Gua Musang: Rasa tidak sedap hati seorang lelaki mengenai adiknya yang mahu pulang ke kampung lebih awal selepas mereka konvoi bersama-sama ke Putrajaya Jumaat lalu, terjawab apabila adik kesayangannya itu maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 20 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Muhammad Aizuddin Mohd Noor, 20, memandu kereta Nissan Grand Livina bersama rakannya, penuntut Kolej Poly-Tech MARA, Kota Bharu, Hasnanie Hassan, 20, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera di kepala dan badan.
Kejadian dipercayai berlaku apabila Muhammad Aizuddin yang juga seorang peniaga dari Kampung Kubang Badak, Jalan Rantau Panjang, Pasir Mas, cuba memotong sebuah kenderaan lain ketika melalui jalan berkenaan, namun gagal dan bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
Bagaimanapun, pemandu lori dan kelindannya tidak cedera.
Abang Muhammad Aizuddin, Muhammad Azhani, 29, berkata, sebelum kejadian arwah memberitahunya mahu segera pulang disebabkan Hasnanie yang berasal dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, di sini, menduduki peperiksaan di kolejnya pada jam 8 pagi, semalam.
No comments
Post a Comment