China – Seorang lelaki dihujani dengan lamaran daripada ramai wanita, selepas dia mendapat pampasan sebanyak RM766,000 dari kerajaan.
Pampasan itu diberikan setelah dia dipenjarakan selama 20 tahun atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya iaitu membunuh dan merogol seorang gadis pada 1994.
Wang Benyu, 60, terpaksa menjalani hukuman penjara itu selepas diperangkap oleh rakan serumahnya Li Yanming, yang merupakan dalang sebenar kejadian jenayah itu.
Duit itu diterimanya selepas hampir dua dekad dipenjarakan.
Wang, yang juga seorang petani, mempertahankan bahawa dia tidak bersalah, sejak ditangkap.
Menurut Wang, rakan serumahnya, Li Yanming telah merogol dan membunuh seorang gadis yang dibawanya ke dalam bilik tidurnya.
Pada mulanya Li mengancam untuk membunuh Wang jika dia memberitahu pihak berkuasa, namun selepas Li merayu dan berlutut agar perkara itu tidak didedahkan, Wang akhirnya berlembut dan bersetuju.
Namun kawannya itu membuang mayat tersebut dan melarikan diri, menyebabkan Wang dipersalahkan atas jenayah yang tidak dilakukannya.
Dia menghabiskan masa di penjara dengan makan makanan yang teruk, melakukan kerja-kerja keras dan tidak pernah lagi bertemu keluarganya di bandar Baotou.
Wang tidak pernah berhenti membuat rayuan hinggalah dia putus asa.
Mujurlah polis telah menangkap Li pada 2012 dan dia mengaku membunuh gadis berkenaan.
No comments
Post a Comment