan alat sulit.


Dalam pada itu pihak Astro yang dihubungi mStar Online pada Selasa turut menyedari perkara itu dan akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi secepat mungkin.

Oh My English musim ketiga disiarkan menerusi TVIQ pada setiap hari Ahad pukul 9 malam dan diulang siar beberapa kali menerusi saluran itu. – mStar 

RAHIB Julianna Lim dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Seremban tengahari tadi menurut laporan The Malaysian Insider, enam hari selepas beliau dan seorang lagi rahib diserang serta dipukul dengan topi keledar di luar gereja Church Of Visitation di Seremban.
Mendiang yang berusia 68 tahun ketika kejadian bersama Rahib Mary Rose ke gereja berkenaan untuk upacara sembahyang awal pagi sebelum diserang, dipukul dan disamun pada awal pagi 15 Mei lepas.
Sebelum ini Lim dikatakan berada dalam keadaan kritikal manakala Mary-Rose berkeadaan lemah tetapi sedarkan diri.
Pada kejadian itu, beg milik mereka turut disamun yang mengandungi Bible, buku sembahyang, Rosary dan sedikit wang tunai.
Di hospital, beberapa orang paderi mengambil giliran menjaga rakan mereka yang masih menerima rawatan akibat serangan berkenaan.

IPOH: Lima sekeluarga yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan letupan kuat di hadapan rumah mereka di Taman Silibin Ria, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, letupan kuat berkenaan mengakibatkan kereta mangsa, Nissan Sylphy rosak pada bahagian depan selain cermin pintu utama dan siling bumbung tempat letak kereta turut pecah.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, letupan itu dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang diletakkan dalam satu pasu bunga sebelum diletupkan di depan pintu utama rumah mangsa.
Chang Keong berkata, hasil siasatan mendapati bahan letupan yang digunakan adalah sejenis mercun atau bunga api jenis ‘shell’ yang mampu menghasilkan letupan kuat.
Bagaimanapun, katanya, tiada kecederaan berlaku dalam kejadian itu.-BH

Kuala Selangor – Seorang penjenayah ditembak mati selepas melanggar kenderaan polis dengan lori yang dipandunya dalam cubaan melarikan diri di Kota Puteri, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, suspek berusia lingkungan 30-an mati di tempat kejadian akibat daripada tembakan berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati, kenderaan dinaiki suspek dilaporkan dicuri di Jinjang, Kuala Lumpur.
“Pasukan peronda polis yang terserempak dengan lori itu di Sungai Buloh mengekori kenderaan berkenaan sebelum menahannya di kawasan berhampiran ladang kelapa sawit.
“Bagaimanapun, sebaik saja anggota menghampiri suspek untuk membuat pemeriksaan, lelaki terbabit terus menekan pedal sehingga memaksa anggota melepaskan tembakan,” katanya. – myMetro Online

Stesen televisyen Korea Selatan, SBS dilaporkan sedang dalam proses untuk menyaman RCTI Indonesia gara-gara stesen TV tersebut memplagiat drama popular Korea, Man From the Stars kepada sebuah sinetron.
Sinetron berjudul Kau yang Berasal dari Bintang dikatakan meniru seratus peratus drama tersebut meskipun tidak mendapat sebarang keizinan SBS.
“Kami cuba berunding tentang hak penerbitan sinetron ini dengan produksi di Indonesiatetapi ia sudah pun ditayangkan.
Jadi Kami sedang meneliti tindakan yang bakal diambil,” ulas wakil SBS berkenaan hal ini kepada laman web soompi.com.
Hm, tak perlu tonton ceritanya cuma dengan tajuk pun dah tahu memang sama kan?

Ada harga yang perlu dibayar oleh seseorang yang bergelar selebriti.
Antaranya kehidupan peribadi mereka akan habis digeledah selain tidak mempunyai privasi.
Tiz Zaqyah antara salah seorang daripada selebriti yang terkena tempiasnya apabila terdapat sebilangan besar peminat yang tidak menghormatinya kerana dengan selambanya memberikan komen lucah di laman Instagramnya.
Namun, Tiz menyatakan dia tidak mengambil pusing akan komen-komen melampau sebegitu sebaliknya dia akan terus menyekat individu berkenaan dan memadamkan terus komen ‘biadap’ tersebut.
“Kadang-kadang memang saya naik angin juga bila ada pengikut di Instagram memberikan komen-komen yang negatif hingga ke tahap melampau. Apa yang saya buat, saya tidak melayan komen-komen itu. Kalau saya rasa komen tersebut mengganggu saya, saya akan padamkan terus,” katanya memetik portal Rotikaya.
Aktres yang kini tampil segar dengan penampilan rambut berwarna merah bak Hayley Williams ini juga dilihat lebih terbuka berkongsi kisah cintanya di media sosial.
Walau bagaimanapun, Tiz menjelaskan dia tidak merancang untuk mendirikan perkahwinan dalam masa terdekat ini kerana kedua-duanya sibuk dengan komitmen kerja buat masa ini. 

FYNN Jamal mungkin satu nama yang tidak perlu lagi diperkenalkan dalam industri hiburan tanahair terutamanya di kalangan penggemar muzik indie.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangannya sejak dulu lagi, pasti anda sedia maklum akan kisah sedih yang pernah menimpa anak angkatnya, Bakti Arjuna Fitri kira-kira dua tahun lalu.
Anak kecil itu pernah mendapat bantuan orang ramai bagi menjalani pembedahan untuk penyakit jantung berlubangnya sebelum ini.
Arjuna kini membesar sebagai seorang anak yang sihat dan cukup comel sekali.
Bagaimanapun, semalam Fynn telah memuatnaik satu gambar suaminya bersama Arjuna di Instagram yang kemudiannya mendapat teguran daripada beberapa pihak.
Gambar itu menunjukkan suaminya sedang merokok bersebelahan dengan anak mereka dengan ‘caption’:
“juna… dari tadi juna tak layan daddy. *pause* *hembus asap* daddy… salah cakap ke…?”
Rasanya semua orang tahu akan bahaya asap rokok kepada penghidunya kerana ia boleh mengundang pelbagai penyakit termasuklah yang berkaitan dengan paru-paru.
Biarpun ada teguran yang dilihat terlalu kasar, Fynn dilihat tidak melenting, sebaliknya menerimanya dengan baik.
Dia turut menjawab satu komen dari pengikutnya yang mengungkit mengenai bantuan yang pernah dihulurkan kepada Arjuna sebelum ini yang kemudiannya dipadamkan.
Harapnya selepas ini, bukan sahaja Fynn, malah sesiapa sahaja dinasihatkan supaya lebih beringat mengenai bahayanya asap rokok kepada orang di sekeliling mereka.

SEJAK berkahwin, pelakon Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin tidak lekang daripada kontroversi. Bermula dengan kisah kereta mewah anaknya sehingga gambar atas katil serta terbaharu gambar didakwa bercium ketika bercuti di Paris menjadi bahan kritikan peminat di akaun Instagram miliknya.
Bahkan warna rambut perang Zain juga menjadi bahan kritikan peminat sehingga Rozita meninggalkan komen di Instagram untuk memperbetulkan fakta buat peminat yang menghentam suaminya itu.
Sudah lali dengan kontroversi, baik Rozita mahupun Zain menganggap memuat naik sebarang gambar di akaun Instagram mereka adalah hak peribadi mereka.
Meskipun banyak kali dikritik peminat, mereka memilih untuk tidak mengambil kisah dengan kontroversi yang tercetus dan akan terus memuat naik gambar di akaun Instagram seperti biasa.
Kosmo! menghubungi Rozita sehari selepas dia pulang daripada percutiannya dan mengakui cukup terkejut dengan perhatian yang diberi peminat terhadap gambar di Paris itu.
Ikuti temu bualnya bersama Kosmo!.
Kosmo!: Adakah Rozita sedar bahawa gambar kalian bercuti di Paris menimbulkan kontroversi apabila anda dan Zain didakwa bercium?
ROZITA: Saya tahu apabila terdapat banyak kritikan mengatakan saya dan Zain bercium. Orang buta kalau lihat gambar itu pun tahu saya tidak bercium. Sebaliknya, kami hanya ambil gambar pandang suami saya dengan jarak yang cukup dekat. Kalau tidak nampak, sila pakai kanta.
Ini bukan kali pertama anda dan suami dikritik kerana sekeping gambar. Adakah anda serik untuk memuat naik gambar di Instagram selepas ini?
Tidak, sebab itu akaun saya dan hak saya untuk memuat naik sebarang gambar sekalipun. Jika tidak suka mereka ada pilihan untuk tidak mengikut saya di Instagram. Saya sendiri tidak faham kerana kami tidak bercium pun orang boleh bikin kontroversi seperti ini.
Adakah benar anda didakwa memaki peminat di Instagram gara-gara peminat menegur rambut perang Zain?
Saya ingin betulkan fakta. Saya tidak pernah memaki peminat, sebaliknya saya hanya meninggalkan komen untuk menjelaskan mengapa Zain mewarnakan rambutnya perang.
Dia bukan warnakan rambut untuk suka-suka, sebaliknya kerana watak dalam siri Oh My English musim ketiga.
Apakah pandangan anda terhadap peminat yang sangat prihatin pada setiap gambar yang dimuat naik oleh anda?
Walaupun saya letak gambar biasa atau gambar saya seorang diri, orang yang jenis suka mengata tetap akan mengata.
Mulut orang saya tidak boleh tutup. Mereka terlebih prihatin dan tidak ada kerja rasanya.
Biarlah orang mahu bercakap apa sekalipun, saya tidak kisah dan emosi tidak terjejas. Saya tetap akan menjadi diri saya sendiri.
Bagaimanakah dengan tahap kesihatan anda kini?
Alhamdulillah, kini kandungan saya sudah mencecah usia empat bulan. Semuanya berjalan lancar dan kesihatan saya pun okey. Tidak ada sebarang alahan. Cuma berat badan bertambah sedikit sebab saya semakin kuat makan.
Sejak berkahwin dan kini hamil anda dilihat ligat bercuti ke luar negara. Memang perkara ini telah dirancang sejak awal?
Sebelum ini saya sibuk kerja, waktu hamil sahaja saya mempunyai banyak masa rehat.
Kebetulan Zain juga ada cuti, jadi kami mengambil kesempatan itu untuk bercuti ke luar negara.
Selepas ke Krabi, Thailand, kami terbang ke Perancis. Insya- Allah, selepas ini mungkin saya akan ke New Zealand bercuti sambil mengikut Zain menjalani penggambaran di sana.
Kemudian, destinasi terakhir yang saya rancang untuk singgah sebelum berehat kerana sudah hamil tua ialah London, England.
Adakah percutian ini tidak menjejaskan kehamilan anda?
Tidak, sebab sejak hamil anak pertama, setiap kali hamil memang saya banyak berjalan ke luar negara. Alhamdulilah, setakat ini kandungan saya sihat tidak ada sebarang masalah.
Apakah perkembangan terbaharu kerjaya seni anda?
Sekarang saya tidak terlalu
Kosmo


PUTRAJAYA: Intan Maizura Othman, isteri seorang daripada anak kapal MH370, selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Putrajaya di sini Isnin.

Intan Maizura, 34, melahirkan Muhammad Mohd Hazrin kira-kira 4 petang tadi. Suaminya Mohd Hazrin Hasnan merupakan pramugara yang bertugas dalam penerbangan MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac lepas.

Dalam tempoh tiga jam sahaja gambar Muhammad yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook oleh Era FM & Era TV menerima lebih 63,000 'Likes'.


Terdahulu, Intan Maizura memuat naik gambar tangannya yang memakai tag hospital dalam Instagram ketika menunggu untuk melahirkan anak keduanya itu.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga kini usaha mengesan pesawat itu di perairan barat Australia di selatan Lautan Hindi masih belum membuahkan sebarang hasil positif.
Hiasan

Gifu:Polis Jepun menahan seorang lelaki berusia 53 tahun selepas memecah masuk sebuah sekolah dan mencuri dua pasang pakaian sukan pelajar perempuan.
Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Koichi Hirose bekerja di sebuah kolej teknikal di daerah Wakayama.
Jurucakap polis berkata, Hirose memecah masuk ke sekolah berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin dan mencuri pakaian itu di bilik persalinan.

Seorang penduduk menghubungi polis selepas melihat ada kenderaan yang mencurigakan diletakkan dalam tempoh lama di luar kawasan sekolah.
“Hirose ditahan di dalam kawasan sekolah.

“Apabila disoal siasat, dia mendakwa mahu memakai pakaian berkenaan, tetapi kami masih belum memahami mengapa dia begitu,” katanya. - Agensi

London: Seorang teruna di sebuah kolej terkemuka England semalam berkata, dia berazam untuk mengekalkan statusnya yang tidak pernah berasmara sehingga dia benar-benar menemui cinta sejati.
Menceritakan impiannya itu, Phin Lyman, 18, berkata, amalan seks tanpa kawalan hanya akan menyebabkan kesan buruk jangka panjang.
“Seks bagi saya ialah satu proses ikatan yang menghubungkan dua individu dari segi mental dan fizikal.
“Saya percaya pada zaman ini seks digunakan secara salah kerana dijadikan simbol yang menggambarkan cinta seseorang,” katanya.
Menurut Lyman, apabila seseorang itu meniduri pasangannya, ia akan mengikat mereka secara mental dan emosi.

Kenyataan Lyman itu dibuat dalam tulisannya untuk majalah Kolej Wellington yang dianggap antara yang paling elit di England. Kata Lyman, ramai remaja lelaki sering belajar mengenai seks melalui bahan pornografi.

Kemudian, katanya, remaja terbabit akan mencari pasangan masing-masing sebelum mengecewakan mereka. “Bagi wanita muda atau tua mereka biasanya menganggap seks sebagai sesuatu yang romantik dan bermakna,” katanya. Menurut Lyman, dia mendedahkan statusnya itu kerana mendapati kebanyakan remaja lelaki menghadapi tekanan yang “menyedihkan” apabila terdesak untuk mengadakan hubungan seks.
“Saya percaya, 90 peratus pelajar hilang teruna ketika mabuk dan itu sangat menyedihkan,” katanya. Menurut Lyman, kebanyakan pelajar di kolej itu tahu dia masih teruna tetapi tidak ramai yang faham mengenainya. - Agensi

Klang: “Kau jerit aku bunuh!” Itu amaran seorang daripada empat penjenayah yang menyamun sebuah keluarga di Kampung Bukit Kerayong, Meru, di sini, awal pagi semalam.
Empat penjenayah dipercayai lelaki tempatan itu memasuki rumah seorang peniaga kira-kira jam 3.30 pagi melalui tingkap bahagian dapur yang sudah dipotong menggunakan pemotong besi.
Kejadian itu menyebabkan mangsa yang berusia 39 tahun terpaksa menerima 18 jahitan apabila tangan kanannya terkena parang panjang dihayun suspek ketika cuba menghalang mereka daripada memasuki biliknya.

Mangsa juga terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM7,000 apabila pelbagai barangan peribadi seperti cincin, gelang dan rantai emas selain beberapa telefon bimbit dilarikan penjenayah.

Menurutnya, dia hanya menyedari terdapat ‘tetamu’ masuk ke rumahnya apabila mendengar bunyi bising dari luar biliknya.
“Apabila beberapa cubaan lelaki itu untuk memecah pintu tidak berjaya, mereka nekad menggunakan tong gas yang diambil dari dapur untuk menghentak pintu biliknya.

Gua Musang: Rasa tidak sedap hati seorang lelaki mengenai adiknya yang mahu pulang ke kampung lebih awal selepas mereka konvoi bersama-sama ke Putrajaya Jumaat lalu, terjawab apabila adik kesayangannya itu maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 20 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Muhammad Aizuddin Mohd Noor, 20, memandu kereta Nissan Grand Livina bersama rakannya, penuntut Kolej Poly-Tech MARA, Kota Bharu, Hasnanie Hassan, 20, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera di kepala dan badan. 
Kejadian dipercayai berlaku apabila Muhammad Aizuddin yang juga seorang peniaga dari Kampung Kubang Badak, Jalan Rantau Panjang, Pasir Mas, cuba memotong sebuah kenderaan lain ketika melalui jalan berkenaan, namun gagal dan bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. 
Bagaimanapun, pemandu lori dan kelindannya tidak cedera.

Abang Muhammad Aizuddin, Muhammad Azhani, 29, berkata, sebelum kejadian arwah memberitahunya mahu segera pulang disebabkan Hasnanie yang berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, di sini, menduduki peperiksaan di kolejnya pada jam 8 pagi, semalam.
Daripada kontroversi yang mengundang komen negatif dan kritikan pedas dari peminat tentang gambar mesra Diana Danielle bersama suami, Farid Kamil dan juga gambar Rozita Che Wan bersama suami, Zain Saidin, kini giliran Lisa Surihani pula.
Agaknya sudah trend menghentam pasangan selebriti sekarang.
Beberapa hari lalu, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan foto mesra Lisa dan Yusry di atas katil. Tapi entah apa masalahnya, foto tersebut langsung tidak menunjukkan sebarang aksi yang keterlaluan.
Khabarnya, foto tersebut diambil pada ketika sambutan hari lahir Lisa bulan lepas dan ia hanya menunjukkan Lisa dan Yusry dengan baju tidur diatas katil. Bukanlah beraksi apa-apa pun.
Mungkin kerana insiden ini, Yusri telah memuatnaik gambar berbentuk sindiran.
Kelakar juga kami tengok. Dengan caption,  ‘ Ni baru betul “Gambar Lisa & Yusry” atas katil’, ia cuma bingkai gambar yang diletakkan diatas katil milik pasangan itu.
Memang perlian yang ‘terbaik’ untuk orang-orang yang cuba mahu main-mainkan gambar mereka dengan artikel yang menjatuhkan